Sunday 29 July 2012

PENGANTIN MUDA - YANA & SYAFIQ

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kecoh ngan penyebaran video pengantin muda Syafiq dan Yana...haaa...isu dah basi kan.Aku memang selalu ketinggalan ketapi.Kut bullet train bolehlah dimaafkan lagi kalau tertinggal...udah laju yer dok? Tapi kalau ketapi pakai wap tu gak yg aku tertinggal...hmmmmmmm...( aku nak citer pasal apa sebenarnya?)
Banyaklah komen yg aku baca.Termasuklah komen-komen dalam radio ( masuk radio tuuuuu) sampaikan wartawan pun sibuk nak interview mak bapak budak tuh.
Hmmmm...
Yang komen positif...okeylah.Yang komen negatif dengan isu " Nanti nak kasi anak org makan apa?", "Sekolah tak abih lagi dah nak kawin", " Kalau dah ada baby ntt camne?"," Dah paham tanggungjawab ke?,ingat kawen ni mcm main masak-masak?"
Hmmmmm....
Mcm ni ajerlah makcik makcik,pakcik pakcik...
Aku pernah terbaca satu artikel mengenai amalan terbalik org melayu...dan maaf cakap....ini adalah salah satu contoh.
Bebudak tu menikah kan? Menghalalkan apa yg haram...salah ke?
Kita lebih hairan dan kecoh ngan sepasang pengantin yg so called " kanak-kanak"...tapi kita baca berita sepintas lalu ajer pasal budak pompuan sebaya Yana tu lahirkan anak luar nikah.
Apa kita nak kecoh sgt dengan mengatakan gadis itu tak ready secara mental dan fizikal sedangkan kita pernah terbaca kisah budak pompuan darjah 6 dah pandai lari ikut boyfriend?
Aku tak kata yg aku pun maybe akan kahwinkan anak dlm usia muda mcm tu.Sebagai parent,dah jadi impian kita utk lihat anak kita berjaya dlm pelajaran dan kerjaya kelak.Tapi,terlalu awal utk kita judge pasangan tersebut.Sebabnya:-
1) Sapa kata bila dah kawen,diorg takleh abihkan study? Memang perjalanan masih jauh dan kemungkinan akan tercicir masih ada.Tapi,instead of kita kutuk2,apa salahnya bagi moral support kat diorg.Ada dikalangan kita sendiri,dah beranak pinak malah ada yg dah bercucu,masih success bila further study kan? 
2) Hal ni akan jadi lain kalau diorg kawen lari...tapi,kalau ditengok majlisnya,meriah nak mampus sampai kecik ati aku tau...sob sob sob...Maknanya,parents diorg dah sepakat restu.Dan,kita sebagai masyarakat,apa salahnya bagi support.Free jer pun takyah bayar.Takde pun diorg kuar paper mintak derma nak tanggung pasangan tuh.Kalau kuar mcm tu,aku pun kutuk sbb sampai nak menyusahkan org lain.
3) Nak bagi anak org makan apa? Kalau ada baby mcmmana? Terlupakah kita,siapa yg bagi kita rezeki? Bukan ke Allah dah kata,rezeki setiap bayi yg lahir tu sudah ditentukan? Bukan kata kita boleh duk goyang kaki jer tunggu rezeki dari langit,tapi maybe family ni dah ada plan utk mereka sementara mereka boleh berdikari sendiri.Lagipun,dengan melakukan sesuatu yg diredhai Allah,InsyaAllah,ada jalannya.
4) Tanggungjawab? Dengan sebuah perkahwinan yg direstui,InsyaAllah,family mampu membimbing.
Jadi,apa isunya? Kenapa kita nak fikirkan kemungkinan kemungkinan di masa hadapan? Tak salah nak prihatin,tapi dengan mengkritik,apa yg kita nak sebenarnya? Kita nak pasangan ni bercerai? Atau, kita nak menghalang lebih ramai pasangan "kanak-kanak" berkahwin? Kita boleh halang lebih ramai kanak-kanak dari berkahwin,dengan syarat kita berjaya mengekang masalah sosial penzinaan dan kes buang bayi yg berleluasa skang nih.Harus diingat,statistik menunjukkan ramai remaja sebaya Yana ni yg hamil anak luar nikah.
5) Kawen awal ntt cepat cerai sbb tak matang....Astaga...naper nak harapkan diorg bercerai? Soal takde jodoh ni,dah tua bangka super matang pun boleh bercerai.
6) Perkahwinan sepatutnya menjadikan satu pasangan itu lebih dihormati.Jadi,kita kutuk pun takde guna.Sebaiknya,dengan berkat Ramadhan,apa salahnya kita doakan pasangan ini kekal bahagia ke akhir hayat,hidup cemerlang,terbilang,gemilang...tak gitu?
Sekian sahaja ulasan saya tentang isu terkini lagi sensasi ini....doakan yg baik baik saja yer....untuk kita jugak nanti.InsyaAllah...
P/S : Point di atas adalah pandangan aku sahaja.Kalau berbeza pandangan,tak ada salahnya..cuma melahirkan pendapat masing masing.

