Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Monday, 24 February 2014

BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum..

Lama bebenor aku berhibernasi.Nak mencari mood menulis catatan mcm nk cari idea nulis novel gayanya.Padahal..catatan biasa jer kut.

Weekend dua minggu lepas dipenuhi ngan aktiviti menghadiri besday party.Dua party jer..bunyi cam banyak sgt.Kebetulan jatuh hari yg sama.Satu jemputan dr kwn laki aku..satu lagi dr kwn aku.

Memula pergi rumah kwn laki aku dulu.Nasir dan Ayu..sambutan hari lahir dua org puteri mereka.Tema Hello Kitty..i loike!!

Gambar gambar di hari kejadian:-



 Aku paksa anak anak posing dulu sementara tunggu nak potong kek..


Serba serbi pink..tapi comel sangat.Semua Hello Kitty lak tu..aku plak yg excited.Anak anak rilek jer..


Yeahh..mari makan.Fatih duk jer merangkak situ sambil tgk org makan.Dia dh kenyang makan kat umah.

Kek yg comel..tapi tak makan pun sebab rushing nak pergi kat party lagi satu

Semua deco dan food,Ayu buat sendiri.Gigih kan...salute lah..

Lepas sejam..kami ke Ara Damansara pulak utk besday party Rayyan dan Daniel.Tema Ninja Turtle.

Kalau tadi party utk 2 puteri,kali ni utk 2 putera Sofia dan Najib plak.

Layan gambar:-





Party ni di buat kat dewan so ada tempat bermain tu.Apa lagi...sakan lah anak aku.Sampai ajer,tak sempat duduk..terus gi main.



Walaupun baru sekejap tadi dh membedal nasi ayam dan kuih yg sedap,tapi food kat sini sgt ohsem..hahahahha.Tgklah muka rafhanah yg menghayati keenakkan pizza.

Petang tu kami balik dgn puas hati sbb anak anak aku sgt enjoy.Seronok sgt diorg..dapat main,makan dan dpt doorgift.Hasilnya.....


Okeh..dah boleh bukak kedai runcit.Cukup stok sebulan..hohohohoho.

Anyway..terima kasih pada tuan rumah...Nasir &Ayu serta Sofia &Najib sebab menjemput.

Monday, 25 November 2013

HAPPY BIRTHDAY RAFHANAH

Assalamualaikum....

Dah nak sampai penghujung Nov 2013...tapi baru nak up entry birthday Rafhanah yg jatuh pada bulan October.

Takpelah,janji ada memori dicatit kat sini.Selalunya pun,aku tak pernah lagi buat party besar besaran utk birthday anak anak aku.Aku malas,ni cakap terus terang.Sbb anak anak aku rapat rapat dan kecik lagi so bila nak organize party ni mcm lecehnya.

Apa aje daaa aku merepek.Back to the story...

Kami celebrate birthday dia kat taman tasik Shah Alam.Yg ni taman tasik dekat SUK tuh.Kat situ tak ramai org sbb jalan masuknya mcm nak masuk hutan.Laki aku suka gi situ sbb nk mancing.Bukan nak mancing ikan nak buat lauk pun,ikan kecik jer pon yg ada tapi dia nak asah skill memancing jer.Sepanjang aku kahwin ngan dia,tiapkali dia gi mancing tak pernah dapat ikan pun...hohohoho.Kesian.

Hari Ahad tu,pagi pagi buta aku dh bangun masak nasik lemak.Kene gi awal,ntt kalo dh panas terik tak best.Sehari sblm tu,aku dh amik kek yg aku tempah kat kawan aku.Kek Red Velvet...sedap dia buat.

So...xder apa citer sgt..moh layan gambar.Party ni takde tema pun,cuma yg meriahnya bila makcik makcik Rafhanah(adik adik ipar aku) join sekali dan bagi hadiah bertema Princess kat dia.Anak aku ni perasan dia keturunan Cinderella.Layankan ajer...









Lepas potong kek dan makan nasi lemak,semua duk pakat mancing.Siap cari buluh dan cacing.Aku terlepek atas tikar ngan Al Fatih sambil ber selfie gitu.Dalam ramai ramai yg mancing tu,adik ipar aku sorang jer yg dapat ikan.Tu pun ikan puyu besar tapak tangan dua ekor.Yang lain sampai mati lemas cacingnya tak dapat dapat gak ikan...hohohoho.

Sebelum balik,lepaskan balik ikan tu.Bungkus bungkus barang,balik dan terus Zzzzzzzzzzzzzzz.....penat mancing lah katakan.

Apapun...seronok tgk anak anak aku happy especially si birthday girl.To Rafhanah,happy 3rd birthday sayang.Kami semua sayang Akak Hanah....muah muah muah....











Tuesday, 22 October 2013

MANA PERGI CD MOVIES AKU HAH?

Assalamualaikum....

Hari ni masak awal sket..sempatlah ada masa nak bersantai sambil layan movie kat youtube.Senang sket,sambil menyusu anak sambil layan movie.Multitasking sangaaatt
 ## bknnakmengajihembushembuskepalaanaktu# LOL...

Rasa urban sangat hari ni sebab guna LOL...ntah apa makna ntah tu..:p

Cerita pasal movie ni,laki aku selalu bengkek kat aku sebab suka tgk cerita komedi.Eh...suka hati aku lah kan? Dah dia duk layan citer lawan lawan,perang perang,ganas etc tu aku tak marah pun.Abih kuat pun aku bebel sebelah dia sambil mulut kunyah kopok pastu siap gi dapur bancuh kopi layan balik movie tu sampai abih.

Ah,rasa best plak tulis ayat senapas jer.Semputlah sapa yg baca nanti..

Aku nih kalau dah suka satu satu cerita,layan sampai pengsan pun tak apa.Masa kat kampus dulu,CD Mami Jarum tu sampai calar balar aku duk putar hari hari.Asal penat menelaah jer (baca buku kejap jer,penat yg lebih),aku bukak CD tu sambil makan Maggi.Uih...syorgaaa sungguh.

Tapi,sejak sejak aku berhenti kerja ni,dah takde masa nak layan VDC apa bagai nih.Kat rumah ni aku lagi banyak tgk kartun dari tgk cerita org.Nasib baik lah laki aku takdelah mcm abah aku..kalo tak,mesti duk layan cerita binatang hari hari..( National geographic,Discovery Channel etc)

Satu satu masa yg aku dapat layan TV ialah tetengah malam.Nasib baik si kecik tu tidur awal pastu dia mmg akan lena terus sampai pagi.Tapi,nasiblah kan,kalau ada citer best.Selalu kalau aku bukak,asyik citer hantu jer.Binawe sungguh.Dahlah aku sengsorg layan TV sambil lipat kain,mau terlambung lambung kain yg dah berlipat tu sebab terkejut punya pasal.

