Showing posts with label Tak tau nak buat ape. Show all posts
Showing posts with label Tak tau nak buat ape. Show all posts

Thursday, 1 January 2015

CERITA TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum...

1 Januari 2015

Pagi pagi saya dah bangun tapi saya malas nak masak sarapan.Suami saya kata tak apalah...dia belikan kuih muih dan ajak saya keluar.Dia nak shopping baju kerja dia.

Kasihan kat dia awak...dalam setahun baju kerja dia ada 5 helai aje.Itulah yang saya duk pusing basuh,gantung,gosok selama setahun sampai naik kusam dah.Mesti orang ofis dia selalu ngumpat dia..." Tak ada baju lain gamaknya..balik balik baju sama"...Astaghfirullah...teruknya saya bersangka buruk kat orang...ish ish ish.Sebenarnya itu luahan hati saya sendiri.Banyak kali dah saya bising suruh beli baju baru tapi dia buat bodoh saja...nasib baik dia buat buat saja..heheheheh.

Tapi sebelum tu dia kata nak melawat staff dia kat hospital.Cedera patah kaki.Kami pun bergerak keluar lepas sarapan pukul 11am.Gila lewat sebab suami saya tidur dulu sekejap.

Lepas melawat,lapar pula.Singgah makan dulu kat Ampang lepas tu baru sedar dah pukul 2.30pm.Singgah masjid solat zohor.

Selesai solat gerak balik...baru lah terhegeh hegeh nak fikir shopping mall mana nak pergi.Sebab kami ni jarang merayap kat mana mana shopping mall selain rumah lion **panggilan anak anak untuk ( Sunway Pyramid) .Itupun dah berbulan bulan dah tak jejak ke sana.

Pergi area Sogo...oiiii....ramainya manusia.Lalu Midvalley...kereta bersusun dari jauh lagi.Ngeri....mesti tak ada parking.
Last last masuk jua akhirnya ke Sunway Pyramid.Tapi masuk sekadar untuk ambik tiket parking - bayar - keluar balik.Macam orang ada ada saja kami ni kan? Masuk semata mata utk bersiar siar kat parking lot.

Suami saya tanya lagi...mana lagi shopping mall yang terdekat dgn Shah Alam.Dia dah stress tengok jammed di sana sini.Saya jawab saya tak tahu...otak tetiba tak mahu bekerjasama kali ini sebab bila saya suggest pergi AEON Bukit Raja ataupun Bukit Tinggi...dia reject.Berlagak betul... ( nada perlahan....)

Dia tanya saya,Space U8 tu okey tak.Saya cakap saya tak tahu sebab saya tak pernah pergi situ.Saya google pun tak banyak info.Jadi dia kata...jom kita pergi tengok.Saya ikut ajer.Isteri mithali lah katakan.

Sebelum sampai kami singgah masjid Tengku Ampuan Jemaah dulu utk solat Asar.Besar sangat masjidnya sampai saya nyaris sesat..hihihihihi.Saya besarkan cerita ajer...

Usai solat,kami gerak ke Space U8.Dah masuk...rupanya ia cuma ada shop lot..itupun belum banyak yg buka.Kedai baju lagi lah...tempat baru kut.

Maka,untuk mengubat kekecewaan,kami minum kat Subaidah.Pekena nan cheese yg sedap.Terubat hati....

Kami gerak balik.Dah lewat petang.Seharian kami lebih banyak duduk dalam kereta dari turun.

Dah nak balik....barulah teringat.Hari ni kan new year...sebab tu ramai orang kat mana mana ( terlupa public holiday sebab suami saya ambik cuti seminggu)

Demikian lah cerita saya...membazirkan masa di tahun baru.

Selamat Tahun Baru 2015...tinggalkan cerita duka dan kenanglah cerita suka di tahun 2014.Semoga hari mendatang lebih baik buat kita....

P/S : Jangan terpedaya dgn ayat separa skema..hahahahaha.Saja aku nak ubah mood menulis secara budak sekolah.Anak kan baru orientasi Rabu lepas....kohkohkoh


Tuesday, 15 April 2014

SAKIT KEPALA...

Assalamualaikum...

Pagi pagi buta dah ni...mata still xleh lelap.Sejak sejak tukar jadual ni..dh jd habit dah nak tidur lambat.

Pastu esok pagi kepala ting tong.Pastu stress...tambah lagi sakit kepala.Pastu laki tegur apsal tido lambat? Pastu stress...okey okey...stop penggunaan pastu tu...bila nak abih citer nih...

Hari ni laki aku panggil org repair bumbung dgn pintu toilet.Katanya sebagai hadiah kasih syg kat aku...ntah hapa hapa.Repair bumbung pun nak romantik..hahaha.Yelah,lepas ni takyah lah aku nak menadah air hujan ataupun terkocoh kocoh mengelap lantai selepas hujan.Kira sayang lah tu.

Malangnya dia terlupa yg hari ni adalah jadual takde air kat rumah.Aku ni plak lurus bendul ingatkan repair bumbung jer rupanya dia tebuk jugak kat dlm rumah utk sambung paip....

Hasilnyaaaaaa.....rumah yg dipenuhi debu dan sisa sisa pasir kayu kayan dan sebagainya....huwaaaaaaaaaa...

Yang bagusnya kontraktor ni...dia nak bersihkan tempat kejadian tapi xde air so dia dh mati kutu.So,aku ckp takpe,ntt saya bersihkan pastu nangis dlm ati...

Dahlah nak masuk maghrib baru boleh kemas,laki aku nak gi masjid,Fatih dh start buat perangai,anak2 blm mandi sbb bilik air penuh pasir...maka aku pun sapu,mop lantai,bersihkan bilik air pastu mandikan anak anak segayung sorg ( nak jugak tunjukkan umah kena catuan air..kehkekeh)Sambil menceduk air,rasa nak nangis ngenangkan betapa berharganya air itu...huhuhuhu.Tapi kalo tak cuci...camne nak masuk dapur,nak gi toilet?

Pukul 8 baru siap...maghrib dh lewat.Aku biar je Fatih melalak lalak dulu sementara aku solat.Amani jaga dia sampai stress.Maka aku bagi lah upah kat Amani sbb kesian kat dia...jenuh pujuk Fatih.Ajak tgk Upin Ipin lah...bg mainan lah...Si Fatih ni masalahnya mata tu tetap tgk video tapi mulut tak gak berhenti melalak...hahahahaha.Kamu sgt comel...geraaaaammmm.

Bila dah mcm ni...kapla suda sakit wooo...Dah lama dah aku tak sakit kepala.Kut tak dulu...boleh kata setiap dua minggu aku sakit kepala.Maybe aku dh kurang stress lately.Dulu tuh ntah hapa bende aku stress pun tak tau.Nanti aku pikirkan...

La ni mau rehat tapi mata plak terbuntang buntang...haish laaa...jgn lah berlarutan.Gua banyak keje esok mau settle.

Okey...lepas update ni..tetiba rasa ngantuk....nite nite...auww,rasa sgt comel plak cakap mcm ni...

Wednesday, 9 April 2014

BERMONOLOG DAN KHAYALAN

Assalamualaikum....

Aku ni ada satu penyakit.Suka bermonolog sendiri.Kengkadang dah mcm bercakap dgn diri sendiri.

