Sunday, 22 February 2015

PERIHAL KENDURI

Assalamualaikum...

Baru sampai kat rumah dari bercuti CNY di kg mertua kat Rembau.Nasib baik tak jammed sgt td.Smooth jer perjalanan hari ni.Beria laki aku keluar command balik pagi hari ni takut jammed.Bkn apa...dia xleh drive tetengah hari dan ditambah ngan slow..ntt dia ngantuk.Suruh co-pilot lagi tak guna,membuta jer tau.

Memang meriah balik bercuti sbb ada adik2 ipar berkumpul sekali.Ada lah geng nak borak kalau tak melangut lah aku sengsorang sbb laki aku tu asal blk kampung jer mesin rumput pagi petang.

Semalam plak sebelah rumah ada kenduri kahwin.Ewah...berlenggang jer kitorg gerak dari rumah gi makan nasik.Alhamdulillah kenyang.Dah petang plak,tuan rumah hantar lauk baki kenduri.Rezeki...

Cerita pasal kenduri ni,adalah teringat seseorg bercerita kat aku.Kira saudara terdekat jugaklah dia ni.Kisahnya,abang dia baru dapat kerja,jadi nak buatlah sikit kenduri kesyukuran.Nak buat kecil kecilan saja sbb bajetnya cuma RM500.

Malangnya,niat baik si polan ni terbantut dek kerana emaknya kata bajet banyak tu tak cukup.Nak buat kenduri mesti buat 3 jenis lauk,mana nak pinjam pinggan mangkuk,sapa nak rewang dia dh tak larat etc etc...end up bertekak anak beranak sbb si abang kata dia cuma mampu bagi RM500 saja dan dia pun tak mintak buat besar besaran,cukuplah sekadar buat mee sup ke apa.Itu saja yg termampu.

Lagipun,niatnya cuma utk majlis kesyukuran,panggil org baca doa selamat dan makan makan kecil saja tapi cara emaknya mcmkan nak buat majlis kahwin.

Akhirnya,si abang batalkan saja niatnya.Dari bertekak dan bergaduh dgn emak,asal niat buat pahala sedekah org makan bertukar jadi dosa melawan emak,baik cancel jer terus.

Bila aku bersembang dgn adik,aku tanya lah adiknya.Apa punca si emak nak buat besar besaran? Bihun sup tu okey lah kut takat nak buat majlis doa selamat jer kut.

Puncanya...bimbang org kampung mengumpat dan mengata.Ada ke patut hidang bihun sup ajer....gitu lah lebih kurang.Cerita si adik lagi,dia pernah berhadapan sendiri situasi di mana waktu dia pergi kenduri salah sorg saudara kat kampung tu,dia pernah dgr makcik2 kat kg tu tgh berkumpul sambil rewang sambil mengumpat.Full package.Topiknya,cerita kenduri si polan(majlis lain) hidang makanan tak sedap.Tak mcm kenduri yg ni,makanan sedap,mahal.

Aku simpati....

Pernah terfikir tak agaknya mereka2 ni,dek kerana mulut mereka ni..bertengkar anak beranak sipolan ni.Terhalang niat baik nak meraikan kesyukuran sempena dapat kerja.Semata mata nak kejar expectation org kampung utk kenduri yg kita nak buat.

Kita memang boleh cakap,ignore ajelah.Kalau aku lah...memang lantaklah kau situ.Suka ati aku lah nak buat menu apa pun.Kau datang bukan kena bayar,makan percuma lagi banyak bunyi ke? Nak makan...makan.Nak mengumpat..silakan.Dosa kau dapat.

Tapi,fahamlah kalau makcik2 yg hidupnya dikelilingi komuniti mcm ni.Tak tahan kut telinganya mendengar umpatan2 sebegini sampai rela tak buat kenduri selagi tak memenuhi selera dan kehendak tetamu.

Sad but true...

Bagi aku,mentaliti mcm ni perlu diubah.Kalau rasa dh susah nak ubah mentaliti org2 tua ni,generasi pelapis ni kenalah berubah.Betulkan niat kita utk buat kenduri ataupun ketika menghadiri kenduri.

Ini aku rasa sebab budaya dah sebati dlm masyarakat kita,nak buat kenduri mesti kena gah terutamanya kalau kenduri kahwin.

Masa majlis kahwin aku dulu,kami pernah dgr org mengata majlis kami tak serupa kenduri kahwin.Takde kompang,takde DJ,takde pelamin.Pengantin tercongok jer kat meja makan sengih sengih.Tapi kami tak amik ati pun dan tak peduli pun.Kami ni buat apa yg kami mampu.Lantakla nak mengata,penat kang diam.Kalau nak ikut kehendak org org mcm ni,mau berhutang bergolok gadai.Kang hutang sapa yg nak bayar? Diorg? Tak kan....aku jugak yg bengkok nanti.So...ignore jer.Kalau aku anak jutawan lain lah.

Bila kita dijemput kenduri,pergi makan dan doakan tuan rumah yg baik baik.Makan apa seadanya yg tuan rumah mampu dan tanamkan dlm hati...itu rezeki yg Allah nak bagi utk kita utk hari tu.Ini laki aku yg tegur aku bila aku komplen lauk kenduri tinggal sikit,tuan rumah tak refill blabla.Kena sebijik...padan muka aku.Since tu,aku sedar.Mempertikaikan keupayaan tuan rumah bererti mempertikaikan rezeki yg Allah bg hari tu.Kalaupun dpt makan nasi takde lauk pun,bersyukur lah...kata laki aku.Isk isk isk...mak insaf tau.

Mcm tu jugak kalau kenduri kahwin.Walaupun kita bg tuan rumah duit "salam kaup" ataupun hadiah,jgn pula expect dpt mkn sedap atau mengomel bila makanan tak cukup.Anggap ajelah pemberian kita itu sebagai hadiah utk menggembirakan pengantin.

