Assalamualaikum...
Malam semalam,detik 9.45pm 12 Februari 2015, kita dikejutkan dgn berita pemergian ulama terkenal Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.
Airmata mengalir sejak dari semalam.Walaupun tak pernah mengenalinya secara peribadi,namun kehilangannya benar benar memberi kesan yg besar pada hati ini.Seolah olah ianya kehilangan org terdekat.Allahurabbi....betapa beliau amat disayangi masyarakat.
Tenanglah di sana wahai tuan guru.Pemergianmu di malam jumaat yg mulia,penghulu segala hari membayangkan betapa kasihnya Allah kepadamu.Rehatlah dari kepenatan tipu helah dunia.Semoga Allah memelihara dan memberkati rohmu.
Beliau sudah pergi menghadap Sang Pencipta...Allah yg Maha Agung.Kita juga akan menyusul tak lama lagi.Semoga sempat membawa "bekal" ke alam sana....
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al Fatihah
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Thursday, 12 February 2015
Sunday, 28 December 2014
PRAY FOR PANTAI TIMUR & PRAY FOR QZ8501
Assalamualaikum...
Aku baru sampai dari Terengganu.Meredah jalan 13 jam lamanya.Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.
Dalam seminggu ini,remuk redam hati ni bila baca news pasal banjir terutama di Pantai Timur.Alhamdulillah kampung aku tak terjejas tapi kata org,cubit paha kanan..paha kiri pun terasa.
Tambah lagi bila baca kisah sepasang suami isteri yg lemas selepas bot terbalik di Kemaman,mangsa banjir yg terperangkap di Kelantan berhari hari lamanya tanpa bekalan makan minum(bantuan tak sampai disebabkan arus deras)...Allahurabbi,tak dapat aku bayangkan situasi diorg sekarang.Belum lagi nanti bagaimana diorg nak teruskan hidup apabila hampir keseluruhan harta benda hilang...kalau nak disenaraikan satu persatu mmg tak tertulis.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua.Dan semoga Allah menggantikan apa yg hilang dgn sesuatu yg lebih baik.Amin...
Last week,aku bgtau laki aku yg aku nak blk kampung.Dah lama pun tak blk Trg.Masa tu baru start nak banjir.Kebetulan pula laki aku ada kerja kat Kemaman.So plannya...lepas abih kerja kat Kemaman,kami terus ke kampung.
Sepanjang 5 hari kat Kemaman,setiap hari hujan lebat.Masa tu Kelantan,Terengganu dan Pahang dh mulai banjir.Hari Rabu,24hb Dis 2014,kuatkan hati balik juga ke Marang walaupun dh berbelah bahagi juga awalnya sbb dgr cerita keadaan makin teruk di Kemaman.Takut nanti laluan balik kami ke KL tersekat.
On the way ke Marang,dekat Kg Nyior Dungun,air dah melimpah ke atas jalan tapi still boleh lalu.Alhamdulillah,selamat sampai ke kampung.Esoknya dengar cerita laluan tu dah terputus dek banjir.
Khamis dan Jumaat,cuaca kat Marang baik.Kadang2 cerah keluar matahari.Hari2 ngadap news portal yg update pasal banjir.Luluhnya hati bila baca keadaan mangsa banjir kat Kelantan.Ya Allah,permudahkanlah urusan mereka..
Hari Sabtu 27hb Dis 2014...awal2 laki aku dh cakap,takyah lah tido blk lepas Subuh tapi sbb Fatih nak menyusu time tu..terus terbabas sampai kul 8.30am.Abah aku dh kalut pagi2 suruh bersiap cepat sbb dgr khabar air semakin naik di Dungun dan Temerloh.
Pukul 10am,baru lah nak bertolak balik ke KL.Adik aku yg on the way dari KL hantar whatsapp msg kata jalan kat LPT berhampiran Temerloh dh mula naik air.Tapi diorg still boleh lalu.
Sampai Dungun,terus ambik laluan masuk ke Al Muktafi Billah Shah terus ke LPT.Awalnya semua lancar siap kami berhenti makan dan solat kat R&R Gambang sampai lah ke Maran.Sangkut lebih sejam hanya utk melepasi Tol Maran.Bila dh hampir kat plaza tol barulah nampak ada satu kereta polis parking kat tepi jalan sambil announce jalan LPT Temerloh dh pun ditutup utk kenderaan ringan.Memang berpusu pusu lah kenderaan kat situ.Elok lepas plaza tol,clear lah kejap jalannya.Kami terpaksa ambik jalan lama sbb highway dh tutup.
Sampailah ke Paya Pulai,jammed lagi.Memula kami ingatkan sebab mmg banyak kereta so laki aku pun dh lapar,kami berhenti makan dekat satu restoran kat situ.Lepas makan,gerak balik...Allahurabbi..rupanya air dh melimpah ke atas jalan.Siap arus deras lagi...mengucap tak berhenti aku time tu.
Bayangkan itu air belum naik tinggi lagi...mcmmana lah agaknya mereka2 yg terperangkap dlm air banjir separas 3 tingkat bangunan sekolah...YaAllah,lindungilah mereka.
Alhamdulillah,selamat kami meredah air.Dan terima kasih buat seorg abang yg nampak cam pakai baju askar or RELA aku tak nampak sgt sbb gelap...sebab sanggup berdiri ditengah2 kenderaan yg sibuk,dgn arus deras...menjaga laluan.Hanya Allah mampu membalas..
Dari situ,kami singgah lagi dlm 2 stesen minyak utk solat dan isi petrol.Hampir sampai ke Tol Lanchang,langsung takde nampak mana2 kereta.Risau gak.Laki aku tanya petugas tol,dia kata takde masalah..boleh jer lalu.Lancar perjalanan kami sehinggalah ke KL.Tapi,semasa lalu kat Lanchang ni,laluan dr KL ke pantai timur dah ditutup.
Sampai kat Gombak,bukak radio.DJ announce yg jalan Paya Pulai tadi dh pun ditutup dan mana mana kenderaan ringan kena berpatah balik.YaAllah,urut dada aku sekejap.Syukur YaAllah..Kau permudahkan urusan kami hari ni.Rezeki kami sampai juga ke rumah walaupun memakan masa 2 kali ganda dari biasa.
Tak kisah lah tu...walaupun perjalanan ni sungguh memcabar tapi tak setanding dgn dugaan yg ditanggung oleh mangsa banjir.Tidak setanding cabaran sukarelawan,askar,polis,doktor,jururawat dan mereka2 yg terlibat secara langsung membantu mangsa banjir.Semoga rahmat Allah bersama sama dgn kalian...
Amin...
Terkini...
Belum reda sedih dgn kejadian banjir,sekali lagi kita dikejutkan dgn berita kehilangan pesawat AirAsia dr Indonesia-Singapura.Belum terubat lagi kedukaan kita di rantau ini dgn tragedi kehilangan MH370 dan terhempasnya pesawat MH17, sekali lagi kita berhadapan dgn ujian ini.Walaupun hanya seorg sahaja rakyat Malaysia terlibat tetapi seperti yg aku katakan, cubit paha kanan,paha kiri turut terasa.Doa kami utk penumpang dan anak kapal pesawat terbabit...
#PrayforPantaiTimur
#PrayforQZ8501AirAsia
Aku baru sampai dari Terengganu.Meredah jalan 13 jam lamanya.Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.
Dalam seminggu ini,remuk redam hati ni bila baca news pasal banjir terutama di Pantai Timur.Alhamdulillah kampung aku tak terjejas tapi kata org,cubit paha kanan..paha kiri pun terasa.