Terkadang berkhayal...lagi lagi kalo tgh jemur kain atau tgh buat kerja apa apalah.Mula lah pikiran aku ni duk mereka reka cerita.

Dalam berkhayal...ada gak dimasukkan unsur unsur drama...perghhhh..jiwang lak hai.

Tapi...tak pernah lagi masuk unsur drama kat TV..even Keith Foo pun x pernah masuk dlm mana mana khayalan aku sbb aku bkn hantu TV.Dari zaman sekolah aku jarang melekat depan TV.Sebab masa sekolah dulu,mak aku tak bagi tgk TV unless berita.Sebab tu bila pergi sekolah..kwn kwn duk cerita pasal cerita bersiri,aku terlopong saja.Tabiat tu melekat sampai sekarang.

Jadi,kegemaran bermonolog tu sebenarnya boleh mengurangkan kebosanan aku bila membuat kerja rumah tapi sebenarnya membahayakan aku bila aku start bermonolog time driving.

Hari tu lepas hantar Amani ke sekolah,aku nak terus ke Tesco.

Pastu......aku mcm tersedar bila tau tau aku dah sampai Tesco.

Aku menggigil kejap dan beristighfar banyak banyak kali.Mcmmana aku boleh menempuh traffic light dan bulatan tu pun aku tak ingat.Aku tak ingat bila masa aku pecut lepas lampu isyarat tukar hijau ataupun bila masa aku masuk mencelah kat bulatan.

Tau tau dah sampai....

Jgn lah lepas ni aku drive drive tetiba sampai Terengganu..kampung halaman gue...perghhhh.

Sunday, 30 March 2014

MENTAL EXHAUSTED

Assalamualaikum...

Sejak dua minggu lepas,Rafhanah dan Fatih serentak tak sihat.Tiga hari sebelum kami ke Penang tempoh hari,Fatih demam.Rabu tu baru nampak bintik campak tapi Alhamdulillah dia dh kebah masa tu.

Lepas balik dr Penang,keesokkan harinya terus ke Terengganu pulak.Sampai kat kampung,hari Ahad tu Rafhanah pulak demam,selsema dan batuk.

Masuk hari Selasa,dah jangkit kat Fatih pulak.Dua dua melarat demam sampai seminggu.

Cuti sekolah kali ni aku tetap busy.Angkut kedua dua gi klinik dgn sebeban ubat yg aku kena ingat nak bagi bila.Tambah pulak bila dah kurang sihat,manja kedua duanya bertambah tambah.

Bila diorg sihat,takdenya nak manja kan.Bila dah tak sedap badan,masing masing buat perangai lah.Fatih langsung taknak berenggang dgn aku kecuali time dia tidur.Aku bgn nak gi toilet pun dia meraung mcm hapa.Amani pujuk pun tak jalan walhal sblm ni,Amani lah favourite dia.

Rafhanah plak..sikit sikit menangis.Sikit sikit merengek....

Jadi...i am mentally exhausted.Wow...cakap omputih...

Aku bkn nak merungut susah payah membesarkan anak.Ini lumrah yg mmg ditempuhi setiap ibu.Kadang bkn apa...bila aku cakap kerenah anak anak begitu begini (niat cuma nak bercerita),ada juga yg kata..."Ialah,mcm lah ko sorg yg kene hadap kerenah anak.Org lain tak.."
Susah nak faham org dan memahami org lain...

Jadi,dlm keadaan begini..susah jugak aku nak jaga ati org lain especially kalo sesaja mengada nak sentap dan merajuk ngan aku.Mmg ko aim masa yg salah lah kut.

Contohnya,masa aku nak gi Penang aritu,ada sorg kwn pesan beli jeruk.Aku dh ckp awal2 yg aku tak janji coz aku bkn gi melancong.Aku just ikut laki gi keje.

Bila laki aku dh abih keje,kami terus check out petang tu jugak dan tak jalan jalan pun.Tapi masa singgah R&R,aku suruh jugak laki aku cari jeruk tu.Suh beli 2kg,agaknya dia dgr 2 paket.Sudahnya,beli 2 paket kecik.

Bila balik,dia msg tanya psl jeruk.Disebabkan aritu aku busy ngan anak2 yg sakit so aku x reply msg whatsapp.Next day aku reply.Aku just explain kat dia yg aku cuma beli 2 paket kecik sbb mmg tak gi jenjalan pun.

Tetiba dia reply...takpelah.Dia taknak..suruh bagi kat org lain...aku tanya dia whether dia merajuk ke? Sebab apa?Apa yg aku dah salah cakap?

Maybe ayat aku tu buat dia kecik ati ke apa...aku pun tak paham.Biasanya mmg aku takkan senang ati kalo tetiba mcm ni...tapi not this time.

Aku dh cukup penat dan risau ngan kesihatan anak anak aku.Makanya,kalo nak merajuk,bkn masa ni.

So..aku reply "Aku dh susah payah beli ko taknak pulak.Kalau mcm tu mintak maaf byk2".Full stop...ayat pun dah bernada hangin.

Terus dia reply mintak maaf dan ckp dia tak merajuk pun blablabla.Tapi dh malas pjg citer.Settle satu perkara.

Dalam hal ni,aku bkn nak tegaskan sapa betul sapa salah.Ada kut ayat aku yg buat dia sentap.

Aku cuma nak mintak maaf dan mohonlah faham condition aku.Aku dh explain kut yg anak anak aku tak sihat,sbb tu msg pun aku reply lambat.

Bila saat camni...terkeluar jugak sisi dingin dan takde perasaan aku.Bila aku post gambar celebrate birthday Hakim kat Secret Recipe ptg tadi,adik ipar aku yg kebetulannya cuma selang 3 hari jer tarikh birthdaynya dgn hakim komen "Tak ajak pun...k bai"..aku dah tak rasa bersalah sbb tak ajak,instead aku rasa..." No need to explain anything...lantaklah".Gitu sekali.Aku dah malas nak fikir samada nak terasa ke tak.Aku bkn buat birthday party pun,cuma celebrate ngan family kecik aku jer.Kek pun seketul.

Jadi...mohon maaf lah kalo sapa sapa ada terasa ngan aku minggu ni.Minda aku cukup letih utk berfikir dgn rasional.Kalo ada terkasar bahasa tu...mintak ampun yer.Dengan rendah diri aku mintak maaf.

Dan...aku juga tak berniat nak merungut rungut ttg rutin sbg ibu.Kalo tak citer...tak paham plak jln citernya.Aku masih lagi sedar...sesusah mana pun cabaran nak membesarkan anak,at least diorg masih di depan mata.Imagine ibubapa yg dah kehilangan anak...kalo dibagi peluang kedua,satu ayat pun mereka takkan mengeluh penat atau letih.Jadi,aku mensyukuri nikmat ini walaupun letih.Cuma nak pastikan org keliling aku faham dan maafkan aku.Itu jer..

Ok..time to rest...Zzzzzz



Saturday, 29 March 2014

TAKYAH MAKAN UBAT HOSPITAL...TAPI.....

Assalamualaikum...

Hari ni gi menziarah org sakit.Bukanlah sakit terlantar...tapi dia ada komplikasi kencing manis.Kaki luka tak baik baik dh berbulan bulan lamanya.

Pergi hospital berulang alik cuci luka seminggu 3-4 kali.Baru nak baik luka yg sedia ada...tetiba ada luka baru.