Jadi dlm kes mcm ni,dah nama pun kenduri kesyukuran,kalau tuan rumah hanya mampu menjamu bihun goreng dgn teh o pun,datang dan rai kan lah.Jgn pula kita berkira dtg berdoa,baca Yassin etc dan mengharapkan makanan sedap sedap.

Aku yakin bukan satu kampung berperangai mcm tu.Biasanya yg mcm ni hanya sorg dua sahaja tapi kutukan mereka inilah yg paling berbekas di hati dan buatkan org jadi tak tentu arah demi nak penuhi expectation mereka.

Nasihat aku pada si abang...ada byk cara nak mensyukuri nikmat Allah.Yang terbaik,bahagian yg diniatkan sebanyak RM500 itu,eloklah disedekahkan sahaja.Hantar makanan pada jemaah masjid ke,sedekah pada fakir miskin atau anak yatim ke atau apa saja.Kalau kenduri kesyukuran nak diukur pada berapa besarnya majlis,itu bukan bersyukur lagi dah,silap haribulan niat dh jadi nak menunjuk nunjuk pula.Dah,settle.

Sekian tazkirah dari setazah...nak buat kenduri jgn lupa jemput...hehehhee.





Thursday, 12 February 2015

AL FATIHAH BUAT TUAN GURU HJ NIK AZIZ NIK MAT

Assalamualaikum...

Malam semalam,detik 9.45pm 12 Februari 2015, kita dikejutkan dgn berita pemergian ulama terkenal Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.

Airmata mengalir sejak dari semalam.Walaupun tak pernah mengenalinya secara peribadi,namun kehilangannya benar benar memberi kesan yg besar pada hati ini.Seolah olah ianya kehilangan org terdekat.Allahurabbi....betapa beliau amat disayangi masyarakat.

Tenanglah di sana wahai tuan guru.Pemergianmu di malam jumaat yg mulia,penghulu segala hari membayangkan betapa kasihnya Allah kepadamu.Rehatlah dari kepenatan tipu helah dunia.Semoga Allah memelihara dan memberkati rohmu.

Beliau sudah pergi menghadap Sang Pencipta...Allah yg Maha Agung.Kita juga akan menyusul tak lama lagi.Semoga sempat membawa "bekal" ke alam sana....

Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al Fatihah




Saturday, 10 January 2015

SHENZHEN TRIP -DAY 2

Assalamualaikum...

Sambung cerita lagi kat Shenzhen -day 2.Suka buat cerita bersiri...

Hari kedua mmg takde apa apa aktiviti lah selain meligan dlm bilik ngan budak berdua ni.

Laki aku awalnya inform aku yg maybe diorg dinner dgn staff kat Shenzhen ni.Siap bwk baju batik lagi.

Masa ni,sorg staff pompuan ada set kan satu group whatsapp utk kitorg -bini bini ku gangster staff supaya arrangekan aktiviti sementara suami2 gi kerja.Takde lain...shopping lettew...hehehehhee.

Memang kat sini syorgaaa la utk shopping kan.Siap travel agent kitorg tu hantar wakil utk bwk sapa sapa yg nk gi shopping tu.

Aku takleh nak cerita kat mana tempat shopping tu sebab aku mmg tak pergi.Uihhh...idok ler teman nak keluar sengsorg tanpa laki dgn membawa dua anak kecik nih.Karang shopping ke mana,diorg ke mana.Aku lagi sanggup memerap kat dlm bilik.

Jadi,diorg pun keluar lah.Ada yg pergi shopping,ada yg pergi Window of the world (yg tak jd pergi semalam).Kak Wan ngan Baby pergi ke sana lah..siap Baby bg aku fridge magnet yg dia beli dr sana.Thank u bebeh...hahahaha.

Aku plak? Layan cerita cina tanpa subtitle..hahhahaha.Okey gak apa...tgk dokumentari.Layan jer sementara dua org tu main.

Siap masak kari ayan ngan telur rebus utk lunch


Tetiba pukul 3pm,laki aku balik.Tanjat boboi...kata ada dinner.Rupanya tak jadi,diorg gantikan ngan lunch.So...happy lah aku.Yeayyyy...leh jenjalan.

Kami ikut jer ketua rombongan.Kami naik train dari station Shaibu menuju ke shopping mall Coco Park.Station train tu mmg dekat ngan hotel.Actually hotel location ni lah yg strategik sebenarnya.Kelilingnya mmg ada byk shopping mall besar dan kedai kedai...kira mcm commercial centre.Ntt kemudian cerita.

Kat sini aku dan Kak Wan tak berapa puas ati...sebabnya...takat nak gi shopping mall,kat KL pun bersepah.Lebih kurang jer pun mcm kat Midvalley ataupun Sunway Pyramid.Biasalah,kedai dlm shopping mall ni,yg ada,butik2 berjenama,siap ada AEON lagi.

Rupanya ketua rombongan bwk ke sini sbb geng2 lelaki nak usha gadget.Murah ke mahal idok ler teman tahu.

Melilau lilau mcm tu ajelah..last2 singgah minum air kat Burger King.Fatih dh ngamuk nak menyusu.Aiya ini budak...duk lah kami kat situ sampailah dia tidur.Dia tidur,kami turun shopping makanan kat AEON.

Rupanya kat sini ada jugak jual makanan dlm tin yg halal.Mcm kari ayam ke etc.So jgn risau yer...Kak Wan ajelah yg beli kat sini.Aku tak lah sbb plan nak gi makan kat kedai semalam nanti.So tinggal nak abihkan stok aje sbb lagi 2 hari dh nak balik pun.Aku beli butter jer nak sapu kat roti nanti dgn coklat.Coklat tu aku beli byk2 utk bekal ke Disneyland...haaa,ntt kendian aku cerita.

Area kat luar Coco Park Mall

Laki aku cuba tiru aksi Pink Panther.Fatih dah lena..