Since last week,aku duk layan citer Homeless To Harvard & Gracie's Choice.Citer ni best,based on true story,buat org rasa bermotivasi.

Dua hari lepas,aku cari Legally Blonde,takde full movie plak.

Semalam tgk My Big Fat Greek Wedding,pastu Monster In Law...

Hari ni perabih tgk Scary Movie 5 plak....

Sebenarnya kan...sebenarnya..nak tau tak napa aku tgk kat youtube? ( Mcmlah ada org kesah pun kan?)

CD aku sumer dah ilanggggggg...huwaaaa....

Saturday, 19 October 2013

KENANGAN DENGAN CIKGU

Assalamualaikum...

Yeayy yeayy...ujan ujan...

Ujan petang petang plak tuh..selesa jer rasa.Sayu pun ada gak.Tak tau naper,kalau ujan petang petang hala ke maghrib tu,hati tetiba rasa sayu...haishh.

Hari tu masa tgh blogwalking,aku terbaca satu artikel pasal pekeliling "Hukuman yg tidak boleh dikenakan kepada murid murid".Betul atau tidak pekeliling tu,Wallahua'lam.Kalau di baca senarai tu,kesimpulannya ialah,murid murid takleh dihukum sama sekali.Sonang...
 
Aku bkn nak berdebat pasal benda benda mcm ni.Kalau aku menyokong murid murid kena hukum,nanti kalau anak aku kena cubit ngan cikgu sampai lebam pastu aku meroyan...org akan padankan muka aku.Ayat biasa..." Tak kena kat diri sendiri bolehlah cakap"
 
Kalau aku menentang plak,hmmmm...naik kepalalah kut bebudak zaman laaaa ni kalau sampai cikgu berleter pun dikira sebagai deraan mental.
 
Apa-apapun,baik cikgu atau makbapak mahupun murid sendiri adalah manusia biasa yg tak lepas dari membuat silap.Ada masa cikgu juga stress sampai .." Oppsss terlebih sudaaa..".Makbapak plak,kdg2 stress,serang cikgu plak.Dalam hal ni masing-masing kena tahu peranan dan tanggungjawab sendiri.Bukan mementingkan diri semata...
 
Chewah....dah mcm Fadzillah Kamsah plak.Aku xyah elaborate pjg pjg,takde sapa nak peduli pun.
 
Aku cuma nak cerita pasal kenangan kena hukum zaman sekolah nih...
 
Seingat aku,dlm zaman persekolahan aku,ada sorg cikgu yg kalau dia menghukum murid,murid murid rasa terhibur.Ajaib kan,kena denda pun seronok.Tak bermakna kitorg ni mental sgt sampai seronok kena denda,tapi cara cikgu tu unik and yet tetap menimbulkan rasa gerun utk tidak mengulangi kesalahan.
 
Masa tu Darjah 6...Nama cikgu tu,Cikgu Awang Ngah.Dia cuma mengajar budak2 Darjah 6 ajer.
 
Glamer tak glamer cikgu ni,since aku Darjah 4 lagi,nama dia dah jadi sebutan dikalangan murid2 darjah 6.Kira otai lah cikgu ni.Sebelum kami melangkah masuk ke darjah 6,kami dah kenal dia.Kata org dia kelakar tapi garang gila.
 
Masa masuk kelas dia,agak rasa seram sejuk.Tapi tak lama....
 
Darjah 6 ialah satu satunya tahun yg aku rasa tak mahu ponteng sekolah langsung.Cikgu Awang ni dia ajar kebanyakkan subjek kecuali English dan Pendidikan Islam.Jadi,most of the time dia mmg kat kelas kami ajer.
 
Tiapkali dia mengajar,kelas jadi riuh rendah dgn gelak ketawa.Dia memang kelakar,suka bercerita tapi tegas.Walaupun bergurau,jgn sesekali ko anggap it's ok kalau tak siapkan kerja or tak achieve dia punya target.Kalau buat jugak...nahas.Sekali dia marah...aku rasa mcm nak menyorok kat bilik guru besar pastu suh cikgu besar panggil polis.Over...
 
Dulu,masa sekolah rendah,kami ditempatkan dlm kumpulan.Dia akan buat target...misalnya,dalam satu satu kumpulan itu,kalau ada salah sorg yg tak berjaya capai target dia,let say 90% markah kuiz matematik,the whole group akan kena hukum.Jadi,ianya mengajar kami utk tidak jadi pentingkan diri.Kami berlumba-lumba berusaha,bukan utk kami nak menang sorg sorg,tapi utk memastikan the whole group berjaya.Get it? Dia tak apply konsep berjaya secara individu,tapi mesti semua org.
 
Kalau tak berjaya....siaplah.Macam macam denda yg dipikirkan.
 
Jalan itik sampai ke kantin,kena mencangkung kat longkang tepi kelas sambil buat buat meneran nak uuk..uuk,kena pakai poster " kami berjanji blablabla..."sambil masuk ke kelas lain,Ketuk ketampi,berdiri atas kerusi,berdiri depan kelas,kena berlakon,menyanyi dan mcm-mcm lagi.Kena ketuk dgn pembaris kat tgn pun ada,cubit tu adalah jugak tapi jarang sgt.
 
Kami boleh lagi gelak-gelak kena hukum.Riuh rendah satu kelas.Sapa yg tak dengar kata digelarnya Koleh Kacang ( nama kuih tradisional).Tapi,gelak gelak jugak,namun tak sanggup lagi kena denda,kami akan berkobar-kobar nak capai target dia.Mana tidaknya,setiap satu kuiz kena denda.Bygkan betapa penat kalau tiapkali tak achieve target.
 
Bila berjaya,dia puji.Dia bagi motivasi.
 
Kalau ada antara kami yg bercakap masa dia tgh mengajar,dia tak terus marah.Lagi plak kalau budak tu tgh leka sembang.Dia akan suruh kami diam pastu pakat-pakat renung budak tu.Dengar plak cerita budak tu.Sudahnya...memang takde sapa yg berani bersembang dlm kelas.
 
Setahun berlalu dengan sangat pantas.Cikgu Awang memang antara yg terbaik.Dialah cikgu,dialah bapa,dialah kawan.Dia suka cerita pengalaman dia mengajar di Sarawak,suka menyakat,suka buat kelakar dan dia mengajar dengan cara bercerita.
 