Lepas tu...emaknya pun datang melawat.Bawak satu ubat tradisional.Aku pun tak pasti bende apa yg dia bawak.Nampak mcm kayu kayu kering jer di mata aku.Tapi..entahlah.

Emak pesakit:Kau cuba ni...rebus,pastu minum airnya..

Pesakit: Amenda ni mak? Berkesan ke? Saya ni berbulan bulan dah ke hospital.Satu ubat pun tak jalan...

Emak pesakit:Eh!Pakcik Mamat (bkn nama sebenar pasal aku tak ingat apa nama pakcik yg disebut tadi) makan ni jelah.Berbulan bulan takyah makan ubat hospital.Takde lah baik terus,tapi takde lah makan ubat hospital lagi...

Pesakit: Hidup lagi pakcik Mamat tu mak?

Emak pesakit: Taklah...dah meninggal....

Serentak dgn itu....aku terus tergolek gelak

Image:google








P/S: Sebenarnya..gelak tu dlm ati jer.Mampus kene lepuk ngan makcik tu kang.Dan sebenarnya lagi...pakcik mamat tu meninggal bkn sebab tak makan ubat hospital ataupun disebabkan ubat alternatif tu.Kencing manis tu asbab jer...dah memang ajal dh sampai,dia dh tua sgt dah masa tu.

Aku tau hal sebenar selepas puas gelak...kuang ajar tau.Aku tak tau naper...spontan jer.Maybe sbb ayat makcik tu..kelakar.

Ampun makcik...

Saturday, 28 December 2013

NIAT BAIK DIBALAS BAIK..INSYAALLAH

Assalamualaikum...

Ni akak nak citer sket nih tp hangpa semua jgn plak pikir akak nak riya'ke apa.Dosa tau uolls...

Sorrylah,blm apa apa aku dah merepek....

Gini citernya...

Kat area kaw perumahan aku ni,kontraktor MBSA ni mmg agak rajin sket bersihkan kawasan.Kalau area depan rumah,InsyaAllah...boleh dikatakan selang dua tiga hari mesti licin sampah sarap diorg sapu dan kutip.Maksud aku tu,daun daun kering yg byk berterabur kat depan rumah.

Belah belakang rumah ni,diorg ada bersihkan jugaklah tp tak sekerap yg belah depan.Tak kira lah kan,janji memang aku puas ati lah dgn kerja diorg.Kalo ada rumput liar tetiba tumbuh kat celah celah simen retak kat blkg rumah,abih togel diorg cabut.

Alkisahnya,kat blkg umah aku dlm sehari dua ni aku perati tetiba ada byk lak sampah.Ada tin buruk,daun pokok kering dr jiran blkg umah aku ni,ada kayu kayan ntah mana dtg,ada jugak aku nampak bekas polistrin yg ada air bertakung kat dlmnya.Pastu mcm ada bau yg tak sedap sket.

Bila tgk camtu,baru terperasan mcm dh lama dorg tak dtg bersihkan blkg umah.Lama tu bukanlah smpi tahap berbulan,maybe aku jer yg tak perasan sbb dlm sebulan ni aku byk kat luar kawasan.

Bila dh mcmtu,aku terdetik dlm hati...takpelah,jap lagi aku kutiplah sampah sarap tu segala.Rimas pulak nengoknya.Bekas polistrin tu sbnrnya kat blkg umah jiran tapi takpelah...alang alang tu baik buang sekali.Mana tau nyamuk aedes duk bertelur kat dlm tu,tak pasal kene demam denggi. Takyahlah nak berkira sgt ngan jiran,walau sampah tu kat blkg umah dia sekalipun.Kataku dlm hati...

Masa tu aku tgh basuh pinggan.Aku berkira kira lps settle pinggan,nak startlah operasi.

Tetiba....




Datang lah 2 org pekerja pembersihan MBSA.Terus diangkut segala sampah sarap kat blkg umah aku sampai licin semuanya.Clear semua...

Allahurabbi....terkesima aku kejap.

Jap ek..bukan aku bermaksud yg "eh baiknya aku ni terus dpt balasan yg baik..cash lagi"...bukan camtu ya..errr,susah nak explain sebenarnya.

Memang itu kerja rutin diorg tapi takdelah tiap tiap hari dorg ronda blkg rumah.Kalau ikutkan jadual dorg,maybe aku kene bertahan ngan bau busuk dan pemandangan menyakitkan mata tu dlm sehari dua lagi.

Tapi,ini menyedarkan aku bahawa indahnya aturan Ilahi.Baru sahaja terniat nak tolong jiran sekali buangkan sampah kat belakang rumah dia,terus dtg bantuan yg sememangnya aku harap harapkan.Ikutkan aku,takdelah larat aku nk ngangkut kayu reput yg dh berbau hapak,daun kering yg besar besar,tin karat etc tapi utk mengelakkan nyamuk dan tikus buat sarang nanti,itu yg niat nak bersihkan sendiri.Alhamdulillah..

Susah gak aku nak explain kat sini.Cakap lebih lebih kang nampak poyo plak.Tapi,point di sini ialah..kalau kita berniat nak buat benda baik,InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita dgn cara tak disangka sangka.


Aku tak bermaksud tulis cerita ni utk mengatakan bahawasanya aku adalah seorg yg rajin,ikhlas dan baik.Benda mcm ni tak dtg dlm hidup aku hari hari pun.Dan,niat mcm ni bukanlah aku buat secara berkala pun.Aku ni manusia biasa gak yg kengkadang bila dtg angin,masih juga nak memaki org.

Segala yg baik itu datangnya dari Allah..tapi sekurangnya itu bukak mata aku utk mensyukuri nikmat balasan yg Allah bagi utk sekelumit niat ikhlas.

Phewww...mcm jiwang jer...

Gitulah lebih kurang nya.Jadi,buat baik berpada pada..buat jahat jgn sekali.Err...penutup mcm tak baper nak kemas sgt,tapi...gasaklah.Lebih kurg camtu kot...

Sekian..terima kasih.






























Tuesday, 10 December 2013

WAN MAIMUNAH NAK KAHWIN PUN KECOH

Assalamualaikum...

Olololo. siannya blog aku..bersepah sarang labah labah dan sawang sawang...sorylah blog...ku bizi lately.Takde masa mau layan kamu.

Aku baca portal berita online..kat fb la sebenarnya.Pasal Wan Maimunah nak kahwin...ilmiah tak bahan pembacaan aku?

Tak kisahlah dia nk kahwin.Alhamdulillah..dah jodoh kan.Yang aku kisah tang yg mengomen...hai,dah tua tua pun gatal nak berlaki lagi?

Aiseh man...org tua menikah bukan sbb gatal ajer...biasanya org tua ni kalau dia nak berpasangan sbb dia kesunyian.Ada pasangan bolehlah dia bersembang atau seperti kata abah aku...nak mintak tolong garu gatal belakang badan ajer... #sambil jeling mak aku yg tgh siang ikan#

Lantak ler deme..yg penting dorg bahagia..tak kacau org sudahlah.
Selamat berbahagia... till Jannah kata mude mudi zaman sekarang....





Sunday, 24 November 2013

ANDAINYA TERSALAH BUAT PILIHAN

Assalamualaikum...

