Wednesday 26 September 2012

SAPA DOKTOR NIH???

Hari tu aku ada citer yg aku ada bawak mak mentua aku jumpa gynae...actually dia ada masalah post menopause bleeding.Masa memula jumpa Doktor,dia kena buat blood test dulu utk confirmkan samada dia bleeding disebabkan simptom simptom menopause ataupun ada penyakit lain.Selain tu,Doktor bekalkan ubat untuk hentikan pendarahan.Sekiranya pendarahan tu stop,kira oklah.Otherwise,kena datang balik.

Then,last week,mak mentua aku cakap yg bleeding tu tak berhenti,so,aku bawak dia jumpa Doktor tu balik.Then,Doktor suggest untuk buat histeroskopi (ntah betul ke tak aku eja...lantakkk) dan D&C untuk kesan apa puncanya sebab mak mentua aku dah disahkan menopause ( result dari blood test ).Sepatutnya dia tak patut bleeding lagi dah.

Masa perjumpaan kedua tu,perut aku mcm dah ada rama-rama dalam juga duduk...sebab doktor dah start bercakap pasal kemungkinan2 yg tak sedap di dengar ( Nauzubillah).TAPI....sehinggalah prosedur di buat,sampel dalam rahim di ambil,baru Doktor boleh SAHkan punca masalah.Buat masa sekarang,Doktor kata dia tak boleh nak cakap apa apa sangat,dia cuma sebut segala macam possibilities supaya kami semua ready.Itu saja..

Apa relevannya perenggan di atas? Nanti aku cerita kat bawah,baru faham.
Prosedur akan di buat ESOK tengah hari.Sehingga result test dikeluarkan,tak boleh ada spekulasi sebab boleh mengganggu emosi mak mentua aku.So,aku cuma nasihatkan mak mentua aku supaya jangan terlampau fikirkan benda bukan bukan,dan berdoa takde apa2 yg serius ( walaupun aku sendiri dah resah gelisah).Aku nak dia bertenang ajer,takut keadaan dia makin teruk.

Petang tadi aku tertidur.Bila aku kuar bilik,aku nampak mak mentua aku sedang bercakap dengan sorg hamba Allah ni ( family jugak,aku buh nama A ajerlah) kat luar pagar.Aku pun buat tak tahu,pergi solat Asar.Lepas solat,anak aku datang mintak aiskrim.Mak mentua aku datang kat aku...
"Umi,tadi A cakap kat mak,mak kena barah..."
.........................
.........................
.........................
** Bunyi cengkerik**

** Mulut aku terlopong....


" Mana dia tau?"
" Dia cakap,dia dah pergi jumpa bomoh Pak S*****.Bomoh tu cakap memang confirmed mak kena barah.Pastu dia cakap,kalau doktor kata nak bedah,jangan.Sebab peluang nak selamat kalau bedah ni 50-50 ajer"
Dannnnng.....PITAM!!!

Aku tak tau nak cakap apa..silalah doktor pakar sakit puan seluruh negara berhenti kerja ajer yer pasal ada orang boleh diagnosis pesakit tanpa jumpa pun pesakit tu,tanpa buat apa-apa prosedur pun utk sahkan punca penyakit.
Aku tak condemn yer perubatan alternatif ni...tidak sama sekali.Kadang2 ada penyakit ni,dengan ubat sepital tak jalan tapi dengan izin Allah,rawatan alternatif ada yg berkesan.Benda tu ada kemungkinan berlaku dengan izin-Nya,InsyaAllah.

Tapi...
Aku sangat kesal dengan sikap A.Nampak mcm nak berlagak pandai sangat.Doktor sendiri pun takleh nak confirm apa masalah penyakit mak mentua aku ni.Diagnosis pun belum dimuktamadkan lagi,dia dah boleh siap siap confirmkan.Pastu siap pesan,kalau doktor nak bedah ( if didiagnosis with cancer / fibroid ) ,nak rawat,jangan sebab dia dah tau siap-siap % mak mentua aku akan survive hanya 50-50.
Kalau aku ada kat situ tadi,dah lama aku sembur bagi sound sedas.Kut ye pun,tunggulah result test tu keluar dulu.If ada cancer sekalipun,aku takkan halang kalau mak mentua aku nak buat rawatan alternatif,tapi dalam masa yg sama,kami akan ikhtiarkan perubatan moden juga.Lainlah kalau sebelum ni,doktor takleh nak kesan apa punca penyakit,then yes...100% kau nak buat rawatan alternatif pun,buatlah.

Sudahnya,satu hari suntuk mak mentua aku duk termenung kat sofa tak gerak gerak...dah macam patung.Pastu tanak makan.Dahlah tu,laki aku ada ckp yg mak dia ni mudah sket percaya ckp bomoh dari doktor.Mampus...buatnya dia tanak gi spital esok? Bayangkan apa perasaan aku? Aku ni yg ke hulu ke hilir bawak jumpa gynae,discuss dengan gynae tentang prosedur dan possibilities,arrangekan masa secepat mungkin utk buat test....aku pun xleh lena tido tau mikirkan apa yg doktor cakap,inikan pulak mak mentua aku yg dah "didiagnosis" kena cancer!!

Marah pun ada bila dia cakap jgn bedah.Aku terus cakap ngan mak mentua aku...
" Dia jgn nak merepek.Doktor sendiri pun takleh cakap apa apa.Tunggu apa kata doktor dulu.Kalau confirm sekalipun mak kena cancer,kami akan ikhtiarkan ubatkan mak,tapi kena dengan advice doktor jugak.Tapi,kalau mak nak jumpa bomoh ke apa,saya tak kisah,asal sesuai dan kena dengan cara,"
Muktamad!!

Aku tak kisah,namapun rawatan alternatif.Kita tawakkal cuba segala jalan yg ada.Tapi,boleh tak jangan buat org tua tu susah hati? Kau sendiri sebagai family takde terpikir nak bawak dia jumpa doktor,alih alih datang buat pandai kat sini,memang aku rasa nak bagi penampar ajer.Tapi,sabar ajerlah....

Aku pujuk mak mentua aku...aku tak nak dia susah hati,hilang selera makan sebelum sampai waktunya.If benar sekalipun , kami akan cari jalan utk ubatkan dia.Seperti kata doktor,dia takleh ckp yg baik baik saja,dia kena gak ckp kemungkinan yg tak sedap didengar tu sbb tanak bg harapan menggunung.Tapi,dia takdelah down kan org tua tu ke tahap yg teruk.

Dan,apa kes plak ko nak halang hak org tua tu utk mendapatkan rawatan hospital? Abih tu,kalau cancer takleh dirawat dengan perubatan moden,watpe kerajaan buat hospital? Yg kau plak,apsal masa bini beranak kau bawak dia gi spital.Bawaklah jumpa Pak S***** kau tu!Aku takde lah marah sgt kalau dia offer nak buat rawatan tradisional selain dari rawatan moden,boleh...namapun ikhtiar,tapi jgnlah memandai mandai sgt.Mak mentua aku BELUM didiagnosis dengan apa apa penyakitlah.Maybe gangguan hormon,maybe radang,fibroid etc.