UPSR batch aku mencatatkan peratusan tertinggi yg dpt 4A ( masa tu ada 4 subjek jer kena amik).8 org...yaaa,aku sekolah kampung ajer.8 org tu dah cukup buatkan Cikgu Awang bergenang airmata masa serahkan slip result.8 org tu jugak yg masuk paper sebab dpt 4A.Zaman skang,kalau sebut 8 org jer yg dpt 4A,mau kena tutup sekolah tu gamaknya.Jgn gelak nooo...
 
Tapi...bukan dia sahaja yg byk menabur bakti pada kami.Cuma kerana dia guru kelas makanya dia jadi hero dalam cerita ini.Aku masih ingat Cikgu Kamariah,Cikgu Shaharom,Cikgu Wan Suhaidi ( walaupun dia tak mengajar utk bdk UPSR tapi dgn baik hati offer kelas tuisyen free almost setiap petang kat sekolah) dan ramai lagi.
 
Aku mungkin tak ingat byk nama cikgu...cuma mana yg teringat aku nak catit di sini supaya aku tak lupa sampai bila bila.Cikgu Haliah,Cikgu Norma,Cikgu Hindun,Cikgu Hasnah,Cikgu Siti Zabedah,Cikgu Zainun dan ramai lagi.Aku pernah kena denda,kena hukum...tapi aku tetap sayang cikgu semua.
 
Terima kasih Cikgu.....
 
Aku dah cakap...kalau time hujan,aku akan mula berdrama swasta...sayu jer rasa.Aku sorg ajerlah...Dah korg semua boleh bersurai.Cerita dah habis,bkn best pun....:) Thiii
 
 
 
 
 

Monday, 9 September 2013

MEMORI RAYA 2013

Assalamualaikum...
 
Aku dan ketinggalan keretapi mmg tak boleh dipisahkan..ntah nape suka no update citer basi.Tapi takpe lah,catit jugak sebagai memori.Mana tau umur panjang,leh tunjuk kat cucu cicit..." Haa..ni lah gambar onyang masa raya tahun 2013.Cun tak?"
 
Mukadimah agak related dgn isi citer kali ini iaitu memori raya.Weekend hari tu,aku terpaksa buat nasi himpit lagi...grrrrrr.Aku dah syak sesuatu bila nasi yg aku tanak tak jugak masak masak lebih sejam.Bukak jer periuk,sah...lembik lagi.Dah lah lapar nih..sakit hati betul.Tanak lah nasi tenggek atas dapur gas lagi.
 
Malam tu telefon mak aku mintak resepi kuah kacang.Nasib baik masa bulan puasa hari tu aku tergerak nak beli kacang yg dah ditumbuk tuh.Memang ingatnya time tu nak try buat kuah kacang.Akhirnya selepas habis bulan Syawal,barulah jadi.Takpelah...meh extend raya.
 
Memori Syawal 2013.Takde apa yg luar biasa berlaku.Tahun ni giliran raya kat Terengganu.Sambutan cam biasa dan rutin pun cam biasa.Cuma speselnya tahun ni ada Muhammad Al-Fatih.Muah muah...



Tema tahun ni " Asal boleh ajer"...Memang baju pun takde nak sedondon dah.Baju raya kami laki bini pun selai sorang jer.Anak-anak lah yg lebih sket.Biasalah bebudak.Kasi can...
Selain dari insiden kena sound bagi duit raya seringgit,yang lain cam biasa ajer.Tapi paling best bila dapat berkumpul kat rumah sedara mara.Fuh,havoc tak terkata.Best sangat!!
 
Raya ketiga kami balik Rembau plak.Mulanya laki aku nak balik lepas Subuh,tapi,bila aku dapat tau mak aku nak buat her signature dish,Nasi Dagang...terus aku bangkang.Tak kira apa jadi sekalipun,aku mesti makan Nasi Dagang mak aku hari tu.Jadinya,dalam pukul 10 am baru bertolak ke Rembau.Itupun,selepas dah kenyang,sebat sket lagi buat bekal.
 
Sepatutnya kami kena singgah Gemas dulu ( rumah pakcik laki aku) sebab family laki aku dah tunggu kami kat sana.Tapi,kami tak tahu yg diorg tunggu kitorg,so bukan main lagi santai kitorg singgah kat Cherating.Siap berkelah lagi.Sambil makan bekal nasi dagang,anak-anak main pasir.Untuk menjimatkan masa,aku suapkan makan semua orang.Dengan laki aku sekali aku suapkan sebab nak cepat punya pasal.



Satu bekas ni licin sekelip mata ajer..


Nasi Dagang yg sgt maveles!!!!Oh Rindunyeeee....Maaaaa....


 
Si tembam first time main pasir

Sampai Gemas,rilek dulu makan nasi beriani.Dah senja baru bertolak balik ke Rembau.Esoknya baru beraya.Tu pun takat rumah sedara terdekat ajer.Adik-adik ipar aku pun hari Ahad dah start balik KL sebab masing masing kerja hari Isnin tu.Boring kalau diorg takde.Takde sape nak layan aku borak.Laki aku sibuk mesin rumput ajer.Bosan tul...


Baru balik dari beraya kat rumah sebelah.Cantik kan suasana kampung? Tu lah uniform raya laki aku start dari raya kedua lagi.Bantai T-sirt ajer.Tengoklah stail dia kendong baby..rilek jer Al-Fatih tido..alahai.
 
Tu ajerlah citer memori raya 2013...


Wednesday, 3 July 2013

BILA SATU FAMILY JATUH SAKIT

Assalamualaikum...

Ntah hapa kene plak ngan laptop aku ni ntah.Jap boleh taip,jap idok...hmmm,dah tua benor lah kamu gamoknya.

Blog ni pun dh lama tak berupdate.Sejak-sejak duk main Candy Crash Saga kat henpon la ni,laptop pun malas nak di bukak.Eiii,buruk nau peel omak beranak ompek ni ketagih main game.
 
Dah trademark kan,isi cerita akan menyimpang dari perenggan pertama.Nak cerita lain sebenarnya.
 
Last week kan jerebu teruk.Tahun ni mmg lebih teruk dr thn2 lepas.Nampak sgt jerebu ni dah jadi acara tahunan.Jadi,sepanjang minggu memang memerap kat rumah.Sekolah pun tutup.
 
Nak jadi cerita,hari Isnin dan Selasa takde apa lagi yg berlaku except sekolah tutup dan anak-anak cuma membuas kat dlm rumah ajer.Malam Selasa,tetiba Rafhanah muntah.Mulanya aku ingat tekak dia berkahak.Sebab dia dan Hakim kalau ada kahak,batuk mesti muntah.
 