Lama tak membebel.So,hari ni aku amik keputusan nak membebel...ecewah.Amik keputusan yer...

Cerita pasal buat keputusan ni,aku nak bebel sketlah.Benda kalau depan mata atau aku sendiri yg buat,adalah lebih baik aku bebelkan.Nak harapkan mak aku bebelkan,dia duk jauh ( apa kau merepek ni???)

Aku bagi senario lah utk memudahkan cerita.Misalnya,kau amik keputusan untuk kahwin.Calon suami/isteri kau adalah bermasalah.Utk lebih spesifik,andaikan dia seorang yg pemalas.Tapi,demi cinta lautan api sanggupku renang.Mak bapak kau punyalah berkicau mcm murai menghalang.Bukan apa,esok esok kau balik pada mereka jugak.Pastu bwk pakej masalah sekali.
 
Kau pun berhujah mcm mcm.Kata kau,kita tak tahu apa jadi kemudian hari.Kau,kau dan korg semua bukan nujum.Mana tahu yg malas boleh jadi rajin.Kemudian kau akhiri hujah kau dgn ugutan taknak kahwin selama-lamanya kalau dihalang jugak.
 
Fine....makbapak kau pun izinkan.Kahwin lah korang.Happily ever after....
 
Errr...tak.Rupanya selepas setahun,apa yg kau harapkan tak menjadi.Kalau dapat laki yg malas kerja,kau menanggung biawak hidup.Kerja malas.Dah dapat kerja memilih pula.Gaji keciklah,apalah.Tapi,melangut kat rumah makan tanggung.Suruh meniaga goreng pisang,takde class katanya.Kalau dapat bini pemalas plak,rumah dah mcm Villa Nabila.Kain baju pakai longgok,periuk belanga bergelimpangan,tanak masak plak tuh.
 
Maka,kau menyesal.Tapi,kekesalan itu tak plak kau lemparkan pada diri sendiri.Tapi,pada org sekeliling.Pada makbapak kau yg menghalang pada asalnya.Kata kau,kenapa dulu mak ayah tak cuba sungguh sungguh sedarkan saya bahawa saya telah membuat pilihan yang salah?
 
Faham tak senario tadi.Itu hanyalah senario sahaja ya.Takde kena mengena dgn sejarah hidup aku plak.Tapi aku pernah berhadapan dgn manusia sebegini.Dan juga pernah begini.Mungkin masih begini...errr,entahlah.Sebagai manusia biasa,sukar aku nak mengaku kelemahan sendiri.Bagitahu pada khalayak.Entahlah...
 
Bila kita membuat sesuatu pilihan,maka sila bertanggungjawab dgn apa yg telah pilih.Mengapa bila kau buat pilihan yg salah,tetap juga kau menyalahkan org terapat kerana tidak menyedarkan kau tentang bahana yg bakal kau tanggung di masa depan?
 
Kita semua bukan nujum yg boleh meramal apa terjadi pada masa depan.Berbalik pada senario di atas,andai kata makbapak kau berjaya menghalang perkahwinan kau,lepas tu ditakdirkan kau membujang sampai ke tua.Nescaya org tua itu jugak yg akan dipersalahkan.
 
Senang bukan? Meletakkan kesalahan di bahu org lain atas pilihan yg di buat sendiri.Begitu juga kalau kita buat keputusan kerana di dorong oleh nasihat org tertentu.Lepas tu,hasilnya tak seperti yg kita harapkan,adakah kita akan cenderung menyalahkan org yg bagi nasihat tadi ataupun diri sendiri?
 
Org yg bagi nasihat itu juga bukan nujum.Dia juga tak tahu apa yg bakal berlaku pada masa depan.Biasanya dia akan bagi pandangan berdasarkan pengalaman.Tapi,pengalaman itu tak semestinya reflect pada semua situasi.
 
Jadi,aku mesti latih diri sendiri untuk redha andainya aku salah buat keputusan.Tapi,mohon juga yg sekeliling aku juga tidak menghentam andai aku salah buat pertimbangan.Sebab aku bukan nujum.Kadang kadang aku buat trial and error jugak.Bagi aku masa utk perbetulkan keadaan tanpa perlu aku salahkan org lain.Begitu juga dgn kau.Andai kau salah buat pilihan,sila salahkan diri sendiri dan cuba betulkan keadaan.Bukan tuding jari merata...
 
Tak pasal pasal makan penampar nanti :)
 
Wassalam

Tuesday, 29 October 2013

MAKE UP TUTORIAL

Assalamualaikum...

Hari ni topik kita uolls ialah make up tutorial yer.Walaupun sejak duk umah ni berselebet jer tak bermekap tak bermakna I dah lupa asas asas mekap yer.

Nanti kalau hari hari asyik rupa mcm Mak Lampir pun tak elok juga.Laki nak kene jaga jugak.Walaupun laki mak tu rupanya cam ahli gusti,mana tau ada yg berkenan (mampus kutuk laki sendiri)...ahli gusti kacak ape...##kaberline##

Okey...mula mula..tgk gambar ni dulu.Aku pakai anak dara aku utk jadi model...Murah..xyah bayar.Aku.kedekut..


Okey..cuci muka kasi bersih dulu supaya bersih dari noda dan cela yer...

Pastu...amik lipstik.Jgn tanya naper nak pakai lipstik dulu bkn foundation.Teknik aku sedikit berbeza utk dptkan wajah yg cun melampau.Hanya pakai lipstik...

Okeh...pastu...
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :



 TADAAAAA......



 Cantik kan???

Comey tak Kak Ton???


























Friday, 4 October 2013

STRESS HARI JUMAAT

Assalamualaikum...
 
Stressssss......
 
Tetiba rasa stress.Tak tahu kenapa..rasa stress ajer..
Malas nak bercakap,laki balik pun tegur napa aku diam ajer,dia balik pun aku wat bodoh ajer.Time dinner aku duk dlm bilik.Diorg abih makan,aku pun keluar makan sorang sorang.Layan perasaan sendiri.Tau tau abih nasi sepinggan,semangkuk serunding,roti gardenia tiga keping.
 
Hmmm...stress teruk bebenorlah gamaknya...
 
Masuk dalam bilik pun,aku diam tak bercakap.Duk ngadap handphone,main Candy Crush yg dah masuk 2 minggu tak lepas lepas lagi levelnya lantas menambah stress aku.Ciss...
 
Pastu bukak FB,scroll down tak berenti...sekali lagi laki aku menegur.Makin stress...
 
Terus popok Al-Fatih,bagi BF,dia tidur.Pastu,tidurkan Rafhnah plak.Daddy nya,pandai pandailah tido sendiri ya...gua stress nih.
 
Semua dah selamat,keluar bilik.Kata org,makanan manis boleh mengurangkan stress.Godek godek esbok,ada coklat,ada aiskrim.Cantekkkk...
 
Selesai makan,tetiba aku terkejut.Aiskrim habis setengah tupperware.Giler tu!!Cekelat? Jgn citer lah,selesai sekeping 180g..bar besar tuh.
 
Ni bukan stresss....ni lapar nak mengketedarah...huhuhuhuhuhu.
 
I stress sebab I dah ada dabel chin tau..hukhukhukhuk...
 

Sunday, 22 September 2013

SHOPPING ADALAH TERAPI?

