Sunday 30 March 2014

MENTAL EXHAUSTED

Assalamualaikum...

Sejak dua minggu lepas,Rafhanah dan Fatih serentak tak sihat.Tiga hari sebelum kami ke Penang tempoh hari,Fatih demam.Rabu tu baru nampak bintik campak tapi Alhamdulillah dia dh kebah masa tu.

Lepas balik dr Penang,keesokkan harinya terus ke Terengganu pulak.Sampai kat kampung,hari Ahad tu Rafhanah pulak demam,selsema dan batuk.

Masuk hari Selasa,dah jangkit kat Fatih pulak.Dua dua melarat demam sampai seminggu.

Cuti sekolah kali ni aku tetap busy.Angkut kedua dua gi klinik dgn sebeban ubat yg aku kena ingat nak bagi bila.Tambah pulak bila dah kurang sihat,manja kedua duanya bertambah tambah.

Bila diorg sihat,takdenya nak manja kan.Bila dah tak sedap badan,masing masing buat perangai lah.Fatih langsung taknak berenggang dgn aku kecuali time dia tidur.Aku bgn nak gi toilet pun dia meraung mcm hapa.Amani pujuk pun tak jalan walhal sblm ni,Amani lah favourite dia.

Rafhanah plak..sikit sikit menangis.Sikit sikit merengek....

Jadi...i am mentally exhausted.Wow...cakap omputih...

Aku bkn nak merungut susah payah membesarkan anak.Ini lumrah yg mmg ditempuhi setiap ibu.Kadang bkn apa...bila aku cakap kerenah anak anak begitu begini (niat cuma nak bercerita),ada juga yg kata..."Ialah,mcm lah ko sorg yg kene hadap kerenah anak.Org lain tak.."
Susah nak faham org dan memahami org lain...

Jadi,dlm keadaan begini..susah jugak aku nak jaga ati org lain especially kalo sesaja mengada nak sentap dan merajuk ngan aku.Mmg ko aim masa yg salah lah kut.

Contohnya,masa aku nak gi Penang aritu,ada sorg kwn pesan beli jeruk.Aku dh ckp awal2 yg aku tak janji coz aku bkn gi melancong.Aku just ikut laki gi keje.

Bila laki aku dh abih keje,kami terus check out petang tu jugak dan tak jalan jalan pun.Tapi masa singgah R&R,aku suruh jugak laki aku cari jeruk tu.Suh beli 2kg,agaknya dia dgr 2 paket.Sudahnya,beli 2 paket kecik.

Bila balik,dia msg tanya psl jeruk.Disebabkan aritu aku busy ngan anak2 yg sakit so aku x reply msg whatsapp.Next day aku reply.Aku just explain kat dia yg aku cuma beli 2 paket kecik sbb mmg tak gi jenjalan pun.

Tetiba dia reply...takpelah.Dia taknak..suruh bagi kat org lain...aku tanya dia whether dia merajuk ke? Sebab apa?Apa yg aku dah salah cakap?

Maybe ayat aku tu buat dia kecik ati ke apa...aku pun tak paham.Biasanya mmg aku takkan senang ati kalo tetiba mcm ni...tapi not this time.

Aku dh cukup penat dan risau ngan kesihatan anak anak aku.Makanya,kalo nak merajuk,bkn masa ni.

So..aku reply "Aku dh susah payah beli ko taknak pulak.Kalau mcm tu mintak maaf byk2".Full stop...ayat pun dah bernada hangin.

Terus dia reply mintak maaf dan ckp dia tak merajuk pun blablabla.Tapi dh malas pjg citer.Settle satu perkara.

Dalam hal ni,aku bkn nak tegaskan sapa betul sapa salah.Ada kut ayat aku yg buat dia sentap.

Aku cuma nak mintak maaf dan mohonlah faham condition aku.Aku dh explain kut yg anak anak aku tak sihat,sbb tu msg pun aku reply lambat.