Tambah lagi bila baca kisah sepasang suami isteri yg lemas selepas bot terbalik di Kemaman,mangsa banjir yg terperangkap di Kelantan berhari hari lamanya tanpa bekalan makan minum(bantuan tak sampai disebabkan arus deras)...Allahurabbi,tak dapat aku bayangkan situasi diorg sekarang.Belum lagi nanti bagaimana diorg nak teruskan hidup apabila hampir keseluruhan harta benda hilang...kalau nak disenaraikan satu persatu mmg tak tertulis.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua.Dan semoga Allah menggantikan apa yg hilang dgn sesuatu yg lebih baik.Amin...
Last week,aku bgtau laki aku yg aku nak blk kampung.Dah lama pun tak blk Trg.Masa tu baru start nak banjir.Kebetulan pula laki aku ada kerja kat Kemaman.So plannya...lepas abih kerja kat Kemaman,kami terus ke kampung.
Sepanjang 5 hari kat Kemaman,setiap hari hujan lebat.Masa tu Kelantan,Terengganu dan Pahang dh mulai banjir.Hari Rabu,24hb Dis 2014,kuatkan hati balik juga ke Marang walaupun dh berbelah bahagi juga awalnya sbb dgr cerita keadaan makin teruk di Kemaman.Takut nanti laluan balik kami ke KL tersekat.
On the way ke Marang,dekat Kg Nyior Dungun,air dah melimpah ke atas jalan tapi still boleh lalu.Alhamdulillah,selamat sampai ke kampung.Esoknya dengar cerita laluan tu dah terputus dek banjir.
![]() |
![]() |
| Lokasi gambar : Kg Nyior, Dungun |
![]() |
| Pantai Kelulut,Marang.Ombak besar |
Khamis dan Jumaat,cuaca kat Marang baik.Kadang2 cerah keluar matahari.Hari2 ngadap news portal yg update pasal banjir.Luluhnya hati bila baca keadaan mangsa banjir kat Kelantan.Ya Allah,permudahkanlah urusan mereka..
Hari Sabtu 27hb Dis 2014...awal2 laki aku dh cakap,takyah lah tido blk lepas Subuh tapi sbb Fatih nak menyusu time tu..terus terbabas sampai kul 8.30am.Abah aku dh kalut pagi2 suruh bersiap cepat sbb dgr khabar air semakin naik di Dungun dan Temerloh.
Pukul 10am,baru lah nak bertolak balik ke KL.Adik aku yg on the way dari KL hantar whatsapp msg kata jalan kat LPT berhampiran Temerloh dh mula naik air.Tapi diorg still boleh lalu.
![]() |
| Cuaca cerah awal perjalanan |
Sampai Dungun,terus ambik laluan masuk ke Al Muktafi Billah Shah terus ke LPT.Awalnya semua lancar siap kami berhenti makan dan solat kat R&R Gambang sampai lah ke Maran.Sangkut lebih sejam hanya utk melepasi Tol Maran.Bila dh hampir kat plaza tol barulah nampak ada satu kereta polis parking kat tepi jalan sambil announce jalan LPT Temerloh dh pun ditutup utk kenderaan ringan.Memang berpusu pusu lah kenderaan kat situ.Elok lepas plaza tol,clear lah kejap jalannya.Kami terpaksa ambik jalan lama sbb highway dh tutup.
![]() |
| Kereta bersusun sebelum masuk ke Tol Maran |
Sampailah ke Paya Pulai,jammed lagi.Memula kami ingatkan sebab mmg banyak kereta so laki aku pun dh lapar,kami berhenti makan dekat satu restoran kat situ.Lepas makan,gerak balik...Allahurabbi..rupanya air dh melimpah ke atas jalan.Siap arus deras lagi...mengucap tak berhenti aku time tu.
![]() |
| Kereta dh mula bersusun dan trafik sgt perlahan |
![]() |
| Singgah makan kat restoran betul2 kat papan tanda Paya Pulai tanpa sedar kat depan tu air dh mula deras.Syukur masih sempat melalui jalan ini. |
![]() |
| Syukur hari tu anak2 tak buat perangai langsung walaupun perjalanan agak panjang.Biasanya diorg bising tanya " bila nak sampai?" |
Alhamdulillah,selamat kami meredah air.Dan terima kasih buat seorg abang yg nampak cam pakai baju askar or RELA aku tak nampak sgt sbb gelap...sebab sanggup berdiri ditengah2 kenderaan yg sibuk,dgn arus deras...menjaga laluan.Hanya Allah mampu membalas..
Dari situ,kami singgah lagi dlm 2 stesen minyak utk solat dan isi petrol.Hampir sampai ke Tol Lanchang,langsung takde nampak mana2 kereta.Risau gak.Laki aku tanya petugas tol,dia kata takde masalah..boleh jer lalu.Lancar perjalanan kami sehinggalah ke KL.Tapi,semasa lalu kat Lanchang ni,laluan dr KL ke pantai timur dah ditutup.
Sampai kat Gombak,bukak radio.DJ announce yg jalan Paya Pulai tadi dh pun ditutup dan mana mana kenderaan ringan kena berpatah balik.YaAllah,urut dada aku sekejap.Syukur YaAllah..Kau permudahkan urusan kami hari ni.Rezeki kami sampai juga ke rumah walaupun memakan masa 2 kali ganda dari biasa.
Tak kisah lah tu...walaupun perjalanan ni sungguh memcabar tapi tak setanding dgn dugaan yg ditanggung oleh mangsa banjir.Tidak setanding cabaran sukarelawan,askar,polis,doktor,jururawat dan mereka2 yg terlibat secara langsung membantu mangsa banjir.Semoga rahmat Allah bersama sama dgn kalian...
Amin...
Terkini...
Belum reda sedih dgn kejadian banjir,sekali lagi kita dikejutkan dgn berita kehilangan pesawat AirAsia dr Indonesia-Singapura.Belum terubat lagi kedukaan kita di rantau ini dgn tragedi kehilangan MH370 dan terhempasnya pesawat MH17, sekali lagi kita berhadapan dgn ujian ini.Walaupun hanya seorg sahaja rakyat Malaysia terlibat tetapi seperti yg aku katakan, cubit paha kanan,paha kiri turut terasa.Doa kami utk penumpang dan anak kapal pesawat terbabit...
#PrayforPantaiTimur
#PrayforQZ8501AirAsia
Friday, 22 August 2014
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR,SEMADILAH DGN AMAN -MH17
Assalamualaikum...
Hari ni hujan...mendung start dari tgh hari.Semendung hati rakyat Malaysia yg sedang menangisi kepulangan 20 jenazah mangsa nahas MH17.
Akhirnya kalian pulang ke tanah air...berehatlah kalian dgn aman.YaAllah,cucuri lah rahmat ke atas mereka yg telah mendahului kami dan matikanlah kami dlm Husnul Khatimah.Amin...
Nak membebel hari ni pun takde mood.Mood nak lipat kain pun takde.
Mood nak tido adalah...jadi,gudnite everybody...
P/s : Gambar aku rakam dr TV...sedih tak dpt digambarkan...Al Fatihah dan salam takziah utk semua ahli keluarga mangsa.

Sunday, 22 June 2014
KENAPA BEGINI ??
Assalamualaikum...
Aku ingat hari ni nak update citer pasal trip ke kidzania anjuran pelitawanis ( kelab kat tempat keje laki aku tapi laki aku bkn ahlinya la,pelitawanis utk pompuan jer..hihihi).Kemain seronok anak anak aku ke sana tambah plak jumpa kwn2 baru sampaikan naik pening aku mencari si Hakim.Kejap kejap hilang ikut kwn.Nasib baik mak kawan dia ada duk monitor.Aku plak dah mcm gps dah,merata rata aku pergi cari dia.Yang tu later lah aku citer..