Assalamualaikum...
Hari Ahad hampir berlalu pergi...wah,syahdu plak malam malam buta ni.Maklumlah,sumer org dah membuta,tinggal aku ajer terkebil kebil sambil shopping online.
Sebut pasal shopping online,mesti org akan kaitkan...pompuan takde lain nak buat.Mesti shopping baju,kasut atau handbag.Itu sinonim bukan?
Dulu dulu aku memang in denial pada fact yg mengatakan shopping adalah terapi utk perempuan.Sebab apa? Aku tak suka shopping baju,kasut ataupun handbag.Bohonglah kalau aku kata sampai tak beli langsung.Beli jugak,tapi apabila benda yg aku pakai tu sumer dah lusuh dan tak boleh dipakai lagi.Aku takde collection handbag yg boleh gilir gilir pakai.Cukup tempoh memang kena ganti baru.Dan itulah satu....
Kasut pun mcm tu.Paling banyak aku simpan ialah dua pasang.Just in case kalau yg aku pakai tu lunyai atau tertanggal tapak.Kalau tak,itu ajelah yg aku belasah.Pergi bersalin itu hari pun Dr tu sempat melawak ngan aku..." Amboi,tgklah sandal dia datang bersalin..(gelak)," Sebab aku pakai sandal bling bling masuk labour room...gitu.Hehehehe.Dah itu ajer yg aku ada.Gi jenjalan,kenduri kahwin,shopping complex,jalan kat taman,pergi pasar...itu ajerlah yg aku pakai.
Baju? Baru baru ni barulah aku beli agak banyak sket.4 pasang.Itupun sebab butik tu buat offer beli 3 percuma 1.Aku beli banyak sebab itu adalah stok nursing dress.Sebab Al-Fatih memang fully direct BF dan nursing dress memudahkan aku nak gerak gi mana-mana bwk baby.

Aku selalu cakap,aku tak sama ngan pompuan lain.Minat aku tak terarah pada minat kaum hawa yg lain.Pergh...cakap besar,heh.Konon...
Apa yg aku tak sedar ialah...memanglah aku tak minat baju,kasut dan handbag...tapi still suka shopping!!! Ceh...boleh plak tak sedar diri.
Aku lebih minat shopping komik,barangan Hello Kitty,barang perhiasan rumah yg comel dan peralatan dapur mcm tupperware.Pastu,dah beli...simpan.Pakai tak...sebab sayang.Dan aku sgt alert pada brg2 kesayangan aku.Jgn sapa berani sentuh,akan ku sumpah jadi batu jap gi.
Walaupun minat aku pada brg2 kecik ni tak memerlukan kos yg besar tapi tetap dihalang oleh lakiku.Sebab,membazir katanya.Pakai tidak,duk berlonggok kat dalam laci nak buat hapa.Mcm brg perhiasan rumah,mana sempat pun aku nak menghias.Nak habiskan rutin harian mcm mengemas rumah,lipat baju,jemur kain,masak,hantar anak sekolah,layan bebudak,main candy crush...eh?..pun tak cukup rasanya 24 jam tu,inikan plak nak menghias,DIY apa bagai? Tidaklah jawabnya...
Hari Sabtu hari tu kami pergi Paradigm Mall.Sebab aku nak menyinggah ke Kaison dan Daiso.Memang giler ah...mcm nak sawan aku punya tahap keterujaan tu.Banyak giler barang-barang comel kat dalam tu.
Tapi,window shopping sajalah...belilah jugak 2-3 ketul.Itupun cepat2 laki aku bawak pergi ke kaunter bayaran,takut aku meroyan beli satu kedai jap lagi.Bukan dia kedekut atau berkira ngan aku,tapi nak mengelakkan aku kumpul barang-barang "tak dipakai" kat rumah.Kut barang terpakai,boleh gak let go kat Cash Converter..heheheheheh.
Lagi satu,aku suka makan..bukan nak makan banyak,tapi aku rather spend duit cari makanan sedap dari beli baju.Hari Sabtu tu,aku hajatlah nak cari makan kat Paradigm Mall,sekali laki aku nak makan nasik kat restoran belakang umah.Muncung aku satu hari.Dahlah nak beli brg kat Kaison tak dpt...malam tu nak pujuk aku,dia bawak aku makan Chicken Maryland kat Kedai Kopi Tasik Shah Alam tuh.Barulah kurang sket muncung....gitu.Tak payah mahal pun nak pujuk aku..bukan mintak candle light dinner pun.
Jadi,kesimpulan di sini,aku masih lagi seorang wanita biasa.Tak ada yg luar biasanya....Shopping walaupun window shopping masih lagi terapi terbaik mengubat ketensenan...heheheehe.
Okey,sambung shopping online kat CESB.Beli collection Tiga Dara Pingitan....arghhh,rindunya zaman kanak kanak.Cabai masih pelukis komik kesayangan aku...

Friday, 20 September 2013

MABUK CAFFEIN

Assalamualaikum...

Besok dah hari Sabtu.Cepat tul masa berjalan.Hari ni aku pening lalat sket.Ntah naper kepala belah kanan duk berdenyut denyut.Pastu melarat ke mata plak.

Pikir punya pikir sampai sakit melarat ke belah kiri otak pulak...baru teringat..belum breakfast.Kemain duk meligan kat dapur,sediakan breakfast ngan makan tgh hari,sendiri pun tak makan lagi rupanya.Lalu duduk makan sekejap..



Mentang mkn spaghetti goreng,pinggan pun pakai SanRemo punya free gift.Aku goreng spaghetti belen smlm,dr membazir ,belasah sajalah.

Tetiba Rafhanah dtg nak makan jugak.Aku nak suap nasik tanak.Rupanya dia nak meratah lauk ajer.Suka ati kaulah nak..



Dah selesai makan,barulah beransur ansur sakit kepala tu hilang.Alhamdulillah.Lapor rupanya...pftttt.

Ntah hape aku merepek ari ni ntah...takpelah.Abaikan ajer....

Cuma nak cerita perihal ketagihan aku pada kopi dan kesan pada badan.Aku x tahulah ada kene mengena ke tak dan maybe kesan mcm ni aku sorg jer yg rasa.

Aku ni suka minum kopi.Masa keje dulu,wajib sampai opis jer bancuh kopi.Tiap tiap hari x penah miss.

Memula aku perasan hal ni bila aku start minum kopi 3 in 1.Tak kiralah apa jenama pun.Aku jadi mcm melayang layang.Bdn rasa nak terbang jer,tak pening tapi semacam jer.Pastu menggigil.Aku jumpa doktor dia bagi aku vitamin.Oklah sket tp x ilang sepenuhnya.

Tapi,bila aku x minum,aku rasa okey.Jadi aku decide berhenti kejap.Pastu aku okey.Tapi,mana tahan.Baper bln lps tu aku beli lagi.Jadi lagi.Kepala aku jadi mcm ringan,tak rasa sakit or pening,tapi kdg2 rasa cam nak melayang gitu.

Kenapakah?Aku dh terlebih cafein sgt ke?Aduh....nak kopi...nak kopi....


















Sunday, 1 September 2013

MARAH SANGAT DAH NI.....

Assalamualaikum...

Seminggu dua ni agak busy sket.Ngan adik ipar nak bertunang lagi.Pastu plak,penyewa baru nak masuk plak dgn keadaan rumah yg masih terlingkup.Byk barang rosak blm repair.Cam nak giler memikirkan.