So,dh settle,balik ke hotel.Kami decide nak jalan jalan kat area sekitar hotel jer.Sebenarnya,mmg takyah gi jauh jauh.Kat situ lah tempat shopping yg ideal.Lepas mandi dan solat,terus turun nak gi makan kat restoran semalam.

Masuk jer kat situ..nampak Kak Wan and family.Tak jadi nak masak katanya sbb laki dia dan baby nak try local food.Aku order mee semalam dan laki aku pun order mee yg lain.Lupa plak nak snap gambar.Pun sedap.

Fatih dpt geng kat sini.Aku rasa baby tu cucu owner kedai kut.Sebab dia dtg sambil dukung baby tu dan tegur kami.. " Asalamualaikum..from Malaysia?" Eh,teruja kejap.Mesti ramai org Malaysia dtg makan kat sini.

Berlaku lah insiden kat sini...hehehhee.Si Fatih main ngan baby ni.Lebih kurang sebaya gak diorg ni.Memula dia peluk,cium baby tu.Semua org dlm kedai duk nengok gelagat diorg berdua ni.

Aku dah warning kat laki aku...jgn dibiarkan Fatih tu sgt.Nanti dia tolak baby tu kang...sebab aku mmg tau sgt.Anak aku ni gagah.Tenaga dia kuat.Sekali dia tolak org walaupun guna sebelah tgn pun...mmg boleh tertomoih lah.Dia langgar (yg sebaya dia lah...kut langgar aku xder kesan lah) org pun...mesti tergolek punya.

Dalam diorg duk sibuk melayan keletah dua org ni...tetiba Fatih tolak baby tu.Terus tergolek...adoiiiii....meraung terus.Panik aku takut kang mak bapak dia marah kang....

Hek eleh...kecoh aku kan.Time atuk dia angkat cucu dia...dia senyum jer time kami mintak maaf.Siap angguk2 cakap it's okay.Aku ajelah duk bebel bebel kat laki aku sbb tak dgr warning aku...dasar Joyah sgt..hahahaha.

Tapi kan...mesti seumur idup baby tu dia tak pernah kena buli lagi.Dia melalak sampai lah kami nak balik.Serba salah aku dibuatnya..walaupun diorg tak kisah.Time kami dh bayar tu..dia masih teresak esak...ololololo..cian sgt.Last,laki aku hulur ¥10 kat dia...bg hadiah yer.Sorry,anak acik buat yer...cian dia...biasa si fatih ni.Tapi tau lak dia rasa bersalah.Dia pergi cium tgn baby tu tapi time tu baby taknak dh kawan ngan Fatih..hahahahaha.Comel jer...

Tu lah uncle tu.Yg pakai kopiah tu.Peramah orgnya.Si Fatih ni..memula cium tgn...lepas tu...haippp.Cian baby tu...


Lepas makan...laki aku ajak beli bag pack.Senang katanya nak bwk brg instead of beli bag baju.So rayau lah sekitar tu.

Memang mcm2 brg ada...you name it.Nak brg murah,berjenama semua ada.Baju,kasut,bag,cadar...semua ada.Tapi aku tak berapa ada mood nak shopping sbb mata asyik risaukan dua dua si kecil aku ni.Aku tak tau kenapa si Fatih jadi sgt aktif kat sini.Tempat baru ke or sbb dia baru pandai berlari jd dia nak berlatih jd Usain Bolt...tak tau lah aku.

Merayau..ni semua dekat dgn hotel.Jalan kaki jer..ada mall besar,kedai butik,kedai biasa,kedai runcit...mcm mcm ada

Sini lagi meriah...


Untuk diamkan dia atas stroller..aku belikan pistol mainan .Jangkaan meleset beb....terus dia berlari sambil tembak org kat sepanjang laluan.Adoiii...poning mak.

Si Fatih sibuk menembak sambil lari.Aku jaga dia kat sini sementara laki aku gi beli bag.Nyesal tak ikut.Kat kedai tu byk jual handbag yg murah dan cantik.Sob sob sob.


Tapi sempatlah beli t shirt dan baju utk anak anak.Beli bag dan baju tidur Hello Kitty....alalalaa...sukanya.Jadi lah tu..jimat duit.Esok nk ke Disneyland.Bajet lari kang.

Masa tgh merayau..eh,jumpa waitress kedai makan tadi ngan baby tu.Dia nak balik gamaknya.Aku tak sedar mulanya...dia berdiri sebelah stroller Fatih sambil agah agah Fatih.Bila aku toleh...laaa,terus sembang tapi guna bahasa isyarat lah.Dia ckp cina,aku ckp simple English..walaupun mcm ayam dan itik,tapi kami boleh faham apa yg nak dibualkan.Hahahaa,dapat member...suka sgt.

Memang pengalaman kat sini amat seronok dan menyenangkan.Sepanjang kat sini,aku jumpa org2 yg peramah dan baik aje.Misalnya masa aku naik train,tetiba seorg uncle tua cuit bahu aku.Rupanya dia suruh aku duduk sebab aku dukung Fatih.Beria ia dia suruh aku duduk walaupun dia lah yg patut duduk...terharu mak...huhuhuhuhu.

Dah dpt brg yg dihajati...balik lah ke bilik.Nak kemas brg lagi.Esok pagi pagi pukul 7am nak gerak balik ke HongKong dah...

So sambung later....







Friday, 9 January 2015

TRIP SHENZHEN-DAY 1

Assalamualaikum...

Sambung balik cerita trip ke HK & Shen Zhen dari episod HK1,HK2 dan HK3.

Setelah 4 malam kat HK,hari Rabu kami gerak ke Shenzhen pula utk lawatan kerja kat sana.