Apa aku boleh cakap kat mak metua aku ialah..." Bila doktor dah confirm,kita akan fikirkan dan bincang dengan doktor,apa rawatan yg sesuai,mak jgn susah hati skang,Kita doakan yg baik baik"

Aku sedih ni tau...kepada yg membaca,doakan yg baik baik saja yer...




Sunday 23 September 2012

WOMAN IN BLACK...CITER HANTU SERAM GILER WOI

Malam semalam,around kul 12 tgh malam,lepas si kecik tido,aku lipat kain.Tugas ni lebih senang dibuat masa tgh malam waktu sikecik tu tido nyenyak.Kalau dia ada,jap lagi aku lipat dia punggah,pastu lipat version dia.Sampai bila pun tak abih.
Untuk menambahkan unsur dramatik kepada tugas aku ni,layanlah TV.Aku bukak channel 953,ada citer Woman In Black.Memula tu aku mcm tak berminat sangat nak tgk sebab latarbelakang filem pada zaman 1880an.Klasik ah...tapi citer jer klasik,pelakonnya tak.Budak Harry Potter tu yang jadi hero.Aku layan gak citer tu sbb itu ajer filem yg baru start,citer lain sume dah tengah tengah jalan dan tak best.
Filem tu lebih kurang macam ni lah,cerita hantu sebenarnya.Arthur ( Daniel Radcliffe) sorg peguam dan duda  muda anak satu ( wife dia meninggal) dari London yg datang kat kampung ntahapanamanya..untuk...untuk apa ya?Aku pun tak sure sebab dah terlepas babak depan tu sikit.Lebih kurang datang menyiasat lah kut.Kat kampung ni,ada satu hantu,Woman In Black org panggil.Tiapkali dia muncul dan merenung pada seseorg,mesti tak lama lepas tu anak-anak org yg ditenungnya tu akan mati.Dah macam satu sumpahanlah kat kg tu.Ada sorg kaya kat kg tu,anak dia mati jugak tapi dia tak percaya disebabkan WIB tu..tahyul katanya.Dialah yg ajak Arthur ni duk umah dia dan bawak  Arthur pegi ke rumah WIB.Arthur ni mulalah siasat latarbelakang WIB & apa kaitan WIB dengan kematian kanak-kanak kat kg tu.
Rupa-rupanya,WIB ni adalah sorg pesakit mental yg mempunyai sorg anak lelaki.Disebabkan penyakitnya,dia disahkan tak layak utk memelihara anak lalu anaknya diserahkan kepada adik kandungnya sendiri.Malangnya,WIB tak dibenarkan utk berjumpa anaknya sendiri.Satu hari,anaknya mati lemas dalam lumpur dan mayatnya tak pernah dijumpai..( sebenarnya org kg malas nak cari pasal dah jatuh kat dalam lumpur likat dan dalam plak tu).Jadi WIB ni lagi tertekan dan berdendam terhadap adiknya yg dikatakan sengaja bunuh anaknya dan tidak mengebumikan anaknya dengan sempurna.Akhirnya,WIB ni bunuh diri dan jadi hantu.Sejak tu,bermulalah misi balas dendamnya dengan membunuh anak-anak org kg plak.
Kebetulan plak,tgh2 syok tgk,Rafhanah bgn lah plak.Terpaksalah aku tinggal jap,tidokan dia balik,pastu sambung tgk.Masa aku sambung tgk,dah babak Arthur cemas sebab anaknya dah on the way dtg ke kampung tu dan dia plak baru ditenung oleh WIB.Jadi,utk mengelakkan WIB ni balas dendam,dia dan org kaya yg namanya aku tak ingat tu,usaha mencari mayat anak WIB utk disatukan kembali dengan WIB.Diorang berjaya dan bawak mayat budak tu ke rumah WIB.Sangka dorg semuanya dah settle.
Lepas diorg kebumikan mayat budak tu,diorg terus ke stesen keretapi utk jemput anak Arthur dan terus nak bawak balik ke London malam tu gak.Masa kat stesen keretapi,WIB tetiba muncul merenung Arthur,dan anak Arthur terus terjun ke landasan dan masa tu ada keretapi tgh nak lalu.Dalam usaha selamatkan anaknya,Arthur pun terjun gak kat landasan tu.Pastu....jeng jeng...ce teka,Arthur selamat ke mati?
Aku rasa dia mati sebab walaupun lepas tu babaknya menunjukkan Arthur sedang peluk anaknya,sihat walafiat.Tapi lepas tu anak dia tanya , " Daddy,who's that lady?"...aku ingatkan WIB,rupanya wife dia yg dah meninggal tu.Arthur senyum dan bagitau anaknya," She's your mummy..." pastu tiga beranak tu senyum sengih2 jalan atas landasan yg bercahaya.
Endingnya yg paling cilaka sekali.Mau sawan aku dibuatnya.Aku kan dah cakap,WIB tu dia suka renung org.Jadi babak last tu dia zoom muka WIB yg seram Nauzubillah tu sebesar2 screen TV.Sekali....TAAAANGGGGGG....dia renung aku beb!!! RENUNG SETAJAM TAJAMNYA!!!!
Seb baik gua cool beb tak menjerit walaupun ada kain dah termelambung!! Siot betul....Seb baik sumer kain dah siap dilipat.Gila kan,dua jam melipat baju sebab asyik sgt layan citer tu.
Terus tutup TV,angkat bakul masuk bilik,baca segala mcm doa,pastu tido,peluk anak aku kuat kuat......
Seb baik tak nightmare...heh.

Friday 21 September 2012

PROTES BANTAHAN FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"

