Wednesday 27 February 2013

SALMON DAN MACARONI

Update blog sambil layan lagu Siti Fairuz - Bila Rindu Kusebut Namamu..wah wah,ini bukan angau yer,laki ada kat hall tuh,takde maknanya nak rindu,kehkehekehekeh....layan lagu dolu dolu ni best jugak tau.Irama mendayu dayu..tak serabut kepala.Lagipun,aku membesar dgn lagu-lagu mcm ni,rindu sungguh zaman dulu-dulu.Cepat benor masa berlalu yer....
Nak citer benda lain sebenarnya,memandangkan ini adalah blog mak org,maka,agenda memasak wajib dijadikan entry,hehehehehe.
Lately,lakiku suka beli ikan salmon..aku tak biasa ikan omputih ni.Ikan kembung taulah aku kerjakan,hihihihi.Makanya,aku menggoogle resepi ikan salmon.Heh,gigih tu pakai google.Aku tgk,byk resepi buat salmon goreng butter ngan sos krim ajer.Masak kicap tak bulih ker? Hahahahaha...
Malas plak nak buat sosnya...lagipun bila aku tanya lakiku dia nak makan camne,dia kata dia taknak sos krim tu..tak kena ngan seleranya.Makanya,aku goreng butter garlic + black pepper + sayur campur dan bila nak makan ngan nasik ( wajib ngan nasik gak tuh),aku buatlah sambal kicap.


Dah jadi mcm tenggiri goreng...nyaris rentung..huhuhu

Jadilah,resepi salmon kacukan = mat salleh + melayu...ko hado? Hehehehe.Simple,cepat dan mudah....

Hari tu pulak,maksu aku upload gambar dia buat macaroni and cheese.Sodap nampak eh,makanya den mintaklah resepi.Tapi tak buat terus sebab dia suh beli mangkuk pyrex dulu..baru stylo mac n cheese kat dalam tu katanya..hahahaha.Gurau kasar sungguh...hehehehe.

Anak-anak aku memang suka mac and cheese,diorg tak suka aku buat macaroni goreng.Wah..nak makan yg pure resepi mat salleh ajer..selalunya aku masak yg segera tu ajer..jenama San Remo tu.Tuang air,tuang susu,tuang macaroni,kacau-kacau,siap...


Ihsan gambar:Google

Last weekend,try lah buat ikut resepi maksu.Tapi,versi derhaka sebab tak buat 100% seperti yg disuruh,contohnya tak pakai pinggan pyrex..muahahahaa..aku tibai apa bahan yg ada jer.



Ni lah hasilnya...maafkan kerentungan yg berlaku.Dah masuk oven,ejas suhu sesuka hati,ni lah jadinya.Tapi,Alhamdulillah,anak-anak aku suka.Lagipun,adik-adik ipar aku pun ada,makanya dalam masa yg singkat saja...licin.

Rasa takde lah hebat sangat sebab aku pun tak follow resepi betul betul,plus ni percubaan pertama.Saya janji maksu,lain kali saya tak derhaka lagi..ahaksss....

Ingatnya nak tepek resepi beliau kat sini tapi disebabkan beliau hanya PM resepi itu di FB dan menggunakan bahasa Terengganu,aku takut org tak paham...maka..tak jadilah.Hehehehehehe...

Itu sajalah....nak tido dahhhh...





Monday 25 February 2013

DUGAAN DI HARI BUSY SAYA

Hari ini agaklah bizi...sebabnya biasalah,dah nak masuk hujung bulan.Gaji dah masuk,maka masa utk bayar segala hutang piutang dan bil-bil.Baik settlekan awal2 kalau tak,area 28hb ke atas tu biasanya bank,post office dan segala pejabat adalah penuh.Dgn keadaan yg dah kurang cergas,tak elok aku nak bersesak ngan org ramai.

Nak tambah derita aku bulan ni,dua-dua road tax kereta akan menemui ajal dalam minggu ni...huwaaaa.Korg pun, kut yer pun napelah nak expired secara berjemaah? 

Udahlah hari senin,aku pun ada monday blues jugak tau.Malam semalam pulaklah tido takleh lena,tak tahu lah kenapa.Pusing sana,pusing sini,golek-golek pun xleh lena.Ntah kul bape lelap ntah.Subuh2 bangun dlm keadaan tingtong...siapkan Hakim ke sekolah,dan dua lagi budak tu pun walaupun sorg sekolah petang,sorg tak sekolah,tetapku siapkan jua supaya dpt ku hangkut bersama.Malam sebelum tido,nasib baik aku dah settlekan kain baju yg belum lipat,iron baju laki dan Amani,susun buku Amani dan kemas rumah siap-siap.

Dah hantar Hakim ke sekolah,pergi bank dulu.Settlekan urusan hutang piutang.Lepas tu,terus ke Tesco Shah Alam,pergi post office sana.Senang sket,lepas settle roadtax keta aku,terus aku breakfast jer kat sana.Bebudak ni sumer dah makan kat rumah,diorg punya amma saja belum makan.

Tau-tau dah pukul 11,terpaksalah balik dulu sebab Amani nak kena siap-siap gi sekolah plak.Kul 12 amik Hakim,hantar Amani..aku meneruskan destinasi ke Glenmarie utk urusan roadtax keta lakiku pula.Sampai sana,parking pulak takde.Rasa nak nangis kat situ jugak.Dah lah tu...tayar keta aku pulak pancit.Huwaaaa...ingat nak singgah kedai tayar,tapi lakiku suruh aku pam dulu,karang dia yg settlekan.Dia tahu,kalau aku pergi sendiri,masak aku kena goreng ngan tokey kedai.Aku ni kan bukan tau apa pasal keta...org cakap ini tukar itu tukar,sume aku iya kan ajer.