Tup tup balik,terbaca berita pasal budak OKU yg dijumpai dlm keadaan yg sungguh menyayat hati.Tergerak ati plak nak klik video tu.MasyaAllah,tak ada kata yg boleh aku gambarkan betapa sayu dan hibanya keadaan dia...
Dalam pada anak2 kami bersuka ria,dia hidup sebegitu rupa.Adohai anak...syukurlah Allah tunjukkan jalan kepadanya utk lepas dari seksaan ini.Terima kasih kepada pegawai bertugas yg menjumpainya tu...walaupun secara tak sengaja tapi bagi aku tetap hero.
Aku pun takde bende nak komen pasal emaknya.Terserah kepada pihak berkuasa utk menyiasat.Aku pada mulanya nak bersangka baik...tapi bila kenang kembali video tu..entahlah.
Bekas pengasuh anak itu pun ada melawatnya di hospital dan sebagai org yg pernah menjaganya,tentulah dia terkejut.
KLIK SINI
Aku harap pihak berkuasa siasat sekali bapa budak tu.Maybe emaknya tertekan dgn perangai bekas suami dan yg jadi mangsa si anak malang itu.Entahlah,hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.
Hari ini..dengan perkembangan terbaru yg dia dh beransur pulih.Harapnya nasib anak malang ini terbela.Sama sama kita doakan...Amin.
Nak cakap lebih lebih pun kang...ujian tu belum menimpa kita.Harapnya kita boleh jadikan iktibar supaya kita jadi lebih prihatin.Dan semoga dijauhkan tragedi ini dari berulang lagi...
Update: Bapa anak malang ini disahkan sudah meninggal dunia pada tahun 2012.
Klik sini

Tuesday, 25 March 2014
MH370 -PERMUDAHKANLAH SEGALANYA YA ALLAH
Assalamualaikum...
Aku baru sampai rumah lps balik dr kampung.Bercuti kat kampung...takde internet so no fb,blog,instagram etc...
Tapi...ada Astro lagi..dan,malam Isnin.Kami satu keluarga terpaku depan TV,menonton breaking news yg merobek hati jutaan manusia di dunia tentang nasib pesawat MH370.Suara pembaca berita pun sayu dan sebak menahan tangis bila PM DS Najib umumkan perjalanan pesawat itu berakhir di tengah lautan Hindi,jauh dari daratan dan hilang begitu sahaja.
Sebak dan pilu....
Aku masih in denial...sehingga bangkai pesawat dijumpai,aku masih mahu kekal berharap keajaiban berlaku.Masih mahu bermimpi semuanya akan kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.Masih tak putus bibir dan hati ini berdoa,kembalilah MH370 walaupun selepas 2 minggu dan lokasi terakhirnya di satu kawasan paling terpencil di dunia.Aku berharap siri drama 'Lost' itu adalah kisah benar (walaupun tidak semua)
Semoga Allah memberi kekuatan kepada waris kru dan penumpang yg tinggal utk meneruskan kehidupan.
Alangkan kami yg tiada apa apa pertalian darah dgn mana mana mangsa yg terlibat merasa beratnya jiwa menanggung kepiluan,apatah lagi ahli keluarga.Tabahlah,sabarlah...Allah mengetahui apa yg terbaik buat kita.
Mengenang MH370,tahun lepas,keluarga aku pernah menyertai rombongan lawatan ke Beijing.Emak dan makcik makcik aku...ngeri utk aku bayangkan andainya perkara ini terjadi kpd mereka.Nauzubillah...jadi,aku dapat bayangkan perasaan keluarga mangsa yg masih mengharap kepulangan mereka.Safe and sound....
Dalam setiap sidang media yg diadakan...mata aku selalu tak lekang melihat kelibat CEO MAS...raut wajahnya yg sedih,sugul...selalu membuat aku sebak.Wajah kebapaannya seolah seorg ayah yg menanti kepulangan "anak anaknya"...dengan selamat.Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dlm menghadapi dugaan besar ini.
KLIK SINI
MH370...
Akan tercatat sejarah di dunia..kehilangan pesawat paling misteri dlm aviation industry sekaligus mengukuhkan bukti,walau secanggih mana teknologi manusia,tak akan pernah mampu melawan kehendak takdir.
Andai kata ada penemuan selepas ini yg mengesahkan pesawat itu telah terkubur di lautan Hindi,hanya doa yg mampu kami titipkan...semoga tenang di sana kelak.
YA ALLAH...KAU BERILAH PETUNJUK,PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI,AMPUNILAH DOSA KAMI...
AMIN...

| Sesiapa sahaja yg menulis bait kata di atas...anda telah menyentuh hati kami.. |
YA ALLAH...KAU BERILAH PETUNJUK,PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI,AMPUNILAH DOSA KAMI...
AMIN...
Saturday, 15 March 2014
PERKEMBANGAN TERBARU MH370.SEMOGA ADA HARAPAN BARU
Assalamualaikum...
Hari ni dah genap seminggu kehilangan pesawat MH370.Masih tiada khabar,masih misteri.
Hari ini juga dlm sidang media khas,PM umumkan pesawat telah mengubah haluan dari laluan asal ke Beijing menuju ke barat semenanjung...atau mungkin merentas Lautan Hindi dan bermacam lagi kemungkinan.
Rumah juruterbang juga telah diperiksa petang tadi (itu aku rasa prosedur biasalah,polis kena check semua tp blm apa apa dh ada admin page kat fb yg tuduh pilot tu prime suspect hanya semata dia buat simulator penerbangan kat rumah.Haishhh,lebih pandai dari polis.Sgt tak sensitif.) dan siasatan telah memasuki fasa baru dgn fokus siasatan kini bertumpu kepada kru dan penumpang.Seperti yg selalu ditegaskan...jgn speculate apa apa dulu.Serahkan pada pihak berkuasa.
Apa apa sahaja kemungkinan dan spekulasi...yg lebih penting dlm doa kami adalah kesemua mereka ditemui.Itu sahaja.
Sungguh bertambah bingung dengan perkembangan kes ini.Bagaimanapun,jgn pernah berputus asa utk berdoa pada Allah yg Maha Berkuasa kerana hanya DIA sahajalah yg akan merungkai misteri ini.
Jesteru,pihak berkuasa Vietnam telah menamatkan operasi mencari setelah disahkan pesawat telah mengubah haluan dan misi pencarian di Laut China Selatan juga dihentikan.
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk berita lanjut.
Terima kasih Kerajaan Vietnam yg bersama sama berganding bahu dlm operasi mencari dan menyelamat ini.
Rakyat Malaysia...teruskan berdoa.Moga moga kita mendapat perkhabaran yg baik.Amin.
#Pray4MH370

Saturday, 8 March 2014
PRAY4MH370
Assalamualaikum...
Pagi Sabtu yg aman,tidur dikejutkan dgn berita yg memilukan.
Di mana sahaja kamu berada sekarang,kami rakyat Malaysia khasnya dan seluruh dunia akan mendoakan keselamatan kesemua crew dan penumpang MAS penerbangan MH370 yg berlepas dari Kuala Lumpur -Beijing yg tiba tiba hilang dari radar dan tidak ditemui sehingga sekarang.
8 Mac 2014...hilang dr radar beberapa jam selepas berlepas,masih tidak diketahui nasib mereka semua sehingga sekarang.
Ya Allah...selamatkanlah mereka...
MH370..pulanglah..

Wednesday, 22 January 2014
HENTIKAN PENYEBARAN INI..
Assalamualaikum...
Pagi tadi masa on the way dari hantar Hakim ke sekolah,dengar berita kat radio.Ada kes budak umur 2 tahun kena bunuh kat Paka.