Hari ni ada perhimpunan aman bagi membantah filem yang menghina Rasulullah SAW " Innocence of Muslims".Ramai jugaklah umat Islam menyertai perhimpunan itu,Wallahualam.Dan setakat ni,Alhamdulillah,takde dengar sebarang insiden yg tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan,tidak seperti di Libya dan sebahagian negara lain yg mengorbankan nyawa.
Benda-benda sensitif macam ni,kita kena hati hati dalam mengupas isunya dan menangani impaknya.Ya,aku sebenarnya walaupun marah,sedih dan kecewa,tapi tak pula mampu untuk ke hadapan untuk menyuarakan bantahan dan baguslah ada di antara kita sanggup bangkit mewakili umat Islam untuk mempertahankan Rasulullah SAW yg kita cintai.
Namun, demo demo seperti ini juga ada batasannya.Aku rasa takde masalah kita nak berdemo,at least biar musuh-musuh Islam ini sedar kita tak mudah diperkotak katikkan.Sesenang hati maruah agama kita diinjak injak dengan hina.Tapi,biadap dilawan dengan keganasan adalah sesuatu yg tak kena sama sekali.Syukur kita belum sampai ke tahap itu.Adakah keganasan dan pembunuhan adalah jawapan kepada perbuatan biadap org2 kafir terhadap Islam? Aku tak rasa itu yg dianjurkan dalam agama dan tidak pernah di ajar sama sekali oleh Rasulullah SAW.Benar,umat islam zaman itu pernah terlibat dalam peperangan menentang kaum kafir musyrik tapi bukan kerana umat islam gemar menggunakan kekerasan untuk menyebarkan agama tapi kerana kaum kafir itu yang memulakan perang terhadap umat Islam.Dan,itu melibatkan nyawa dan harta benda.
Selepas berdemo,di manakah kita pula? Apa tindakan kita selanjutnya? Cukupkah perbuatan ganas kita sebagai amaran pada puak kafir ( tak applicable kat Malaysia)
Kita kata kita sayang Rasulullah SAW,tapi cukupkah sekadar berdemo dalam menyatakan kasih sayang kita kepada Baginda? Macammana nak sayang Rasulullah dan apa puncanya org kafir menghina Baginda sekaligus menghina Islam?
Sebabnya...akhlak kita sendiri sebagai umat Islam.Okeylah,aku tak mau mengata org lain.Sila ambik contoh diri sendiri.Cukupkah kasih sayang aku kepada Rasulullah sedangkan banyak sunnah Baginda aku tinggalkan? Berapa banyak selawat aku hadiahkan kepada Baginda setiap hari?
Okeylah,maybe aku laksanakan kewajipan dalam Islam seperti solat dan puasa tapi cukupkah? Aku boleh berjaga lewat malam online ataupun tengok TV,tapi tak boleh peruntukkan hanya 10 -15 minit untuk solat Tahajud.Aku mengaji Al-Quran tapi berapa banyak maknanya yg aku dalami? Belum lagi dihitung dosa dosa setiap hari,terjagakah aurat aku? Perlakuan aku? Kata-kata kasar,perhaps? Belum lagi dikira perhubungan dengan manusia lain.Kadang-kadang mengumpat,mengata,marah-marah,cari gaduh ngan laki....eh?Hehehe.
Itu baru aku sorang.Dan,belum lagi dihitung dengan sesetengah akhlak org Islam yg melakukan dosa dosa besar seperti berzina,minum arak,berjudi,merompak dan membunuh.
Boleh kata skang,hari hari keluar berita org buang bayi,meragut,merompak,membunuh dan majoriti dilakukan oleh melayu beragama Islam.Jadi,di manakah nak datangnya respect org bukan Islam terhadap Islam.
Org kafir zaman skang bukannya dia tahu mcmmana cara hidup Rasulullah SAW,tetapi mereka memandang kepada perlakuan umat Islam pada hari ini.Mereka dapat fakta yg sudah diputarbelitkan oleh musuh Islam sejak dulu dan kemudiannya diperkukuhkan pula oleh kelakuan kita sendiri.Kita hanya ambik sunnah baginda yg mana untuk kepentingan diri sahaja.Yg lain,campak tepi.
 Okey,apa yg aku nak ulas kat bawah ni takde kena mengena ngan politik yer..
 Baru baru ni kecoh pulak pasal salah satu Twitter status oleh seorg wakil DAP,YB Ngeh tak silap aku .Bunyi status tu aku tak ingatlah tapi seperti mempersoalkan tindakan umat Islam di Malaysia hendak berdemo memprotes filem " Innocence of Muslims" ( maybe dia bermaksud lain,Wallahualam...sila refer balik status tweet beliau utk lebih jelas)
Susulan dari itu,ramailah mengutuk dan menghentam beliau.Dan beliau sudahpun meminta maaf.Bagi aku lah kan,hal hal mcm ni,dari awal lagi dia tak patut campur.Duk senyap-senyap sana sampai isu ni reda.Banyak lagi hal lain yg dia patut ambil tahu.Ini hal sensitif,xleh simply2 bagi pendapat.Pakai Simplysiti takpe...eh,lari topik plak.
Tapi,adakah tindakan menghentam,mencaci,menghina dan mengecam beliau dapat menyelesaikan masalah? Aku terjumpa satu link video ( aku tak mau share kat sini sebab tak senonoh) yg menunjukkan sekumpulan umat Islam berhimpun depan pejabat DAP untuk menyatakan bantahan terhadap Ngeh.Tapi,Astaghfirullah...akhlak jenis apakah yg diorg tunjukkan,aku tak taulah.Tak tercapai dek akal aku.Memula mereka kutuk,mengancam lepas tu mencarut.Ni aku tak tipu yer,boleh cari link video tu kat youtube kalau nak...mereka mencarut ( sebut anu sendiri plak tu) disusuli dengan lafaz Allahuakbar...lepas tu bakar bendera dan gambar Ngeh tu dipijak pijak.
Aku hanya mampu urut dada....
Saudara,
Aku yakin,bukan ini yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.Tidak sama sekali.Rasulullah SAW pernah dihina di caci tapi tau tak apa yg Baginda buat? Aku bagi satu contoh peristiwa,boleh baca kat sini. ( kredit kepada The Lonely Musafir)
Agak agak org bukan Islam tengok kelakuan mereka,apa yg diorg rasa? Apa tanggapan diorang?
Takyah lah aku ulas panjang lagi...sedih aku...kenapa kita biadap sgt? Agaknya kalau org datang berdakwah biadap mcm tu,nak ke kita dengar dakwah dia?
Kita rasa dia biadap,tapi kita lawan dengan biadap juga,apa endingnya? Dia bukan muslim,dia sendiri maybe tak faham kenapa kita emosi sampai berdemo.Sepatutnya,tugas kitalah explain kat dia yang filem tu menghina Junjungan Besar kita,Rasulullah SAW,tokoh utama Islam,kekasih Allah.Lepas tu explain lah kat dia yg filem tu buat fitnah besar besaran terhadap baginda,jauh menyimpang dari keperibadian sebenar baginda.Susah ke? Yang ko berdemo mencarut carut bagai,agak-agak apa yg org non muslim tu fikir? Ah,fikirlah sendiri...
Aku menulis bukan sebab aku alim sgt.Aku sendiri pun banyak lagi tak amalkan sunnah Rasulullah.Masih jauh lagi...sangat jauh.Tapi,kalau kita rasa kita kasih pada Baginda,bukan setakat kita pergi berdemo atau memboikot USA,mari kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.InsyaAllah,maruah kita tak akan diinjak injak lagi....
Nah..layan video ni lagi bagus.....sekian...ustazah nak tido.







Wednesday 19 September 2012

NASI ARAB LAGI....SEDAP WOO

Kami satu family suka makan Nasi Arab.Biasanya pergi makan kat Sahara Tent kat Plaza Masalam tu,tapi satu hari tu dapat satu flyer pembukaan Restoran Nasi Arab yg baru.Eh,mesti nak cuba.
Nama restoran tu , Restoran Nasi Hadramot.Terletak kat Hotel Concorde ,Shah Alam.Aku ada amik gambar depan restoran tapi tak clear.