Baliklah rumah dulu,tgk2 Hakim dan Rafhanah dah lelap dalam keta...alahai kesiannya...Dah sampai rumah,lepas Zohor,terus aku masak.Untuk lunch Hakim,aku belikan pau kegemaran dia ajer.Sabar yer nak,hari ni lambat amma masak nasik.Sesambil tuh,jemur kain.Tetiba,nampak "Cik Si Ti..." main main kat ampaian.Aku tibai penyembur lipas jer kasi halau,walhal tak lut pon.Tak kiralah,janji hati aku pueh...lari jugak dia.Tak penah-penah ada,hari ni jugaklah nak menziarah...adohai....

Kepala dah dingdong,tapi urusan tak settle lagi.Elok habis masak,kedua-dua budak sudah bangun.Lagi sekali menuju puncak ke Glenmarie.Tapi,ntah naper,hari ni jugaklah polis pilih masa ni nak buat roadblock...huwaaa lagi utk kesekiankalinya...mata aku ni dahlah hampir nak terpejam,kena plak dgn kelajuan siput sedut,memanglah lagi nak lena.

Dah sampai,ada plak insiden yg aku akan citerkan lain kali sajalah.Tunggu sampai malu aku hilang dulu...huwaaaaaaa.

Akhirnya...settle.Alhamdulillah.Marilah pulang ke pangkal jalan....tapi....

Tak abih lagi,dua org budak itu masih nak mendera aku dgn nak menyinggah kat tempat mainan...huwaaa

Duduklah aku melangut kat situ kejap dgn mata yg dah nak ditarik-tarik.Utk ilangkan bosan,ku tepon emak di kampung.Masa ni baru nak ingat ibubapa...ceh...

Balik pun dah kul 5 lebih.Tak sempat aku nak take a nap ke apa,lepas Asar,aku kena standby nak amik Amani plak.Kalau aku tertido,naya ajer...

Balik-balik ajer,lakiku dah menunggu di muka pintu...aik,pelik bunyinya.Cam aku plak yg keja,dia surirumah.Dia sambut bukan apa,mintak kunci keta,nak bawak keta cabuk aku tuh repair tayar...

Akhirnyaaa.....masa untuk rehat.Baru nak feeling diva ateh tilam,tgk jam,alemak..dah nak Maghrib.Lepas Maghrib,anak-anak dah comel,wangi,suap makan,aku suh gi main.Amma mau rest.Tetiba,lakiku balik,nak makan katanya...

La ni,sumer dah settle.Anak dan bapak sumer dah comel dan kacak serta kenyang.Time ibu pulak nak bersuka ria atas katil.TAPI......

Mata aku pulak yg terjegil jegil mcm dah tido 10 jam....kenapa ini sumer terjadi????? Tidakkkkk!!!!!

Lantas,aku bangun mengupdate blog.....

Sekian,itu saja hari bizi ku......hukhukhukhuk....

 Hek elleh,bukan selalu pun bizi...hari-hari lain rilek ajer.Saja bikin kecoh.Bukan apa,hari lain biasanya lancar jer,time bizi jer,mcm mcm jadik.Takpe,dugaaaaaaaaan.....




Saturday 23 February 2013

AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON

Memandangkan hari tu dah bercerita alkisah reunion kat PD,aku teruskan saja ke sambungan ketiga pasal tempat kami menginap.Ni kan kenangan...huhuhuhuhu.

Tak banyak sgt menceceh,layan gambar sajalah...


Tempat buat coffee ada sinki terus,takyah masuk bilik ayaq..jakun sungguh lah aku nih kan..

Pesal apa banyak hotel aku pegi skang takde bath tub? Jimat air?

Katil pun besor...

Ada daybed,takyah mintak katil tambahan.Tapi takde selimut lah,terpaksalah aku tarik cadar dia utk selimutkan Amani.Tapi,rasa cam boss bila lepak sini sambil tgk pemandangan kat luar.

Masa aku nak book kat sini,Deluxe dan Premium dah fully booked sebab ada banyaaaaaaaak company buat event / conduct course kat sini.Wahhh...sangat hangat dipasaran gitu.Maybe sebab rate dia takler berapa nak mencengkam dikalbu kut.( lain lain alasan sila tanya company itu sendiri,muahahaha)

Aku book Executive Studio ( Vista Wing) pun baru RM339 nett,tapi aku pakai corporate rate lah.Tapi,idoklah byk sgt kurangnya.Dan,biliknya (bagi aku la) sangat cantik,view memang indah.Tu pun takde rezeki nak dapat bilik Straits Studio ( View Wing) yg mana bila aku tgk kat website dia,lagi cantik.So,agak berbaloi di situ..eh..iklan pulok.


Ni lah view dari tingkap bilik.Takde balkoni..tapi kira okeylah.Ada balkoni pun mesti aku tak bukak pintu,cuaklah bila ada anak kecik.

Kawasan sekitar hotel...

Gym..kami masuk saja-saja jer sementara kids centre dibukak,tapi sampai sudah tak bukak bukak

Tempat parking bot..org panggil apa ek,dermaga,limbungan,pelabuhan? sila pilih mana yg berkenaan...hehehehe.Dari bilik pun boleh nampak

Amani dan emaknya...

Keluar dari hotel nak gi cafe utk breakfast..nice view.

Swimming pool

Eh..dah masuk kolam kau nak?
Kawasan pool boleh tahan besar.Yang penting pemandangan cantik,cuma masa first day tu agak terganggu dengan bunyi hon bot.Ntah sapa punya bot duk memekak ntah.Tapi kat area pool ni lah letaknya kids centre,gym dan cafe.Kena jalan sket lah dari bangunan yg menempatkan bilik tu,tapi bukanlah jauh sgt.

Posing dulu sebelum makan

Tu dia..melantak.

Variasi makanan kira okeylah,rasa pun kira okeylah.Boleh tahan sedap.Aku ni,semua pun sedap.Ntah lah,aku pun tak reti sgt nak kategorikan mcmmana,tapi kiranya,puas hati lah.Tak azab sangat,tak mewah sgt.Wassatiyah gitu konsepnya...

Itu sajalah review saya...kiranya tak menyesal lah stay kat sini.Bilik besar,cantik dan luas,pemandangan cantik dan area hotel yg sungguh menarik.Sekian terima kasih.

