Monday, 1 April 2019

OVERCLAIM MARKETING PART 1

Assalamualaikum...

Ye,macam biasa.Time teringat blog,baru rasa nak menulis.Aku memang suka menulis,tapi kekangan masa sekarang ni agak membataskan.

Duk sibuk layan si kecik Aisyah ni.Makin lama makin petah bercakap.Pening nak lawan hujah dia.Walhal baru umur 2 1/2 tahun tu 😁😁.

Sekarang ni pun dia tengah duk membebel sebelah aku ni..adessss.Apa ntah mak nak membebel tadi,dah lupa dah.Hahahaha

Hari ni aku nak membebel pasal overclaim product and marketing.Aku ni bukan menulis dari sudut pandang peniaga,tapi dari seorang pengguna.

Aku rasa teknik marketing sekarang sangat hype dan kadang kadang agak annoying.Tau tak apa maksudnya? Sebab cara marketing sekarang yang lebih kepada merendahkan intelektual pengguna.

Misalnya,overclaim yang melampau.Aku bagi contoh,orang yg jual pad.Pad atau pantyliner.Korang semua tahu dari azali apa kegunaan pantyliner kan.Tu untuk kegunaan kaum wanita.Tapi sekarang,peniaga boleh pulak claim benda alah tu dapat menjimatkan letrik dan minyak kereta.Astagaaaa...kebodohan apakah ini? Ditampalnya pantyliner tu kat DB ataupun kat penutup tangki minyak kereta.Dan mula lah merekacipta teori hype seperti teknologi nano lah...kuantum lah.

Ada lagi,pelapik cadar claim boleh menyembuhkan penyakit seperti darah tinggi,stroke dan penyakit jantung.Aku rasa macam nak sebat jer peniaga yang macam ni.

Aku faham,ni semua gara gara nak cepat kaya,nak cepat jadi jutawan khen.Tapi berniaga lah elok elok.Biar lambat kaya asalkan dapat sustain.Ko tengok jenama jenama terkenal dunia,ada ke claim tak masuk akal macam ni? And yet,mereka bertahan lama.Sebab apa,pengguna yakin dengan kekuatan produk mereka.Produk dipromosikan dengan betul.

Percayalah,bila pengguna dah rasa,yang produk ko tak sehebat testimoni,sampai takat tu jer lah.Awal awal memanglah orang rasa macam wow tapi bila pengguna dah experience yang produk ko sebenarnya biasa biasa jer...kirim salam jer lah oi.Awal awal jer kaya..lepas tu meruyup lah.Tapi founder atas atas ni apa peduli.Awal awal dah untung banyak,dah melingkup,dia ada modal buat produk baru.Dan kitaran nya macam tu lah.Yang rugi siapa? Selalunya agent atau stokis lah.Stok dah banyak beli,tapi takde org nak beli.

Okey lah..aku nak ambik anak sekolah.Kang aku sambung part 2 pulak.Dah lama aku pendam topik ni.

Jap gi aku sambung bebel.Tapi japgi aku tu boleh jadi bulan depan.Ahahahhahaha...

No comments:

Post a Comment