Ikut plan asal,diorg semua nak gerak awal pagi tapi laki aku mintak dorg gerak dulu tak payah tunggu kitorg.Kitorg sefamily cadang nak gerak dlm pkl 10am gitu sebab kalau pergi awal pagi takut clash ngan org yg nak gi kerja plak sbb kami akan naik train ke sana.Kalo rombongan lain takpe lah nak bersesak sbb tak bwk anak kecik.Kitorg ni mana nak pikul baby lagi,nak seret bag lagi.

Aku kemas kan baju dlm beg kecik sbb nak pergi sana cuma 2 malam.Bagasi besar kami tinggalkan kat Royal Plaza Hotel sahaja.Bagus servis hotel ni..dh check out pun boleh tumpangkan brg lagi...heheheh.

Turun ke lobby dlm pukul  10am camtu,tgk yg lain pun ada sekali.Rupanya diorg meeting semalam dan decide gerak sekali in case ada ahli rombongan sangkut kat imigresen China...kan naya.Ooo...gitu rupanya...aku jer tak tau laki gi meeting.Ingatkan keluar hisap rokok.

Patutlah boss besar tempahkan kitorg hotel ni.Keluar jer dari lobby,terus ke MTR station Mongkok East ke Lo Wu (border Shenzhen).Memang sgt sgt convenience terutama dgn family kitorg ni.Mana nak bwk stroller Fatih lagi dgn dia yg tak nak langsung duk atas benda alah tu,dgn nak pimpin Rafhanah lagi.Nasib baik ada anak Kak Wan...kitorg panggil dia Baby sbb dia anak bongsu walaupun umur dh cecah 11 tahun..hihihi.Mak dia suruh dia tolong kitorg seret beg.Terima kasih byk2 Kak Wan...jasamu hanya Allah saja yang mampu membalas.

Disebabkan perjalanan akan ambik masa dlm 30-40 minit gitu,maka adalah digalakkan ambik first class coach.Jadi InsyaAllah akan dpt tempat duduk.Aku tak ingat sgt rate dia berapa...dlm HKD70 camtu kut utk dewasa.Just validate Octopus Card tu dekat platform sahaja.Ada platform khas utk first class coach tu.Memang tak ramai org...

Saja nak tunjuk first class coach.Ceh...

Sampai kat station Lo Wu atau juga disebut Luohu...tu dia,ramai aih manusia.Lepas tu masing2 jalan laju laju plak tu.Terjumpa plak dgn ahli rombongan lain.Tapi,bila dh kat kaunter imigresen,terus tak nampak lagi dah sbb ramai sgt org.Ada byk jenis kaunter,ada yg khas utk Hong Kong resident,Macau dan foreign tourist.Lagi plak,nak masuk kena isi borang lagi.Terkial kial nak isi borang sambil beratur sambil kejar Fatih.Memang budak bertuah tu dikawal ketat.Tak sanggup aku hilang anak kat tgh lautan manusia nih...

Alhamdulillah,walaupun org ramai tapi urusan kami lancar.Disebabkan kami bwk Fatih,siap Pak Kastam tu bg potong que lagi...haaa,saya suka saya suka.

Sebelum masuk ngadap imigresen...suruh Hanah posing kat sini dulu.


Kat sini yg beza dgn HongKong adalah communication barrier.Diorg hanya bercakap bahasa Mandarin/Cantonese.Time ni lah aku menyesal tak ambik kelas Mandarin kat U dulu...bila tanya soalan dlm simple English pun,diorg akan balas balik ngan bahasa cina jugak.So,kdg2 kitorg kene guna bahasa isyarat.Tapi...jgn risau sgt...masih boleh survive.

Kat sini,ketua rombongan ingatkan kami kalau nak gi mana mana,mintak tolong staff hotel tuliskan nama tempat dlm bahasa Cina kat kertas termasuklah nama hotel.Jd senang tunjuk jer kat driver taxi tu in case diorg tak tahu berbahasa Inggeris.

Awal awal sampai dh kena auta ngan ulat teksi tau.Tulah...dh terpisah ngan group lepas tu masalah komunikasi plak.Nak amik map kat mana tak tau.Bila tanya sekitar,rupanya dijual.Tak jadi ambik.Datang sorg lelaki..offer taxi.Ingatkan taxi standard tu lah,rupanya prebet sapu...eh,tak jugak.Keretanya agak mewah makanya tambang juga lumayan.¥150 dia caj.Sampai hotel jumpa ahli rombongan lain...diorg ckp kene beratur amik teksi tapi pintu mana ntah,tambang ¥15 jer.Huhuhuhuhu...nangis mak.Jadi,hati2 yer,make sure ambik taxi biasa jer.Map pun hotel bg free jer.Nasib tak beli.

Currency sini ialah Yuen/RMB(¥).Ada org ckp,kalo nk beli brg kat area station LoWu (LuoHu),ada kedai yg masih terima HKD tapi eloknya tukar jer siap siap.Sonang.

Check in kat Metro Park Hotel.Masa sampai tu still awal lagi dlm pukul 1pm tapi kami dibenarkan check in.Cuma kena tunggulah kejap sementara housekeeping bersihkan bilik.Masa aku masuk,amoi cantik tgh kemas.Lawa sungguh,sopan dan sentiasa senyum jer plak tu.Nasib baik laki aku gi hisap rokok kat bwh kut tak ada yg bwk blk madu dr Shenzhen...muahahahaha (nak sgt ke?)

Sampai jer kat bilik...si Fatih dh start mengganas sampaikan amoi hsekeeping tu bg isyarat kat aku yg dia letak tempat habuk rokok belakang TV.Hahhahaa...paham dah dia.Rafhanah plak tertidur atas sofa...cian.Penat yer nak?