Wednesday 25 July 2012

FIRST DAY PUASA BAGI AMANI

Lately ni rasa malas betul nak hapdate blog (ah,mcm selama ni rajin pun).Puasa,puasa,heh,rasa cam tak logik alasan.Ahaks.
Tapi ni kene catit jugak sbg kenang kenangan di masa hadapan.Memori tuh.Kut2 bila org tanya moment moment bermakna gini,siap boleh bagi tarikh tu.
Anak sulung aku Amani dah start belajar puasa.Sob sob sob,besar dah anak daraku.Cepat tul masa berlalu.Rasa cam baru semalam dakap tubuh kecil dia yg masih merah.Tup tup dah 6 tahun.Oh,rasa cam dah tua (tu sebenarnya yg takut sgt masa beredar ngan cepat,ehehehehe)
Masa 1st day Ramadhan,dia tak puasa.Petang tu kami balik Rembau.Next day tu,aku kejut dia sahur sama sebab nak latih dia puasa.Sampai setengah hari okey lagi.Si hakim duk galak makan nasi la,roti la,biskut lah hapa kat depan dia,dia relax jer.Hmm,kuat iman sungguh anak aku ni,sebijik mcm mak dia..lalalalaa
Kemuncaknya pukul 1,dia dh start gelisah.Yelah,bila dah duk umah asyik ngadap tv,dia rasa cam masa tu berjalan lambat.Aku try pujuk dia n dia okey.Aku suh dia tido,x maunya.Ralit sgt nak main.
Alih alih si hakim mintak susu dan inilah kesudahannya.Amani ni,dia boleh tahan tak makan,tapi dia memang takleh tahan tgk susu.Menggelupurlah jawabnya dan disertai dengan ayat yg mengundang nestapa di hati ibu,"Ibu,kakak along dah lapar sangat dah ni".Gaya tak hengat,cam tak makan seminggu kebulurnya.Akhirnya aku mengalah,kesian pulak nak paksa paksa.Lagipun,ni first trial kan.Kasi can.Elok aku bagi greenlight bukak puasa,terus 5 keping biskut meri ngan sebotol susu settle.Pastu senyum sampai telinga punya seronok.
Pastu,dua hari berikut,aku tak suh dia puasa,tapi aku acah acah lah suh puasa lagi and dia agree.So,sahur semalam,aku kejut dia makan nasi ngan sup ayam panas faveret dia.Kesian tgk dia tersengguk sengguk time makan tapi settle gak sepinggan.Pastu,aku suh dia minum air banyak banyak dan bagi Scott Emulsion sesudu.Ni dia yg request.Aku syak pengaruh iklan nih.Mesti punyalah (oh Scott Emulsion,bolehlah amik kami jadi duta ntt,hehehehe)
Balik dari sekolah,aku tgk dia okey.Cergas cam biasa,aku tanyalah dia puasa tak.Dia cakap dia puasa,tak minum pagi pun kat sekolah dan teacher dia memang tanya siapa yg puasa so diorg tak bagilah morning snack for those yg puasa.
Aku suh dia mandi n tido utk elakkan godaan2 dr adik2nya yg suka sgt selongkar peti sejuk dan tudung saji.Lepas bagi makan kat hakim dan rafhanah,mandikan diorg,aku angkut masuk bilik ketiga tiganya,suh diorg tido.Cantekk,dah lena,aku terus masak siap siap.Bulan pose aku suke masak awal sbb takut bila lewat sgt,aku tak larat.Cam kekanak!!
Amani bangun kul 5.30pm.Memula dia mengadu lapar,tapi aku pujuk sbb mcm rugi sgt nak berbuka time time mcm nih.Dah alang2 kan.Terbaring dia atas tilam depan tv tu layan kartun.Aku sampai sanggup x tgk tv sbb ntt takut dia pegi main.
Pukul 7.15,time aku hidang2 makanan dan siapkan air n kuih,dia dh bertenggek kat meja makan."Ibu masak apa ni,sedapnyee".Tak penah penah dia puji spaghetti aku,lapar punya pasal,bagi kayu pun sedap agaknya.hehehehehe.
Time nak buka,si hakim plak menyibuk2 nak makan sekali.Daddy dia sound,org tak puasa xleh buka sekali,terus lari ke depan sambil nangis.Oloh,siannya,aku panggil dia makan.Terus sengih.Drama kau kan.
Time berbuka,tergambar rasa puas dan ceria kat muka Amani sbb berjaya puasa penuh.Aku?Alhamdulillah,syukur sgt2 berjaya latih dia puasa walaupun hati rasa kesian sgt2.Yelah,kesian memanglah kesian,tapi kalau diikutkan sgt,sampai bila nak latih dia utk tunaikan kewajipan sbg umat islam kan.Takpelah kut esok lusa dia tanak puasa,aku tak mau lah paksa.Ntt dia fobia plak.
Tapi,apapun,aku tetap bersyukur dan bangga dengan Amani.Good job honey.Love you so much!!!