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Dengar berita tu saja dah cukup meluluhkan hati aku.Terus aku pandang anak anak yg bergelimpangan tidur dlm kereta.Nasib baik pagi pagi xde kereta banyak..sempat duk menjeling plak tatkala drive.
Apa nak jadi ngan masyarakat kita hari ni?Makin lama makin mengerikan kes kes jenayah yg berlaku.Apa dendam pembunuh tu pada anak sekecil itu?Allahurabbi...tak dpt aku bayangkan kesakitan yg ditanggung oleh tubuh sekecil itu saat dia menghembus nafas terakhir.
Allah....sayunya hati.Hancur luluh...
Semoga rohmu bersemadi dengan aman wahai anak.Syurga lah tempatmu..
Bila dah blk..settlekan kerja rumah,aku rilek jap bukak FB dan terjah blog.Tergerak plak nak click satu link blog pasal kes pembunuhan tu.
Apa yg aku nampak seterusnya...very disturbing!!Lebih lebih lagi kalau kau adalah seorang ibu..
Gambar mayat budak tu ditepek kat blog tu tanpa censored..jelas sejelasnya.Dalam keadaan ngeri dan menyayat hati!! Dalam tak sedar mengalir airmata aku...
Yang membunuh dah satu hal...yg ambil gambar dan yg sebarkan plak lagi satu hal.Aku rasa diorg ada alasan sendiri tapi aku harap mereka tahu bahawa gambar begitu sangat sangat sangat menyiksa jiwa.Lagi lagi jiwa seorg ibu.Bayangkan kalau mayat itu adalah zuriat sendiri?Apa perasaan kita tatkala gambar itu tersebar luas kat laman sosial?
Aku hanya merayu kepada sesiapa yg ada terima gambar tu thru whatsapp ke fb ke apa ke...cukuplah sampai kat kita ajer.Tak payah lah share plak.Aku faham maybe kita rasa prihatin atau terlampau marah.Tapi,cukuplah kita sekadar share beritanya saja.
Anak kecil itu sudah kehilangan nyawa...kita serahkan sahaja pada pihak berkuasa.Dengar cerita suspek sudah ditangkap termasuk ibunya.Jadi,tunggu sahajalah perkembangannya.Semoga pembunuh menerima pembalasan yg setimpal.
Al Fatihah....

Friday, 25 October 2013
KEGILAAN APAKAH INI?
Assalamualaikum...
Dalam tempoh minggu ini sahaja, terjadi 3 kes jenayah yg menggemparkan Malaysia.First,seorg remaja perempuan yg berumur 15 tahun dibunuh dan mayatnya dimasukkan ke dlm beg pakaian sebelum di buang.
Lepas tu kes rompak dan bunuh pekerja Ambank...
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.
Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.
Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.
"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.
“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.

Kredit : Sinar Harian
Selang sehari,berlaku plak kejadian amuk yg mengorbankan 2 nyawa dan 2 lagi cedera parah
Aku tak tahu nak cakap apa...apakah kegilaan ni semua? Apa yg dah jadi?
Macam kes Allahyarhamah Norazita,aku paling rasa terkesan.Sebagai seorg yg pernah terlibat dlm industri perbankan,aku sgt terasa.Apa lagi yg boleh diharapkan kalau seorang pengawal keselamatan yg sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan staff bertindak sedemikian rupa?
Dunia makin hampir ke penghujung.Kerana duit,manusia yg diharapkan menjaga keselamatan tergamak membunuh satu nyawa yg langsung tidak mampu melawan.Arwah hanyalah seorg wanita yg lemah.
Kita mungkin terlepas pandang...ada lagi pihak yg juga menderita.Rakan sekerja arwah yg juga saksi kejadian.Aku tak dapat bayangkan trauma yg mereka lalui.Semoga mereka tabah.
Buat keluarga arwah yg ditinggalkan..hanya doa yg mampu aku titipkan buat kalian.Semoga kalian tabah menghadapinya.Harap ada keadilan buat kalian.
Semoga roh Allahyarhamah Norazita dicucuri rahmatNya..Amin.
Saturday, 20 July 2013
TRAGEDI BOLEH MENIMPA SESIAPA SHJ....
Assalamualaikum....
Sejak2 dh pandai update blog pakai fon ni,kemain update blog dr atas katil aje.Diva sungguh,hehehe.
Actually,aku sgt busy di bln pose nih jdnya satu satu masa yg aku agak santai ialah time nk tido.Jd,itu saja time aku bulih hapdate blog.
Aku baru jer berkesempatan nk baca berita.Tu pun secara online jer.Kemain mcm aku sorg jer yg busy atas dunia ni.
Dan aku sgt terkejut bila baca berita kes budak 3 thn yg meninggal slps ditinggalkan 5 jam dlm kereta.Tambah mengejutkan,ibubapa kanak2 itu adalah kenalan kami laki bini.(husband dia kwn laki aku)
Biasanya aku suka membebel dlm bab bab kecuaian ni tp kali ni,tidak.Bkn sbb mereka ni kwn kami tp tragedi ini adlh sesuatu yg benar2 tidak disengajakan.
Kalo tang yg "sengaja" tinggal ank sengsorg dlm keta atau biarkan ank kecil berkeliaran di luar rumah sdr,maybe bolehlah kita nk marah.Tp kejadian ni menginsafkan aku kejap.
Sblm2 ni kalo ada kes kes kecuaian aku sedap2 bebel jer tanpa mengetahui situasi sebenar.Sighhh.
Kadang2 ada kisah di sebalik tragedi yg berlaku.
Kisahnya kalo ikut kata laki aku dan dr sumber lain,dlm beberapa hari sblm kejadian ni arwah dijaga oleh makciknya dirumah.Wallahualam,jd,pada hari tragedi berlaku,ada byk faktor yg membuatkan si ibu lupa pd anak yg ditinggalkan dlm kereta tu.
Pertamanya,sblm tu arwah dh beberapa hari dijaga oleh makciknya(aku x sure berapa lama) jd maybe ibunya dh terbiasa sblm tu ingatkan anaknya ada dirumah.Lps tu plak,pd hari kejadian,suaminya outstation.Hari yg sama dia kena attend meeting.Tambah lg dia hantar adiknya ke airport sblm tu.
Jd,maybe dia terlampau kalut tambah lg rushing nk attend meeting buat dia terlupa terus pd anak yg tidur di seat blkg kereta.
Nauzubillahuminzalik....
Takde sorg ibu pun dlm dunia ni yg mahu kejadian ni berlaku.Aku sgt sgt simpati pada ibu bapa anak ini.Hebat sungguh dugaan mereka.Aku yakin kalaulah siibu punyai kuasa,mahu saja diundur masa kembali ke awal pagi hari itu.
Tambah lg sikecil tu sebaya Rafhanah,buat aku berlinang airmata membaca kisahnya.Sedang ank sakit demam pun aku boleh menangis inikan pula pergi dlm keadaan tragis.
Aku harap segala tohmahan ke atas ibu mangsa dihentikan.Kehilangan anak itu sudah cukup berat utk dia tanggung sepanjang hayatnya.Dia tak mintak pun benda ni berlaku.Malah dia pasti berharap ini semua takkan menimpa dia.Kita pun.Mintak dijauhkan.
Ya Allah,aku mohon berilah kekuatan kpd ibubapa anak ini dlm menempuh ujian ini.
Aku betul2 berharap semoga mereka tabah dan kuat.Selain dr itu tiada kata dpt aku luahkan.
Ini jugak satu tauladan buat aku,kdg2 jgn simply judge sesuatu kejadian unless betul2 jelas dgn situasi yg berlaku.Sebabnya,ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Aku pun mmg pelupa skang sbb kalut dgn byk benda.Anak pun dh bertambah,yg besar dh start sekolah,jd dlm nk adjust life ni,byk benda yg dirancang tak menjadi,lupa dan etc.