Rehat sekejap,mandi,makan dan solat,kami turun ke lobby.Cadangnya nak ke Window of the world.Nak sewa bas utk rombongan kami.Tunggu hampir sejam melangut kat lobby...tak sampai sampai.Depan hotel tu ada polis buat latihan tangkap penjenayah dan ada demonstrasi bomba jugak.Jadi..dh mcm tgk wayang plak kitorg kat depan hotel tu...hahahaha.Tak lah bosan sgt cuma aku keletihan nak kejar si Fatih ke sana ke sini.Yg lain lain hanya mampu tersenyum jer tgk kitorg berkejaran riang...adoyaiii...

Dah lebih sejam...kentut asap bas pun tak bau,ketua rombongan cancelkan trip sbb dh lewat petang pun.Jadi,masing2 jalan sendiri sekitar hotel jer.Ada ahli rombongan nak beli beras tapi diorg menghala ke shopping mall.Kitorg sefamily plak redah lorong2 belakang bangunan.Jumpa kedai runcit.Dapatlah beli beras pakai timbang.Kitorg beli ¥3 sahaja.Selain tu,beli telur,buah dan mainan jugak.Nak inform geng2 lain,takleh nak call.Takde sapa yg beli simcard sini.Laki aku whatsapp dorg,takde yg reply.Bila blk bilik...baru tau dorg beli beras kat shopping mall yg bungkusan 5kg.Harga ¥30.Tapi takpe sbb pastu diorg agihkan kat member2 lain yg tak jumpa2 beras sampai ke sudah.Sbb bila tunjuk gambar beras kat local sini,diorg tunjukkan nasi.Pengalaman kan?

Kawasan bahagian depan hotel.Byk gila kedai kat sini.Malam malam lagi happening.

Beli buah...dan Hanah sedang eksyen ngan mainan dia.Nasib baik Fatih tertido kat stroller time ni lepas dpt mainan.So leh ronda ngan aman...hihihihi.

Masa jalan jalan tu,kami nampak satu kedai makan Chinese Muslim siap ada logo halal.Bangunannya berhadapan ngan hotel,lintas jalan sebelah kiri.Dekat gila ngan hotel.Balik dr merayap,laki aku ckp takyah masak,dia nak try makan kat situ.Yelah,alang2 melancong...kita try lah local food kan.

Ni kedainya..depan kedai dia bakar sate.Yg berdiri pakai baju putih tu lah tukang buat mee.


Balik bilik dulu,mandi dan solat pastu keluar balik gi makan.

Masa nak order,tak tunjuk menu pun.Nasib baik kat dinding ada tampal gambar makanan jd kami main tunjuk saja nak makan apa.Aku lak time tu tak rasa nak makan mee sgt just order sate kambing.

Laki aku ambik mee sup mcm tulah.Mmg tak tau nama..hehehehe.Okeylah rasanya tapi rasa herba tu agak kuat.Si Fatih makan semangkuk kecik habis licin.Diorg buat mee tarik tu kat depan kedai.Sambil makan sambil tgk diorg buat mee.

Adik..makan slow slow..tercekik kang...nasihat Rafhanah kat Fatih

Sate


Sate tu mmg lah tak sama kan dgn sate kita yg diperap ngan rempah ratus apa bagai.Rasanya mmg plain cuma ada chili flake tapi okeylah.Boleh tahan..cuma aku tak kena ngan tekak aku sbb aku tak suka pedas.Sudahnya laki aku gak yg abihkan.

Ada jual nasi jugak kat sini.Mcm nasi goreng lah kut.Potion makanan mmg banyak yer.Satu pinggan boleh share 2 org dan sgt murah.

Tgk mee kat gambar..cam sedap jer.Sebelum blk rasa cam nak bungkus bwk blk.Masa tu terus berpikir laki bini camne nak cakap ngan waitress tu nak bungkus mee nih.Tetiba teringat,selalu kalau nak bungkus makanan kita sebut "tapau" kan? So,laki aku tunjuk gambar makanan pastu sebut tapau...eh,paham plak dia.

Syukur sgt kita hidup dlm masyarakat majmuk jd ada jugak budaya dan sedikit bahasa bangsa Cina yg kita boleh guna kat sini.Walaupun bahasa tu dh jd bahasa rojak kat sini,at least diorg paham gak sikit...okeylah tu.

Dan...mee tu sedap gila hokey...terngiang ngiang kat tekak sampai skang.

Ni mmg terbaikkk...
Masa sembang ngan ahli rombongan,diorg ada jugak gi resto makanan halal tapi bkn kat sini.Maknanya ada lagi lah kut restoran makanan halal kat sini.

Dah kenyang...tak merayap lagi dh.Balik hotel,aku gosok baju kerja laki aku,basuh baju ( hotel ni ada mesin basuh dlm bilik) pastu terus tido.

Sambung day 2 esok lah...pjg sgt dh bebel ni...nite nite.








Thursday, 8 January 2015

PERBELANJAAN BULANAN

Assalamualaikum...

Hari ni gi bank bayar utang piutang...phewwww...bilalah nak abih utang ni....

Adatlah kan...hutang rumah ni sampai ke tua ler jawabnya.Kalo umur panjang,sempatlah merasa bebas hutang mcm abah aku.Bestnya hidup...hukhukhuk.

Lepas tu menyinggah kat rumah sewa sekejap,tenant ngadu ada leaking dr umah atas.Ololololo ciannya dia...hahahhahaa.So aku pergi lah mengadu domba kat management office.Budak mantainance mmg baik dan bg penerangan baek punya tapi prosedur plak...huk aloh.Diorg cuma akan buat siasatan setiap hari Sabtu.Nasib baik hari ni dah hari Khamis,tinggal lagi 2 hari.Kalo dari Isnin? Tu baru siasatan,nak settle? Itu kalo tuan rumah atas nak bg kerjasama...kalo tanak? Hopefully tuan rumah atas tu baik hati nak settlekan..InsyaAllah.

Bila fikirkan,penat juga tiap tiap bulan nak kena manage financial supaya hutang dibayar ikut jadual dan segala perbelanjaan cukup.Tapi itulah,kdg2 ada jer benda luar jangkaan berlaku.Bumbung bocorlah,paip pecah lah,gitu gini.