Tapi,bila bangun pagi,tak semena-mena dia muntah,aku dah rasa lain macam.Lepas tu,Amani plak bagitahu,masa dia bangun,dia pun muntah.Aku dah tak senang duduk.Apahal lak bebudak ni?
 
Masuk pukul 10am,Rafhanah masih okey.Boleh bertumbuk ngan Hakim tu kira okeylah kan? Hakim plak masih tak ke sekolah sebab sekolahnya masih tutup.Aku tgk Hakim okey jer.Tetap ngan perangai suka selongkar peti,bawah tudung saji dan kabinet dapur semata-mata nak cari apa makanan yg boleh dikunyah.
 
Amani plak start muntah tak berhenti.Rilek dlm setengah jam,muntah lagi diselang seli dgn ehem-ehem ke tandas.Aku still monitor condition dia.Tapi,dah dekat tghhari,dia dh start tak bermaya.Aku baringkan dia kat sofa,alas ngan kain pelikat daddy.So,kalau dia muntah,kene kain daddy...hehehehee.Aku sediakan sebotol air minum dgn besen supaya dia tak perlu lari ke toilet untuk muntah.Kembang jugak tekak tatkala menadah muntah dia,tapi demi kasih kat anak,ku tahan jua.Huhuhuhuhuhu.Tiapkali dia muntah,aku suap air supaya dia tak dehydrate.
 
Tengahhari tu,aku mintak tolong adik ipar aku hantarkan dia ke klinik.Aku takleh nak keluar sebab jerebu masih teruk,takkan nak bawak baby.Lepas dia balik,aku bagi ubat tahan muntah dan cirit birit,suruh dia tidur.Sedih aku tgk dia lembik ajer.Suap bubur,muntah lagi.Bagi air kosong pun muntah.Aku blend air buah dan suapkan dia supaya dia ada energy sket.
 
Alhamdulillah Rafhanah okey walaupun dua kali juga di ter"ehem" dlm seluar.Terpaksalah pakaikan dia pampers.Tapi,dia tak mengadu sakit perut ataupun muntah.
 
Aku tertanya-tanya,amendelah yg dua org ni makan.Masakan akukah? Yelah,dua hari terperap kat umah,mana ada diorg makan makanan luar.Tapi,naper depa dua saja yg kena.Si Hakim elok ajer aku tgk.Aku tanya Amani,selain dari makan nasik,ada tak dia makan benda lain.
 
Amani cakap,malam Selasa tu,depa dua org duk pulun kek kat dlm peti.Habis satu tupperware.Tapi,Rafhanah makan sikit ajer,dia yg habiskan semua.Hakim tak makan.Ya Allah,baru aku teringat,kek tu mmg dah lama aku simpan dlm peti.Aku dah potong siap-siap,simpan dlm tupperware supaya senang anak-anak nak makan especially si Hakim tu.Pastu lupa...
 
Jadi,instead of menyalahkan masakan aku,mari kita salahkan kek tersebut.Huhuhuhuhuhuhu.
Iyalah,apa bende agaknya punca.Nak kata tak hygiene,sepanjang masak,sampai terkikis kulit tgn aku basuh.Periuk belanga sebelum pakai wajib aku basuh dulu walaupun memang di ambik dr dlm kabinet.Bahan mentah fresh...pendek kata,aku dah usaha sehabis daya demi memastikan masakan terbaik aku hidangkan utk family.Tapi......kalau dah kena,apakan daya...huwaaaaaa.Sian anak aku!!
 
Sepanjang jadi nurse,aku sampai terlupa makan minum.Susah hati,mana lalu nak makan.Kesian sgt tgk keadaan Amani.Aku buat lawak pun dia mampu senyum ajer...huwaaaaaa.
 
Menjelang tgh malam,dia dah tak muntah lagi.Ke tandas pun tidak.Lega hati aku tgk dia lena tidur.Malam tu,aku anak beranak tidur kat ruang tamu.Hakim temankan daddy kat dlm bilik.Pagi esok,dia sihat mcm biasa.
 
Tapi..........aku pulak tak sihat.Gara-gara tak makan minum hari sebelum tu,perut aku dah masuk angin.Memulas-mulas sampai aku takleh bangun.Selagi tak "ehem ehem" keluarkan angin ( sopan tak ayat tanak sebut kentut....eh,tersebut plak,hehehehe),selagi tu lah mencengkam sakitnya.Bila sendawa dan keluar angin,barulah lega.
 
Jadi,tetaplah anak-anak tak gi sekolah walaupun sekolah dah buka sebab aku tak larat nak siapkan diorg.Boleh gitu? Laki aku plak tak dapat nak cuti sebab ada urgent meeting.Nasib baik ada adik ipar,at least sikit-sikit dapatlah dia tolong.Makan pun tapau.Dalam sakit-sakit,sempat order nasik Arab.Ko mampu? Selera tetap besar...heheheheheheehe.
 
Petangnya,aku dah sihat lepas berbotol-botol minyak angin aku habiskan.Sapu lah,bukan telan.Laki aku telefon tanya kabar dengar aku dh okey terus tak jadi ambik half day.Hampeh sungguh.
 
Esoknya,Jumaat,kami ke Cameron Highland.Walaupun baru baik sakit,trip ni takleh cancel sebab laki aku dh tempah Banglo TNB tu sebulan lepas.Nanti susah dah nak dapat once ko dh pernah dapat.Staff TNB ramai giler kut,banglo ada baper bijik ajer.
 
Kami pergi anak beranak plus ngan dua org adik ipar aku.
 
Masa naik Cameron,laki aku ingat dia Takumi dari citer Initial D tu kut.Dibantainya drift kat selekoh bukit.Hasilnya......dah hampir sampai,Si Hakim terbelelek muntah.Habis keta adik ipar aku.Itu takpelah lagi....ingatkan sekali muntah ajer.Rupanya sampai ke malam.Tak berhenti plak tu.
 
Huwaaaaa...luluhnya hati tgk Hakim mabuk mcm org mengandung.Terpaksalah petang tu lepak kat banglo ajer.Seb baik kat banglo tu ada playground,dptlah gak anak-anak nak berhibur.Makan pun tapau jugak.Yg kesiannya,si Hakim.Disebabkan asyik muntah,tenaga nak main pun hilang.Yg plg sedih,bila dia tak dpt makan.Hakim kan kuat makan,bila dia makan keluar balik,sedih sgt.
 