Doa aku pada si kecil,tenanglah kamu di samping Pencipta mu sayang.Doa aku pada ibubapanya,semoga tabah dan beroleh ganjaran dr kesabaran kalian.Doa utk aku dan ibubapa lain,jauhkanlah kami dr kealpaan dlm menjaga amanahMu Ya Allah.Amin
Al Fatihah.Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sunday, 5 May 2013
PRU 13..SELESAI SUDAH
PRU 13 sudah tamat....
Result sudah diketahui....harap semua org dapat menerima keputusan dgn berlapang dada dan hati yg terbuka.
No more provokasi,serangan peribadi,kutuk mengutuk,caci mencaci,hina menghina...cukup-cukuplah.Berbulan bulan dah rasanya kene hadap mende2 ni,dah muak rasanya.
Dah baper lama aku elak baca hal politik,baik di suratkhabar,TV mahupun internet.Tapi,kat FB tak dapat nak elak lah.Bukan taknak ambil tahu,kena jugak ambil tahu,tapi kalau dah content sumernya jarang ada yg positif,sedih plak nak membacanya.
Walau siapapun pilihan kita,harapnya hubungan silaturrahim dan ikatan persahabatan kita berlainan kaum tetap terjalin kukuh.
Sama-sama kita menjaga negara kita...NEGARA KITA....
MALAYSIA....
MALAYSIA...
MALAYSIA...
Demi masa hadapan generasiku,InsyaAllah,harap Allah panjangkan usiaku ke PRU14...
InsyaAllah.....

Wednesday, 17 April 2013
JANGAN TINGGALKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN DALAM KERETA YG TIDAK BERKUNCI...ALERT!!!
Assalamualaikum...
Terbaca berita pagi tadi perihal seorang kanak-kanak 6 tahun yg ditinggalkan dalam kereta berseorangan dilarikan oleh seorang pencuri kereta sebelum ditinggalkan di tepi jalan.Masa tu ibunya sedang withdraw duit kat ATM.Kereta tak berkunci...yelah,enjin kenalah hidup,nak pasang aircond,kang panas lak budak tuh.( budak tu tgh main Ipad masa tu)
Sesak nafas aku baca.Nasib baik budak tu selamat.Nasib baik ada org yg prihatin jumpa budak tu.Nasib baik polis bertindak pantas dan segala nasib baik lah.Baca kes-kes mcm ni kengkadang buat aku keliru,marah pun ada juga.Tapi,marah berapi pun tak guna,benda dah jadi.Nanti dikata org,kita ni sedap sangat bercakap,nanti terkena diri sendiri,baru padan muka.Ye tak yer...benda-benda mcm ni memang takleh dijangka jugak.
Tapi....
Ah,nak meluah jugak apa yg terbuku di hati.Sejujurnya aku kata,kalau ini kes pertama yg terjadi,kita mungkin boleh terima dan ambil iktibar.Tapi,seingat aku,sudah berbelas-belas,malah mungkin berpuluh-puluh kes.Kenapa? Kenapa nak tunggu jadi kat diri sendiri baru nak beringat?
Kalau si ibu tinggalkan anak dalam kereta yg tidak berkunci sebab dia tgh nak tutup atau bukak pintu pagar rumah,aku takde lah nak hairan sgt.Yelah,penjenayah ni licik,dalam split second pun dia boleh bertindak.Lagipun,nak tutup pagar makan masa tak sampai seminit pun aku rasa.
Tapi,meninggalkan anak dalam kereta yg enjinnya dihidupkan samada bersendirian mahupun beramai-ramai lebih dari 5 minit,itu sebenarnya membuka peluang kepada jenayah untuk berlaku.
Kes-kes mcm ni sudah banyak dilaporkan dalam akhbar,dalam berita...bukan satu kes,dua kes...dah berpuluh puluh kali.Itu hari,kes mak nya pergi beli barang kat kedai.
Aku tak mahu lah menyalahkan orang sgt,benda tak jadi kat kita senanglah cakap.Hati mak bapak yg gundah gulana tu dah cukup sebagai pengajaran buat mereka.
Sama-sama kita ambil pengajaran.Alert sentiasa dengan keselamatan anak-anak.Penjenayah skrang ada di mana-mana.Kalau tak kerana penjenayah pun,buatnya budak tu keluar sendiri dari kereta,pergi cari kita ke apa pastu sesat,haru jugak.Takpun,ada kes tinggalkan anak dalam kereta,berkunci tapi matikan enjin sampai mati kepanasan.Beringat yer mak bapak....
Memang kita tak dapat nak halang kalau dah itu takdirnya,tapi bukankah kita digalakkan berikhtiar utk mengelakkannya? Pastu,baru tawakkal..
Jangan sesekali meninggalkan anak-anak bersendirian di dalam kereta yg tidak berkunci jika kita ada urusan yg memakan masa lebih dari seminit.Takat tutup / buka pagar tu okay lagi kut,cuma sebelum keluar tgk ada tak org yg mencurigakan di sekitar.
Nak pergi ATM ker,beli barang kat kedai ke,nak gi toilet ker...make sure bawak anak-anak sekali.Leceh memang leceh,tapi apa sgt lah leceh selama beberapa minit compare dgn penyesalan seumur hidup.Takat ni,aku bersyukur lagi sebab dalam kebanyakkan kes,kanak-kanak ini berjaya ditemui semula.
Kalau aku gi isi minyak sorang ngan anak-anak,aku prefer pakai credit card yg swipe kat pam sebab tak perlu tinggalkan kereta.Aku bukak tingkap belah tangki supaya anak-anak aku tak panas dan aku pun senang monitor.Sebabnya,aku akan matikan enjin dan kunci pintu ( sbb tank aku sebelah penumpang,jadi agak bahaya kalau aku tinggalkan pintu pemandu tak berkunci).Aku isi pun tak byk,cukup sekadar boleh jalan.Kalau nak full tank,nanti aku suh laki aku pergi...strategi serampang dua mata,di samping faktor keselamatan,menjimatkan duit aku juga,hehehehehe.
Kalau tak dpt byr kat pam,berangkutlah aku anak beranak ke kaunter.Tak peduli aku org belakang nak marah ke apa,yg penting anak aku kat depan mata.
Samada gi ATM sekejap pun,aku memang bawak diorg turun sekali.Leceh memang leceh,tapi,sabar ajerlah.Dah takde sapa nak jaga kat rumah,so,kalau aku tak dapat nak elakkan buat urusan kat luar,bertahan sahajalah ngan kelecehan tu.Takde masalah kut bagi aku sebab itu anak-anak aku.Harta yg paling bernilai kat dalam dunia.Ko nak amik kereta ker,harta bende,lantaklah,janji jgn sentuh anak-anak aku.
Aku bukan berlagak pandai nak ajar-ajar org.Aku tak condemn yer...jgn ada yg terasa pulak.Ini terpulanglah pada setiap individu.Tapi,bila kita tahu ada kes-kes mcm ni,ambiklah iktibar.Jgn pandang remeh hanya semata kita yakin benda tu tak mungkin terjadi kat kita.BERINGAT...tu jer keywordnya.
Arghhh...suka bebel panjang-panjang...
Sunday, 14 April 2013
AWAS DENGAN PERANGKAP " LOVE SCAM"
Assalamualaikum...
Sabtu lepas, udah terlajak bangun tidur,boleh plak tak sedar alarm.Aku ingat kene letak alarm bunyik pontianak lah,mesti lepas tu aku tak bangun-bangun lagi...kena heart attack!