Depan Restoran...gambar tak clear langsung

Masa sampai,tengok tak ramai orang sgt.Rupa-rupanya memang diorg tak letak banyak sgt meja,jadi ruang restoran agak lapang dan selesa.Sangat privacy gitu...restorannya boleh tahan cantiklah tapi aku tak amik gambar lah.Marah plak tokey dia kang.Kat tgh2 restoran,dia hiaskan dengan 4 bekas sisha.Anak gue yg kecik itu sudah terbalikkan itu bekas daaaaa...habis bertaburan abu sisha..huwaaaa....aku rasa nak lari berterabur tang tu jugak.

Nasi Beriyani Ayam

Aku order yang ni.Beriyani ayam...memang sedap.Rempah ratus sumer cukup,ayam lembut,nasi pun sedap,memang puas hati.Aku jarang dapat habiskan makanan kat Restoran Nasi Arab pasal selalunya portionnya banyak tapi yang ni...settle.

Si Hakim posing
Nak makannya cuma 3 org dewasa dan 3 org kekanak,tapi order...tu dia.Tapi,sedap punya pasal...licin.Ada order kebab dan salad juga.Best.
Kiranya,makan kat situ memang puas hati lah.( Kena lah ngan selera kitorg).Layanan pun sangat bagus.Kalau panggil,cepat cepat diorg datang
Gambar kat bawah ni plak kat tempat lain.Kat area Setapak.Aku pun tak ingat,apa nama Restoran ni tapi terletak kat area Jalan Genting Klang.Masa tu kami on the way nak jenguk sahabat aku Ija yg baru bersalin.Sebelum pergi menziarah, makan dulu....hehehehehhe.

Si Hakim lagi...

 Masa ni,kitorg order satu hidangan jer.Tapi,hidangan tu katanya untuk 3 org.Kitorg pun..."okeylah...nak makan 5 org ( 3 kekanak),bolehlah order ni".Mintak pinggan kosong 5.Boleh plak terlupa yg portion diorg ni kan besar.Bila sampai jer nasi tu,hambeeekk ko...ni utk 5 org dewasa makan!!


Ayam sekor tuuu
Tapi,ntah mcmmana...walaupun awalnya buntang mata menengok hidangan ni,tapi lepas tu buntang mata memikirkan kenapa kitorg mampu menghabiskannya...ehehehehehehehe.Samada sedap,lapar sangat ataupun memang dasar kuat makan.Hahahahahahaha
Sekian saja segmen Jalan Jalan Cari Makan aku...tema Nasi Arab.Selamat menjamu selera.


OPEN DAY - HONG LEONG ISLAMIC BANK

Dua minggu lepas, 8 Sept 2012,aku gi open day opis lama aku,Hong Leong Islamic Bank Bhd,Cawangan Seksyen 9,Shah Alam.
Tapi,aku menyinggah kejap ajer sebab masa tu aku tengah diserang allergic gatal gatal satu badan,plus nak balik Rembau plak haritu.
Event yg sempat aku attend hanyalah bawak anak-anak aku masuk coloring contest.Aku bertolak dari rumah yg sekangkang kera saja dari branch tu pukul 10 lebih.Ngam ngam sampai,Upin dan Ipin dah nak balik.Seb baik sempat nak amik gambar...

Cepat amik gambar,Upin Ipin dah nak balik....!!

Hakim suka spoilkan gambar..

Hakim x berani dekat,buat Upin tu jadi background jer..


HLISB skang tgh buat promotion Junior Saving Account-i dengan Junior Debit Card.Produk ni bagus yer...menabunglah dari skang utk anak-anak supaya bila besar kelak dapat gi belajar ke,melancong ke,kecemasan ker...

Pendaftaran Coloring Contest

Hakim dan tangan adiknya

Amani dah ready...
Sementara diorg duk mengaler,mak bapak boleh pergi kaunter untuk urusan buka akaun anak-anak.Sesambil tu bolehlah gi makan minum juadah yg disediakan.Ada bihun,nasi impit dan kuih muih.Aku tak jamah apa pun sebab kegatalan yg teramat.Minum air jer.



Lepas habih coloring contest...time to makan.Kesian plak kat anak-anak aku lapar.Tapi pelik gak aku,sebelum datang,aku dah bagi makan sarapan,tapi,diorg makan mcm lapar sgt.Ke,makanannya sedap?? Aku tak taulah sebab aku tak jamah.

Dah bukak akaun,dapat...er...org panggil apa tu ek?Hehehehe... Ada gambar Upin Ipin
Masa ni aku dah rasa nak menggelupur dah.So,aku sound pada member2 dan ex boss aku yg aku nak blah.Aku xleh tunggu lagi dah.Ex boss aku suh tunggu jap utk penyampaian hadiah coloring contest.Elok aku nak gerak,diorg umumkan acara penyampaian hadiah.Seb baik anak2 aku dapat saguhati,so boleh blah awal.Snap gambar lebih kurang,tak tunggu pun sapa yg dapat grand prize,aku terus balik.Pergi klinik.


Amani



Hakim takde mood...letih ke frust?? Hehehehe

Muka masam tak beragak...


Tengok muka Hakim,nak tergelak pun ada.Aku tanya,apesal dia masam,katanya dia penat.Haik? coloring contest jer kut,bukan ko masuk marathon pun..ke sedih Kim? Saja jer aku bakar emosi dia....terus dia merengek.Tak sempat sampai rumah yg jauhnya sepelaung jer tu,dia dah tido.Betullah tu,penat...hehehehehe.
Sebab,aku dah sound dari awal," Ni,masuk contest,kalau tak menang pun tak apalah.Kita masuk suka suka yer,"Bukan tak nak menggalakkan anak-anak berdaya juang,tapi tanak diorg berharap plak.Kesian nanti.Yang lagi kesian,aku jugak nanti.Buatnya diorg memberontak nak hadiah,mampus aku kena gi beli.Tapi,Alhamdulillah,so far anak-anak aku okay.
Tak banyak yg aku mampu update pasal event ni tapi anak-anak sgt enjoy walaupun sekejap.Takpe,next year,InsyaAllah ada lagi...


Tuesday 18 September 2012

MARI CABUT GIGI DIA....

Amani dah hilang satu gigi susu...hak alo...nak gap hapdate.Yerlah,utk gigi first jer...takkan setiap gigi susu yg tercabut nak hapdate kut..kuikuikui...
Satu hari tu,Amani cakap ngan aku,gigi dia rasa cam longgar.Aku check lah,rupa-rupanya,gigi kekal dia dah tumbuh,tapi belah belakang gigi susu yg longgar tu.So,dah macam gigi berlapis plak.Aku cuba goyang-goyang,tapi tak berani plak nak cabut.Hapa da punya mak.
So,Rabu lepas aku bawak dia gi dentist.Bukan mengada-ngada nak cabut gigi susu pun bawak gi dentist segala,tapi nak biasakan dia dengan dentist supaya tak trauma cam aku ni ha.Aku nak dia tau,cabut gigi tu tak mengerikan pun...huhuhuhu.
Bawak dia ke klinik yang aku biasa pergi tu..Klinik Sharina,Seksyen 9.Dekat-dekat area McDonalds Seksyen 9 tuh.