Malamnya,terpaksa bawa dia ke klinik.Aku mmg standby bwk ubat tahan muntah Amani tu,tapi..nak jalan lagu mana,bagi jer ubat,dia muntah lagi.Habis keluar balik ubat tu.Cakap kat doktor,doktor bagi ubat masuk ikut bontot.
 
Malam tu,lepas masuk ubat,dia muntah lagi.Kali ni aku dah takleh tahan.Mengongoi aku nangis.Aku kesian kat anak aku yg selama ni kuat makan,sampai dah lembik jadinya tak dapat nak hadam pun apa yg masuk.Sepanjang malam aku berjaga in case dia muntah.
 
Alhamdulillah,ubat tu berkesan rupanya.Lepas di bagi ubat angin,tu lah last dia muntah.Lena dia tidur pastu.Syukur sangat.Aku plak risaukan baby.Sebab sblm tu kan aku dh masuk angin,takut dia pun effect sebab susu badan.Mujur dia okey cuma byk kali aku dgr dia kentut...opssss,tersebut laaaaagi....Bagus baby,kuat serupa Superman ye nak?
 
Maka,esoknya dapatlah kami tour kat CH tu.Pagi tu masa breakfast,kami tak jumpa kedai melayu yg kosong.MasyaAllah,ramainya manusia kat CH hari Sabtu.Laki aku jenis tak suka menunggu.Last-last masuk kedai mamak.Dia order mee goreng.Pastu dia nampak mamak tu ambik dari tray yg dihidang kat tempat lauk tu.Laki aku buat cerewet lak,dia cakap kat mamak tu suh masak yg baru,tanak yg dah sedia ada.Aku ingat mamak tu sudah pedajal dia...mamak tu goreng mee paling pedas dalam dunia!
 
Hasilnya,masa turun CH,laki aku sudah kene "cherry berry".Sampai Hentian Tapah,adik ipar aku kena take turn drive.Kat hentian tu saja sampai 4 kali dia berulang ke toilet.Esok pagi baru okey.
 
Jadi...yg sihat dalam ini cerita cumalah adik -adik ipar dan baby sahaja.....huhuhuhuhu.
 
Maka lengkaplah kami keluarga bahagia.Sama-sama sihat,sama-sama sakit.Nasib baik tak serentak.Kut tak sapa nak jadi nurse hoiii.Masa anak dan laki sakit,aku jadi nurse,masa aku sakit,anak dan laki plak jadi nurse.
 
Sekian cerita keluarga bahagia ini......:)
 
 
 

Wednesday, 5 June 2013

CATITAN KELAHIRAN BABY BARU - CERITA BERSIRI

Assalamualaikum...
 
Episod kedua..kehkehkehkeh...
 
Selepas bersalin,mcm biasa lah,rehat dulu kat labor room tu dalam sejam dua sebelum di pindahkan ke wad.Lepas baby dibersihkan,laki aku azankan pastu pas kat aku utk di bagi susu badan.
 
Tapi,baby taknak.Puas aku cuba,dia still tanak.Last2 nurse ambik letak bwh lampu,maybe sbb baby kesejukan katanya.Tak apalah...huuuuuhuhuhu.
 
Pastu,terkebil-kebil tak tahu nak wat apa..whatapps gambar baby kat member2 kamceng aku.Ko mampu,setengah jam lps bersalin,berwhatapps?? Hahahhahahaha....
 
Sedara mara plak,laki aku punya keje lah tukang inform..
 
Dalam pukul 6,di pindahkan ke wad.On the way,boleh plak aku borak ngan nurse dan staff yg sorong katil tu pasal PRU13.Kan ke minggu depan tu dah nak mengundi..hihihihi.
 
Tak lama kat wad,parents aku sampai dari Terengganu.Mintak nurse bawakkan baby depa nak tengok.Riuh rendah bilik aku...
 


Ni gambar first day




Ni second day...masa nak discharge

Lama gak parents aku berkampung kat dlm bilik aku.Lewat petang tu dinner disediakan.Mak ai,baru sedar aku lapar.Masa kat labor room,lepas bersalin mmg diorg sediakan minum petang.Roti kacang merah dan air milo,tapi sebab letih dan excited,ilang selera makan.
 
Mak mentua aku datang lepas Maghrib dgn anak-anak aku sekali,pastu tak lama adik ipar aku lak datang.Memang meriah lah bebudak ni sgt excited tgk adik baru.Tapi,sian Hakim,dia tak dibenarkan cium baby sebab dia batuk dan selsema.
 
Baby still tanak menyusu.Lagipun susu aku pun belum byk keluar.Last2 nurse amik bawak ke nursery sbb takut baby tak cukup susu.Sian baby...
 
Malam tu aku takleh tido.Tak tahulah naper takleh lena.Excited kut or,teringat anak-anak aku yg tinggal kat rumah...sampai kul 3 am pun xleh lena lagi.Baru nak lena,nurse masuk bagi ubat dan check suhu / BP.Pastu barulah dpt tido.
 
Besoknya,pagi-pagi aku dah mandi.Pergh,mandi air panas,selesa sungguh badan.Dah wangi,dah comey..panggil nurse suh hantar baby,aku nak susukan.Tapi,dia kata 8.30am baru dia hantar sbb diorg tgh bagi susu.
 
La ni,baru rasa lapar giler.Lambatnya breakfast sampai...rungut sendiri yg tak nyempat-nyempat nak makan,walhal diorg hantar ikut jadual la kan.

Laki aku turun bawah jap,nak pegi breakfast katanya.Balik-balik jer,dia bwk ni....



Bwk bunga dan thank you card...so suwitttttt


Terima kasih abang......
 
Tapi lagi suwit kalo abang belikan gelang emas ke,rantai mutiara ke...ehem ehem....
 
Tapi...bunga pun okey...
 
Takyah citer panjang lagilah...lepas Dr datang check aku n baby,settlekan urusan discharge.Yg bagusnya,kami tak perlu susah payah,staff yg datang bilik uruskan semua sampailah ke pintu kereta.
 
Nah,sblm balik,mengketedarah dulu.Lapau wehhhhh...licin aku sental.



Sekian cerita dari katil hospital.Tak tahulah kalau masuk lagi buat kali ke lima..hehehehehe.Doktor dah sound sound pasal perancang...kehkehkehkehkeh...

Tuesday, 14 May 2013

MY NEW LITTLE ANGEL-CATATAN KELAHIRAN

Assalamualaikum...

Catitan kelahiran baby terbaru...

Lepas jumpa Doktor Jumaat 26th April 2013,dua hari weekend tu aku rasa adalah weekend terpendek dlm idup aku,hehehehehe.Seram sejuk seram sejuk jer aku rasa..hihihihihi...