Bila saat camni...terkeluar jugak sisi dingin dan takde perasaan aku.Bila aku post gambar celebrate birthday Hakim kat Secret Recipe ptg tadi,adik ipar aku yg kebetulannya cuma selang 3 hari jer tarikh birthdaynya dgn hakim komen "Tak ajak pun...k bai"..aku dah tak rasa bersalah sbb tak ajak,instead aku rasa..." No need to explain anything...lantaklah".Gitu sekali.Aku dah malas nak fikir samada nak terasa ke tak.Aku bkn buat birthday party pun,cuma celebrate ngan family kecik aku jer.Kek pun seketul.

Jadi...mohon maaf lah kalo sapa sapa ada terasa ngan aku minggu ni.Minda aku cukup letih utk berfikir dgn rasional.Kalo ada terkasar bahasa tu...mintak ampun yer.Dengan rendah diri aku mintak maaf.

Dan...aku juga tak berniat nak merungut rungut ttg rutin sbg ibu.Kalo tak citer...tak paham plak jln citernya.Aku masih lagi sedar...sesusah mana pun cabaran nak membesarkan anak,at least diorg masih di depan mata.Imagine ibubapa yg dah kehilangan anak...kalo dibagi peluang kedua,satu ayat pun mereka takkan mengeluh penat atau letih.Jadi,aku mensyukuri nikmat ini walaupun letih.Cuma nak pastikan org keliling aku faham dan maafkan aku.Itu jer..

Ok..time to rest...Zzzzzz



Saturday 29 March 2014

TAKYAH MAKAN UBAT HOSPITAL...TAPI.....

Assalamualaikum...

Hari ni gi menziarah org sakit.Bukanlah sakit terlantar...tapi dia ada komplikasi kencing manis.Kaki luka tak baik baik dh berbulan bulan lamanya.

Pergi hospital berulang alik cuci luka seminggu 3-4 kali.Baru nak baik luka yg sedia ada...tetiba ada luka baru.

Lepas tu...emaknya pun datang melawat.Bawak satu ubat tradisional.Aku pun tak pasti bende apa yg dia bawak.Nampak mcm kayu kayu kering jer di mata aku.Tapi..entahlah.

Emak pesakit:Kau cuba ni...rebus,pastu minum airnya..

Pesakit: Amenda ni mak? Berkesan ke? Saya ni berbulan bulan dah ke hospital.Satu ubat pun tak jalan...

Emak pesakit:Eh!Pakcik Mamat (bkn nama sebenar pasal aku tak ingat apa nama pakcik yg disebut tadi) makan ni jelah.Berbulan bulan takyah makan ubat hospital.Takde lah baik terus,tapi takde lah makan ubat hospital lagi...

Pesakit: Hidup lagi pakcik Mamat tu mak?

Emak pesakit: Taklah...dah meninggal....

Serentak dgn itu....aku terus tergolek gelak

Image:google








P/S: Sebenarnya..gelak tu dlm ati jer.Mampus kene lepuk ngan makcik tu kang.Dan sebenarnya lagi...pakcik mamat tu meninggal bkn sebab tak makan ubat hospital ataupun disebabkan ubat alternatif tu.Kencing manis tu asbab jer...dah memang ajal dh sampai,dia dh tua sgt dah masa tu.

Aku tau hal sebenar selepas puas gelak...kuang ajar tau.Aku tak tau naper...spontan jer.Maybe sbb ayat makcik tu..kelakar.

Ampun makcik...

Thursday 27 March 2014

PEARLVIEW HOTEL,SEBERANG PERAI PENANG

Assalamualaikum...

Cuti sekolah start Sabtu lepas dan...marilah bercuti.Ke Seberang Perai,Penang.Bukan cuti pun...saja ngikut laki outstation.

Masa survey hotel kat internet,ada 3 yg berkenan.Sunway Hotel,fully booked.Ixora Hotel,aku terbaca dr blog review..takde swimming pool dan bathtub (utk anak anak ler..kang dorg bosan).Tapi yg bestnya Ixora Hotel,bangunannya bersambung dgn megamall.Mengenangkan aku takde masa nak bershopping sengsorg dgn 4 anak kecik,so cari option lain.

Pearl View Hotel.Ada dua wing.Satu Fajar Wing dan satu lagi new wing.Aku call tanya ada swimming pool or bathtub...katanya swimming pool xde.Kalo nak bilik ada bath tub..amik saja kat Fajar Wing.So...booked saja kat situ.