Monday 23 July 2012

TRAGEDI DI BULAN RAMADHAN

Di pagi Romadhon al mubarak..pukul 9.30am.
Seorang ibu sedang memimpin anak kecilnya berlenggang kangkung masuk ke pasar.Sebelah tangan lagi menarik raga bertroli.Senang nak bawak barang katanya.
Destinasi pertama..gerai ayam.Hajatnya nak masak resepi mat salleh,cordon bleu chicken katanya.Ntah betul ke idak ejanya,ada dia kesah?
Settle ayam,singgah gerai sayur plak.Alang2 tadi dh melenggang kangkung,belilah kangkung seikat.Boleh tumis belacan.
Dah siap sayur,pompuan tadi singgah nak beli daging.Sekali boleh plak dia termelatah kat depan gerai daging sebab tanjat tengok kepala lembu elok tergantung.Hampir diseranahnya budak jual daging tu tapi sebab imannya kuat di bulan puasa,maka tak jadilah dia mencarut.Dosa!!
Hajatnya nak menuju ke gerai ikan plak bila anak kecilnya merengek mintak air vitagen.Sebagai ibu yg penyayang,dibelikan sebotol kat satu kedai runcit.Alang2 beli newspaper sekali.Wow,ckp omputih.Kagumnya saya.
Sedang dia belek2 udang yg mencecah harga RM18 sekilo,anak kecilnya hulur vitagennya yg tak abih."Nanak"kata si kecil sambil geleng geleng kepala.
Si ibu penuh confident,PAP!!masukkan straw dlm mulut.Sruuup sruuup,emdapnye.Dahlah haus nih.Sambil belek2 ikan,tgn sebelah pegang vitagen.
Nasib baik takde org.Tapi ada satu makcik menganga tengok.Si ibu tadi ingatkan makcik tu kagum ngan kejelitaannya.Ah,biasalah,org lawa gi pasar,ada ajer nak ushar.Jeles letteww.
Settle sumer barang dapur,si ibu tadi heret anak kecilnya yg keletah tadi menuju ke kereta.On the way balik,ada sorang mamat tegur."Olo comeynya dia.Adik PUASA tak?"
Si ibu tetiba GULP!!!
DAMNNNNNNNNN!!!!!!
Patutlah makcik tu ternganga tgk aksinya menyedut air vitagen tanpa rasa bersalah kat tgh2 pasar.Memang ko ni syaitonnirojim tau!!huwaaaaaaa!!!
Untuk pujuk hatinya,sambil drive hatinya berbisik "ala,tak sengaja takpe.Tak batal puasa" sambil sendawa bau vitagen.

P/S:Sapa kata citer di atas ialah citer aku?citer ni hanya rekaan semata,takde kena mengena ngan yg hidup mahupun yg dah pulang ke Rahmatullah.Bulan posa tak baik tuduh2,dosa tau.

Friday 20 July 2012

KENAPA KEPALA ADIK MCM IKAN PAUS?

Masa aku ambik Amani dan Hakim balik dari sekolah,berlangsunglah satu perbualan antara aku dan Hakim.
Hakim : Ibu,nape kepala adik macam ikan paus?
Aku : Haaa??? Apsal plak mcm ikan paus?
Disebabkan tgh drive,takkan lah aku nak toleh pegi belek kepala Rafhanah,tang mana yang miripnya ngan ikan paus.Normal jer aku tgk kepala si kecik tuh.
Hakim: Yerlah..ni ha,macam ikan paus yg pancut pancut air tuh...( sambil belai-belai kepala adiknya)
Barulah aku paham.Maafkanlah ibu yer sebab lambat nak tangkap maksudnya.Bukan bengap ( masih nak deny lagi),tapi slow sket.
Rupanya dia maksudkan toncet si kecik nih...


Mcm ikan paus ko kata...

Ada ke patut disamakan ngan ikan paus.Tapi,betul gak.Kalo tgk betul-betul,memang mcm kepala ikan paus yg tgh pancut air...tak caya? Tgk bawah...



INI BUKAN RAFHANAH!!!!
Mementanglah rambut ko takleh toncet....

SELAMAT BERPUASA

Esok bermulalah Ramadhan...Alhamdulillah.....
Besarlah harapan aku agar dapat berpuasa penuh seperti Upin dan Ipin...akan tetapi,fitrah kejadian sebagai wanita ni...ehem,maklum saja lah kan.Tapi sepanjang usia baligh aku ni,sebenarnya banyak tahun jugak aku puasa penuh.Ha...sebabnya,kadang2 kitaran period yg tak menentu.Yang kedua,mengandung.Yang ketiga,menyusu badan.Alhamdulillah.
Ikut rekod, dua tahun berturut2 dah aku puasa penuh.2010,sebab pregnant Rafhanah.2011,sebab menyusukan dia.Wallaweh...bukan main seronok aku lepas bulan puasa rilek rilek tak kejar nak ganti puasa.Bengkek jer member opis dulu...ngaaaaa....
Bermula Ramadhan tahun ni bererti genaplah setahun aku meninggalkan dunia korporat...HAHAHAHA...korporat lah sgt!! Ingat drama Samarinda TV3 nak korporat korporat...jalan dah..hahahahaha.Dalam drama lain,minggu ni kau interview baru kuar U,minggu depan disebabkan Boss ko suka sgt ngan ko,terus naik pangkat jadi CEO...ko hado? Astaghfirullah...termengutuk plak dah.Esok puasa weh...
Pejam celik pejam celik,dah setahun dah.Jadinya,disebabkan sedang elok aku berenti masa tu dah nak puasa,semangat berkobar-kobar kan.Masak tiap-tiap hari.Masa keje mana sempat walaupun jarak dari rumah ke opis sekangkang kera ajer,tapi penat weh.Tambah-tambah perut aku lebih kerap kembung dari kempis,mana larat...hahahahaha.
Tahun ni, tgklah sejauhmana kesungguhan aku.Adakah seperti tahun lepas ataupun hanyalah hangat hangat tahi ayam.Harap-harap istiqamah lah yer.
Selamat Berpuasa buat semua.Moga-moga ibadah kita lebih diberkati dan semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...InsyaAllah.