Dahlah Amani ada Kem Ibadah kat sekolah hari tu.Terkocoh kocoh siapkan dia,sian anak aku.Terpisat pisat bangun sbb Kem start kul 7.30 am,emak apaknya plak terjaga kul 7.45am!! Bukan Subuh gajah lagi dah,dah tahap subuh Dinasour. Baguih no?
Laki aku hantar dia sampai ke dewan,kata laki aku,punyalah takut Amani tu sebab datang lambat sampaikan masa laki aku cakap ngan ustaz,dia nyorok belakang laki aku.Heh,taktik ler tuh,mentang-mentanglah dedi ko tu bekas body builder,kehkehkehkeh...bagus,disiplin mcm Ibu..hahahahaha...
Masa bersantai-santai,aku baca paper.Sinar Harian Online jer.Malas dah nak baca paper time-time pilihanraya nih.Isu semasa dua mukasurat jer..yg lain-lain sumer pasal politik.
Eh,melalut plak pasal politik bagai.Aku tertarik pasal baca kes love scam oleh warga Nigeria.Modus operandi sama jer ngan kes-kes sebelum ni sampai aku naik hairan.Mangsa-mangsa ni tak pernah baca paper ke ? Aku tak hairan kalau dia punya taktik bertukar,adatlah kan.Makin kita alert dan berhati-hati,makin kreatif scammer2 ni sumer.Macam jugak kes-kes jenayah rompak dan penipuan online,memang tak terjangkau dek otak kita diorg punya kaedah.Tapi,kes love scam ni,taktik serupa yg digunakan...
Aku pernah jugak terima bermacam jenis email dari scammer nih.Mereka bukan pakai taktik ni sehari dua ni,tapi dah bertahun dulu.Seingat aku,first time aku dapat email penipu ni masa aku belajar dulu,lebih dari 10 tahun dulu dah.Isi kandungannya,kononnya dia ni anak bilionnaire yg bakal mewarisi billion dollar dari mendiang ayahnya.Dari negara mana aku tak berapa ingat dah.So,utk mengelakkan dari komplikasi undang2 lah kononnya,dia berhajat nak bawak keluar duit tu dari negara dia dan nak pinjam pakai akaun kita utk dia "parking" sementara duit billion2 tu.Sebagai ganjaran,dia akan hadiahkan USD1 million kat kita.
Masa memula baca...yang pertama sekali terlintas di kepala aku ialah...wah,bapak lurus bendul mamat nih nak transfer duit kat orang sampai billion2.Buatnya aku kebas duit tu,transfer dalam bank lain plak,akaun sementara tu tutup,takkan aku nak hadap plak takat USD 1 million tu? Ye tak? Masa tu takde lah aku terpikir lagi prosedur BNM ataupun polisi2 kerajaan utk aliran wang masuk sampai billion USD.Tapi,ikut logik,takde org dlm dunia ni yg berhati lurus sgt nak bagi duit byk2 kat org yg langsung dia tak kenal.Apa ko dah takde kawan atau sedara mara yg boleh dipercayai ke? Kalau diorg sapu duit tu,senang ko nak cari utk dilanyak compare dgn stranger.
Jadi...ke "tong sampah" lah email itu...
Tapi,mungkin diorg sedar taktik tu agak kurang menjadi.Yelah,approach org mcm rimau nak makan rusa,mana ada org nak percaya.Maka,diorg tukar modus operandi,kali ni,diorg "bersahabat" dulu dgn bakal mangsa utk gain trust.Aku akui,taktik ini agak menjadi.Jadi lah ia love scam / courier scam etc.
Caranya...memula hantar email atau msg kat FB cakap nak berkenalan.Pakai gambar profile hensem nak mampus,biasanya dicilok gambar Caucasian.Pastu sembang,dah sembang bercinta pulok.Pastu,start lah..time ni ada mcm2 cara.Ada guna cara nak hantar hadiah kat kekasih hati tapi sangkut plak kat "Kastam",ada yg guna cara meraih simpati dgn cakap mak sakitlah,sendiri yg sakitlah,ataupun bangkrap,ada jugak yg guna taktik nak dtg Malaysia nak jumpa tapi duit tak cukup...etc.
Aku pun takleh nak cakap besar sgt kata tak akan terperangkap dalam jerat2 diorg nih.Tapi,luckily,masa aku dapat email-email dan msg FB ni sumer,benda ni dah kecoh kat suratkhabar,berita mahupun dishare oleh org lain melalui email atau FB.
Sindiket ni biasanya turut menggunakan warga tempatan sebagai "keldai akaun".
Jadi,ini sebagai peringatan kita bersama yer...aku pun berdoa mintak simpanglah benda2 ni jadi kat aku.Aku tak mau condemn mangsa-mangsa ni sebab kengkadang,taktik diorg ni dasyat jugak kut.Tapi,memandangkan benda ni dah berleluasa,ada beberapa point harus diambil berat:-
- Sentiasa alert dengan amaran pihak polis.Rajin-rajinlah baca info dari suratkhabar,berita ataupun perkongsian di FB.
- Jika ada terima email / msg FB dari "Mat Salleh" luar negara,check dulu profilenya.Kalau dapat email,jgn layan terus.Kalau FB,biasanya profile sindiket ni tak akan bagi info yg lengkap.Gambar pun ada satu ajer.Lain-lain post takde.Jangan layan.
- Kalau dah "ter"bekenalan,jika dia start mintak duit..haaaa,part ni kena hati-hati.Jgn simply bagi duit kepada org yg kita belum pernah jumpa.Sayang mcmmana pun,lagikan yg kita kenal depan mata pun boleh pelingkup harta kita,inikan plak yg tak pernah jumpa.
- Biasanya sindiket akan gunakan akaun orang ketiga,orang tempatan.Kononnya senang utk kita masukkan duit.Tak ke ada " bau ikan" di situ? Maknanya,dia ada kenal org lain lagi kat sini selain dari kita.Maknanya...dia memang dah kat sini..takde maknanya dia terkandas kat London,Paris ataupun New York!
Itu ajerlah info yg sempat aku kumpul pun pasal scamming2 nih.Banyak lagi tapi mcm tak tercari plak.Sumber info plak dari pelbagai source plak tuh.Jadi,kawan-kawan,sesamalah kita alert benda-benda mcm ni.Jangan sampai kita plak terkena.Ianya tak mudah dijangka,kita pun boleh jadi mangsa.
Sekian,pesanan khidmat masyarakat.
Thursday, 11 April 2013
KES BULI MEMBULI...MINTAK SIMPANG ANAK-ANAK AKU
Assalamualaikum...
Masa hantar Hakim ke sekolah,biasalah kan,dgr berita kat radio.Berita pasal polis dah siasat kes buli kat Penang tuh.Sebelum ni dah nampak kat FB tapi mcm x sangka plak kes ni dah jadi besar besaran sebab katanya pihak sekolah pun dah ambil tindakan.
Bila aku blogwalking,rata-rata org bercakap pasal kes nih,share video ni kat FB apa bagai.Siap ada blog khas utk dedahkan identiti pembuli.Berkoyan koyan maki hamun budak tu terima.Dasyat gak lah bebudak tuh kena.
Iyerlah...adik adik...amik pengajaran yer.Lain kali nak buat apa-apa,fikir dulu.Kang tak pasal-pasal satu Malaysia dah cop korang...malu tu bukan takat dapat kat pelaku ajer,family pun terpalit sama.Kasihan tak pada makbapak?
Sedih lah kan tengok kelakuan bebudak sekarang.Aku taknak lah mengutuk diorang ( walaupun memang perbuatan diorg tu takleh diterima),tapi,aku juga ada anak-anak.Kang,bagai nak rak kutuk anak orang,tahu-tahu anak sendiri? Nauzubillah...