Sebelum cabut..lintang pukang susunan gigi dibuatnya...

Masa sampai tu,takde patient lain yang menunggu.Cuma ada sorang kat bilik doktor.Jadi,anak aku sudah bikin ini klinik macam bapak dia punya.Perit tekak aku nak melarang,last last aku biarkan jer.Sambil pantau,sambil borak ngan nurse.Staff kat sini sumer peramah peramah.Bagus,i loike.


Seronok ye nak...tunggu lah jap lagi..hehehehehe
Takyah lah kut nak citer kronologi gigi dia kena cabut.Sonang jer aku tgk doktor tu cabut.Yerlah,gigi susu,dah longgar,kecik plak tu...buh kejap jer kapas tu,darah dah berenti.Yang paling best,bila nurse tu cakap , " Hari ni akak bagi dia makan bende2 sejuk,mcm aiskrim ker..." Huh,dengar jer ayat tu,terbeliak mata bebudak tu sumer,termasuklah yg tak cabut gigi.

Mulut tersumbat kapas...

Gigi siap request bawak balik sbb gigi tu elok lagi.Amani nak bawak balik ke rumah nenek,nak tanam kat kampung katanya.Suka atilah nak oi...jam jam tu jugak ajak aku balik kampung.
Hehehehe,macam macam.



Monday 17 September 2012

ALLERGIC

Lately aku perasan ada beberapa jenis makanan buat aku rasa kurang sihat atau allergic.Bila makan jer aku akan diserang loya,pening,gatal gatal.Alahai...dulu tak macam ni.Main bedal jer sesedap rasa.
Makanan tu tak salah...yg salah of coz la aku kan.Main bedal tanpa batasan,pastu kurang bersenam kuar peluh,kurang minum air putih.Toksin pun payah nak kuar dari badan,abih tu camno? Skang pun umur makin meningkat,metabolisma tak macam dulu...haish,payah sangat nak jaga kesihatan diri sendiri.



Udang...abih gatal satu badan

Udang ialah makanan feveret aku.Kat rumah ni,tak pernah putus stok.Wajib ada...kalau takde,boleh resah gelisah aku dibuatnya.Walaupun takdelah masak hari hari tapi stok sentiasa ada.Last two week,dekat 4 hari berturut turut aku mengketedarah udang.Ni aku buat kuewtiow udang,esoknya tomyam udang,lepas tu aku tak ingatlah tapi ada udang jugaklah,hasilnya lepas tu,aku diserang gatal-gatal satu badan.Seksa wooo...abih merah badan aku sampai rasa cam terbakar pun ada.Luka pun ada sebab aku tak henti henti menggaru.
Hari pertama,aku tahankan jer walaupun rasa nak menangis.Hari kedua,aku gi open day Hong Leong Islamic Bank (tempat kerja lama aku) aku takleh tahan lagi dah.Dengan berpeluh dan aku plak pakai baju dua lapis,aku rasa nak tanggal baju jam jam tu jugak.Terus aku sound kat boss lama aku yg aku takleh tunggu sampai event abih,angkut anak-anak balik,tinggalkan kat laki aku dan aku sorg2 pegi klinik.
Barulah lega,Alhamdulillah.Ubat tu berkesan betul.Ubat tu cuma utk menahan gatal jer,lepas makan 10 minit lepas tu boleh bergumbira balik.Hehehehehe.
Esoknya dah okey...hurray..


Nescafe
Gambar kat atas tu,sila fokus pada air nescafe.Tak agak-agak gelas besar....
Aku pun tak tau apa kena mengena nescafe dengan masalah badan aku.Dulu rilek jer bergelen gelen minum.Masa kerja dulu,nescafe kat opis,akulah yg tukang ngabih.Satu hari wajib dua gelas.Kat rumah pun sama.Tapi,lately ni,aku macam tak boleh nak minum lagi.Asal minum jer ,siaplah lepas tu macam org tgh mabuk alahan,pening,loya,nak muntah,tak sedap badan dan macam - macam lagi.Aku start perasan masalah ni lepas aku ketagih minum kopi 3 in 1 (jenama apa ntah),aku minum setiap hari. Pastu,aku start jadi mcm tu,aku berhenti.Kejap jer,pastu aku try nescafe balik.Mulanya takde apa,lama kelamaan,effectnya sama.Adusss...memang badan aku lah yg start memberontak nih.Nilah padah kalau makan tak beragak-agak.


Jgn plak yg ni pun allergic..huwaaa

Tadaaaa....ni pun feveret tapi taklah menggila sangat aku makan.Sejak kahwin,stok sentiasa ada kat umah hanya utk kecemasan jer,jarang dah aku mengketadarah benda alah ni.Tapiiiii...janganlah yg  ni pun aku allergic jugakkkkk...naya wooooo......

Saturday 15 September 2012

DRAMA ANAK BERANAK

Aku tertidur kejap tengah hari td.Penat sgt.
Tetengah syok tido,si kecik dtg kejutkan aku,"Abu(ibu),abuuuu,anunn (bangun),"dia merengek.
Aku agak mamai,dah sedar tp malas sgt bukak mata.
Dia goyang lagi badan aku "abuuu,anun.Nak nenen,"rengeknya lagi.Aku hmm hmm jer.Mata pejam jugak lagi,berat sgt mata aku nak terbukak ni.
"Hummmm...abuu atiii..diddy" dia jerit pastu aku dgr suara dia sayup sayup,keluar cari daddy dia yg tgh rilek tgk tv kat luar gamaknya.
Mata aku terus terbeliak.Bertuah punya budak..
Tau apa dia cakap?aku translate yek
"Hummmm (bunyi nangis),ibu dah mati,daddy!!"
Drama sgt budak Rafhanah ni tau!!