Thursday 19 July 2012

SUKMA-TERENGGANU CUTI...YEAYYY

Hari Ahad ni Terengganu cuti sempena kemenangan SUKMA..
Wah...hebakkkkk Tranung ambe..bangga wase...
Tapi...naperlah aku tak keje kat Terengganu ek...bulih cuti...
ataupun...naper Selangor tak menang...
Eh....jap...
Apa kau mehepekkkk ni hah???
Kau kan surirumah ajerrrrr.......
Cuti kemendenyerrrrr?????
Hahahahaha.....

Tuesday 17 July 2012

MAU TEH AIS KE PANAS?

Pagi pagi lepas hantar anak sekolah,lepak kat mamak jap sementara tunggu bank bukak.Wallaweh,nikmatnya hidup,hehehehe.Tekak sakit la plak nih..
"Order kakak?"
Aku jeling dia atas bawah.Ceh,dia sudah beruban lagi mahu panggil aku kakak. (in denial)hehehehe.
"Teh O ais limau...panas"





**bunyi cengkerik**
Mamak tu dah belah.Mana nak sorok muka laks nih.Harap harap dia tak dengar aku sebut "ais" tadi.

Atau,mungkinkah beliau tadi terbahak bahak kat dapur?

Monday 16 July 2012

TIKAM RAKAN KEPADA BAPAK SEDARA MAK TIRI BELAH ATUK DIA...KO PAHAM?

Aku ni,kalau tgk TV,wayang,baca suratkhabar ker...mesti ada satu masa aku tertumpu pada detail yg tak significant.Perasan Amilie lah sgt kan....misalnya,masa tgk Spiderman,aku tak tumpukan pada kehebatan beliau melawan raksaksa cicak,tapi aku lebih terkesan dgn scene makcik dia suh Spiderman pi kedai beli telur organik ataupun memikirkan agenda Hollywood untuk menjatuhkan imej adiwira kita Cicakman sbb ia menampilkan watak jahat yg berupa seekor cicak.Damn...curse you!!!Hahahaahahahah...
Memang takde keje tau...
Ni keje aku yg terbaru...bukan bermakna aku tak prihatin pada isi berita yer.Sebarang perasaan simpati,aku tak perlu warwarkan....tgk ajer tajuk dia...



AAA???????
Masa memula baca,otak aku mcm takleh digest..apa menatamnya yg beliau cuba sampaikan...Rakan adik kekasih...baca betul betul baru boleh paham kaitan silaturrahim tuh...hehehehe.
Jgn lepas ni ada kuar tajuk cenggini, " Tikam bapak tiri laki mak beliau..." Hahahahahahaha.Copyright by Saiful Apek...
Ke...aku yg bengap?????

LAUK GERANG ASAM

Setelah percubaan kali ke 4..akhirnya jadi...
Eh,ni bukan percubaan buat anak tahu..( eh,sapa kata?) heheheheehe...
Aku tak tahulah apa tak kenanya aku dan lauk asam pedas.Tak pernah menjadi.Rasanya mesti pelik jer.Kadang-kadang masam terlampau...kadang-kadang tak rasa asam langsung...ceh,kurang asam betul.
Terkadang tuh,rasa surrender pun ada.Tapi mengenangkan lakiku,aku gigih jugak belajar masak lauk asam pedas nih.Masalah ngan aku nih ialah,resepi, aku tak follow betul2.Memang aku malas nak masak ikut sukatan resepi.Selalunya,aku akan tgk apa bahannya sahaja,lepas tu bantai ikut suka tekak aku.Pepandailah ejas.Lauk lain takde masalah tapi asam podeh ni...rasa nak baling jer asam jawa tu kuar tingkap dapur..nyah kau dari sini.
Tapi...setelah 3 kali percubaan dan gagal,finally...walaupun tidaklah sesedap asam pedas org lain..sekurang-kurangnya ia boleh memakai tajuk " Asam Pedas".Sebenarnya,bukan asam pedas sgt,semalam,aku buat Ikan Gerang Asam.Resepi asal tu daging tetel tapi aku belasah ikan...dasar degil kan.Rupa tidak menawan sgt,tapi masih boleh dimakan.Kehkehekeh.
Aku laki bini tak kena cirit birit...kira oklah kannn...