So far,Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma ada jugaklah certain masa yg agak sempit.Biasa lah tu.

Jadi certain tips lah aku nak bagi especially utk anak2 muda yg baru masuk alam pekerjaan ataupun yg baru berumahtangga.Tips ni pulak aku bg bkn sebab aku pandai manage financial yer,tapi ada juga berdasarkan kesilapan yg pernah aku belajar.Pengalaman tu...

1) Belanja ikut pendapatan bkn sebab ikut gaya hidup terkini - Masa mula mula menikah,kami sewa rumah abg ipar.Rumah flat.Sewa RM450 jer.Aku tak ada kereta dan laki aku pulak ada kereta wira terpakai jer.Gi kerja laki antar tang balik berjanggut tunggu laki dtg amik.Beli perabot rumah pakai duit hantaran kahwin.Beli set blk tidur,meja makan,peti ais,mesin basuh dan set sofa just RM3K sahaja sbb mmg pilih yg basic.Jadilah tu.Baki RM2K aku simpan,biar dia "beranak" tapi tak sempat juga..ada jer benda nak pakai..hihihi.Rumah kecil kami mmg tak lengkap tapi bg aku dh cukup sempurna.Yang penting,kami memulakan kehidupan tanpa hutang.Bukan tak ada langsung tapi sedikit ajerlah.Still boleh manage.Lama kelamaan bila gaji dh bertambah,bolehlah start beli rumah,tukar kereta,sofa baru,TV beso...tak gitu? Itupun kalau boleh jgn melebihi kemampuan dan kalau boleh,elakkan berhutang. ( Beli kereta dan rumah terpaksalah kan..)

2) Dahulukan beli hartanah,kereta kemudian - Ini penting sgt yer wahai anak muda.Bkn nak condemn tapi kami mmg terkena jugalah dgn budak muda baru kerja 6 bln terus nak sambar kereta dgn instalment RM1K.Guna nama laki aku jd penjamin.Bila loan sangkut,tak psl nama terheret sekali.Biasanya awal2 kerja mmg teruja nak beli kereta mahal sbb tak byk komitment time bujang.Sewa rumah berkongsi,mkn pun ala kadar jd kita selalu ingat kita akan ada kemampuan utk beli kereta mahal.Tapi,jarang kita fikir masa depan.Rata rata tempoh loan kereta ni dlm 5-9 tahun.Dlm tempoh tu mcm2 boleh jadi.Lagipun kereta ni bkn lah aset sbb ada susutnilai setiap tahun.Bkn kata takyah beli tapi jgn lah beli yg instalmentnya sampai cecah separuh gaji.Kereta tu pun kira keperluan.Kalo boleh,beli hartanah dulu.Belilah yg sesuai dgn kemampuan dulu.Misalnya beli rumah flat dulu ke pastu gaji dh besor sket beli umah teres setingkat plak.Pastu baru semi-D dan seterusnya banglo.Gituuuu...Biasanya hartanah ni mmg menguntungkan sbb nilainya boleh meningkat.Kdg2 sampai berkali kali ganda.Kalau rasa berkemampuan,bila beli rumah baru,rumah lama jgn dijual tapi jadikan rumah sewa.Itupun pelaburan yg baik utk masa depan.
Tapi,harus diingat...langit pun tak selalunya cerah..hukhukhuk.Kena pandai survey juga hartanah tu in term of location,bentuk muka bumi,komuniti dan lain lain.Boleh rujuk pada yg arif lah yer.Jgn semberono jer beli.Kami pernah terkena.Kami pernah beli rumah teres 2 tingkat dan adik ipar pulak beli rumah flat.Kawasan yg sama.Jgn rasa kita beli rumah teres 2 tingkat utk disewakan maka kita akan dpt lebih.Tidak juga...kami byr bank lebih dr pendapatan sewa (kena topup plak duit sendiri RM600) manakala adik ipar pula dpt pendapatan hasil lebihan sewa sampai RM500.Untung tu.Puncanya,kawasan tu ramai student dan pasangan muda baru kahwin.Yg dh stable tanak duk situ sbb kawasan baru nak develop.Jauh dr sekolah dan pusat bandar.Student maybe nak sewa rumah teres sbb boleh berkongsi tapi takleh lah nak charge mahal sgt dan rumah flat pula mmg jd pilihan pasangan muda yg baru kahwin sebab sewa lebih murah so dptlah diorg kumpul duit utk beli rumah lain.Lagipun kalo cuma berdua buat apa nk sewa rumah teres 2 tingkat? Dari menyewa,baik beli jer betul tak?Tapi nasib baik bila kami nak jual,ada yg sudi membeli.Hukhukhuk...sepanjang jd owner,mmg rugilah tapi takpelah.Harap harap ada hasil dari jualan rumah tu.Sementara ni mmg sakitlah oii...cuma taklah beban sgt sebab ada org menyewa kat situ.Ini pengajaran lah buat kami.Nak beli rumah,consult pakar dulu ataupun buat survey.