Utk hari tu,kami amik Corner Suite Room.Rate dlm RM300++ semalam.Amik bilik tu sbb bilik biasa yg ada katil King size dah penuh.

Layan gambar...tapi kalo tgk kat website,sama lah.Bukan apa,byk kali dh terkena...kat website lain,bila pegi lain.Benci tau..tipah tak suka tertipu hokeyy.Tapi,kali ni sama cam kat website.







Hotel yg cantik dan bersih.Kengkadang sesetengah hotel nampak cantik tp bilik air sedeyyy..yg ni sangat okey(ni contoh la...bkn nk ngulas psl jamban) Staff pun sangat friendly dan helpful.Most of them tak boleh berbahasa melayu jadi tergagap gagaplah gua speaking bhai...hukhukhuk.Aku ni pelat mat salleh tak pandai sgt..cakap pelat bayi terer lah.

Nama jer bercuti tapi hakikatnya berkurung dlm bilik saja.Yelah,kut ada swimming pool,boleh gak turun mandi.Jadi,anak anak aku berendam dlm tub sampai 3 kali pun aku biarkan aje.Sian.

Bila laki aku balik,kami keluar gi makan.Jauh jugak merayau sampai ke Bukit Mertajam sbb nak pekena char kuew teow yg tersedap kat Penang (kwn laki aku cakap) tapi bagi aku biasa ajer.Takdelah tak sedap tapi Sani Char Kuew Teow kat Sg Dua depan USM tu lagi best kut.Tak tau Sani tu ada lagi ke tak..dh lama tinggalkan USM tu...huhuhuhu.

Tapi...bila meredah sampai ke area The Summit Bukit Mertajam pun mengimbau kenangan silam gak.Kat situlah tempat melepak masa belajar matrikulasi kat SOKSEK thn 98 dulu.Rindunya zaman muda remaja...sobsobsob.

Maka disebabkan kebosanan,mcm2 anak anak aku buat kat dlm bilik tu.Rafhanah main simpan brg kat dlm safety deposit box sampai terkunci.Tergelak staff hotel yg tolong bukak safety box tu bila tgk kat dlm tu ada buku Amani.

Dan....ini lagi satu yg diorg kerjakan.....









                         LIPSTICK DEN!!!!!!

Tuesday 25 March 2014

MH370 -PERMUDAHKANLAH SEGALANYA YA ALLAH

Assalamualaikum...

Aku baru sampai rumah lps balik dr kampung.Bercuti kat kampung...takde internet so no fb,blog,instagram etc...

Tapi...ada Astro lagi..dan,malam Isnin.Kami satu keluarga terpaku depan TV,menonton breaking news yg merobek hati jutaan manusia di dunia tentang nasib pesawat MH370.Suara pembaca berita pun sayu dan sebak menahan tangis bila PM DS Najib umumkan perjalanan pesawat itu berakhir di tengah lautan Hindi,jauh dari daratan dan hilang begitu sahaja.

Sebak dan pilu....

Aku masih in denial...sehingga bangkai pesawat dijumpai,aku masih mahu kekal berharap keajaiban berlaku.Masih mahu bermimpi semuanya akan kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.Masih tak putus bibir dan hati ini berdoa,kembalilah MH370 walaupun selepas 2 minggu dan lokasi terakhirnya di satu kawasan paling terpencil di dunia.Aku berharap siri drama 'Lost' itu adalah kisah benar (walaupun tidak semua)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada waris kru dan penumpang yg tinggal utk meneruskan kehidupan.

Alangkan kami yg tiada apa apa pertalian darah dgn mana mana mangsa yg terlibat merasa beratnya jiwa menanggung kepiluan,apatah lagi ahli keluarga.Tabahlah,sabarlah...Allah mengetahui apa yg terbaik buat kita.

Mengenang MH370,tahun lepas,keluarga aku pernah menyertai rombongan lawatan ke Beijing.Emak dan makcik makcik aku...ngeri utk aku bayangkan andainya perkara ini terjadi kpd mereka.Nauzubillah...jadi,aku dapat bayangkan perasaan keluarga mangsa yg masih mengharap kepulangan mereka.Safe and sound....