Tada......siap!!!
Geram nau aku nak nyiapkan bendalah nih...resepi takde yer...google sendiri.Ni bukan blog masakan.Kuikuikui...lagipun...sapa terliur dok??

Friday 13 July 2012

DITUNTUT BERI PENJELASAN,KAU SENDIRI YG JELASKAN,APA NAK JELASKAN LAGI?

Tgh layan FB,terbaca kat satu link kwn.Gosip artis mak jemah ler.Sumber dari satu blog hiburan...Kisah artis pengantin baru,Irma Hasmie.Headline berbunyi... " Gambar bekas isteri kepada suami Irma Hasmie tersebar di Internet"
Dan isi kandungannya buat aku gelak mcm nak koma...
" Irma Hasmie DITUNTUT memberi penjelasan tentang status suaminya untuk memuaskan hati peminat"
Tepuk dahi sampai lebam!!!
Kejadah pulak Irma tu nak bagi penjelasan tentang status suami sedangkan kat headline dah terang tertulis "BEKAS".Di tuntut bagi penjelasan?
Takyah Irma bagi penjelasan,meh aku bagi.
Member udah menikah beb.Dan dibuat tanpa sembunyi mahupun menikah kat Siam.Lantaklah kalau laki dia duda pun,apa masalah? Laki dia jahat?Abih tu,kalau jahat sekalipun,selamanya akan jahat?
Bukankah lebih bagus kalau didoakan kebahagiaan pasangan tersebut.Kadang2 kerana berita dan gossip mcm ni lah yg buat rumahtangga org berpecah belah.Walhal bukan apa apa pun.Takat jadi duda ajer.Yg lagi kelakar,siap cerita kat dlm artikel tu yg bekas isteri kepada Reza (tah apa nama,lebih kurang la tuh) turut hadir sebagai tetamu kat majlis perkahwinan mereka.So,apa isunya?
Kadang2 aku terpikir,dah takde keje sgt ke org yg start buat cerita nih sampai nak jaga tepi kain org ke tahap mcm tu sekali?
Sambung terbahak lagi sampai geli usus...

Tuesday 10 July 2012

SUKA AKU LAH NAK MANGGAKAN PINTU RUMAH AKU!!