Thursday 13 September 2012

NI LAH BALASAN...PADAN MUKA

Dua hari lepas,masa nak pick up bebudak kat sekolah...aku telahpun naik hangin dan naik darah...
Sebelum aku teruskan cerita,elok aku explain dulu dari awal...eheks...
Sekolah bebudak ni actually terletak kat bangunan pejabat dan kedai.Maklum sajalah,kawasan ofis,jgn haraplah nak dapat parking kan melainkan ko tunggu anak ko dari pagi sampai tgh hari.Jadi,option utk mak bapak ialah double parking kat belakang keta yg kat petak parking tu then takyah turun keta pun,nanti teacher akan hantarkan bebudak tu sampai masuk dlm keta.
Selalunya,time nak amik budak,sesaklah keta makbapak berbaris kat depan sekolah tu sementara tunggu cikgu bawakkan anak masing2.So,semalam...aku spot satu ruang antara dua keta,ngam ngam kut nak masuk.So,aku bagi signal,nak mencelah masuk.Aiseh,cam tak muat plak...aku tgklah keta depan tu.Kat depan dia,ada satu keta dah kuar,so biasanya,bila keta depan dah gerak,keta seterusnya akan bergerak ke depan utk bagi laluan keta lain kat belakang utk sampai dekat sikit depan sekolah.Jadi teacher dan anak-anak takyahlah jalan jauh sgt.
Sekali....dia buat donno jer.Aku dah lama dah aim makcik keta volvo ni.Dia ni mmg agak kuang ajar sket.Mementang keta dia Volvo,dia ingat aku tak berani nak langgar agaknya.Dulu penah sekali,aku tgh tunggu turn nak gerak ke depan lepas keta depan aku tu blah,boleh dia dgn kuang ajarnya pancung masuk dari tepi.Seb baik aku cepat2 tekan brek,kut tak,mau tersondol keta dia.
Agak lama gak tunggu teacher bawak anak dia masuk keta.Maybe blm turun lagi.Tu aku tak kisahlah,tapi tolonglah consider sket kat org belakang yg dah stuck ni.Kalau dia gerak ke depan sket,aku boleh masuk celah barisan tu,takdelah ganggu keta lain yg lalu lalang.Ni tidak,dia nak jugak tunggu betul2 depan sekolah tu,seinci pun tanak gerak walhal depan dia dah kosong.Aku nak gi depan,nanti bila reverse kang langgar keta belakang plak,so aku tunggu ajerlah sambil  @#$%%^^$&.
Kuang hajar ko makcik volvo...blahblahblah....Nak ajer aku hon dia tapi aku maleh lah nak kecoh kecoh sgt.Lagipun,aku mmg tak suka tabiat hon hon kat org lain sbb aku benci bila org hon aku.Lemah lutut tau.
Agak lama,barulah dia berambus membawa bersama sebakul kutukan aku.Kenyang makcik tu...banyak pahala dia.Hehehehehe.
Petangnya,aku ke Glenmarie,nak gi amik keta adik ipar aku.Sebelum tu,pergi TTDI Jaya dulu amik dia.On the way balik,aku sorg drive ngan 3 org budak yg MasyaAllah....hukhukhuk.Lagi-lagi si kecik tu,jap nangis,jap suh aku tukar CD,jap nak duk atas riba dan mcm mcm lagi.Ada sekali,aku nak halang dia dr ambil barang kat dashboard,aku tak sedar yg keta aku dah makan jalan org sebelah...( jln dua lane )
PONNNNNNNNNNNNN !!!!!!!
Hah,amek kau! Org belakang baek punya hon kat aku.Bila dia potong aku,aku angkat tgn say sorry.Amacam,berhemah tak aku...heheheheheh.
Ni namanya karma...hahahahaha,padan muka aku.Kutuk lagi makcik volvo tuh,kan dah kena....

P/S : Tapi aku tak sengaja....makcik tu sengaja cari gaduh  ( mode: tanak ngaku salah)

Wednesday 12 September 2012

MISI MENCARI DRAWER..

Last week menapak ke Ikea...nak cari drawer utk simpan alat-alat mainan anak aku nih.Selama ni aku buh campak dalam baby cot jer.Lama-kelamaan aku rasa huduh benar lah letak baby cot kat ruang tamu dengan selonggok alat mainan kat dlm tu.Semak..jadi aku decide nak cari drawer.Tapi kekdahnya tetap campak mencampak...bezanya,campak dlm drawer tak nampak sgt...muahahahaha.
Sebelum tu...ni nak habaq mai...bila aku mention cari drawer kat Ikea,jgnlah sangka aku berlagak mat salleh plak.This is true story...ada org bila aku ckp nak gi Ikea jer terus keluar ayat..." Amboi,bukan main,cari perabot kat Ikea saja..." Sedih aku tau.Tak layakkah aku pergi ke sana...sob sob sob.Seolah-olah bila pergi sana,rakyat marhaen mcm aku ni dianggap cuba berlagak kaya.Eh,takde pun signboard kat Ikea tu yg tulis " Utk Jutawan Sahaja",plus...jutawan tak beli perabot kat Ikea lahhh....Kebanyakkan org pergi sana sebab brg2 dia cute,flexible,moden,simple dan kontemporari.Lagipun,selalunya aku beli alatan dapur atau perhiasan rumah jer,jarang beli perabot pun kat situ.Tu ajer pun...hukhukhuk
Apa daaa duk membebel kat sini.Kesian org kat sini tak bersalah...hihihihihi.
Memula aku dah spot satu drawer yg cantik dan murah kat Perabot Bahagia Seksyen 9 Shah Alam ( hihihi ) tu.Siap dah cop lagi,tapi bukan cop ngan tokey kedai.Aku main cop yg " Alif Lam Lam Ha...sapa amik dia berdosa..." tu.Pasal aritu aku tak bawak duit.Esoknya,lepas cucuk duit,aku gi lah balik kedai tu,tgk2 diorg tgh bungkus drawer tu.Bila aku tanya diorg kata tu jer stok yg ada.Huwaaaaa...sapa amek tu dia dosa...!!!
Jadi,weekend tu pergilah Ikea sbb nak survey lah kononnya..Sebenarnya tgh kecewa.Sampai hati Perabot Bahagia..huwaaa.Kalau diikutkan,kalo nak mencari perabot,aku lg suka beli kat Perabot Bahagia ni sbb perabot dia agak menepati citarasa aku dan terus terang,lebih berkualiti dan harga berpatutan.Start aku kawen sampai la ni,mmg kat situ ajerlah aku beli perabot dan barang dia tahan lama.Nak tukar perabot pun serba salah sbb ianya tahan.Jadi,walaupun aku dah jemu,tahankan ajer,pakai sampai rosak.Laki aku marah membazir.Masa aku merengek nak tukar meja makan,dia tak kasi.Pakai sampai pecah katanya (permukaan meja tu kaca),jadi aku terpikir gak nak bg tukul kat anak aku suh diorg hempuk meja tu,ehekssss.Jahat kan? Tapi tak jadi...tak baik wooo...
Memula sampai jer,anak-anak aku dah merengek lapar..heh...layanlah makan dulu.Kang dah kenyang baru best wat keje mengukur keluasan Ikea tu kan....



Hakim dan mimik mukanya...mcm mcm
Takyah panjang citer...jalan punya jalan,berkenan kat satu drawer.Angkut ajerlah bawak balik.Bukan tu saja,sempat jugak sambar ni walaupun tak tahu lagi nak simpan apa...hehehehe

Last last buat isi coklat kat dalam ni



Rafhanah siap sedia nak tembak aku.Baby cot itulah tempat simpan alat mainan selama ni
Simple ajer drawer nih...jap gi aku transformkan lagi huduh...haahahahahaha.Memandangkan ni drawer mainan,aku ingat nak decorate sket...decorate laaaa sgt...