Untuk lebih info...silalah tgk sini

Wednesday 20 February 2013

REUNION LIMA SEKAWAN-PART 2

Bersambung balik cerita reunion 5 sahabat,eh,,tinggal 4 sebab sorg tak dapat join.Makanya,kami bersepakat membawa berkat utk mengadakan pertemuan penuh bersejarah tu kat PD.Perghh,ayat sungguh patriotik sekali..hehehehehehhee.

Kenapa pilih PD? Ini kerana,selain utk berjumpa,bolehlah bercuti bawak family sekali.Haruslah kena cari tempat di mana anak-anak boleh bersantai bersama bapak-bapak mereka agar emak-emak boleh bergossip,bertepuk tampar dan bergurau senda seperti dahulukala dengan hati yg tenang :)

Jadi,tempat pertemuan adalah di Avilion Admiral Cove,Port Dickson..pada 3-4 February 2013.Citer pasal Admiral kemudian hari,yg penting,cerita pasal pertemuan ni.

Kami-kami ni bukan tak contact langsung.Masih berwasap bersama,ber FB dan ber SMS.Tapi pertemuan empat mata di darab empat dan ditambah lagi berpasang pasang mata ( sebab bawak family ) adalah lebih bermakna.Jom layan gambar yer kengkawan...

Masa check in,aku,Ija dan Julie ngam ngam sampai sekali.Dah janji nak jumpa kat sana pukul 3PM tepat waktu Malaysia sebab check in pakai nama aku sorg,so aku kena collect kunci.Nieyza maybe pakai jam waktu Vietnam sebab pukul 5PM baru dia sampai..kahkahakahakahakah....

Biasalah,sampai pun dah 3PM,masing-masing amik kunci,rest dalam bilik.Pukul 4 lebih mcm tu,aku bawak anak-anak mandi kat swimming pool dulu.Masa ni aku tak ambik gambar.Pukul 5 lebih kurang,Nieyza pun sampai,aku bawak diorg naik ke bilik dulu,kasi diorg rest.

Pastu aktiviti berkubang kat pool plak.Nieyza naik kejap,pastu turun bwk anak-anak.Maka,bermulalah adegan beramah mesra tepi pool.Seronok sgt.Anak-anak? Pass kat bapak masing masing.Kami,ibu ibu ada agenda yg lebih penting.Malangnya,takde plak gambar kami kat tepi kolam tu.Lagipun,mana boleh letak sini,kami sexy sangat..hahahahhahahaa.

Siap melepak order makan lagi.Beli sandwich half dozen gitu dgn jus buah dan french fries.Konon utk anak-anak tapi yg lebih melantak emak-emak ni ha.Hakim plak merajuk sebab aku tak order nasik.Mana ada org makan nasik tepi kolam nak oii..last last daddynya bawak diorg pergi makan kat cafe.Rafhanah plak tido,terpaksalah aku pangku sambil duk tepi pool.Gigih tu,dengan perut boyot,tgn naik kebas memangku dia..semuanya demi nak menghabiskan masa ngan kengkawan lama....iskiskisk..korg terharu tak? Keh keh keh keh keh....
 

Dari kiri,baju pepel,aku ler ,Julie,Nieyza,Ija,Baby Iman dan Mama ( Mak Ija).Belah depan ialah anak-anak



Berkumpul dan berposing dulu kat lobby sebelum kami keluar dinner.Laki laki kami tgh sibuk gi amik kereta,jadi tak masuk dalam ini gambar.Dinner kat satu restoran yg aku lupa dah namanya,tapi location sebelah Petronas.Ada satu area kat dalam restoran tu agak privacy utk kami ber huha huha...



Posing lagi sebelum makanan sampai.Bila makanan sampai,gambar makanan pun tak sempat nak snap sebab masing-masing dah kebulur gamaknya.Hahahahaha.Sambil makan,sambil sembang tapi tak gossip mana sebab laki masing-masing ada.Jaga kesopanan dan kesusilaan.Hehehehehe.



Gambar ni xleh dibubuh saiz besar sebab terkeluar frame.Korg click lah yer utk tumbesaran..hehehehe

Ha,pilih gambar laki masing masing yer...
Sebagai owner blog,haruslah muka laki aku yg ditonjolkan secara berleluasa...wakakakakakakakaka.
Gambar kanan,Amry dan Fairuz sedang ber camwhore together gether...hahahaha.Oh,lupa nak cakap,laki Nieyza dan Ija juga ex-student matrik batch yg sama.Jadi,ni reunion utk diorg jugaklah.Bertemu jugak diorg jodoh dari kawan-kawan matrik.

Malam tu,lepas makan,memasing terus balik kecuali Ija n family serta Julie.Diorg merayap jap gi pasar malam.Tak lepak dah aku,masing-masing dah penat.Tak lama lepas tu,ada org ketuk pintu,rupanya Ija datang hantar jagung rebus.Time kasih ler...rafhanah yg ngabihkan.

Pagi-pagi buta,kami turun breakfast asing-asing.Maklumlah,kapasiti askar yg berbeza beza membuatkan kami x dapeklah nak gi together gether...nanti sambung lagi pertemuan lepas breakfast.

Memandangkan anak-anak Nieyza lebih kurang sebaya dengan anak-anak aku,makanya mereka dah jadi geng.Kecoh Amani ,Hakim,Rafhanah,Zahra dan Najwa nak makan sama, nak gi bilik kawan la..seronok sgt tgk depa ni.Anak Ija,si Iman,bayi lagi.Combong plak tu ngan aku...asal tgk muka aku nangis...asal aku tegur,nangis.Ada saka bayi ke apa aku nih?Hehehehehe...geget kang baru tau.

Lepas tu,pegi pool lagi,tapi kali ni,anak-anak jer yg main.Tu pun kejap jer sebab kami nak kemas-kemas barang.Masa aku nak kemas-kemas tuh,Hakim dan Amani sibuk nak ke bilik Nieyza sebab nak main dgn Zahra dan Najwa.