Ada hamba Allah komplen,rumah aku macam penjara.Huh? Jangan terperanjat...Ini bukan bermaksud sapa yg masuk kat dlm umah aku ni,aku kurung tak kasi keluar yer...kalau boleh..silalah keluar..eh!Ehehehehe.
Maksudnya,banyak lapis sgt kunci mcm bilik kebal bank.Pintu pagar bermangga,pintu grill kunci dan mangga,sliding door lagi,pintu belakang kunci dan mangga,pagar belakang pun mangga...hatta di siang hari dan waktu tu aku kat rumah.
Bikin gua panassss!!
Abih tu takkan lah kena kunci masa takde org kat umah ajer? Nyawa aku dan anak-anak tak pentingkah?
Dan aku pun bukan saja saja nak menyusahkan diri nak kunci dan mangga pintu sekadar untuk suka suka ataupun terlalu paranoid.Takde kuasa der...lagipun aku bukan org kaya simpan duit sekepuk dalam rumah.
Tapi,aku risau keselamatan anak-anak aku.Rumah aku ni pernah dimasuki penceroboh waktu tengahhari masa org Semayang Jumaat hokey?Masa tu aku takde tabiat nak mangga pintu pagar lagi,just manggakan pintu grill ajer. Kecuaian siapa? Yang tukang komplen tu lah...suka hati dia keluar rumah pintu tak kunci,apalagi di mangga.Pagar memang tak lah,siap ternganga luas.
Nak jadi cerita,masa tu anak -anak aku nak susu.Tergerak hati nak bawak semua-semua masuk dapur.Kebetulan plak,adik ipar aku ada dlm bilik dia.
Masa aku kuar balik ke ruang tamu,aku terperanjat tgk pintu grill terbuka walhal sblm tu elok aje rapat.Takde dengar pun bunyi grill door tu kene tolak.Biasanya pintu tu berkeriut kuat kalau ada org masuk.Jadi,nampak sgt memang org yg masuk tu berniat nak ceroboh sbb satu hapa pun tak dengar.
Aku pun teruslah kunci dan manggakan balik tanpa syak apa-apa.Yalah,tgh hari buta kan? Sekali adik ipar aku kuar bilik dan tanya," Sapa tadi tu Kak Ngah?"
Aku terus kerut dahi? Apa kau cakap ni ha??
" Siapa?" Eh,tanya balik...
" Tadi,yg masuk bilik adik tadi.Adik tanya dia,cari sapa? Dia tak cakap apa,terus keluar.Lelaki,"katanya.
Terus aku rasa nak tercirit tang tu gak...wadehel ada lelaki cari kami kat rumah salam pun tak bagi.Menonong masuk pastu kuar.Ni mesti penceroboh amatur ni.Maybe dia cuma aim nak amik mana yg sempat ajer kut...ataupun dia memang berniat nak nyorok dlm bilik tu ke,kebetulan plak ada org kat dalam tu.Nauzubillah.Ngeri aku memikirkan kemungkinan kedua tuh.Kalau dia nak amik harta benda,ambiklah,janji jgn apa-apakan anak-anak aku.Alhamdulillah,semua selamat.Syukur.
Sejak hari tu,aku jadi penakut gila dan gila kunci semua pintu rumah.Pendek kata,kalau boleh pintu jamban pun aku nak mangga.Biar padan muka sapa yg cirit birit terkucillah kat luar ( sekali kena kat diri sendiri baru padan muka).Selain dari mengelakkan penceroboh,boleh jugak mengelakkan jurujual ataupun ejen sindiket gores dan menang dari masuk ke laman rumah.Sebab,aku jenis biarkan sliding door terbuka nak bagi angin masuk.Tau tau ajer terpancul kelibat org kat depan grill door masa aku bersantai kat hall.Kus semangat!!
Memanglah menyusahkan tetamu atau keluarga yg datang,nampak cam tak bagi org datang jer,tapi keselamatan tu terpaksa diutamakan.Lagipun,aku ada anak-anak kecik yg kadang-kadang aku biarkan duk tgk TV kat ruang tamu masa aku masak kat dapur.Nauzubillah jadi apa-apa kat diorg.Biarlah org nak kata apa pun.Rumah aku,tanggungjawab aku.
Baru jer hari tu aku jerkah pencuri seluar dalam kat belakang umah.Masa tu aku memang kat dapur,nampak mamat ni duk lalu lalang.Tapi dia tak perasan sebab tingkap aku gelap.Aku jer boleh nampak kat luar,org kat luar tak nampak.Elok aku tgk dia hulur tangan kat ampaian baju kecik aku.Apalagi,ntah mana dtg semangat Hang Tuah nak mempertahankan baju kecik sendiri,aku terus buka pintu dan jerkah dia.Tak sempat dia amik,mencicit dia lari.Lepas tu,barulah longlai lutut aku.Serius,aku tak anggap dia penjenayah,dia cuma "sakit" ajer,berani lah aku jerkah.Kalau betul-betul penjenayah? Berani nak jerkah?
Dan,aku sangat menjaga kunci-kunci rumah aku.Maklumlah,rumah aku nih ramai penghuni and masing-masing pegang kunci sendiri.Aku akan make sure diorg jaga kunci masing masing jgn kasi hilang.Sapa hilang kunci,siap lah kena jerkah ngan aku yg garang nih,ehehehehehe.Dan,pantang aku ialah,org pinjam set kunci aku.Sangat pantang okayy...takde sapa bley sentuh set kunci aku,ada paham?
Membaca suratkhabar saban hari sangat merimaskan aku dengan berita-berita jenayah yg tak abih abih.Mintak simpang...
Jadi,lantaklah nak komplen.Yang aku tahu,aku dah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi keselamatan diri,keluarga dan harta benda.Selebihnya,aku serahkan pada Allah Yang Maha Kuasa.Aku tawakkal saja padaNYA,tapi sebelum tu,kenalah berusaha.
InsyaAllah.Ya Allah,lindungi lah keselamatan kami..Amin.
 

Wednesday 4 July 2012

STRESS!!! SENTAP!!!

Sentap!!!
Hahahaha..eksen jer lebih.Bukan aku ada sentap ngan sapa-sapa pun,maksud aku..skang nilah.Cuma nak cerita perihal sentap menyentap jer.
Kalau nak cerita pasal sentap menyentap ni,bukan sekali dua jer berperasaan camtu.Dah beribu ribu lemon rasanya.Pasal apa? Pasal aku sensitif sangat kut.
Jenis aku,huh,takleh org tegur langsung,mulalah "headwind" a.k.a kepala hangin...hahahaha.Tak caya,tanya adik aku,laki aku dan mak aku..hahahahaha.Sentap yg bukan sebarangan,membawa kepada amukan Hang Jebat.
Tgk lah jenis camne reaksi aku bila sentap...samada aku balas balik ataupun aku diam ataupun nangis.Ada masa rasa marah,rasa tersinggung atau sedih.
Skang...bila duduk balik,renung renung kembali...agaknya dah baper kali aku buat org terluka dengan kesentapan aku ? Memanglah bila kita sentap,meaning org tu yg start dulu...tapi bila aku dah bertenang balik,fikir balik,renung balik...apa yg diorg tegur tu betul sebenarnya.Cuma cara penyampaian jer yg tak menyenangkan aku.Itu ajer.
Aku kerap diserang sakit kepala.Sakit kepala yg berdenyut denyut kat dahi depan.Eh,dahi memanglah kat depan,ada ke dahi kat belakang? Hehehehe.Orang kata tu tandanya stress.Ya,dan aku dah tahu napa aku stress.Sebab aku tak dapat nak kawal emosi.Ada lah benda yg buat aku stress tapi tulah..hmmm
Sejak dua hari lepas,aku sakit kepala lagi.Rasa mual pun ada.Nak kata sbb period,dah lepas dah.Pastu,aku teringat sejak seminggu ni aku asyik marah-marah.Kat sapa dan sebab apa...ada laaa...hihihi.Bajet cute pulak buat macam tu.
Makanya,semalam aku dating ngan ex officemate aku Kak Ina.Dia ni selalu jadi tempat aku mencurah perasaan.Sama lah ngan dia gak.Jadinya..semalam sesi kitorg mencurah perasaan.
Tiba-tiba,balik rumah ajer..sakit kepala tu hilang.Eh? Padahal sebelum aku jumpa dia,berat kepala aku.Rasa cam nak cancel jer tapi sebab dah janji,aku gagahkan diri jugak.
Moral of the story,kalau stress jgn pendam sorg-sorg.Aku ni dah lah byk memendam perasaan,pastu aku lepaskan dgn cara marah-marah tak tentu pasal.Not good for your health okay.Org pun boleh menyampah...
Jadi,menuju ke arah gaya hidup sihat...dan pesanan khidmat masyarakat demi kesihatan mental kita...Bila stress,pergi beriadah dan beribadah.Selain dari tu,beramas ramah mesra ngan family dan kawan2 juga dapat membantu.Mari kita lakukan...mulai skang...errr...start esok boleh tak...hehehehehe?
Ingat...pala hotak ni nak pakai lama...jauhi stressssss...