Sticker...beli kat kedai buku sebelah Perabot Bahagia..hehehe
Aku tertengok sticker comel ni masa pick up budak-budak ni dari sekolah.Sekolah diorg sebelah kedai buku.So beli la sket.Sampai kat umah,tak sempat nak mandi,dgn tak pakai baju ( pakai suar jer),anak-anak aku kemain semangat lagi menampal.Disebabkan dorg tak pakai baju,takdelah aku amik gambar...hehehehe

Rafhanah tgh aim nak cabut sticker tu...

Tension abg ngan kakak sebab si adik asyik cabut sticker yg diorg tampal.Sudahnya,nak penuhkan satu drawer tu,berkali kali aku gi beli sticker.Lepas dua hari,barulah dia jemu,tak cabut lagi dah...

Muka muncung org tak bagi dia sentuh sticker..hehehehe

Ni hari kedua...Hakim dah penat tampal balik sticker...kesian...
Oh yer...bercakap pasal benda benda cute,comel ,cantik tertarik ko mmg kebabom...tak semestinya kau leh dapat kat Ikea.Misalnya,tiap kali balik kampung mak mentua aku,aku suka ajak laki aku pegi Zemart Rembau sbb kat sana byk jual tupperware yg cantik2 dan mcm2 lagi.Boleh leka aku belek barang kat situ.

Haa...comel tak tong sampah aku....baik ckp comel,kalau tak aku murka
Heh...apa daaa.Gambar tong sampah pun nak taruk sini.....


Monday 10 September 2012

NAK BAGI PERINGATAN BUKAN TAK BOLEH,TAPI AGAK-AGAKLAH KUT.

Pernah tak tengok peringatan kat bawah ni kat FB? Skang tgh hangat berlegar legar diforward org sana sini...


Sumber FB
Emmm...aku pun tak tau apa nak cakap masa mula mula tgk benda ni dishare kat dalam FB.Bila baca berderau gak darah.Tapi,kita siasat dulu.Aku pun google lirik lagu ( translate punye laaa...aku bukan pandai Bahasa Korea)

English Translation:

Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh


Okeh...tarik nafas dan sedia berlapang dada.Cuba hadam baik baik apa yg aku nak katakan....
Siapa yg tak marah kalau ada org nak menghina agama kita? Sejahil jahil aku,datang gak angin kus kus kalau org duk perleceh agama kita,hina Rasulullah SAW,hina Allah SWT,hina Al-Quran.
Tapi...jgn sampai dalam ketaksuban kita nak pertahankan agama,kita sampai mereka-reka dan mengadakan benda yg tak ada.Paling mengecewakan,kita suruh plak org sebarkan.Dan,org2 yg tak tau apa-apa tapi bersemangat nak membela agama,terus forward tanpa usul periksa.
Melainkan lirik kat atas ni palsu ataupun aku yg tak faham Bahasa Inggeris,aku tak faham tang mananya yg menghina Islam?Tang mana dia sebut buroq? Kita pun kena lah ingat,dalam zaman cyber skang ni,tak susah utk org serata dunia dan berlainan bangsa utk faham apa yg tertulis kat peringatan di atas.And guess what? Maybe diorg akan gelakkan kita sebab paranoid tak tentu pasal.
Aku tak kata yg aku sokong dan suka sgt dgn trend Gangnam Style ni.Sah sah benda lagha,buat apa nak taksub sangat.Berhibur bukan tak boleh,tapi kalau dah sampai bercampur gaul lelaki pompuan menari Gangnam Style kononnya sporting sgt,rasa gak mcm nak bagi penampar.
Apa yg aku nampak kat sini ialah,dengan mereka peringatan palsu ni,sebenarnya bukan org kafir yg menghina agama Islam,tapi kita sendiri.Sbb apa aku kata mcm tu? Sebab,seolah olah kita nak katakan yg agama kita ni hanya layak dihina.Pendek kata,setiap lagu yg direka dan popular kat dunia ni tak kiralah direka oleh Mat Salleh ke,Kpop stars ker,Bollywood ker,org Afrika ker...semuanya nak menghina Islam.Ini yg sepatutnya kita marah.Agama kita bukan setakat utk jadi bahan hinaan.Pastu,semuanya agenda Yahudi..sampaikan ada plak org cakap "oppa gangnam style" tu maksudnya "Saya ingin menjadi Yahudi".Hadoi,gangnam tu nama tempat kat Korea lah,mana dtg plak Yahudinya?.
Kita boleh bagi peringatan utk menegur muda mudi kita dari terus leka dan lalai dengan hiburan tak kiralah dari mana pun sumber hiburan itu,Hollywood ke,Korea ke,Jepun ke,Hindustan ker...tapi dengan cara berhemah,berhikmah beserta dengan rujukan ayat suci Al-Quran dan Hadis sahih.Contoh aku bagi dari nasihat Ustaz Azhar:-

 "daripada duk belajar ilmu menari gangnam, alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal Allah, ilmu tentang bersuci, ilmu tentang solat..
atau belajar memandikan dan menyembahyangkan jenazah..kalau ibu bapa adik kakak meninggal, bolih juga tolong mandikan dan sembahyangkan..usia kita tak siapa yg tahu"
See,senangkan? Tak payah nak heboh,kecoh kecoh org nak hina agama kita.Kita lawan dengan cara penuh hikmah.Pandai-pandailah memilih peringatan jgn sampai benda tak betul pun kita nak cipta.Dan,kasihan sama pada yg tak tahu apa-apa,tapi tolong sebarkan tanpa usul periksa.
Jgn plak kata aku back up Psy dan lagu Gangnam Style ni plak,kita pun tahu,dari lagu,lirik dan video dia,semua pun tak senonoh ( gi ikut buat apa?) tapi aku agak ragu dengan beberapa peringatan yg sengaja direka lately.Niat mungkin murni dan baik,tapi menipu juga diharamkan dalam agama.Itu ajerlah kita kena ingat.As simple as that.
Okeylah,ustazah dah habis berceramah.Tunggu apa lagi...bersurai skang...hehehehehe.
 