Memandangkan kami stay semalaman ajer,takde lah lama sgt nak berkemas.Baby Ija dah tido,plus Mama dia pun ada nak tgkkan Iman,makanya Ija dan Julie datang lepak kat bilik aku.Laki aku plak keluar ntah gi mana sementara Amry temankan bebudak yg sedang bermain,jadi Nieyza pun join melepak sementara nak check out.Apalagi.......sambung lah berborak sampai tak sedar masa berlalu.Sedar-sedar,dah tiba masa utk check out...huhuhuhuhuuhu.



Dari kiri,laki Nieyza (Amry),laki Ija ( Fairuz) laki aku (duduk...sebelum tu dia baring),Aku (duduk),bebudak,Julie,Ija dan baby Iman,Mama dan Nieyza.Jgn plak tanya mana laki Julie,dia masih single dan mantain muda.Kami pun sama...hahahahaha..sapa nak ngaku tua kan?

Kami bergambar lagi beramai ramai sebelum gerak balik.Sorrylah Ija,penat ko posing tapi cahaya matahari itu telah menyepoilkan gambar ko,muahahahahahhaa.



Bebudak yg dah jadi kawan..seronok sangat tgk diorg kamceng.Siap dah janji nak gi rumah masing masing.Si petah Najwa siap ajak Amani datang Bangi dgn alasan.." Ala,bukan jauh pun Bangi tuh.."
Najwa oh Najwa....

Begitulah kenangan manis kami dua hari satu malam.Memang tak cukup utk catch up berita terkini hiburan sensasi.Masing-masing pun hanya sempat borak cerita cerita terkini saja,takde masa nak imbau kenangan-kenangan lama.huhuhuhu.Maybe next time,kami boleh arrange lagi reunion mcm ni.Maybe nak ke utara plak so Non boleh join.Kalau boleh,nak lama sket...barulah havoc kan.

Huwaaaa.....rindu korang semua....till we meet again.....




REUNION LIMA SEKAWAN

Pada suatu hari....hehehehehe,ada sorg budak,nama dia Ija.Tetiba dia PM FB kat 4 orang budak yg bernama Umi a.k.a Rafhani ( tuan punya blog),Nieyza,Julie dan Non.Lima org budak ni dulu geng geng sekuliah masa kat Matrik 2 Kampus Induk USM.Masa tu program matrik 2 thn,tahun pertama USM campak kat sekolah2 sains serata Malaysia,thn kedua barulah kat kampus induk.

Masa matrik 1,budak nama Ija tu kat sekolah lain SYED PUTRA namanya,lagi 4 kat SOKSEK.Bila masuk matrik 2,dia combine balik ngan Julie,bestfren dia sejak kecik.Masa memula kenal..budak nama Umi tu bersangka buruk benor ngan Ija tu,katanya..." Nampak kerek jer..."

Hahahahahahahaha...walhal,lepas tu diorg jadi kawan baik...nyaris nyaris nak bersedara..apakan daya,jodoh tak sampai...kahkahakahakah.

Masa tu,geng berlima ni nak kata jahat jauh sekali,nak kata nakal pun tidaklah juga sebab Julie,Non dan Nieyza tu sangatlah lemah lembut.Yg jahat lagi dua org tu jer.Paling jahat,Ija lah...hahahahahaha..kene lagi.Tapi,diorg nakal-nakal sesama diorg ajerlah.

Masa tgh kuliah,main "SMS"/Whatsapp, tapi bukan pakai henpon sebab masa tu Umi tu miskin lagi,takde henpon pun (lgpun whatsapp mana ada lagi masa tu,hahahahha)Yang ada walkman buruk utk dia layan lagu Hindi masa cikgu tgh mengajar.Tu pun,walkman tu dia tibai adik dia punya.Jadi,lima org ni menyebarkan gossip atas kertas...siap tulis nama samaran walhal mcmlah tak kenal handwriting masing-masing...puiiii

Lima-lima ni memang ada skandal masa tuh,tapi lelaki yg di "skandal"kan tu tak tahu pun yg beliau ada skandal ngan budak berlima nih.Camno tuh???? Hahahahahaha
Mangsa-mangsa skandal tu termasuklah cikgu matematik yang taklah hensem mana,tapi sebab dia sorg jer yg masih bujang dan ada kerjaya,maka dia lah jadi mangsa.Tak mainlah teman sekuliah buat skandal,PTPTN pun blm dapat,miskin semuanya...hahahahahhaha.Kalau ada pun,sebab dia ensem jer ataupun anak Datuk.Tapi,malangnya,diorg tak tau pun diorg ada skandal ngan budak-budak berlima nih...kesian kan?

Budak berlima ni kalau dah bergossip ataupun cerita pasal skandal,memang mengerikan.Gelak pun mcm langsuir...ishhh,anak dara sapalah ni...tapi itulah seronok.Bila dah mengilai,langsung tak ingat apa dah,terasa dunia,diorg yg punya.Lepak-lepak kat cafe,usha pakwe...eh? 

Itu citer tahun 1999...

La ni,di tahun 2013,masing masing dah bekeluarga,beranak pinak.Rasa cam tak percaya jer.Cepat sungguh masa berlalu.Awal January,2013...budak nama Ija tetiba cadangkan buat reunion.Rasa rindu membuak buak.Memandangkan dalam team tuh ada dua pompuan yg bernama Umi dan Nieyza sedang berperut boyot,maka dicadangkan reunion tuh dibuat secepat mungkin,takut ada yg terberanak kat tempat reunion.Naya ajer...sapa nak jadi bidan? Of course lah Ija dan Julie...kahkahakahakah...

Oh,di manakah Non? Takkan tertinggal? FYI,di antara mereka berlima,empat merantau ke ibu kota,Non masih setia di utara.Makanya,Non tak dapat nak join.Tapi takpe,next reunion,mereka akan ke tempat Non.Mungkin balik ke Pulau Pinang...tempat yg nostalgia buat mereka....

Intro panjang berjela...cerita reunion belum bermula.Oleh kerana,tuan punya blog dah mcm nak mampus tahan ngantuk,maka cerita ni akan dijadikan part by part...yg ni mukadimah jer....