Rumah sendiri lagi lah jgn cerita.Pintu bilik air dah tercabut dek angkara anai anai...grrrr..kalo aku ultraman kan bagus.Akan ku fire semua anai-anai tu.Sakit jiwa aku lah.Tambah lagi salur air kat dapur ni pecah.Almaklumlah...rumah lama.Masalah anai anai lah yg plg teruk.Sumer bende nak dikekahnya.Habis dinding dan segala macam kayu kayan kat umah ni jadi mangsa.Semua dah masuk fasa uzur tunggu masa nak kojol jer.Time hujan...huhuhuhu..mcm air terjun dah.Abih dapur banjir.Semalam dah tak kuasa dah aku nak hampar kain buruk...aku biarkan ajer.Laki aku ni,kalau tak nampak kat mata dia,dia assume sumer ok,takdelah dia nak merepair.Selama ni,paip tersumbat,aku pam.Saluran paip bocor,aku balut ngan plastik ngan tape.Dapur banjir,gigihlah mengelap sampai kering.Jadi,dia balik,dia tgk mcm xder apa-apa...dia lupalah walau aku dah bagitau beratus kali.

Jadi...semalam aku biarkanlah walau hati meronta-ronta nak keringkan lantai dapur.Yerlah...susah kut,nak masak,anak-anak nak ke bilik air apa bagai.Tapi,kalo dia tak tgk sendiri betapa teruknya condition rumah,buat derk ajer kang.

Aku paham dia busy.Sebab tu,mana yg boleh aku cover,hal kecik kecik,aku buat sendiri.Tapi,salur air pecah kut.Yg tu kene tampal ngan simen.Takkan aku nak gi bancuh simen sendiri? Kalau aku dah tahap pandai cenggitu,baik aku robohkan ajer rumah ni,buat baru.

Suruh panggil org repair,ada ajer yg tak kena kat mata dia.Org ni caj mahal tapi keja teruk...blablabla.Tapi,suh buat sendiri asyik nak bertangguh tangguh.Buat benda lain yg tak urgent bukan main rajin lagi...grrrrr.

Entry kali ni memang berunsur luahan perasaan.Tak pedulilah...

Anai-anai...berambusssss!!!!!!

Monday, 26 August 2013

TIPS NAK JADI JUTAWAN...HEHHEHEHE

Assalamualaikum....

Dah nak ujung bulan,akauntan kene lah start keje.Sambil menolak stroller dan memimpin tangan dua org kanak kanak kecik...geraklah aku ke bank utk menyettle segala utang piutang isi rumah (mampus org putih marah aku rosakkkan bahasa dorg)

Time time mcm ni lah tetiba teringin nak jadi sotong.Senang kan..sesungut banyak,senang nak bwk anak anak ke hulu ke hilir...ekekekekeke.

Hari ni aku pakai tshirt bank tempat keje lama dulu.Biasa lah..dulu kalo ada promo ke apa ke..head office akan bagi tshirt.Memang aku selalu pakai t shirt tu jer pun sbb aku mmg x beli t shirt lagi sejak kahwin.Mana yg dh lusuh..aku pakai kat rumah atau jd kain buruk.Sepanjang aku keje dulu..aku byk join event or roadshow kat luar so berlambak t shirt bank yg aku dpt.Aku ingat berbelas pasang jugaklah.Tp masa nk pindah,aku tertinggal kat umah lama.Byk jugak...dhlah dlm plastik lg...huhuhu.Tinggallah 5 helai jer.

So hari ni selamba badak masuk bank tempat keje lama dgn pakai tshirt tu.Staff sana merangkap ex officemate tegur lah aku napa pakai baju tu.Rindu nak keje bank lg ke..blabla yada yada....Gurau gurau ajelah pun..takdelah nak kecik ati pun.Tapi..tiapkali aku pakai,diorg tegur.Byk kali lah pendek kata.Aku pun satu hal gak...punyalah byk blouse yg ada tanak pakai.Nak gak sesah tshirt tu.Sbb selesa kut.

Biasa aku jawab,sebab aku xde tshirt lain.Yg ada pun sumer lengan pendek.I kan muslimah sejati...ekekekke.

Hari ni aku jawab....

"Dah ada yg free belasah ajer le sampai lunyai.Asyik nak beli tshirt..bila aku nak jadi jutawan?Buat mcm aku,baru leh jd jutawan"(gelak).Depa pun bantai gelak sekali.

Gelak lah...kang depa ingat aku sentap plak.hehehehehe.

Org mesti ingat aku kedekut nak spend beli baju kan?Sbb asal ke area Seksyen 9 tu kerap aku pakai tshirt bank tu jer.Aku malas nak explain panjang lebar.Takat nak gurau gurau...takde ler sentap nk buat press conference bagai "Kenapa sy suka pakai tshirt yg sama bila ke bank?".

Bukan hari hari pun aku ke bank.Cumanya sbb bank tu dekat jer so tshirt ialah option plg bagus.

Eh...kata xnak explain.Buat apa plak aku explain pjg lebar kat sini.Ada saper kesah?hehehehehehe.

Tu jerlah nak citer.Mmg xde motip apa pun.Saja nk bg idea for those yg encounter bende yg sama cam aku...jwb lah cenggitu.Kata org..kata kata itu doa.So,mari kita jd jutawan sama sama...

Amin....

















Saturday, 24 August 2013

AISKRIM BASKIN ROBBIN

Assalamualaikum....

Adik ipar aku yang bongsu..tiapkali cuti semester U,dia akan stay kat rumah aku.Sebabnya,dia akan buat kerja part time.Area rumah aku dekat dgn Plaza Masalam,jadi senang sket dia nak gi kerja.

Mula-mula dulu,dia kerja KFC...kadang-kadang,bila dia kerja shift malam,ada jugak sesekali dia bawak ayam goreng balik.

Pastu,KFC pindah tempat lain,dia berhenti kerja kat situ dan apply kerja kat Baskin Robbin.Eh,betul ke aku eja? Gasaklah...

Lepas tu,mungkin dia tersangat suka kerja kat situ,boleh kata tiap-tiap cuti semester dia akan apply kerja situ.Yang best ialah,tetiap kali dia balik rumah,dia akan bwk balik satu cup kecik aiskrim.Memang ler kecik,tapi yg best ialah...dia akan bawak balik perisa yg berbeza setiap kali.So,boleh try...

Jadi,lepas abih pantang hari tu...aku order 2 pint aiskrim.Lepas geram punya pasal...

Nah...sila meleleh air liur...hehheheehheee


Praline N Cream

Tak ingat tajuk...


Sorry ler...takde mende nak citer..hehehehehee



Tuesday, 16 July 2013

JANGAN MEMBAZIR TAK KIRALAH BULAN PUASA KE TIDAK

Assalamualaikum...
 
Dah lebih seminggu berpuasa..Alhamdulillah.Amani pun cuma dua hari jer tinggal puasa.Yang satu hari tu sebab tak tahan godaan tgk Hakim dan Rafhanah makan nasi lauk telur goreng ajer pun...adohai...
 
Sepanjang Ramadhan ni,Alhamdulillah,tak ada pembaziran berlaku.Lauk yg ada mesti licin punya.Mujur tahun ni ada baby,jadi takde lah aku terlepas ke bazaar.Kalau dah sampai ke bazaar,niat di hati nak beli kuih 1-2 jenis,ianya akan jadi double or triple.Pastu tak abih.
 