Dalam setiap sidang media yg diadakan...mata aku selalu tak lekang melihat kelibat CEO MAS...raut wajahnya yg sedih,sugul...selalu membuat aku sebak.Wajah kebapaannya seolah seorg ayah yg menanti kepulangan "anak anaknya"...dengan selamat.Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dlm menghadapi dugaan besar ini.

KLIK SINI

MH370...

Akan tercatat sejarah di dunia..kehilangan pesawat paling misteri dlm aviation industry sekaligus mengukuhkan bukti,walau secanggih mana teknologi manusia,tak akan pernah mampu melawan kehendak takdir.

Andai kata ada penemuan selepas ini yg mengesahkan pesawat itu telah terkubur di lautan Hindi,hanya doa yg mampu kami titipkan...semoga tenang di sana kelak.

Sesiapa sahaja yg menulis bait kata di atas...anda telah menyentuh hati kami..

YA ALLAH...KAU BERILAH PETUNJUK,PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI,AMPUNILAH DOSA KAMI...
AMIN...

Monday 17 March 2014

KESABARAN DLM MENJAGA AMANAH ALLAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,Fatih dh sihat semalam.Pagi isnin tu cuak jugak aku bila suhu badan dia tak turun2 walaupun dh dibagi ubat.

Yelah..musim musim demam denggi ni,mcm2 bermain kat pikiran.Haish,paranoid sungguh.Pukul 11 pagi,time aku bg dia ubat,boleh pulak dia muntah selambak.Adusss...aku ni dh serba salah.Perlu ke aku bagi ubat lagi?Kang overdose plak anak aku kang? Confirm ke ubat tu keluar semua...blablablabla...

Last aku decide nak tunggu dulu tgk camne sbb takut lah aku.Kang dibagi blk ubat tgk2 lalok plak dia..eii,Nauzubillah.Tawakkal saja.

Tgk2 lps tu aku rasa suhu badan dia makin turun dan dia plak dh nampak mcm aktif blk.Petang tu dah sejuk dh badan.Syukur
sgt.

Bila dh baik,perangai manja dia plak xleh ilang.Aku langsung takleh bangun dari sisi dia.Nak masak tak boleh...even aku letak dlm babychair kat dapur pun dia meraung raung.Bila duk sebelah dia,barulah dia diam dan start main.Nasib baik time solat dia tidur.Tapi,elok aku abih solat dia bangun.Aiyooooo....nasi bungkus sajalah ini malam..

Kalo ikutkan perangai aku ni kurang sabar.Sbb tu selalunya aku jadi tarzan dlm rumah.Bukan aku tak pernah meroyan even masa anak aku baby pun.Stress jugak tapi takdelah sampai aku pukul anak.

TAPI...

Aku cuba bersabar.Jgn mcm dulu dulu.Manja,kuat meragam,tak duk diam dan apa saja kerenah,aku cuba untuk bersabar.Dlm buat buat perangai,diorg masih depan mata,masih boleh dipeluk,dicium...

Ada org,Allah pinjamkan sekejap jer amanah ni buat diorg.Kita tak tahu bila bila saja Allah nak ambik balik.

Baca kat link bawah ni..

Bayi melecur alahan ubat meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun...Al Fatihah.

Salam takziah buat ibubapanya.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua.Siapa sangka,bermula dgn masalah ruam sahaja,pengakhirannya begini.

Ini bukan soal nak menuding jari kepada sesiapa.Biarlah org yg dlm bidangnya saja yg mengulas.Cuma,aku simpati pada ibubapanya.Tak terbayang sedihnya...

Aku mohon biarlah Allah pinjamkan anak anak aku ni sampai aku dulu yg menutup mata...


Saturday 15 March 2014

COOKIES,JEREBU DAN DEMAM

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...bila jerebu dh mencapai tahap teruk,hujan turun juga akhirnya.Syukur ke hadratMu Ya Allah.Walaupun tidak lebat,itu sudah cukup memadai...

Jadi weekend takda nak keluar pergi taman ke apa..just memerap dlm rumah.Cuma petang Sabtu kami keluar kejap sbb nak beli brg brg nak buat cookies.Anak anak aku dh terpengaruh dgn show baby chef,jd nak try buat cookies sendiri.Layan.