Hanya,ambik iktibar sahajalah.Tentang lain-lain tindakan,serah saja kepada yg arif.Bukan tak prihatin,aku pun hanya mampu berdoa agar budak yg di buli tu tak apa-apa.Tapi,macam yg aku cakap lah,aku hanya mampu ambik iktibar atas kejadian seperti ini.
Balik rumah,aku renung muka anak-anak aku.Suci,mulus,bersih...apa pun tak tahu.Main jer tahu,belum pandai ambik pusing tentang hal-hal dunia zaman moden ni.Aku jadi sebak...
Aku cuba bayangkan mcmmana bila mereka meningkat remaja?
Aku tak mahu mereka jadi seperti budak-budak dalam video itu.Baik jadi pembuli mahupun dibuli..
Nauzubillah...
Mana-mana ibubapa yg di dalam situasi parents bebudak tu,pasti akan hancur luluh hati menonton video tuh.
Ya Allah,jauhilah keadaan ini dari menimpa anak-anak aku...Amin.
Wednesday, 3 April 2013
CINTA SUCI ABIL - FAUZIAH...AL-FATIHAH
Assalamualaikum...
Isnin lepas,masa aku baca Sinar Harian Online,terbaca berita pemergian Allahyarhamah Fauziah,yg terlantar sejak hampir dua tahun lepas selepas diserang asma.
Bagi kebanyakkan warga internet,tentu ramai yg mengenali pasangan Abil-Fauziah di mana suaminya ada tulis satu blog yg di dedikasikan buat isteri kesayangan beliau nih...link blog beliau :-
http://abil4fauziah.blogspot.com/
Abil: 'Gee pergi dengan tenang'
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
2 April 2013
2 April 2013

Gambar Fail: Abil mencium isterinya sebagai tanda kasih yang tidak berbelah bagi. Foto Sarinah Mat Kasim
SHAH ALAM – Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban.
Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.
"Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.
"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang," kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.
Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.

Kredit gambar dan berita : Sinar Harian Online
Memang sedih dan sebuah kisah cinta yg sangat mengharukan.Kisah pengorbanan seorang suami yg sanggup meninggalkan kerjaya demi nak menjaga isteri kesayangannya.Bukan senang nak cari lelaki yg macam nih.Bukan takat tu ajer,beliau jugak tabah dengan segala tohmahan org yg sesenang hati menuduh beliau sengaja buat blog untuk cari publisiti dan ambil kesempatan atas keadaan isterinya.
Kalau sesiapa pernah baca blog beliau,tak ada ayat yg merayu simpati org ramai.Ianya lebih kepada diari dgn harapan arwah sempat membacanya.Walau tulisannya dgn nada berseloroh,tapi hati tetap tersentuh.
Adoihai..aku harap pihak yg menuduh tuh sedar dan insaf lah.Kenapa nak mengata dia begitu? Cuba bayangkan kita yg duduk kat tempat mereka berdua? Sanggupkah kita?
Kalau betul pun boleh buat duit,berapa sen sangat? Bukan sampai jadi jutawan pun.Kalau jadi jutawan sekalipun,aku rasa okay lagi sebab dana tu digunakan untuk merawat isterinya.Dan,dia bukan ambik duit tuh pastu bawak lari,tinggalkan isteri kat kampung atau nursing home.Dia jaga sampai si isteri meninggal dunia.
Eh,emo plak aku...
Tapi apapun,semoga segala pengorbanan En Abil diberkatiNya.Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fauziah.Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan semoga mereka berdua dipertemukan di alam sana kelak.Aku yakin,arwah mesti seorang isteri yg hebat di waktu sihatnya,sebab itulah dia mendapat En Abil sebagai suami.
Amin....
Link berita berkaitan tentang pasangan ini:-
ABIL-FAUZIAH 1
ABIL-FAUZIAH 2
ABIL - FAUZIAH 3
Tuesday, 12 March 2013
PERKEMBANGAN TERKINI DI LAHAD DATU
Assalamualaikum...
Pagi ni dengar berita kat radio.Seorang lagi askar kita gugur kat Lahad Datu.
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al-Fatihah buat arwah...semoga rohnya diterima di antara para Syuhada dan dicucuri rahmat Allah.
Aku berharap sangat keadaan ni cepat cepat berakhir..sedih pulak tengok penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah angkara pengganas2 ni semua.
Dalam keadaan yg macam ni,syukurlah ramai yg prihatin dengan nasib rakyat dan pasukan keselamatan kita.Sama-sama bantu sekadar yg termampu walaupun dengan menghulurkan derma sesen dua.
Tapi,ada jugak yg segelintir...huh,tak tahulah nak kata apa.Sepatutnya dalam keadaan mcm ni,seluruh rakyat Malaysia,tak kiralah apa bangsa,agama dan kefahaman politik,kena bersatu.Ni tidak,terutamanya yg fanatik politik.Tak kiralah dari puak pemerintah atau pembangkang.Masa ni lah jugak,isu ni dijadikan modal politik.
Yang sini menuding jari ke sana,yang sana menuding jari ke sini.Tak faham betul aku....
Kat lama sosial..FB,Twitter...
Kat portal berita online,suratkhabar...
Kat kedai kopi....
Masing-masing duk berhujah,berperang ideologi...ini konspirasi siapa...
Masing-masing kemukakan teori...Oh si polan ini dalangnya...
Saling kutuk mengutuk,memaki hamun,mencarut sesama sendiri...
Pastu berdemonstrasi..membantah rakyat sendiri...Tepuk dahi!!!
Kalau berdemo depan kedutaan Filipina misalnya,aku rasa logiklah jugak ( walaupun Kerajaan Filipina tak sokong pengganas sulu nih,tapi rakyat diorg pun berdemo depan Kedutaan kita apa,walhal yg menyerang tu rakyat mereka)...tu barulah namanya patriotik.
Lepas tu kalian buat apa????
Dapat apa???
Penat? Letih? Dosa?
Masing-masing balik rumah,tidur atas tilam empuk,selesa berselimut,pastu bangun ber pong pang pong pang lagi....perang mulut,perang jari,perang otak.
Buat pemimpin-pemimpin politik yg asyik duk berperang mulut menuding jari sesama sendiri....tak bolehkah take a break sekejap.Tau lah dah nak pilihanraya.Masing-masing nak jadi hero,berlumba-lumba muncul kat suratkhabar masing-masing mengata lawan masing-masing.Walhal kita bernaung dalam satu negara yg sama..
Macammanalah orang luar tak bolos masuk ke negara kita kalau mcm inilah sikap pemimpin politik kita? 24 jam asyik bergaduh...masa ni boleh tak buat "gencatan senjata" sekejap.Bersatu padu walaupun untuk seketika.Dah sudah halau diorg semua...hah,bergustilah balik.Ada aku kesahnya pun?
Janganlah semuanya nak diserah ke bahu anggota keselamatan kita semata-mata.Cuba duduk sejenak dan bayangkan keadaan diorg kat sana.Memang benar,itu tugas mereka,tapi tak salah kita menginsafi diri,di saat kita nyenyak tidur atas tilam empuk,mereka mungkin tak tidur,sentiasa berkawal,berjaga,kalau tidur pun beralas tanah saja.Makan seadanya..berpisah dgn keluarga.
Bayangkan keluarga mereka pula.Lenakah mereka menanti perkhabaran yg tersayang di perbatasan?
Cubalah fikir,rakyat kita sendiri,penduduk setempat,terpaksa meninggalkan rumah sendiri.Duduk di penempatan sementara.Melupakan kerja untuk mencari sesuap nasi buat anak isteri.