Tu yg laki aku selalu bising kat aku.Aku ni bukannya kuat makan pun,nafsu jer lebih.Last-last dia yang habiskan sebab dia tak suka membazir.Kesian dia.
 
Baru-baru ni,dia outstation.Huk,sayu plak hati ni bila berbuka dia takde.Tak pernah dia outstation bulan puasa.Kurang meriah jadinya..sedeyyy.
 
Lagi sedey bila tgk ada lauk pauk yg tak abih sedangkan aku masak potion macam biasa.Takpe,simpan untuk sahur.
 
Bila bangun sahur,tgk lauk masih banyak lagi.Tetiba teringat kat dia....
Teringat yg dia selalu bising bila makanan tak abih.Membazir katanya...
Teringat dia selalu habiskan lauk pauk walaupun dah kenyang...
 
Aku pun...
Gigih meratah sotong masak sambal tu demi teringatkan pesanan laki aku...JGN MEMBAZIR..
hukhukhukhuk...baru aku paham perasaan dia.Asyik lah duk bising aku nih suruh dia diet sebab dah banyak baju dia tak muat....
Tapi tak jugak sedar-sedar tu semua angkara aku...
Masak atau beli makanan banyak-banyak melampaui kemampuan makan...
Last,dia yg perabihkan...
 
Huhuhuhuhhu...
Pengajaran...pengajaran...
Brrrrrppppp....
Sendawa bau sambal sotong...
Alhamdulillah....huhuhuhuhu ( sambung nangis)

Thursday, 13 June 2013

MASAKAN KEGEMARAN FAMILY

Assalamualaikum...

Hari ni xde modal nak beleber ( "berleter" dlm loghat Terengganu) jadi marilah kita berbicara secara cacamarba sahaja...

Baru-baru ni kat FB ada org share pasal satu artikel dari suratkhabar bertajuk " Muatnaik gambar makanan di media sosial petanda sakit mental"siap ada gambar org tgh pegang DSLR sedang snap gambar makanan.

Reaksi pertama aku ialah gelak berguling guling dulu....

Aku tak baca artikel tu dan aku tak tau dari mana wartawan tu ceduk sumber atau doktor mana yg buat research tu.Maybe,kajian dia tak menggambarkan keseluruhan org yg pernah buat mcm tu.Maybe ada certain behaviour yg obses sgt,sesuai la masuk kategori tu.Bagi aku,bkn makanan ajer,buat apa pun secara keterlaluan,memang mental.Kalau harmless,ok jer bg aku.Tapi,kata sepupu aku, reporter tu salah translate.Whatever lah...tak kisah pun.

Jadi...

Kalau aku upload gambar makanan kat sini...mentalkah aku??? hihihihihihihi

Kata org,air tangan isteri / mak adalah masakan terbaik.Even tak sedap pada tekak org lain,tetap terbaik di tekak family...betul tak?

Aku bukan dlm kategori org yg pakar masak.Even dh berhenti kerja,jadi fulltime housewife,masih tak melayakkan aku jadi chef...huhuhuhuhu.Tapi,aku bertuah sebab laki aku jenis yg tak cerewet makan.Hidanglah apa pun,dia mesti bedal.Sebab dia tak suka membazir.Dan,dia jugak jarang komplen.Bagus...laki mithali sangat...hehehehehehe.

Antara lauk kegemaran dia ( selain dari masak lemak cili api...org Nismilan la katakan) adalah daging dendeng.Ni jugak lauk kegemaran Amani dan mak Amani...eh? Aku lah tu.Jarang laki aku dan anak-anak nak sama taste sebab anak-anak aku tak suka pedas.Laki aku of course lah kan...cili padi pun main kunyah camtu ajer.Tiapkali nk masak,agak pening sbb wajib ada 3 jenis lauk.Satu yg pedas khas utk laki aku,satu kurang pedas dan satu lg,sayur.

Ni memang favourite aku.Sebab ni antara masakan mak aku yg terbaik...err,semua lauk dia pun terbaik.Jadi,disebabkan gemar bebenor,mintaklah resepi.

Tapi,tahulah..bila dah sampai kat tgn aku...resepi aku modified ikut sedap aku lah kan.Tapi,laki aku suka,anak-anak suka..kira okeylah kan?



Memula...kita rentungkan daging ni dulu.Hehehehe...takdelah,pasal kene rendam kicap,tu yg legam tuh.Dulu aku rasa agak renyah nak buat lauk nih.Nak kene rebus dulu,pastu potong,tumbuk,rendam dalam kicap baru goreng.Mcm byk step.Tapi,lepas dua tiga kali buat,simple jer sebenarnya

Proses penyediaan kuahnya.Step sama cam nak buat sambal biasa.Sonang kan?


Kasi besar sket gambar...dah siap utk dihidangkan...magic tak? Dua step ajer...hehehehe
 

 
Antara kegemaran aku lagi ialah homemade mashed potato.Gugel resepi kat internet lah dan buat sendiri.Senang ajer rupanya.Tapi,resepi gravy tu byk jugak aku try tapi tak kick sgt.Sampaila satu hari tu aku gugel dan masuk kat satu blog ni.Tapi aku dh lupa linknya.Kut tak bulih bagi kredit resepi kat dia.Resepi beliau lah yg betul-betul menepati selera aku ( tak semestinya applicable kat org lain yer)




Gravy in the making.Resepi..bawang besar/merah,tomato dicincang.Tumis sampai lembik tak bermaya gitu.Pastu buh sos lada hitam,serbuk lada hitam,air ,tepung jagung utk kasi pekat.Pastu letak button mushroom.Walla...kacau sampai tomato dan bawang tu hancur dan sebati dlm gravy.Dah sudah tu,cam biasalah,nak tambah garam,gula or perasa.Siap..



Mashed potato lagi senang.Biasanya aku rebus sampai lembik.Pastu hancurkan dulu.Pastu aku pakai hand mixer ( ala,pemukul yg nak buat kek tu).Tapi,masa nak pukul tu,make sure tambah susu segar sket.Kut tak abih terbang kentang tu.Slow slow ajer pukul.Aku biasanya pakai periuk yg tinggi masa pukul ni.Kut tak,abih kentang tu ntah ke mana.hihihihihi
 
Dah tu,panaskan butter dlm periuk,masukkan kentang yg dah hancur tadi.Teruskan mengacau kentang tadi sambil tambah susu segar sebanyak mana yg suka.Aku suka tambah byk2 supaya kentang tadi rasa lebih berkrim.Masa ni jugak,tambahlah garam/pepper sket.Renyah sket nak buat,tapi suka punya pasal,sanggup ajer.
 
Tapi,aku jarang masak western ni sbb laki aku prefer nasik.Dia makan jer takde komplen,tapi aku kesian kat dia.Dia ni,asalkan nasik,lauk simple pun takpe.Bila dia puji sedap,aku tanyalah kenapa.Sebab lauk tu simple sgt.Katanya,sebab aku memasak dengan kasih sayang.Tu lah sedap.Katanya lagi,kalo aku masak sambil marah2,lauk special pun jd tak sedap.Oh,gitu...jadi puan puan,jgn lupa masukkan unsur kasih sayang dan keriangan waktu memasak yer.....hihihihihi.
 