Malangnya emak mereka tidak reti membuat kuih sbb tiap tiap tahun pun aku buat kuih tunjuk ajer.Cepat dan menjimatkan masa.Mahal pun takdelah mahal mana..setahun sekali kan.Eh,pjg lebar plk bebel.Jd,gigihlah aku mengugel resepi..walhal buat kastard cookies jer kut.

Sebelum gi shopping,gi makan dulu.Kat belakang plaza masalam ni ada Satay Station.Faveret laki aku ni.Dlm 2 bulan ni dh 4 kali pergi.Mmg lazat.Lebih lagi satay daging,manis dan lembut rasanya.




Terliur?Gi makan cepat.Waiter n waitress dhlah peramah semuanya.Kitorg suka pegi petang time diorg baru bukak sbb takyah tunggu lama.Org tak ramai,cepat jer dia serve.Nora bagi 4 bintang!

Balik rumah dh senja.Lepas isyak barulah ada masa nak prepare brg buat cookies.Fatih plak dh start nk demam..so byklah ragamnya.



Kali ni,aku cuma buat adunan,itupun ayak tepung,sukat bahan pun aku bg diorg buat.Sampailah buat mcm kat atas ni pun aku bg diorg buat.Kat atas tu 1st tray...agak tak senonoh,tapi okeylah kan sbb hasil kerja tgn bebudak.Kalo bagi kat aku lagi disaster..hahahahhaa.Tp lepas tu adik ipar aku take over.Barulah senonoh sket rupanya.Aku dh takleh handle,Fatih dh start ngamuk.

Malam semalam pun xleh lena.Badan Fatih makin panas walau dh dibagi ubat.So,pagi ni bwk gi klinik.Rupanya sakit tekak.Siannya...effect jerebu agaknya.Patutlah dua hari ni menjejes air liur.Nak cakap tak reti...sian.

Pagi ni jerebu tebal balik tp nasib baik hujan.Harap harap jerebu kurang.Tapi,combination jerebu dan hujan buatkan suasana mcm kat tempat sejuk gitu...

Mcm kabus tapi sebenarnya asap jerebu.Haishh..spoil betul cermin retak ni.Keta kalo tak jahanam bukan keta aku namanya.Kalo dh kat tgn aku,wajib calarkan atau retakkan cermin.


Budak demam...tgk bajunya dh kena ubat gara gara ngamuk taknak makan ubat.Siap boleh terkeluar perkataan "nanak" dr mulut dia.Punyalah fobia ubat sampai boleh bercakap ko...

Itu ajelah aktiviti weekend ni.Petang kang sambung lg buat cookies.Tanak buat bunga lagi..buat bentuk bear plak.

P/S:Aku rasa penganalisis kes MH370 yg tak bertauliah kat dunia maya ni,rentikanlah.Makin byk plak teori mengarut,tohmahan dan tuduhan...aku hanya tunggu berita baik sahaja...doakan saja yg baik baik.Tak baik fitnah org,apalagi kalo org yg korg fitnah tu tak berdaya nak menjawab...
#Pray4MH370

PERKEMBANGAN TERBARU MH370.SEMOGA ADA HARAPAN BARU

Assalamualaikum...

Hari ni dah genap seminggu kehilangan pesawat MH370.Masih tiada khabar,masih misteri.

Hari ini juga dlm sidang media khas,PM umumkan pesawat telah mengubah haluan dari laluan asal ke Beijing menuju ke barat semenanjung...atau mungkin merentas Lautan Hindi dan bermacam lagi kemungkinan.

Rumah juruterbang juga telah diperiksa petang tadi (itu aku rasa prosedur biasalah,polis kena check semua tp blm apa apa dh ada admin page kat fb yg tuduh pilot tu prime suspect hanya semata dia buat simulator penerbangan kat rumah.Haishhh,lebih pandai dari polis.Sgt tak sensitif.) dan siasatan telah memasuki fasa baru dgn fokus siasatan kini bertumpu kepada kru dan penumpang.Seperti yg selalu ditegaskan...jgn speculate apa apa dulu.Serahkan pada pihak berkuasa.

Apa apa sahaja kemungkinan dan spekulasi...yg lebih penting dlm doa kami adalah kesemua mereka ditemui.Itu sahaja.