Tanggal Isnin 29th April 2013....

Pagi-pagi lepas Subuh aku check balik beg yg nak di bawak ke spital takut ada benda tertinggal.Hari tu plak,aku decide Hakim takyah gi sekolah lah sebab nampak dia kurang sihat.Aku perasan satu benda..tiap kali aku bersalin,ada jer anak aku yg kurang sihat.Masa lahirkan Hakim,Amani demam panas,masa lahirkan Rafhanah,Hakim pun demam.Harap-harap tak melarat lah batuk ko nak.

Masa aku mandikan diorg,Hakim muntah kahak.Tak semena mena aku jadi loya.Aku plak muntah.Teruk plak tu,sampai laki aku panik.Dia tanya,aku tak cakap apa,campak gayung atas lantai,suh dia mandikan budak2,aku lari ke sinki,sambung kat situ.

Menyerah diri kat labor room DEMC kul 8.30am.Hari Jumaat tu dah settlekan booking ward,jadi terus jer lah ke labor room,tunggu Doktor check bukaan etc.

Nurse pakaikan tag,aku terus tanya," Jadi ke saya bersalin ari ni?"
Sambil sengih dia jawab " Dah pakai gelang keramat,InsyaAllah..."
Dup dap dup dap.....


Sementara tunggu doktor,nurse buat CTG dulu

"Gelang keramat"

Muka cuak masa buat CTG

Cemas cemas jugak,breakfast mesti mau bedal
.
Sementara tunggu doktor,nurse buatkan CTG dan bawakkan breakfast.Aku dah nak terlelap bila dengar bunyi tapak kaki.Dr Fairuz dah sampai...alemak,lagi cemas,tapi control..hehehehhe.

Doktor Fairuz ni memang bestlah,muka tenang,senyum jer bila aku tanya samada aku dah boleh bersalin. Bukaan dah 3cm katanya.Dia tanya balik samada aku nak induce ataupun nak tunggu lagi.Aku pun dah taknak fikir panjang lagi,baik induce jer.So,dia pecahkan ketuban dan nurse bagi ubat utk buang air.

Dah selesai urusan kat toilet,nurse terus buh drip masukkan ubat.Bermula lah journey utk melahirkan seorg lagi hamba Allah ke dunia ni.Aku tgk jam kat dinding,masa Dr masuk pukul 11 am...alamak,kul baper plak aku nak beranak ni.Jgn lah petang sangat,aku nak rehat..hehehehe.Ngada kan? Bukan apa,ikut experience,aku pernah bersalin petang,tgh hari dan pagi.Beranak pagi2 lah best sbb masa panjang rehat kat ward.

Kejap-kejap nurse masuk bilik,tgk mesin CTG.Contraction tak kuat,tambah dos.Aku tak rasa sakit lagi pun tapi perut ajerlah keras.Sampailah dia tukar shift,aku masih tak sakit.Sampailah zohor,laki aku mintak nak gi masjid jap.Aku no hal,sbb tak rasa sakit lagi.

Pukul 2.30 pm,barulah rasa sakit,tapi masih boleh tahan.Mulut pun tak henti-hentilah zikir apa yg patut mintak ringankan kesakitan.

Pukul 3 pm,dah makin kuat dah sakit.Contraction dah selang 5 minit dan tahan berminit-minit.Peluh dingin dah mencurah curah.Palang katil tu kalau lembut mau dah renyuk aku penyekkan.Tapi,aku rasa,sakit yg ni tak sesakit masa nak bersalinkan yg sebelum-sebelum ni.Alhamdulillah.Tapi,aku mintak injection sbb bukaan aku cuma 6cm.Ikut pengalaman ngan Amani dulu,lps inject,jalan terus bukak dari 5cm ke 10cm dlm masa setengah jam ajer.

Pukul 3.30 pm,aku dh tak tahan sgt sakit.Nurse yg dtg check tu pun dah siapkan apa yg patut,dia dh tahu ler tu aku dh dekat nak bersalin.Tetiba dia masuk tanya " Dah tak tahan sgt ker Puan?" Aku angguk ler.Pastu slow jer dia cakap " Tapi...Dr dah nak masuk OT ni.Ada kes c-sect"

Hah?!! Aiyo,C-sect selalunya baper lama ha? Sempat ke aku tunggu ni?

Pastu dia keluar,tak lama lepas tu tetiba Dr Fairuz masuk ngan sorg lagi nurse.Legaaaaa.....
Senyum jer Doktor.." Ready Mi? Kita settlekan Umi dulu,jap lagi nak masuk OT," kata Dr.

Cerita lepas tu takyah citer detail lah kut..hehehehehe.Setelah dibagi signal oleh Dr dan nurse suh teran,lepas 5-6 kali teran ( aku dah tua gamaknya,dah tak larat nak push sekuat tenaga) tepat kul 4 pm,aku selamat melahirkan sorg bayi lelaki.Alhamdulillah.Takleh nak citer mcmmana lega dan syukurnya bila Dr letak baby atas perut aku sementara dia nak potong tali pusat baby.

Syukur pada-Mu Ya Allah...

Terima kasih Dr Fairuz dan staff yg bertugas di wad bersalin on 29th April 2013.Aku tak sempat tanya nama,tapi aku sgt appreciate dgn layanan mereka sepanjang aku kat situ.

Aku akan continue later review tentang DEMC dlm next entry.Aku dah 4 kali bersalin kat hospital yg sama,ngan Dr yg sama.Sgt cemerlang bagi aku...

Sebelum tu...My NEW little angel....


Ni gambar first sebaik keluar dari perut...still kat labor room nih.
Takde lah gambar first sgt,sbb ada lagi yg fresh dr ketuhar sebenarnya.Hehehehehe...tapi,tu utk simpanan peribadi ajerlah....
 
To be continued...eh,cam citer Korea plak...ahaks




Thursday, 9 May 2013

AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU SEBELUM BERSALIN - PART2

Assalamualaikum...

Nak sambung citer aktiviti sebelum bersalin lagi...hehehhehehe...

Hari tu citer aktiviti hari Sabtu,yg ni nak sambung citer hari Ahad.Bersiri sangat citer aku...
Hari Ahad pergi makan kenduri pakcik jiran aku yg mana aku pernah TERgeselkan kereta aku kat kereta menantu dia...hahahahahha.Nasib baik calar sikit jer dan nasib baik pakcik tu dan menantu dia cool ajer.Tabik...

Eh..asyik terbabas jer citer aku...