3) Berhati hati dgn penggunaan kad kredit dan personal loan - Ini mmg kesilapan aku yg terbesar. Pertama kali dpt pegang duit plastik ni...teruja tu lebih.Bangga habih lah tu time tu.Dan aku tak salahkan bank...mmglah interest itu riba' tapi kalo tak apply,no harm kan.Dah diri sendiri gatal apply sapa suruh.Nasib aku baik sebab aku masih boleh control lagi walaupun hutang hampir mencecah paras hidung.Apa aku buat ialah cancelkan semua kad kredit yg ada tinggal 2 ajer.Tu pun utk emergency shj sbb kdg2 nak book hotel atau flight ticket lebih senang pakai credit card.Baki hutang tu aku settlekan setiap bln tanpa penambahan hutang baru.Make sure keep track berapa balance hutang yg tinggal baru senang hati.Jgn sesekali buat personal loan utk byr credit card walaupun interest lebih rendah.Sebabnya sepanjang pengalaman aku kerja bank dulu dan pergi kursus AKPK,ramai org cenderung guna balik credit card yg dh zero balance tu (sbb dh byr pakai personal loan tadi).Sudahnya end up byr kedua dua sekali.Kalo nak buat jugak,make sure pergi cancelkan credit card serta merta.Aku tak kata kita jgn pakai credit card langsung sbb byk kebaikannya dgn syarat kita tahu manage.Kita yg control dia,bkn dia yg control kita.Tang personal loan pulak,apply jika ada sesuatu yg betul2 perlu jer.Hutang kereta kalau tak byr,bank tarik kereta,kena lelong, kalo nasib baik ada lebihan untunglah tapi kalo harga lelong lebih rendah dr baki,kenalah topup sikit tapi at least ada bende yg kita boleh cagarkan.Same goes dgn hutang rumah.Kalo personal loan? Paling tidak pun,bank hanya boleh arrange utk reschedule hutang.Bkn tak boleh buat,cuma kena hati hati.

4) Catat perbelanjaan bulanan - Aku mmg catit setiap apa yg aku byr bulan bulan supaya senang aku budget dan kita tahu mana perginya duit gaji kita bulan bulan tu.

5) Buat simpanan secara tetap - Jgn kita buat simpanan hanya bila ada lebihan setelah tolak semua perbelanjaan.Masukkan simpanan sebagai perbelanjaan.Kalau ada lebihan,itu baru dikira bonus.

6) Buat tabung khas utk perbelanjaan tahunan - Misalnya kita dh tahu bila road tax nak expired kan? Jadi buat satu tabung khas,simpan duit sikit2 setiap bulan.Bila sampai masanya,takde lah mengagau nak cari duit lebih utk byr road tax dan tak lah mengganggu budget bulanan kita.Mcm tu jugak kalau kita nak melancong ke ataupun berhajat nak beli brg idaman ke.Put aside sedikit amount...InsyaAllah rasa lebih puas hati.

7) Jgn lupa bg duit kat ibubapa dan bykkan sedekah - Bila aku letak sbg point akhir bkn bermakna ianya tak penting tapi sebab bende ni semua org tahu.Cuma kdg2 kita ni selalu rasa bimbang diri sdr tak cukup bila kita byk memberi kpd org tapi hakikatnya tak begitu.Time jahil dulu gitulah aku rasa ( ngaku nih) tapi kita kena redha dan selalu semat dlm ati,dlm rezeki yg kita dpt ada rezeki org lain.Terutamanya kalau bg parents.Cara mcmmana...terpulang pada diri sdr.Parents kita ni bkn nak sgt duit kita tapi pemberian itu sebagai tanda bakti kita pada mereka.Percayalah,makin byk kita bg makin byk rezeki kita walaupun gaji kita amount sama jer.Mcmmana? Misalnya kalo kita niat nak tambah bagi lebih sket bln ni,tambah lagi RM100 lebih dr bln lepas..takdir Allah,dtg bil letrik yg selalunya kita byr RM300 setiap bln,tetiba bln ni jd RM150 ajer.Bkn saja kita dpt tambah pemberian RM100 malah dpt jimat lagi RM50.Contoh lah kan...gitu.

Okeylah...panjang pulak mak jemah membebel.Tips atas tu bkn bermakna wajib diikuti.Itu cuma dari pengalaman aku dan setiap org ada cara tersendiri.Kalau rasa baik boleh ambik jd tauladan,tak betul boleh tendang ke sempadan.Tu dia pantun berkerat kerat..hehehehee...sekian.





Wednesday, 7 January 2015

BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dh hampir ke penghujung.Jgn kata budak...mak budak pun seriau memikirkan bukak sekolah ni...hahhahaa.

Maka akan bermulalah rutin sebagai seorg driver bas sekolah.Kut tak..time cuti,rilek rilek tenang aja buk...

Kena plak tahun ni semua anak anak sesi pagi.Siap menggelupur lah aku pagi pagi nak menyiapkan 3 budak kecik dan satu budak besar a.k.a bapak budak.Kena tune balik jadual.Tahun lepas agak rilek sbb Hakim masih tadika dan Amani sekolah sesi petang.Kelas pun start pukul 8am..pukul 7am baru buat sarapan.Tahun ni kul 5.30am lah jawabnya kena angkat senjata kat dapur.Takpe...utk family jugak.

Tahun ni Rafhanah start pre school setelah 4 tahun siang malam berkepit celah ketiak ibu.Bukan dia saja...aku lagilah gundah gelana memikirkan cepatnya masa berlalu.Dah tadika dah baby manja ni...sob sob sob.

Sekolah dia start awal seminggu dari jadual biasa.Jadi,hari isnin lepas,aku memulakan sesi memujuk dia ke sekolah.

Seperti dijangka,dia buat mcm mcm alasan siap nangis padahal masih kat rumah.Aku ni bkn boleh...walaupun garang tapi hati tisu.Kalah jua ngan airmata pelesu dia tu.Lepas aku cakap..."okay,hari ni hana takyah gi sekolah dulu...esok pergi yer"..terus angkut mainan,main mcm takde apa berlaku.Cepat nau kering airmatamu nak.

Tengah memerah air mata duyung nya


Esoknya...cubaan kedua.Dia buat buat tak larat bangun.Takpelah...hari ni hantar lewat sket.Pukul 9am,kejut dia secara "paksa".Nak siapkan 4 askar...last last kul 10 gak sampai sekolah.Nasib baik teacher kata mmg takde kelas lagi,just nak biasakan budak2 ngan environment sekolah saja dulu.