Sampai ketemu di lain episod....Ija,Julie,Nieyza dan Non..sabar menunggu yer....heheheheheheh

 
 



 


ROTI,SUSU DAN VITAMIN

Aku kalau pregnant,selera pada nasi akan berkurang.Hamboiii...mai hormon mat salleh ke apa? Kecuali masa mengandungkan Hakim,time tu suka makan nasi.Sebab tu Hakim xleh hidup tanpa nasi.

Jadi,sepanjang pregnant yg ini,aku jarang makan nasi waktu tgh hari.Selalunya aku bantai jer apa-apa,roti ke,biskut ke,goreng bihun / mee / macaroni utk lunch.Malam jer baru makan nasi,itupun takat sepinggan aje.

Tapi,takpe..lepas beranak kelak,selera naga aku akan kembali..hehehehehee.

Sejak dua hari kebelakangan ni,tetiba rasa teringin sangat nak makan roti butter.Makanya,dah dua hari berturut turut "shopping" sakan kat Baker's Cottage.Beli tak hagak-hagak banyaknya...




Nah,dua supik ( beg plastik dalam bahasa Trg ) sekali beli.Ini stok untuk sehari jer nih.Semalam pun mcm ni punya banyak jugak aku beli.Juga lenyap dalam masa sehari...ish ish ish..buruk bebenorlah melantak.




Roti butter tu saja empat ketul.Roti sosej tu untuk anak-anak kut2 petang nanti diorg nak buat minum petang.Tapi selalunya diorg makan sosej tu jer.Rotinya aku yg kena ngabihkan.Baik aku goreng sosej jer..alahai...




Blueberry cheese tart kegemaran Amani.Segala mcm kuih yg mengandungi blueberry dia suka.

Ni bukan iklan,ni sample susu free..hehehehehe.Anmum pun ada.

Aku jarang minum susu tepung.Susu segar aku boleh telan,tapi memang tak boleh nak hadap sangat dengan susu tepung.Sejak mengandungkan Amani,paling kuat pun, aku hanya boleh habiskan setengah tin atau kotak susu tepung untuk wanita hamil nih.Masa mengandung sulung,rajinlah laki aku bancuhkan susu tiap2 hari,masuk anak kedua dan ketiga,dia dah tak kuasa sebab aku memang degil sgt.

Dulu,kalau dapat free sample dari hospital tiapkali aku check up,aku bagi kat org..tapi kali ni aku rasa cam sayang plak kalau tak habiskan.Macam jugak supplement dan vitamin yg doktor bagi,dulu aku tak pernah makan sebab aku kan penakut ubat.Telan pil mcm kena telan racun kekdahnya.Tapi,sedar diri umur dah bertambah atau dgn kata lain,udah tua..aku taklehlah nak degil2 sgt dah haih.Kena fikir jugak kesihatan baby dalam perut,jadi pregnant kali ni,rajin aku makan vitamin dan minum susu.

Tapi,susu tu aku bancuh ngan milo supaya baby aku sihat dan kuat...hehehehhe. ( walhal xleh telan kalau x campur milo )

Apa-apapun,aku mohon pada Allah,berikanlah aku dan bayi dalam kandungan ni kesihatan yg baik.Amin.

Tuesday 19 February 2013

INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH- AMAH DIPENJARA 20 TAHUN


UPDATE : INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH - AMAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 20 TAHUN


 Yuliana   Ibu panik anak tiada tindak balas

Amah dera bayi dipenjara 20 tahun

KUANTAN – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.
Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata  ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.
Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.
Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.
“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.
Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.
“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.
Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.
Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi  kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
 Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.

CREDIT BERITA DAN FOTO : SINAR HARIAN


Syukur pasangan ni pasang CCTV kat rumah,at least ada bukti kukuh.Tak dapat lah pelaku ni nak berdolak dalik.Takleh imagine kalaulah takde rakaman ni,ntah berapa lama kena dera baru tahu agaknya.Kalau nampak lebam-lebam,mcm mcm boleh didalihnya.
Aku kesal sebab si pelaku ni pun ada anak.Mana agaknya naluri keibuan tu?
Semoga baby Hareez cepat sembuh seperti sediakala dan begitu juga semangat ibubapanya..
Amin...
 




Monday 18 February 2013

MARI MEMANCING

Weekend selalunya kami sekeluarga akan merayap..selalunya redah shopping complex.Bukan nak shopping pun.Selalunya,jalan-jalan pastu makan,pastu balik.Ya,kami memang suka makan...hehehehehehe.
Tapi,adakalanya bosan jugak pergi tempat sama,sampai tak tau nak buat apa.Tapi keluar tetap keluar sebab kalau tak aku yg merengek nak keluar,jap gi petang petang,laki aku mesti ajak keluar jugak.
Weekend lepas,kami gi memancing dan"berkhemah"...hehehehehe.
Memula aku malas nak ikut,tapi masa tu Amani pun dah keluar ikut makcik2 dan pakciknya keluar ( adik2 ipar aku datang bermalam kat rumah),tinggal kami jer anak-beranak.Pastu laki aku ngajak anak-anak pegi mancing katanya,takkan aku nak terlopong sorg2 kat rumah.Last,ikut juge....
Keluar dah petang...pukul 6 dah.Sebelum ke tasik,singgah dulu kat SACC Mall,beli umpan bekal.



Sampai dua kotak donut...tamak haloba..Si kecik tgh amik air cekelat nak minum,haushhh katanya.

Dah minum,makan plak...sementara daddy siapkan kail.

Beria ia daddy siapkan pancing buluh nih.Buluh ntah mana dia sebat ntah...

Bukanlah mancing beria ia sangat.Cari cacing pun tak jumpa.Pakai umpan tiruan yg dibeli 4-5 tahun lepas,hahahahha.Ingat ikan zaman cyber ni boleh tertipu ker? 
Ni cuma untuk ngajar anak-anak beriadah...jgn asyik nak nengok TV ajer.Tapi jgn sat gi asyik nak mancinggggggg jer pulak.




Okeh,"khemah" dah set up,pancing dah pacak tepi tasik...jadi makan time!!!
Khemah tu sebenarnya khemah mainan kekanak yg dibeli kat TESCO dgn harga RM37.Hahahahaha.Takyah sesusah nak pakai tiang segala...bukak jer gulungan...tadaaaa...siap.