Sungguh bertambah bingung dengan perkembangan kes ini.Bagaimanapun,jgn pernah berputus asa utk berdoa pada Allah yg Maha Berkuasa kerana hanya DIA sahajalah yg akan merungkai misteri ini.

Jesteru,pihak berkuasa Vietnam telah menamatkan operasi mencari setelah disahkan pesawat telah mengubah haluan dan misi pencarian di Laut China Selatan juga dihentikan.

KLIK SINI
KLIK SINI
untuk berita lanjut.

Terima kasih Kerajaan Vietnam yg bersama sama berganding bahu dlm operasi mencari dan menyelamat ini.

Rakyat Malaysia...teruskan berdoa.Moga moga kita mendapat perkhabaran yg baik.Amin.

#Pray4MH370

Monday 10 March 2014

DAPUR KAT AMERIKA SELATAN?

Assalamualaikum...

Pagi yg cerah namun hati masih mendung mengenangkan nasib penumpang MH370 yg masih tidak kedengaran khabar beritanya.

Dimanakah kalian?

Semalam,aku duk melipat kain sambil bukak channel 501 Astro Awani utk dapatkan berita terkini psl MH370.

Still....tak ada apa apa petunjuk...

Selesai jer sidang media,aku bukak channel lain.Nonton Nat Geo Wild dgn Hakim.Bagi dia tgk binatang pulak.Asyik2 layan kartun.

Aku tukar ke versi alihbahasa ke bahasa melayu supaya dia faham.Kalau tak,sejuta kali dia tanya aku "org tu cakap apa ibu?"

Tajuk rencana tu "World's Creepiest Killers".Berkisah kpd binatang yg berbisa dan mampu membunuh.



Ada satu segmen,ditunjukkan lipan gergasi sambil narrator tu sebut "Anda tidak perlu risau ia berada di dapur anda kerana habitatnya di hutan Amerika Selatan..."

Dan,Hakim menyambung dengan confidentnya...

"Fuhhh...nasib baik dapur kita tak ada kat Amerika Selatan..kan ibu?"

Hakim oh hakim..ada ajer lah kau nak..tak mampu dh nak gelak dgn jenaka spontan dia.

Setidak2nya ungkapan jujur anak kecil ini meredakan sedikit ketegangan dan debaran dlm menanti berita misteri kehilangan pesawat ini.

Walau tiada siapa pun di antara penumpang itu yg mempunyai pertalian darah dgn aku namun aku masih berkongsi kesedihan itu.

Doa aku semoga segala usaha pencarian di permudahkanNya...Amin

#PrayFor MH370




Saturday 8 March 2014

PRAY4MH370

Assalamualaikum...

Pagi Sabtu yg aman,tidur dikejutkan dgn berita yg memilukan.



Di mana sahaja kamu berada sekarang,kami rakyat Malaysia khasnya dan seluruh dunia akan mendoakan keselamatan kesemua crew dan penumpang MAS penerbangan MH370 yg berlepas dari Kuala Lumpur -Beijing yg tiba tiba hilang dari radar dan tidak ditemui sehingga sekarang.

8 Mac 2014...hilang dr radar beberapa jam selepas berlepas,masih tidak diketahui nasib mereka semua sehingga sekarang.

Ya Allah...selamatkanlah mereka...

MH370..pulanglah..

Thursday 6 March 2014

HANEZ SURAYA DAN SUSU PEKAT

Assalamualaikum...

Tajuk tak beragak..saja jer nak menangguk di air yg keruh..hohohoho.

Dua tiga hari ni kan kecoh psl citer hanez suraya.Bukak fb..newsfeed byk err..taklah byk tp lebih byk dr biasa citer psl dia.Tu dia...

Malas nak tumpang sekaki menambah dosa mengutuk mengata dia sbb perjalanan hidup aku pun masih jauh.Tak kene kat diri sendiri kang..takut terkena kat anak2 plak.Nauzubillah.

Tapi..(nak jugak) kalau dh salah tu..ngaku salah dan mintak maaf cukuplah.Pastu settle diam diam..kan senang.Takdelah satu Malaysia ni serang kamu.Kalau dh jodoh ngan laki org apa nak buat.Tapi..berhemahlah sket.Okeh tu jer.