MALAM NISFU SYAABAN

Malam ni malam Nisfu Syaaban...
Petanda Ramadhan dah makin hampir...
Malam menandakan permulaan baru untuk tahun ni..
Kebetulan pula malam ini menjelangnya hari lahir aku...
Permulaan baru juga dalam hidup aku tahun ni..
Semoga dengan berkat Nisfu Syaaban,permulaan baru hidup aku lebih diberkati,dirahmati...
Alhamdulillah...Syukur pada-MU YA ALLAH dengan limpahan rezeki,kesihatan dan kebahagiaan...
Amin...

Tuesday 3 July 2012

FLAMINGO HOTEL,PULAU PINANG

Dah lama bercanda kat rumah,la ni baru nak buh dlm blog gambar2 "percutian" aku kat Penang..Huhuhu,sian giler.Tapi kira bercuti jugaklah untuk anak-anak aku pasal diorg tak pegi sekolah.Heh,tapi sebagai ibu yg garang,takkan nak biar camtu ajer.Aku suh teacher dia bagi homework siap-siap untuk seminggu,hehehehe.
So,sesapa yg ada plan nak cari hotel area Tanjung Bungah ataupun memang plan nak duk Flamingo Hotel,Tanjung Bungah,meh layan aku merepek.
Flamingo Hotel terletak kat area Tanjung Bungah,belum sampai kat hotspot terkenal kat Penang yakni Batu Feringghi .Kiranya mcm kat pinggir-pinggir Feringghi gitu.Dah,aku takleh tulis byk2,salah fakta,marah plak org Penang.Tapi,pantai dia pun dah kira okey.Tapi,sapa yg nak tgk kemeriahan Feringghi night market...sila cari hotel kat area sana terus mcm Rasa Sayang,Hard Rock Hotel,Bayview,Holiday Inn dan lain lain.Tapi rege mahal nak mampus lah.Hahahahaha...rasa sedih plak tetiba.Tapi bagi aku,hotel ni kira okeylah kalau takat nak main pasir,rilek rilek tepi pantai.Layanan pun bagus,not bad.Tapi satu jer,iron tak dibagi dlm bilik.Kalau nak iron baju,boleh pegi kat bilik iron kat tingkat 6 dan 14.Nasib baik masa pindah bilik,dapat room kat tingkat 14,dekat jer ngan bilik tu.Ngeri gak dowh nak gi iron baju keje laki aku sorg2 mlm2.Mulalah merepek pikir Mak Lampir lah,hape lah.Dahlah ramai minah Arab pakai jubah hitam lalu lalang...tau tau muncul.Bisa gugur jantung gue.
Masa aku pegi,bukan peak season..tapi harga hotel kat Feringghi mak aii...jap lagi aku citer naper yer.So,rate kat Flamingo ni dalam lebih kurang RM328++ semalam.Bagi aku,boleh lah.Just dlm jamban toilet takde bathtub.Aku ni amat malas nak turun pegi pool,selalunya kalau duk hotel,aku trick anak-anak aku mandi "pool" kat dlm bilik..hehehehehe.Tgk ler gambarnya...


NI BUKAN BILIK AKU!! HAHAHAHAAH
Ha,yg ni BUKAN bilik aku...hahahahaha.Hape? Ingat VIP nak duk Presidential Suite? Sapa nak duk sini,RM1700++ ajer semalam.Bilik aku kat sebelah tu jer.Pintu bilik sendiri tanak snap...hahahahaha.Menumpang kasih kat bilik lain.Kira okeylah tu,tak dapat Presidential Suite,dpt bilik sebelah jadiiiilaaaaaa.....


Sebenarnya,masa aku book aku request untuk Seaview.Alih-alih bila masuk bilik,dapat view bangunan lain.Jadi,pagi esoknya laki aku complaint kat kaunter.Tak lama lepas tu,diorg call utk tukar bilik tapi katanya yg seaview tu biliknya belum upgrade lagi.Gasaklah,bukan byk beza sgt pun.Cuma perabot ajer lah lama sikit tapi takler teruk sangat pun.Dan,bilik yg dah upgrade ada connected room bagi family yg tempah dua bilik.Yg penting ngadap laut.Syok woooo....