Masa siap pacak pancing dah kul 6.30.Tetiba Amani call,rupanya dah sampai kat rumah,tgk kitorg takde.Terus merengek nak datang jugak.So,adik ipar aku datanglah hantar dia.Masa tu dah nak gelap dah.


Percubaan utk buat unggun api kononnya...
Memang ni hanyalah latihan untuk berkhemah sebelum pergi berkhemah betul betul.Ada cita-cita dah tuh bebudak ni pasal daddy dah janji.Apa-apa ajelah,janji korg hepi yer nak...

Khemah senget..hahahahahhahaha

Hasilnya hari tu takde pape...hahahahahaha.Ikan ikan tak ndak pun makan umpan tiruan tuh.Tapi takpelah,tak frust pun bebudak tuh.Saja nak merasai suasana tu jer pun..yg penting,diorg bawak kenangan manis balik ke rumah.Penat tapi ceria jer diorg hari tu...


INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH

Skang tgh hangat dengan video bayi yg kena lambung dengan amah kat Kuantan.Hari tu ada kwn FB upload video rakaman CCTV tuh,aku tgk separuh jalan jer sebab tak sampai hati.
Gila!!!
Org gila pun tak sampai hati nak lambung baby mcm tuh.Tak pernah terpikir kat otak aku nih ada org yg sekejam itu.Dan,tak dapat aku bayangkan betapa traumanya mak bapak baby tuh bila tgk zuriat mereka yang sekecil tu dibuat org mcm anak patung.Alangkan kita main timang-timang baby pun bahaya,inikan plak sengaja dilambung lambung.
Dapat kat aku,tak sempat sampai kat polis dah kut,lunyai amah tu aku "lambung"...
Tapi apapun,biar pihak berkuasa yg settlekan dan aku harap dia dapat pembalasan setimpal.Doa aku kepada baby tu semoga dia kembali sihat.Dan semoga family baby tu bertabah dengan ujian seberat ni.
Ramai yg komen kat video tu tapi aku tertarik pada 3 komen :- ( diolah kpd ayat sendiri laa)

1) Diharap ibu bayi tu berhenti kerja dan jaga sendiri anaknya.Jgn lepaskan tanggungjawab kepada pengasuh atau amah.

Bagi aku,cadangan tu sangat bagus.Aku faham org yg komen ni bukanlah nk menyalahkan mak budak ni,hanya bg cadangan,tapi ayat lepaskan tanggungjawab tu bagi aku mcm harsh sket.Kadang-kadang sesetengah wanita bukan saja-saja suka sgt bekerja dan sanggup tinggalkan anak-anak dalam jagaan org lain.Malah,kalau boleh,setiap ibu nak jaga sendiri anak mereka,nak tgk mereka membesar depan mata.Tapi,sesetengah ibu ada alasan sendiri kenapa mereka perlu bekerja.Kita tak duduk dalam kedudukan mereka,jadi tak usahlah kita judge dia.

2) Lain kali check latar belakang amah tu betul2 sebelum ambil mereka bekerja.Kan dah dapat yg mental!

Aku tak pernah ambik amah,jadi aku tak tau apa prosedurnya.Tapi,bukan ker tu semua sepatutnya diuruskan ejen.Bayar ribu riban,kita plak nak buat kerja nak check segala.Kalau mcm tu,takyahlah lantik ejen,perabih duit jer.Lagi satu,mana nak tahu amah tu mental ke tidak.Kadang-kadang org mental ni nampak normal,tau tau esok dia bunuh org.

3) Cadangan untuk menubuhkan day care kat tempat kerja ( ini ada org suggest kat page PM )

Cadangan yg sangat bagus sebenarnya.Aku pernah tgk dalam satu episod drama Desperate Housewives di mana Lynette Scavo pernah cadangkan daycare utk anak-anak staff ditubuhkan kat ofis dia.Dengan cara tu,baru lah senang hati emak-emak yg bekerja ni sebab kadang-kadang boleh gi jenguk anak jap,tapi jgnlah sampai menjejaskan kerja plak.Mana yg breastfeed tu lagilah senang.Lunch hour bolehlah gi BF baby jap.Aku yakin,kalau cadangan ni jadi realiti,kaum wanita boleh jadi lebih produktif kat tempat kerja.Aku faham banyak kekangan yg menyebabkan ia masih tak dapat dilaksanakan,tapi aku berharap sgt suatu masa nanti,ia akan jadi realiti.Hope Kerajaan dapat consider cadangan tu.

Dalam hal mcm ni,memang ibu -ibu bekerjaya selalu dalam dilema.Antara kerjaya dan family.Semoga jalan mereka dipermudahkan.InsyaAllah.

Dan aku harap kejadian kejadian mcm ni tak akan berulang lagi.Trauma....sangat trauma....





Sunday 17 February 2013

MAKAN MAKAN DI HARI RAYA

Sambung balik citer masa CNY...hek elleh,siap bersiri cam drama Adam & Hawa plak.Kut meletop takpelah jugak..kehkehkeh..tak kira ah..nak buat jugakkkk....

Agenda sepanjang raya ialah jalan-jalan cari makan jer.Memula tuh pergi Times Square.Dah bertahun tahun aku duk area KL dan Selangor,tak pernah sekalipun aku jejak kat TS tu...sedeyyy kan.Tapi bila dah masuk..huh,tak menyesal aih tak pergi.Ngan parking pusing2,laki aku dah start hangin.Kitorg singgah makan jer sebab Amani teringin sangat nak makan kat Secret Recipe.Ntah napa dia ngidam ntah.Siap main cabut undi sebab Hakim nak makan pau kat Pappa Rich.Daddynya siap berenti tepi jalan,cabut rumput dan buat cabutan,sapa dapat rumput plg panjang,dia menang...