Cerita politik kadang-kadang buat aku mual dan menyampah.Tapi kena ambik tahu juga sebab ianya melibatkan masa depan ,bukan sahaja diri aku,malah generasi akan datang.Tapi,sikap tak matang sesetengah fanatik politik sangat meloyakan.
Aku tak perlu berlagak alim atau apa saja,tapi ramai tahu...kalau tak mampu mengirim dana atau menyumbang tenaga sekalipun...sekurang-kurangnya bentanglah sejadah,panjatkan doa pada Ilahi agar keamanan dan kedaulatan Sabah dapat dikembalikan.
Amin...
P/S : Maaflah emosi pulak...huhuhuhuhu....
Monday, 4 March 2013
PLEASE PRAY FOR SABAH
Masih lagi dengan cerita di Lahad Datu.Dengar berita kat radio masa hantar Hakim gi sekolah tadi buat aku makin lah resah...katanya,pasukan keselamatan kita dah mula menggempur penceroboh..
Harap-harap insiden ni berakhir segera dan tidaklah berlarutan seperti yg jadi di selatan Thai tuh..
Ya Allah,jauhkanlah malapetaka dari menimpa negara kami...
Ampunkanlah dosa dosa kami...
Semoga diberi kekuatan kepada anggota keselamatan kita di Sabah untuk terus berjuang...
Pray for Sabah...

Saturday, 2 March 2013
KEJADIAN DI LAHAD DATU
Kejadian di Lahad Datu betul betul mendukacitakan rakyat Malaysia,lebih lebih lagi negara kehilangan dua orang perwira,Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud.Al-Fatihah...
Sebak hati aku menatap wajah keluarga kedua-dua arwah.Alangkan kita dah sedih,entah bagaimana perasaan ahli keluarga arwah,semoga mereka tabah dengan dugaan ini.InsyaAllah,pemergian arwah bagi aku adalah syahid dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dan,untuk penduduk Sabah,tiada apa dapat aku titipkan selain doa agar keamanan dapat dikembalikan seperti sediakala.Semoga tiada lagi nyawa yg melayang.
Aku harap sangat,mana-mana pihak berkenaan,cukup-cukuplah mempolitikkan isu ini dengan menuding jari dan berbalah-balah sesama sendiri.Sekarang bukan masa yg sesuai untuk menyalahkan sesiapa.Kadang-kadang semak kepala baca newsfeed FB dengan pelbagai versi cerita yg belum tentu lagi kesahihannya.
Kita doakan sahaja semoga anggota keselamatan yg bertugas di sana dilindungi Allah dari segala marabahaya,begitu juga dengan keselamatan penduduk sekitar khususnya.
Cerita sebenar serta motif pencerobohan juga masih samar-samar bagi aku,jadi baik takyah buat apa-apa spekulasi.
Sahabat blogger aku juga ada up cerita ini dan dia anak jati Sabah.Boleh baca entry Mia di sini.
Tuesday, 19 February 2013
INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH- AMAH DIPENJARA 20 TAHUN
UPDATE : INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH - AMAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 20 TAHUN
Amah dera bayi dipenjara 20 tahun
Oleh:
ASWANY OMAR
Tarikh: February 19, 2013
Tarikh: February 19, 2013
Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.
Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.
Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.
“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.
Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.
“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.
Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.
Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.
CREDIT BERITA DAN FOTO : SINAR HARIAN
Syukur pasangan ni pasang CCTV kat rumah,at least ada bukti kukuh.Tak dapat lah pelaku ni nak berdolak dalik.Takleh imagine kalaulah takde rakaman ni,ntah berapa lama kena dera baru tahu agaknya.Kalau nampak lebam-lebam,mcm mcm boleh didalihnya.
Aku kesal sebab si pelaku ni pun ada anak.Mana agaknya naluri keibuan tu?
Semoga baby Hareez cepat sembuh seperti sediakala dan begitu juga semangat ibubapanya..
Amin...
Monday, 18 February 2013
INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH
Skang tgh hangat dengan video bayi yg kena lambung dengan amah kat Kuantan.Hari tu ada kwn FB upload video rakaman CCTV tuh,aku tgk separuh jalan jer sebab tak sampai hati.
Gila!!!
Org gila pun tak sampai hati nak lambung baby mcm tuh.Tak pernah terpikir kat otak aku nih ada org yg sekejam itu.Dan,tak dapat aku bayangkan betapa traumanya mak bapak baby tuh bila tgk zuriat mereka yang sekecil tu dibuat org mcm anak patung.Alangkan kita main timang-timang baby pun bahaya,inikan plak sengaja dilambung lambung.
Dapat kat aku,tak sempat sampai kat polis dah kut,lunyai amah tu aku "lambung"...
Tapi apapun,biar pihak berkuasa yg settlekan dan aku harap dia dapat pembalasan setimpal.Doa aku kepada baby tu semoga dia kembali sihat.Dan semoga family baby tu bertabah dengan ujian seberat ni.
Ramai yg komen kat video tu tapi aku tertarik pada 3 komen :- ( diolah kpd ayat sendiri laa)
1) Diharap ibu bayi tu berhenti kerja dan jaga sendiri anaknya.Jgn lepaskan tanggungjawab kepada pengasuh atau amah.
Bagi aku,cadangan tu sangat bagus.Aku faham org yg komen ni bukanlah nk menyalahkan mak budak ni,hanya bg cadangan,tapi ayat lepaskan tanggungjawab tu bagi aku mcm harsh sket.Kadang-kadang sesetengah wanita bukan saja-saja suka sgt bekerja dan sanggup tinggalkan anak-anak dalam jagaan org lain.Malah,kalau boleh,setiap ibu nak jaga sendiri anak mereka,nak tgk mereka membesar depan mata.Tapi,sesetengah ibu ada alasan sendiri kenapa mereka perlu bekerja.Kita tak duduk dalam kedudukan mereka,jadi tak usahlah kita judge dia.
2) Lain kali check latar belakang amah tu betul2 sebelum ambil mereka bekerja.Kan dah dapat yg mental!
Aku tak pernah ambik amah,jadi aku tak tau apa prosedurnya.Tapi,bukan ker tu semua sepatutnya diuruskan ejen.Bayar ribu riban,kita plak nak buat kerja nak check segala.Kalau mcm tu,takyahlah lantik ejen,perabih duit jer.Lagi satu,mana nak tahu amah tu mental ke tidak.Kadang-kadang org mental ni nampak normal,tau tau esok dia bunuh org.
3) Cadangan untuk menubuhkan day care kat tempat kerja ( ini ada org suggest kat page PM )
Cadangan yg sangat bagus sebenarnya.Aku pernah tgk dalam satu episod drama Desperate Housewives di mana Lynette Scavo pernah cadangkan daycare utk anak-anak staff ditubuhkan kat ofis dia.Dengan cara tu,baru lah senang hati emak-emak yg bekerja ni sebab kadang-kadang boleh gi jenguk anak jap,tapi jgnlah sampai menjejaskan kerja plak.Mana yg breastfeed tu lagilah senang.Lunch hour bolehlah gi BF baby jap.Aku yakin,kalau cadangan ni jadi realiti,kaum wanita boleh jadi lebih produktif kat tempat kerja.Aku faham banyak kekangan yg menyebabkan ia masih tak dapat dilaksanakan,tapi aku berharap sgt suatu masa nanti,ia akan jadi realiti.Hope Kerajaan dapat consider cadangan tu.
Dalam hal mcm ni,memang ibu -ibu bekerjaya selalu dalam dilema.Antara kerjaya dan family.Semoga jalan mereka dipermudahkan.InsyaAllah.
Dan aku harap kejadian kejadian mcm ni tak akan berulang lagi.Trauma....sangat trauma....
Subscribe to:
Posts (Atom)