Time nak tinggalkan,aku plak rasa cam nak nangis.Tambah plak dia buat mata terbelalak tu,tahu sgt aku dia tgh tahan nangis.Cepat2 aku tinggalkan dia time teacher ambik dan pangku atas riba.Hukhukhukhuk....

Time balik,aku tgk riang ria jer.Tanya teacher,dia nangis tak.Teacher kata tak langsung...Alhamdulillah.Gud girl Hana.

Uniform belum ada stok...pakai ajerlah apa yg ada..hihihihi

Hari ni...ponteng lagi sebab aku nak bwk Fatih gi cucuk.Dia tahu jer aku nak gi spital...terus buat drama.Malas nak panjangkan drama time kalut2 pepagi ni...angkut jerlah walaupun dia dh berbaju sekolah.

Sampai kat DEMC pukul 9am tapi parking dah penuh.Sebab tu lah kena dtg awal.Dapat jugaklah parking tapi hujung dunia sana.Nasib baik ada buggy service.

Fatih si hero,macho tak nangis pun time kena cucuk.Merengek jer sikit pastu bebel bebel.Pastu boleh dia sambung main kat bilik doktor tu.Dr Koshy siap tepuk bahu dia.."ko mmg anak jantan" katanya...hahahahha.

Muka macho tahan sakit tapi dlm ati dia mesti rasa nak baling jer music box tu...hahahha


Dah kena cucuk,kasik upah sket.Bwk pergi tempat mainan kat Tesco tu.Kasi happy bebudak ni...kang dh nak bukak sekolah.Eh..mcmkan aku yg nak kena gi sekolah...

Dia main game bowling main campak jer bolanya.Boleh strike plak tu..ishhh ilmu apa ko pakai nak? Tapi yg gambar ni memang strike ke longkang..hahahha


Gitulah....selamat kembali ke sekolah yer anak anak seluruh Malaysia...buat azam, tahun ni nak jadi lebih baik.Bukan takat akademik jer,malah akhlak dan tatasusila.Jgn lawan cikgu,belajar rajin rajin yer....


Thursday, 1 January 2015

CERITA TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum...

1 Januari 2015

Pagi pagi saya dah bangun tapi saya malas nak masak sarapan.Suami saya kata tak apalah...dia belikan kuih muih dan ajak saya keluar.Dia nak shopping baju kerja dia.

Kasihan kat dia awak...dalam setahun baju kerja dia ada 5 helai aje.Itulah yang saya duk pusing basuh,gantung,gosok selama setahun sampai naik kusam dah.Mesti orang ofis dia selalu ngumpat dia..." Tak ada baju lain gamaknya..balik balik baju sama"...Astaghfirullah...teruknya saya bersangka buruk kat orang...ish ish ish.Sebenarnya itu luahan hati saya sendiri.Banyak kali dah saya bising suruh beli baju baru tapi dia buat bodoh saja...nasib baik dia buat buat saja..heheheheh.

Tapi sebelum tu dia kata nak melawat staff dia kat hospital.Cedera patah kaki.Kami pun bergerak keluar lepas sarapan pukul 11am.Gila lewat sebab suami saya tidur dulu sekejap.

Lepas melawat,lapar pula.Singgah makan dulu kat Ampang lepas tu baru sedar dah pukul 2.30pm.Singgah masjid solat zohor.

Selesai solat gerak balik...baru lah terhegeh hegeh nak fikir shopping mall mana nak pergi.Sebab kami ni jarang merayap kat mana mana shopping mall selain rumah lion **panggilan anak anak untuk ( Sunway Pyramid) .Itupun dah berbulan bulan dah tak jejak ke sana.

Pergi area Sogo...oiiii....ramainya manusia.Lalu Midvalley...kereta bersusun dari jauh lagi.Ngeri....mesti tak ada parking.
Last last masuk jua akhirnya ke Sunway Pyramid.Tapi masuk sekadar untuk ambik tiket parking - bayar - keluar balik.Macam orang ada ada saja kami ni kan? Masuk semata mata utk bersiar siar kat parking lot.

Suami saya tanya lagi...mana lagi shopping mall yang terdekat dgn Shah Alam.Dia dah stress tengok jammed di sana sini.Saya jawab saya tak tahu...otak tetiba tak mahu bekerjasama kali ini sebab bila saya suggest pergi AEON Bukit Raja ataupun Bukit Tinggi...dia reject.Berlagak betul... ( nada perlahan....)

Dia tanya saya,Space U8 tu okey tak.Saya cakap saya tak tahu sebab saya tak pernah pergi situ.Saya google pun tak banyak info.Jadi dia kata...jom kita pergi tengok.Saya ikut ajer.Isteri mithali lah katakan.

Sebelum sampai kami singgah masjid Tengku Ampuan Jemaah dulu utk solat Asar.Besar sangat masjidnya sampai saya nyaris sesat..hihihihihi.Saya besarkan cerita ajer...

Usai solat,kami gerak ke Space U8.Dah masuk...rupanya ia cuma ada shop lot..itupun belum banyak yg buka.Kedai baju lagi lah...tempat baru kut.

Maka,untuk mengubat kekecewaan,kami minum kat Subaidah.Pekena nan cheese yg sedap.Terubat hati....

Kami gerak balik.Dah lewat petang.Seharian kami lebih banyak duduk dalam kereta dari turun.

Dah nak balik....barulah teringat.Hari ni kan new year...sebab tu ramai orang kat mana mana ( terlupa public holiday sebab suami saya ambik cuti seminggu)

Demikian lah cerita saya...membazirkan masa di tahun baru.

Selamat Tahun Baru 2015...tinggalkan cerita duka dan kenanglah cerita suka di tahun 2014.Semoga hari mendatang lebih baik buat kita....

P/S : Jangan terpedaya dgn ayat separa skema..hahahahaha.Saja aku nak ubah mood menulis secara budak sekolah.Anak kan baru orientasi Rabu lepas....kohkohkoh