Thursday 6 September 2012

CORDON BLEU CHICKEN

Dulu dulu kalau pergi Secret Recipe,aku mcm addicted dengan satu menu,Cordon Bleu Chicken.Asal pergi situ,yg tu ajerlah aku order.Walau teringin bende lain sekalipun,yg tu jugak aku order.Sampaikan laki aku pun dah tau,bukak jer menu,dia terus tunjuk , " Ayang nak ni?"
La ni,dah kurang minat.Bukan apa,frust sebenarnya.Dulu sedap nak mampos,la ni...alahai.Aku tak taulah outlet kat tempat lain,tapi area Shah Alam ni,dua tempat aku pergi,semuanya dah hampeh.Ada sekali aku dapat ayam yg keras kejung nak patah pisau aku.Baling kat dinding mau retak.Jadi,skang aku dah tak order dah menu tu.Banyak lagi yg sedap kat Secret Recipe tu.
Tetiba hari tu,rasa teringin la plak.Nak gi Secret Recipe,takut kejadian yg sama berulang lagi.Bazir duit jer.Jadi,sambil melayan air liur yg hampir meleleh,aku bukak Youtube.Saja cari video yg demo camne nak buat Cordon Bleu Chicken tuh.Bila tgk,eh eh...simple jer rupanya cara buat.
Apa lagi,esok pepagi...zasssss...pergi pasar,cari dada ayam.Dah settle ayam,pergi Giant plak cari cheese dan barang barang lain.Dah siap balik...membuta.hahahaahhahampehsungguh.Barang2 masuk fridge,petang baru buat.
Aku takyah tunjuk lah kut camne nak buat sebab aku pun belajar dari Youtube.Malu lah you...aku main tibai jer buat.Aku tak jumpa cheese yg dorg pakai tu kat Giant tadi,so aku bantai cheddar cheese anak aku jer.Hehehehe,janji ada cheese.
Gambar penyediaan tak ambik sebab aku bertungkus lumus membungkus ayam,golek golek atas bread crumbs ( habis comot tgn)  dan "pin" kan dengan pencungkil gigi.Aku amik gambar time tgh goreng jer...


Mari goreng dia....jgn sampai rentung plak


Dah siap goreng dah...





Dah siap goreng,boleh dimakan seketul mcm tu ataupun dihiris.Tapi,sebelum tu,cabutlah tooth pick tu.Kang ada mati terbunuh sbb tercekik tooth pick plak.Hari tu mmg azab aku nak mencabutnya sbb lupa cucuk kat mana.Hahahahaha..Aku hiris kecik kecik...sonang.Dan nilah hasilnya...



Selamat menjamu selera..
Rasa kira okeylah sbb bahan-bahannya simple ajer.Maybe tak sesedap kat Secret Recipe tapi kira bolehlah.Sapa-sapa yg nak resepi,sila google ataupun search kat Youtube.Ngaaapppp!!

Wednesday 5 September 2012

BIRTHDAY CELEBRATION ??

Semalam hujan lebat kat Shah Alam,Alhamdulillah.Best betul membuta.Ahaks.
Hari ni Amani tak pergi sekolah sebab sakit mata.So,agak rilek lah aku hari ni.Boleh update blog ngan citer citer basi..hahahahaha.Aku mmg selalu ketinggalan keretapi.
Aku just nak bubuh gambar masa besday celebration aku July lepas.Celebrate la sangat.Dah tua tua cenggini mana nak dapat hadiah ker party2 bagai.Tak kisahlah.Janji dapat bangun pada hari lahir,sihat walafiat dapat tgk muka suami dan anak-anak,dapat call mak ayah kat kg adalah hadiah hari lahir paling besar  buat aku.Tapi errr...kalau dapat hadiah lagi best...hehehehehe
Ritual biasa di hari lahir ialah menelepon mak kat kampung utk ingatkan dia yg dia telah melahirkan seorang anak yg comel 32 tahun lepas.Kahkahkahkah.Pastu paksa mak aku ucapkan happy besday dan mintak hadiah sekali.Derhaka bukan? Patutnya aku kena call cakap terima kasih kat dia sebab susah payah mengandung,melahirkan dan membesarkan aku.Heh,aku anak-beranak jarang sgt romantik,kitorg suka gurau mcm tuh tapi itulah cara kami zahirkan kasih sayang.Malu tapi mahu...muahahahaha.
Hari lahir aku sama jer dengan hari-hari biasa lain.Tetap bekerja mcm biasa.Takde termaktub kat mana-mana bahawasanya aku boleh duk goyang kaki atau pergi shopping,huhuhuhuhu.Bila free sket,bukak FB dan reply msg2 happy birthday.Oh,terima kasih kwn-kwn dan sedara mara.
Petang tu,aku tertido.Tak sedar laki dah balik keje.Pastu dia panggil...rupanya laki aku dan anak-anak ready buat surprise.Oh,omak terharu sungguh!! Tapi,cam kelakar pun ada..takpe,sekurang-kurangnya ingatan tu ada.Nak tgk kek aku?


Jeng jeng...4 kotak tau...ko ado?
 Ni kek budget namanya.Kalo beli seketul pun nanti tak habis.Kang membazir tu.Membazir adalah amalan syaitooon...tapi aku musykil...pesal apa lilin ada 4 hah?


Ni sapa punya besday ni?
Biasalah,mak punya kek,yg sibuk tiup lilin haruslah deme deme ni sumer.Layankan ajerlah.Kelebihan buh lilin kat luar kotak adalah utk mengelakkan air liur anak aku bersepai kat dalam kek.Hehehehehehe.

Ni utk anak-anak


Ni utk besday girl...huhuhuhu
Takde apa yg grand.Laki aku suka elemen surprise.Ada tahun dia bagi kek,ada tahun dia bagi bunga atau coklat.Ada tahun takde apa pun...huwaaaa...surprise kan?
Hadiah...mcm biasa...setiap tahun pun sama.Baik dari suami,kawan-kawan,mak ayah dan sedara mara....hadiahnya ialah...kasih sayang yg tidak terhinggaaaaaaaaaa....
Terima kasih sumer...oh,akak terharu!!!


Saturday 1 September 2012

OPPA GANGNAM STYLE

Aku online FB td,tertengok satu gambar kat page Masterchef Malaysia.Dorg tgh buat promo/ujibakat utk masterchef musim kedua kat satu shopping mall kat KK.Dlm satu acara tu,adalah artis turut serta utk promote program astro yg lain.Ada Mamat Sepah,Acong,Farouk dll.
Dan yg menarik perhatian aku kat gambar itu ialah artis2 tersebut ajak penonton menari "oppa gangnam style".Oppa la sgtkan?
Aku xdelah nak kisah sgt kalo takat mamat sepah tu yg terkinja kinja.Tapi,semua penonton yg sporting kat atas pentas tu semuanya pompuan,siap ada yg bertudung.
Aku pun tanaklah ulas panjang pasal ianya cuma gambar.Lainlah video.Takde nampak pun menari tp caption gambar dan cara pergerakan menunjukkan mereka menari dan ditonton pulak oleh kanak kanak kecil yg ternganga tgk kakak2 tu agaknya.
Sporting pun ada batas,nak ikut perkembangan pun ada batas.Penganjur pun satu,xde ke lelaki yg nak menari.Pompuan jugak yg ditarik naik pentas dgn artis lelaki.Oppa gangnam yer,meh aku bagi tamparan Opah kau kang baru tau.
Wahai adik adik manisku,harap2 takdelah korg terkinja kinja yer.Maybe korg cuma naik pentas tepuk tgn jer.Harap2 mcm tu ajelah.Toksahlah nak menari nari sgt yer.Tak manis sayang..