Dia buat kat Dewan Muzium Shah Alam..merasalah masuk muzium yg jaraknya sekangkang kera ajer dari rumah tapi haram tak pernah jejak.Hmmm....

Layan gambar ajerlah yer...


Makan oren dulu...
 
Amani...

Si Hakim nak tunjuk isyarat peace nampak mcm isyarat 1 Malaysia pulop.Amani tgh menganga makan..hehehehe

Muka tak puas hati aku x bagi merayap kat dewan...


Cantik sangkar putih kat sebelah meja aku nih...
Masa sampai tuh,tetamu tgh ramai.Cari-cari meja,last last ada satu meja kosong berdekatan ngan pelamin.Cantekk..main parking je bontot sesuka hati kan.Sekali,ada sorg tu yg aku rasa wakil dari pengantin kut( sbb baju sedondon ajer ) letak lauk udang atas meja.Lauk special la sebab hias cantik ajer.
Aku masa tuh dah tak senang duduk.Eh,ke kitorg duduk kat tempat family pengantin? Sekali,ada 3 org dari pihak pengantin duduk.Rupanya diorg baru nak makan.Siap offer kitorg lagi lauk udang tuh tapi seganlah nak ambik..hehehehhee.I ni pemalu taw...


Curi ambil gambar pengantin tatkala diorg tgh ambil gambar..maaf yer

Belasah ni puas puas sebelum bersalin..Alhamdulillah...sedapppp

Diorg bergambar kat hall muzium


Adik..


Uhhh...muslimah sungguh.Bini sapa lah agaknya yer...hihihihi

Lepas makan,tetiba laki aku ajak gi Tesco sebab mak mentua aku nak beli buah.Memula mcm berbelah bahagi,nak pergi ke tak? Penat tu mmglah penat tapi memikirkan lepas ni kene perintah berkurung,aku ikut juga.Dasar...

Bukan apa,aku kan dah biasa ke hulu ke hilir tetiap hari hantar anak sekolah,gi pasar,gi Tesco beli barang dapur,gi bank lah,gi post office lah...jadi,memikirkan nak kene terlentang 44 hari..boleh sangap tau.Hehehehehe...


Sambung main kat Tesco


Bila dah sampai kat Tesco,bebudak ni nak main kat sini plak.Sebenarnya boleh ajer nak tinggalkan bebudak ni main kat sini,tapi aku tak sanggup.So,aku tinggal kat sini nemankan budak.Laki aku dan mak mentua aku gi naik atas.
 
**************    ******************  ******************* ****************** *******
Aku gi check up Jumaat 26th April.Masuk masuk jer bilik Doktor,terus dia tanya..." Mi,bersalin hari Isnin la ye?" Terpinga-pinga jap.Eh,dah boleh beranak ke? Bukan EDD aku 9th May?

" Bolehlah..." aku jawab.Dah biasa dah kena induce.Aku memang takde masalah ngan induce sbb bagi aku sama ajer sakitnya pun.Dalam 4 org anak aku,Rafhanah sorg ajer yg nak keluar ikut tarikh dia,yg lain sumer induce.Doktor pun bukan sebarang nak bagi induce pun,mcm Rafhanah dulu,dia tgk baby cam tak sedia lagi nak keluar,dia biarkan dulu.Tau tau nak keluar tak menyempat-nyempat.

Jadi,dah set hari Isnin 29th April aku akan bersalin.Date kurang cantiklah tapi tak kisah pun.Org tanya,pasal apa tak tunggu 1st May ajer,jawabnya,hari Selasa dan Rabu Doktor Fairuz tu kena gi Johor.Sebab tu dia set date sehari sebelum dia outstation.Siap pesan ngan aku,weekend jgn lasak-lasak sgt takut terberanak tak sempat tunggu Isnin.

Tapi...dengar katakah aku? Hehehehhe...masih sempat lagi merayap..hihihihi.
Jadi,petang tu,memandangkan lakiku bercuti sebab nak temankan aku jumpa doktor,menjelang petang,dia dah bosan terperap kat rumah.Ajak aku gi minum kat Secret Recipe sbb ada promo beli kek dpt kopi free kan..hehehehhee.
 
Kebetulan plak,ntt nak ambik Amani sekali kat sekolah,okey ajerlah.Siap cepat2 sbb promo sampai kul 6,kami keluar dlm 5.30 PM.


Asalnya nak minum ajer,melarat pegi makan sekali...heh

Laki aku mintak black coffee,aku punya white coffee...

Mintak Cordon Bleu Chicken..hampeh sgt.Hempuk ke dinding boleh pecah dinding.Tapi,laki aku marah aku komplen makanan,jadi sental kasi perabih..hihihihi
 

Aku ingat,weekend sblm bersalin aku nak rehat ajerlah kat rumah.Takde maknanya.Aku plan rehat,laki aku plak nak tgk IronMan 3.Tapi,dia xmo pegi kalau aku tak ikut,walhal,adik-adik dia ada jer kat umah ni yg boleh teman,so,pegi lah aku ( alasan kukuh kan? ) .Jgn nak terberanak dlm panggung sudah...



Posing ngan perut besar ni...rindunya momen ni



Ngan laki tercinta...muaaah
Okeh...balik umah.Hari Ahad,duk rehat dan siapkan apa yg patut.Mental dan fizikal.Jasmani dan Rohani......
 
To be continued......

Wednesday, 20 February 2013

REUNION LIMA SEKAWAN-PART 2

Bersambung balik cerita reunion 5 sahabat,eh,,tinggal 4 sebab sorg tak dapat join.Makanya,kami bersepakat membawa berkat utk mengadakan pertemuan penuh bersejarah tu kat PD.Perghh,ayat sungguh patriotik sekali..hehehehehehhee.

Kenapa pilih PD? Ini kerana,selain utk berjumpa,bolehlah bercuti bawak family sekali.Haruslah kena cari tempat di mana anak-anak boleh bersantai bersama bapak-bapak mereka agar emak-emak boleh bergossip,bertepuk tampar dan bergurau senda seperti dahulukala dengan hati yg tenang :)

Jadi,tempat pertemuan adalah di Avilion Admiral Cove,Port Dickson..pada 3-4 February 2013.Citer pasal Admiral kemudian hari,yg penting,cerita pasal pertemuan ni.

Kami-kami ni bukan tak contact langsung.Masih berwasap bersama,ber FB dan ber SMS.Tapi pertemuan empat mata di darab empat dan ditambah lagi berpasang pasang mata ( sebab bawak family ) adalah lebih bermakna.Jom layan gambar yer kengkawan...