 

Lauk gini pun jadilah.Ikan panggang cicah kuah asam dan sayur campur

Air asam..ni pun dah cukup menaikkan selera

Anak-anak aku pun mcm aku gak.Kureng sket sayur.So,kata org,nak bagi diorg suka,buatlah hidangan berkaler sket.Betul teori tuh.Walaupun tak lah byk sgt diorg makan,janji bersentuh jugaklah.
 
 
Yg diratah cuma carrot.Jadilah...
 
 Okey...mcm expert jer kononnya tepek gambar masakan kat atas kan...ececececeh...perasaAN lah sgt.Meh tgk gambar kat bawah ni...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tadaaaaa....dada ayam panggang rentung...wakakakakaka.Redha sajalah..Terkulat kulat nak ngabihkan.

 Sekian laporan masakan dari dapur saya...hehehehehehe



Tuesday, 23 April 2013

VIDEO GWIYOMI

Assalamualaikum...
 
Hari Jumaat hari tu pergi check up.Doktorku bilang,due date dalam 9hb May..alemak aii..berdenyut2 jantung ku..hehehehhee.Awat diawalkan plak ni doktor? Hari tu bukan dalam 24-25hb ke? Ke,baby nak kuar time PRU 13 nanti? Hehehehe...
 
Tak kisahlah...janji baby keluar dengan selamat yer...
 
Semalam sebelum tido,aku layan bukak FB kat tab kejap.Ada lah plak kawan aku sorang ni post video..ala..video yg sangat popular di buat dek orang skang ni..Gwiyomi ke apa jadah namanya tu? Hari tu deme ni demam Gangnam Style,pastu Harlem Shake...ah,skang benda alah ni plop.Tapi aku rasa,trend yg ni ok sket dari Harlem Shake yg ntah hape-hape tuh.
 
Tak kisahlah sapa-sapa nak buat.Dah kalau yg buat tu comel,okey lah kan.Lagi-lagi kalau yg buat tu budak pompuan yang comel...ololololo...rasa cam nak cubit cubit pipi tu...comel sangaaaaat okey.Yang kurang comel sekalipun,kalau nak buat jugak,lantak korang lah,asalkan pompuan,kiut jer aku rasa.
 
Tapi....
 
Tolonglah sapa-sapa yg buat tu kalau dah berjantina LELAKI....
 
Sapa ajer lah yg racun korang cakap korang " COMEYYYYY SANGAAAAAAT" bila buat video Gwiyomi tuh? Rasa nak sawan jer tertengok video Gwiyomi versi lelaki nih.Tetiba jer rasa mcm nak bagi makan penampar,hahahahahahhaa.
 
Kalau orang Korea/ Jepun yg buat,aku tak janggal sgt sebab rata-rata artis dorg ni pun jambu-jambu.Dah biasa tgk...tapi kalau Melayu...huk aloh lah....tolong lah akak dik....
 
Alahai...mintak simpanglah si Hakim tuh buat video pesen cenggini nih bila besar.Free free ajer aku bagi penyekeh karang.
 
Harap-harap tak kenan kat baby yer...haritu Doktor scan cakap kemungkinan besar baby ialah BOY...

Friday, 19 April 2013

KISAH TIPIKAL LAKI BINI

Assalamualaikum,

Nak kongsi satu cerita pendek...cerita biasa ajer pasal laki bini,tapi harap-harap dengan cerita ini kita saling memahami pasangan masing-masing...

Sepasang suami isteri,berada di ruang legar klinik.Sambil tunggu turn,si isteri renung-renung kakinya.Atau lebih tepat,sandal yang di pakainya.Si suami sibuk membaca berita online kat Galaxy Tab.

Isteri : Bang...tengok kaki sayang...

Suami pun tengok..takde apa yg pelik ngan kaki si isteri

Suami : Ha? Naper?

Isteri : Isyyyy...tengoklah sandal sayang nih...

Suami : Oh..suruh tengok sandal rupanya.Udah tu naper?

Isteri : ( Dah mula bengang sket ,tak paham paham laki aku nih ) Tak perasan ke???

Suami : Mana lah abang tahu..apa yg tak kena dengan sandal sayang?

Isteri : Isyyyyy...kan ke dah buruk.Tengok haa...lusuh dah ( memang sandal tu dah buruk,tapi tapak belum tertanggal dan takde tali putus)

Suami : Oooh...ala...kasut abang ni pun buruk jugak.Ha,tengok ni..bulu bulu benang pun dah terkeluar.Kulit dia pun dah sopak sana,sopak sini...bla bla bla bla...
 
Kali ni si isteri dah mula hilang sabar...
 
Isteri : Isyyy...abang ni.Tak paham paham lah.Bukan nak bertanding kasut sapa paling buruk.Dah tahu kasut sayang ni dah buruk,dah lusuh...nak mintak belikan baru lah.Haih,apa payah sangat nak faham nih??
 
Suami : Laaaa,mana lah abang tahu.Lain kali,cakap ajer lah nak beli baru.Itu pun payah ker,cakap nak corner sana,corner sini,mana nak faham...
 
Memula suasana agak tegang..tapi,lepas tu masing-masing ketawa.Dua-dua pun bengap lah hai....
 
Moral of the story :
 
Isteri kena faham,lelaki ni sifatnya "straight to the point ".Nak sesuatu kena mintak direct,tak payah kias kias,kelak kita yg sakit hati.
 
Suami pula....cuba-cuba lah belajar jugak kiasan-kiasan isteri sesekali.Wanita kan pemalu...kadang-kadang segan nak mintak direct....
 
Hehehehehehhehe.....

Wednesday, 3 April 2013

BARANG HELLO KITTY DI ATAS MEJA

Assalamualaikum...

Duduk kat kampung buatkan aku "fasih" bahasa Latin dan Filipina.Mana taknya,hari-hari kena layan telenovela ngan Ma.Tak pun,kene layan kartun.

Nak ngadap laptop pun tak guna.Internet ni tghhari jer dia okay.Time tu aku tgh berhibernasi,maklumlah,summertime kan.Binatang berhibernasi musim sejuk,aku lak musim panas...elokkkkk sgt.Takde mood nak bangun..asyik terbaring atas tilam.Tu yg menjadi layan telenovela.Malam-malam pun duk mimpi Jericho Rosales tu,hahahahha...

Ni,harus yg kat dlm perut ni keluar muka ala-ala J-Lo atau Marc Anthony nih...ngeh ngeh...latino sgt.
 
Dah bosan-bosan sementara tunggu internet meloading segala mcm bende yg aku bukak,aku geledah lah folder gambar kat lappy nih.Eh,terjumpa plak gambar koleksi2 Hello Kitty aku yg kiut miut tu.Update kat blog lah...muahahahhahaa.
 
Bila Amani dah ada meja study dia sendiri,aku yg beria-ia hiaskan dgn koleksi HK aku yg tak seberapa nih.Ahhh,tetiba rasa comel...apakah???


Sumer pink...sian Amani kena hadap bende2 pink ajer...

Tempat letak pensil tu jer bukan Hello Kitty..

Toy dari McDonalds


P/S : Ni bukan entry "cara-cara menghias meja study" yer....ni entry tak tau nak buat apa..hihihihii