Adik dah bosan...lapar

Hakim yg makan dengan comot...tak encem langsung!!
Nasib baik service kat Secret Recipe ni cekap dan pantas.Dengan lapar dan bengang..pakej yg sangat lengkap untuk mudah naik angin,tapi dengan layanan yg bagus,darjah ketensenan menurun.Alhamdulillah...bagus...

Next day...balik lah ke tempat faveret kami,Sunway Pyramid.Mungkin sebab dah bertahun tahun asyik ke sana,dah mcm umah sendiri plak..hehehehe.Maksudnya,kami dah selesa ke situ..dah hafal kat mana nak parking dgn cepat,dah tau mana nak tuju..etc.Kali ni nak gi Daiso,beli barang2 cute dgn harga RM5 jer.Sebelum pilih barang,makan dulu...

Singgah kat Manhattan Fish Market.Ada waitress mat salleh pakai cheongsam.Nasib baik dia pakai legging sbb kaki dia yg panjang tu membuatkan cheongsam dia nampak pendek...kata lakiku...Cisss!!


Mmmm...dap nyer...

Amani yg ngantuk...

Appertizer utk aku jer..bukan utk sumer org...Cheezy Chips

Cubaan laki aku utk mencilok air aku yg aku lupa namanya...rasa cam Cornetto.

Ni lah yg kitorg makan...sedap

Jadi,itu sajalah agenda kami di hari raya...hehehehhe....

Makan...

Makan....

Dan....Makan....

Tapi tak MASAK...hahahahahahampeh!!

Friday 15 February 2013

CAFE BELLAGIO,PLAZA MASALAM

Cuti panjang sempena CNY,aku dan family tak ke mana-mana.Dah 2 thn berturut turut dah mcm ni.Sebabnya,nak mengelak kesesakan.Tapi utk ilangkan boring,masih merayap kat shopping complex area KL ni tapi masih mengelakkan tempat2 yg sesak.IKEA contohnya.Tahun lepas dah terkena,ingatkan raya-raya IKEA kosong,rupanya makin melimpah ruah.

Jadi,amik iktibar...hehehehehehe.Kalau merayap pun sekadar cari tempat makan sebab aku pun nak raya jugekk,jadi dapur tak berasap.Kehkehekehekeheh.

Memula,aktiviti sebelum cuti raya.Masa ni last day sekolah.Biasanya time CNY banyak kedai akan tutup bercuti panjang so hari Jumaat ialah hari untuk men"settle"kan segala urusan...Oh My English !!

So,pagi tu,lepas hantar Hakim ke sekolah,aku pergi bank dulu,pastu  breakfast dgn Amani + Rafhanah kat Plaza Masalam.Ingat nak pekena roti canai kat Pelita tapi dah bosan.Boleh kata tiap kali aku singgah bank kat Seksyen 9 tu,kat Pelita lah aku lepak ngan si kecik sampaikan mamak-mamak situ dah hafal muka aku anak beranak...asyik.."Kakak...".Hehehehee.Kalau aku datang sorg,mesti ada sorg waiter tu akan dtg tanya.."Kakak...mana itu budak kecik?"

Eh,panjang plak melalut.So pagi tu,aku round sekejap,ingatnya nak terus masuk Giant beli barang dapur tapi on the way ke Giant,aku "ter"singgah kat satu cafe ni.Cafe ni baru bukak...masa mula2 bukak,mcm kiosk kecik jual pastri jer.Pastu skang dah expand,menu dah tambah,dah ada hidangan spaghetti,sosej,kek,macaroon (betul ke aku eja?) etc,kerusi meja pun dah ada.Comel jer cafe nya.Kebetulan terpampang plak gambar sosej kat kaunter,si kecik terus..."Abuuuuu...adik nak nak nak yg ni..." 
Hamboiii...sampai 3 kali nak nya...

Jadi,apa salahnya try...


Ni lah sosej yg si kecik sampai 3 kali cakap nak.Tapi.....tak sampai dua slice (aku potong kecik2) pastu dia tanak dah.Sibuk nak main.Yang ni tak berapa kena ngan tekak aku,tapi ada org suka jer sebab aku mintak dia pack kan dan bila bawak balik rumah,licin adik ipar aku kerjakan.



Yang ni aku punya.Chicken Pai dengan pastri apa ntah tu...hehehehehe.Lupa plak.Ada inti cekelat.Yang ni...memang sedap.Nyesal amik 2 ketul jer..pastrinya memang sedap.Capuccino tu direkemen oleh budak cashier.Pandai dia jek aku....biasanya aku kureng sket ngan kopi2 kat cafe ni pasal rasanya strong sgt dan pahit.Tapi budak tu cakap tak rasa pahit sgt so try ajerlah.Memang betul...utk penggemar kopi tegar,maybe tak rasa apa,tapi bagi untuk org mcm aku sangat sedap.Recommended...


 
Amani asalnya order spaghetti tapi tgh tunggu order,waiter datang cakap kena tunggu lama sket sebab spaghetti baru rebus.Nak gelak plak tapi betul gak.Pagi lagi,cafe baru bukak dah order spaghetti.Takpelah,aku faham...kehkehkeh..so aku suh Amani gi pilih apa dia nak.Masa kat kaunter,ada sorg akak,beria mintak maaf sbb tak dapek nak hidangkan spaghetti.Owner dia kut..ntahlah.Takpe kak,saya faham...so Amani amik blueberry cheese cake.Licin tak tinggal sikit pun kat aku...huhuhuhuhu.

Nama cafe ni CAFE BELLAGIO.Kat plaza masalam depan kedai speedy video.Bolehlah try kat sini utk nak minum petang ke,minum pagi ker..suasana santai dan tenang jer.Plus budak cashier dan waiter pun baik ajer...lahai...cam nak buat menantu sopan sungguh...hahahaha.

Eh...baru CNY eve,entry dah panjang berjela...sambung esok ajerlah.Nak masak daaa.Isteri mithali lah katakan.

Err...dah boleh bersurai yer...kehkehkehkeh...wassalam...jumpa esok tau....kalo aku tak mungkir janji lah.