Okeh..nak citer bende lain sebenarnya.Hehehe.Hari tu aku makan kat Pak Hailam Kopitiam Tesco Shah Alam.Wow..panjangnya tajuk.Order beef noodle yg sedap kebabom tuh.Amani yg nak.Dia dh makan separuh pastu pass kat aku.Dlm masa yg sama,Fatih merengek nk kuar dr stroller.Bila aku angkat dia..aku betulkan bantal dan alas stroller tu.Terlupa plak aku yg Fatih ni dh pandai nak mengagau amik barang.Dlm masa beberapa saat jer...panggg!!dia tarik mangkuk mee tu dan sup tu tertumpah atas paha dia.

Menjerit dia!Dgn aku aku sekali...terus aku pegi sink,basuh kaki dia ngan seluar and stokin sekali basah lencun.Aku alirkan air lama lama dgn sorg pelayan kopitiam duk tolong aku sama.

Tak lama,ada sorg budak kitchen keluar bawak setin susu pekat."Kak..meh bubuh ni.Haritu ada anak cust mcm ni gak,saya bubuh ni..sejuk sket" katanya.

Pastu dia lumur lumur susu pekat tu kat paha Fatih.Terus diam si fatih.Aku dh gigil nak menangis sambil blame diri sendiri cuai sgt.Dan..syukurlah masa kejadian,kuah sup tu dah suam sikit.Taklah menggelegak panas cam memula sampai tu.Awal2 panas tu mmg aku bubuh jauh even dr Amani pun.Aku ingat,kalo dh panas camtu,mmg ke spital jugaklah jawabnya.

Dah mcm org jepun angguk angguk say thanks kat staff situ yg bertindak cepat.Fatih pun terus berenti nangis lepas kena lumur ngan susu tu.Pastu aku bayar terus balik.Tak jd shopping.Jadah lagi nak shopping,aku sendiri dah bau sup daging.

Alhamdulillah...bila blk aku mandikan fatih (bersemut plak anak aku kang ) check paha dia..okey.Takde kesan merah or melecet ke apa.Okey jer mcm takde apa berlaku.So takde lah sampai ke klinik.

Aku pun tak sure adakah disebabkan susu pekat tu or mmg sup tu dah suam ker yg buatkan paha fatih okey tapi sekurg2nya ia membantu.

Sebab semalam...aku goreng keropok.Pastu,aku pakai penapis besi utk angkat keropok panas tu sblm dimasukkan dlm bekas.Pastu..aku yg genius bijak laksana umpama Albert Einstein ni pegi parking bekas tu next to kuali panas.Of course la haba dr dapur tu diserap dek penapis tu.Pastu dlm kalut nk hidang kat laki..aku capai bende alah tu...

Zzzsssssssss.....uwaaaaaa....terus rasa nak menggelupur.Berkedut terus tapak tgn aku.Sakitnya takleh nak cerita.Aku terus alirkan air kat tapak tgn tu sambil menahan pedih.Bila kena air oklah kan..bila dh berenti alirkan air..dia punya berdenyut Allah sahaja yg tahu.


Pastu teringat lak kat petua budak kopitiam tu.Aku terus ambik susu pekat dlm peti,lumur kat tempat melecur tu.Perghhh..patutlah haritu Fatih berenti nangis serta merta.Memang nyaman jer rasa.Tambah plak amik dr peti.

Ni petua ni sekadar tambahan jer tau.Kalau melecur,apa apa hal pun alirkan air dulu kat tempat melecur.Kalau teruk terus bwk gi klinik or hospital takut ada jangkitan kuman.Boleh lah nak sapu susu pekat ni kalo kesan lecur tu tak teruk sampai nampak isi.Sbb walaupun tak teruk,sakitnya berdenyut denyut.Aku pernah terpercik air panas kat tangan masa kat uni dulu.Satu mlm xleh tidur sampai satu tahap aku rendam tgn dlm air sejuk.

Bila sapu susu pekat tu...kejap jer sakitnya pastu beransur kurang.Takdelah berdenyut.Dalam setengah jam dah okey.

Berkedut tapak tangan gua...