Masa nak check in,aku nampak ramai sangat Pak Arab kat lobby.Ha,ni lah puncanya harga hotel mencanak-canak naik.Siap kat lobby pasang lagu Arab kau.Aku ingat dah sampai Arab Saudi dah tadi,rupanya kat Penang.Alhamdulillah...tu tandanya negara kita makmur bila dilimpahi pelancong.Dan,sepanjang aku stay kat sana,memang majoriti guest adalah org Arab dan Taiwan ( bellboy tu yg ckp).Mat Salleh adalah sorg dua.Local? Tak nampak.Of coz lah kan,baru ajer lepas cuti sekolah,takkan nak bercuti lagi.


Gambar snap dari balkoni.Dan beach nya memang menarik hati dan dekat sangat ngan swimming pool.Cuma dinasihatkan hati-hati bila mandi sbb byk obor obor.Tapi kalau nak main pasir,memang best.

Ready nak main pasir.Pemandangan hotel dari beach
Tak banyak aktiviti yg kitorg buat sbb laki aku kan keje.Jadi,biasanya pagi-pagi turun pegi pool dulu( first day aku breakfast dulu baru pegi pool,tapi anak-anak tak makan sbb excited sgt nak mandi),bila bebudak ni dah penat,barulah sorg-sorg makan bersungguh sungguh.Bayangkan aku sorang kena handle 3 budak gi breakfast.Biasanya aku dukung dulu yg kecik amik makanan dia.Bila pinggan dah kat depan mata,barulah dia diam.Pastu barulah aku gi amik yg lain plak.Cari meja dekat-dekat sebab senang nak jenguk sesambil ceduk makanan.Kat cafe pun main lagu Arab..aduhaiiiii.Yerlah,sampai naik segan aku dibuatnya berpusu pusu ngan org Arab yg comel comel.

Amani kene ngurat ngan Anak Arab ni kat pool...hehehehe
 Budak tu siap tanya nama.." What's her name?? Muslim??," dia tanya kat aku.Dah tu,dia pinjam plak senapang si Hakim.Hakim plak tak berani nak mintak balik,asyik suh aku yg mintakkan.
Nampak swimming suit Rafhanah? Aku pin kan sbb sebenarnya tu bukan dia punya.Aku terbawak Amani punya...hehehehe,sian si kecik.Seb baik mak dia kreatif.
 Lepas makan,lepak kat bilik,tgk TV,buat homework pastu membuta sampai ke petang.Aku plak layan CD "Desperate Housewife" secara marathon.
Suhu sgt panas kat Penang.Pukul 7.30 petang pun terang benderang cam pukul 5 ptg.Aku bwk anak2 main pasir kul 6 pun diorg boleh berpeluh peluh.Siannn..tapi pemandangan matahari terbenam sgt awesome.






Ramai org Arab main menatang payung terbang nih.Lagipun,kat pantai ni,dipenuhi ngan diorg ajer.Nampak mamat baju merah tuh.Bukan takat promote beach sport,siap auta Pak Arab tu.Auta tu bukan maknanya dia tipu,tapi dia bergurau main main.Ada sekali dia tgh gurau ngan Arab tu sambil cakap," Ana Abu Hurairah,dia...( pastu tunjuk kat kawan dia) ,he...ABU JAHAL!!",Pastu dia gelak berdekah dekah.Aku pun tergelak sama.Pak Arab tu ngan wife dia pun bantai gelak.Paham la tu kot lawak tu.

Pak Arab romantik,tulis I LOVE U utk bini dia

Walaupun kena landa ngan ombak,gigih dia tulis balik
Memang takde sangat aktiviti utk 3 malam pertama sebab laki aku balik pun dah malam.Just kuar dinner pastu balik awal sbb dia penat sgt.Hari last jer dia balik awal dlm kul 5.30,ajak aku cari durian kat Balik Pulau.Tak banyak aku bedal sbb aku lunch lewat hari tu,nyesal...kalaulah aku tahu dia nak ajak makan durian,hukhukhuk



Pastu singgah main pasir jap.Malam tu barulah gi merayap kat Feringghi.Biasalah..pergi makan and redah night market dia.Tapi haram tak amik gambar sebab dah kelam kabut dengan kelaku anak-anak aku.Lagipun ramai org,ilang plak anak aku.Beli souvenir sket2 utk adik-adik ipar aku kat umah.Lain tak sempat sbb si Hakim bising nak kencing.Nak cari toilet kat mana ntah,takkan nak suh tahan,meletup plak kang pundi kencing anak aku.Aku sempat beli fridge magnet ajer.Kegilaan aku yg terkini...


Ni ajer last amik gambar,sebab lepas tu dah takleh control lagi daaaaahhhhhhhhh....
Itu ajerlah riwayat percutian aku ke Pulau Pinang.....ntah bape kali ntah.Tapi takpe sebab aku suka Penang soooo much.Nostalgia!!!