Wednesday 13 February 2013

AWANA KIJAL,KEMAMAN TERENGGANU

Kali ni nak up entry citer basi lagi...almaklumlah,aku kan CEO,haruslah busy ngan keje2 "opis" ye dak? Pencapaian harus diutamakan...kut tak nanti hujung tahun tak dapat "bonus"...kehkehekehekeheh...

Masa cuti sekolah hari tu beberapa bulan lepas,agenda biasa lah aku.Mestilah balik kampung halaman tercinta kat Terengganu.

Sebelum balik,aku ikut lakiku pergi Temerloh dulu,seminggu.Pastu balik Terengganu seminggu.Sebelum balik ke Shah Alam,singgah bercuti kat Awana Kijal semalaman ( ni plan menjimatkan tenaga tapi membazirkan duit dan masa,hehehehe.).Lepas tu penginapan di rumah sendiri selama 4 hari 3 malam sebelum ke Melaka pulak ( Next entry) Juga atas urusan kerja...tapi pandai tak aku plan semua tuh? CEO katakan...hihihihihi.Tak lawak pun.

Masa kat Temerloh,aku dah up entry tapi tanpa gambar lah.Masa tu takde mood nak bergambar.Kat kampung pun dah banyak kali post gambar,so takyahlah.Jadi moh cerita percutian kat Awana Kijal plak.

Sebenarnya,dari Temerloh hari Khamis,laki aku terus balik ke Shah Alam sebab dia kerja.Aku plak mintak tolong adik aku kat Kemaman tu ambikkan aku kat Temerloh sebab kebetulan dia nak balik Marang pun keesokkan harinya.So,laki aku just datang ambik jer lepas seminggu.Hari Jumaat dia cuti tapi Isnin kerja.Jadi,kesian kat beliau yg nak terus terusan drive 8 jam,aku suggest singgah Kemaman dulu hari Sabtu
 ( separuh jalanlah kiranya),the next day,hari Ahad baru balik Shah Alam.Alang-alang,ajak parents aku sekali bercuti.

Makanya,aku tempahlah dua bilik kat Awana Kijal ( kat Kemaman Terengganu) hari Sabtu...ingat nak ajak adik aku yg stay Kemaman tu join sekali,tapi dia kerja.Lepas meeting barulah dia datang tapi tak bermalam pun.

Layan gambar jerlah dulu...












Kat atas tu gambar biliknya.Boleh tahanlah...yang ni aku amik bilik Deluxe Room ( paling murah ).Masa tu ada online promo,harga dalam RM270++ ( not including tax) which is aku rasa reasonable sebab peak season kan.Maybe jugak sebab cuti sekolah dah hujung2 tapi biasanya weekend agak mahal jugak rate kat sini.Awana Kijal ni selain dari hotel,ada jugak apartment ( dalam kawasan yg sama) untuk mana-mana yg nak datang dengan family ramai-ramai.

Kalau ada yg tempah secara online,sila bawak salinan hard copy detail tempahan.Selama ni aku booked hotel online,takde yg mintak salinan hard copy,so aku buat vodoh ajerlah datang check in lenggang kangkung.Sekali frontdesk mintak benda alah tu as a proof of payment,terpaksalah aku gi business centre utk print.Seb baik semua tu aku simpan dlm laptop.Tapi,penyambut tetamu nya sangat peramah dan helpful,siap hidang air pandan serai.Muntah terbelelek aku kat kaunter..kehkehekeheh.Pelik sgt rasanya walaupun airnya berbau wangi dan segar.


View dari tingkap bilik.Mengadap pool dan pantai



Hari nak hujan
Kat Awana ni,yang best kat sini ialah kolam renangnya yang besar Siap kolam renang budak mcm kat taman tema,ada gelongsor bagai.Budak-budak mesti suka.Selain tu,ia ada sediakan banyak aktiviti utk pengunjung.Kiranya tak boringlah datang sini.Ada jer benda boleh buat.

Selain tu,untuk org tetua ni...boleh menenangkan pikiran buat aktiviti kat tepi pantai belakang kolam renang ni.Area pantainya sangat cantik,pemandangannya memang menarik.Masa aku datang dulu-dulu,sempat gak naik basikal kat belakang tu,tapi kali ni tak sempat.Aku recommend nih,kalau datang sini,jgn lepaskan peluang ambik angin ker,sun bathing ker kat tepi pantai tuh.Aku nak gi sun bath jadahnya ari tu kan pasal hujan,tak pasal kena panah petir pulak,hahahahhaa.


Lobby


Adik ipar aku dan anak-anak sedarakuuuu


Order kek free coffee okey..kek sedap,karipap tu biasa biasa ajer.Mak aku buat lagi sodap!

Petang tu,seperti yg di plan,adik lelaki aku datang dengan familynya.Kitorg lepak kat cafe kat lobby tu jer pasal hari hujan.Ingat nak bawak anak-anaknya mandi kolam sekali tapi tak sempat.Seb baik,sebelum tu,lepas check in,kitorg sempat berendam seround kat pool sebab masa tu mendung jer.Elok naik jer,mencurah curah hujan.Ingatnya nak ke pantai,kena cancel.Parents aku tak join masa ni sebab diorg nak rehat dan tido.

 Awana ni lobbynya besar bagak...jalan-jalan kat area lobby pun boleh penat...so malas nak snap gambar.Tapi lobbynya cantiklah.

Lepas tu,kitorg terjah bilik parents aku.Biarkan cucu cucu kacau atuk dan umi,hahahahaha.Disebabkan diorg takleh mandi kolam,mandi ajerlah kat tub dlm bilik ayaq jer nak yerrrr...

Esoknya,cam biasalah,lepas breakfast,laki aku bawak anak-anak mandi kolam jap sementara aku berkemas.Lepas check out,kami sekeluarga balik ke Shah Alam,parents aku menghala balik ke Marang.Huhuhuhu,sedeyyynya nak tinggalkan parents dan kampung halaman....huhuhuhuhuhu.

Untuk info lanjut pasal Awana Kijal ni boleh visit website link kat bawah.Awana ni under Genting Resort World lah.Sesapa ada Resort World Card boleh tempah pakai kad tu,tambah point.

Sekian....

RESORT WORLD GENTING