Hari ni dah tinggal jalur berkedut tu..huhuhuhuhu.Nasib baik tak menggelembung ke apa.

Apa apa hal pun..aku nak ucap terima kasih kat staff kopitiam tu (lupa nk tanya nama) sbb ajar petua ni.

Dah kedut camni..seterika boleh?

Monday 3 March 2014

BERAGAKLAH BAGI SYARAT KALAU NAK MENIKAH LAIN PUN..HAISHHH

Assalamualaikum...

Wuhuuu..syukur Alhamdulillah hujan juga akhirnya kat Shah Alam setelah berminggu minggu kemarau.At least,sejuk sikit hari ni.

Hari tu aku jalan jalan kat plaza masalam.Biasalah,kecoh membawa bebudak ni.Bila stop kat kedai mana ntah,ada lah sorg akak ni menegur aku.Tegur si fatih sebenarnya.Sambil sambil tu boraklah.

Dia tanya lah anak berapa.Aku tunjuklah anak anak aku yg dh tah ke mana hala kat dlm kedai tu..

"Oh,empat sumernya ya.Dua pasang?Alhamdulillah.Akak pun ada empat.Tiga perempuan...."

Pastu dia sambung satu ayat yg agak menyentuh hati..

"Nasib baik yg bongsu tu dapat jugak lelaki.Husband akak dah warning...kalau tak dapat boy,dia kahwin lain.."dia gelak kecik...

Aku tak tau nak bagi reaksi macammana.Nak gelak sekali ke or buat terkejut.Aku harap dia bergurau ajer.Pastu dia sambung lagi.

"Kita org pompuan ni mcm ni lah dik.Kena pasang badan selalu.Kalau tak..hmm..laki senang senang jer lari.."agak sayu dihujung perbualan.

Aku cepat cepat mintak diri.Kang abih plak segala mcm kisah rumahtangga dia citer kat aku plus anak anak pun dh berterabur kat mana mana.Hilang kang satu hal plak.

Aku kesian kat akak tu.Kalau tgk dia,aku rasa tak ada apa kurangnya dia.Umur dia aku rasa dh nak cecah hujung 40an atau awal 50an,tapi jauh lagi bergaya,lagi langsing dan tentulah lagi cantik dr aku yg awal 30an ni.Tapi mungkin hidup dia dlm tekanan.Tapi...takleh lah aku nak judge hidup dia atau sikap suami dia.Kenal baru 15 minit jer pun.

Tapi,kalau betullah apa yg dia ceritakan tu,aku cuma ada dua rasa.Kasihan dan marah..

Kasihan utk kakak tu yg kena bekerja keras utk jaga sebuah perhubungan.Mmg setiap org pun kene kerja keras utk jaga ikatan perkahwinan,tapi kalau nak ikut syarat syarat merepek yg diluar kawalan kita...apa citer?

Marah kat laki dia sebab sengaja bagi syarat merepek mcm tu utk menghalalkan apa jugak tindakan dia.Nak kahwin lain,kahwin ajerlah tapi bagi alasan yg munasabah sikit boleh tak?

Sejak bila plak isteri yg kena tentukan jantina anak? Setahu aku,kromosom Y tu disumbangkan oleh lelaki kan? Kalau salah mintak maaf sbb biologi dulu aku pass cukup makan jer.Kena ngaku salah siap siap dulu hehehehe.Itu dr sudut sains lah...

Dari sudut agama plak,jangan lah sampai kita nak menidakkan kuasa Allah pulak.Lelaki atau perempuan..itu semua kuasa dan pemberian Allah.

Aku berharap sangat kakak tu cuma bergurau..kalau tak sia sia jer aku emo..
Hehehehehehehe.

Lantak korg lah...yg betul dia ckp tu pasal pasang badan tu..okeylah kan dpt nasihat free.Apa salahnya ikut..kagum hokeh ngan body mantap dia tuh.Syabas kak..

Cuma aku doa ajerlah..jgn lah laki aku nak bagi syarat pelik pelik cenggitu.Aku tak kesian kat aku,aku kesian kat dia jer nanti.

Tak pasal masuk mukadepan harian metro kena baling ngan tong gas.Ingat,aku garang tau..hahahahhahaa.

Gurau jer yer...tadi kan dah emo...