Masa check in,aku,Ija dan Julie ngam ngam sampai sekali.Dah janji nak jumpa kat sana pukul 3PM tepat waktu Malaysia sebab check in pakai nama aku sorg,so aku kena collect kunci.Nieyza maybe pakai jam waktu Vietnam sebab pukul 5PM baru dia sampai..kahkahakahakahakah....

Biasalah,sampai pun dah 3PM,masing-masing amik kunci,rest dalam bilik.Pukul 4 lebih mcm tu,aku bawak anak-anak mandi kat swimming pool dulu.Masa ni aku tak ambik gambar.Pukul 5 lebih kurang,Nieyza pun sampai,aku bawak diorg naik ke bilik dulu,kasi diorg rest.

Pastu aktiviti berkubang kat pool plak.Nieyza naik kejap,pastu turun bwk anak-anak.Maka,bermulalah adegan beramah mesra tepi pool.Seronok sgt.Anak-anak? Pass kat bapak masing masing.Kami,ibu ibu ada agenda yg lebih penting.Malangnya,takde plak gambar kami kat tepi kolam tu.Lagipun,mana boleh letak sini,kami sexy sangat..hahahahhahahaa.

Siap melepak order makan lagi.Beli sandwich half dozen gitu dgn jus buah dan french fries.Konon utk anak-anak tapi yg lebih melantak emak-emak ni ha.Hakim plak merajuk sebab aku tak order nasik.Mana ada org makan nasik tepi kolam nak oii..last last daddynya bawak diorg pergi makan kat cafe.Rafhanah plak tido,terpaksalah aku pangku sambil duk tepi pool.Gigih tu,dengan perut boyot,tgn naik kebas memangku dia..semuanya demi nak menghabiskan masa ngan kengkawan lama....iskiskisk..korg terharu tak? Keh keh keh keh keh....
 

Dari kiri,baju pepel,aku ler ,Julie,Nieyza,Ija,Baby Iman dan Mama ( Mak Ija).Belah depan ialah anak-anak



Berkumpul dan berposing dulu kat lobby sebelum kami keluar dinner.Laki laki kami tgh sibuk gi amik kereta,jadi tak masuk dalam ini gambar.Dinner kat satu restoran yg aku lupa dah namanya,tapi location sebelah Petronas.Ada satu area kat dalam restoran tu agak privacy utk kami ber huha huha...



Posing lagi sebelum makanan sampai.Bila makanan sampai,gambar makanan pun tak sempat nak snap sebab masing-masing dah kebulur gamaknya.Hahahahaha.Sambil makan,sambil sembang tapi tak gossip mana sebab laki masing-masing ada.Jaga kesopanan dan kesusilaan.Hehehehehe.



Gambar ni xleh dibubuh saiz besar sebab terkeluar frame.Korg click lah yer utk tumbesaran..hehehehe

Ha,pilih gambar laki masing masing yer...
Sebagai owner blog,haruslah muka laki aku yg ditonjolkan secara berleluasa...wakakakakakakakaka.
Gambar kanan,Amry dan Fairuz sedang ber camwhore together gether...hahahaha.Oh,lupa nak cakap,laki Nieyza dan Ija juga ex-student matrik batch yg sama.Jadi,ni reunion utk diorg jugaklah.Bertemu jugak diorg jodoh dari kawan-kawan matrik.

Malam tu,lepas makan,memasing terus balik kecuali Ija n family serta Julie.Diorg merayap jap gi pasar malam.Tak lepak dah aku,masing-masing dah penat.Tak lama lepas tu,ada org ketuk pintu,rupanya Ija datang hantar jagung rebus.Time kasih ler...rafhanah yg ngabihkan.

Pagi-pagi buta,kami turun breakfast asing-asing.Maklumlah,kapasiti askar yg berbeza beza membuatkan kami x dapeklah nak gi together gether...nanti sambung lagi pertemuan lepas breakfast.

Memandangkan anak-anak Nieyza lebih kurang sebaya dengan anak-anak aku,makanya mereka dah jadi geng.Kecoh Amani ,Hakim,Rafhanah,Zahra dan Najwa nak makan sama, nak gi bilik kawan la..seronok sgt tgk depa ni.Anak Ija,si Iman,bayi lagi.Combong plak tu ngan aku...asal tgk muka aku nangis...asal aku tegur,nangis.Ada saka bayi ke apa aku nih?Hehehehehe...geget kang baru tau.

Lepas tu,pegi pool lagi,tapi kali ni,anak-anak jer yg main.Tu pun kejap jer sebab kami nak kemas-kemas barang.Masa aku nak kemas-kemas tuh,Hakim dan Amani sibuk nak ke bilik Nieyza sebab nak main dgn Zahra dan Najwa.

Memandangkan kami stay semalaman ajer,takde lah lama sgt nak berkemas.Baby Ija dah tido,plus Mama dia pun ada nak tgkkan Iman,makanya Ija dan Julie datang lepak kat bilik aku.Laki aku plak keluar ntah gi mana sementara Amry temankan bebudak yg sedang bermain,jadi Nieyza pun join melepak sementara nak check out.Apalagi.......sambung lah berborak sampai tak sedar masa berlalu.Sedar-sedar,dah tiba masa utk check out...huhuhuhuhuuhu.



Dari kiri,laki Nieyza (Amry),laki Ija ( Fairuz) laki aku (duduk...sebelum tu dia baring),Aku (duduk),bebudak,Julie,Ija dan baby Iman,Mama dan Nieyza.Jgn plak tanya mana laki Julie,dia masih single dan mantain muda.Kami pun sama...hahahahaha..sapa nak ngaku tua kan?

Kami bergambar lagi beramai ramai sebelum gerak balik.Sorrylah Ija,penat ko posing tapi cahaya matahari itu telah menyepoilkan gambar ko,muahahahahahhaa.



Bebudak yg dah jadi kawan..seronok sangat tgk diorg kamceng.Siap dah janji nak gi rumah masing masing.Si petah Najwa siap ajak Amani datang Bangi dgn alasan.." Ala,bukan jauh pun Bangi tuh.."
Najwa oh Najwa....

Begitulah kenangan manis kami dua hari satu malam.Memang tak cukup utk catch up berita terkini hiburan sensasi.Masing-masing pun hanya sempat borak cerita cerita terkini saja,takde masa nak imbau kenangan-kenangan lama.huhuhuhu.Maybe next time,kami boleh arrange lagi reunion mcm ni.Maybe nak ke utara plak so Non boleh join.Kalau boleh,nak lama sket...barulah havoc kan.

Huwaaaa.....rindu korang semua....till we meet again.....