Sunday 24 November 2013

ANDAINYA TERSALAH BUAT PILIHAN

Assalamualaikum...

Lama tak membebel.So,hari ni aku amik keputusan nak membebel...ecewah.Amik keputusan yer...

Cerita pasal buat keputusan ni,aku nak bebel sketlah.Benda kalau depan mata atau aku sendiri yg buat,adalah lebih baik aku bebelkan.Nak harapkan mak aku bebelkan,dia duk jauh ( apa kau merepek ni???)

Aku bagi senario lah utk memudahkan cerita.Misalnya,kau amik keputusan untuk kahwin.Calon suami/isteri kau adalah bermasalah.Utk lebih spesifik,andaikan dia seorang yg pemalas.Tapi,demi cinta lautan api sanggupku renang.Mak bapak kau punyalah berkicau mcm murai menghalang.Bukan apa,esok esok kau balik pada mereka jugak.Pastu bwk pakej masalah sekali.
 
Kau pun berhujah mcm mcm.Kata kau,kita tak tahu apa jadi kemudian hari.Kau,kau dan korg semua bukan nujum.Mana tahu yg malas boleh jadi rajin.Kemudian kau akhiri hujah kau dgn ugutan taknak kahwin selama-lamanya kalau dihalang jugak.
 
Fine....makbapak kau pun izinkan.Kahwin lah korang.Happily ever after....
 
Errr...tak.Rupanya selepas setahun,apa yg kau harapkan tak menjadi.Kalau dapat laki yg malas kerja,kau menanggung biawak hidup.Kerja malas.Dah dapat kerja memilih pula.Gaji keciklah,apalah.Tapi,melangut kat rumah makan tanggung.Suruh meniaga goreng pisang,takde class katanya.Kalau dapat bini pemalas plak,rumah dah mcm Villa Nabila.Kain baju pakai longgok,periuk belanga bergelimpangan,tanak masak plak tuh.
 
Maka,kau menyesal.Tapi,kekesalan itu tak plak kau lemparkan pada diri sendiri.Tapi,pada org sekeliling.Pada makbapak kau yg menghalang pada asalnya.Kata kau,kenapa dulu mak ayah tak cuba sungguh sungguh sedarkan saya bahawa saya telah membuat pilihan yang salah?
 
Faham tak senario tadi.Itu hanyalah senario sahaja ya.Takde kena mengena dgn sejarah hidup aku plak.Tapi aku pernah berhadapan dgn manusia sebegini.Dan juga pernah begini.Mungkin masih begini...errr,entahlah.Sebagai manusia biasa,sukar aku nak mengaku kelemahan sendiri.Bagitahu pada khalayak.Entahlah...
 
Bila kita membuat sesuatu pilihan,maka sila bertanggungjawab dgn apa yg telah pilih.Mengapa bila kau buat pilihan yg salah,tetap juga kau menyalahkan org terapat kerana tidak menyedarkan kau tentang bahana yg bakal kau tanggung di masa depan?
 
Kita semua bukan nujum yg boleh meramal apa terjadi pada masa depan.Berbalik pada senario di atas,andai kata makbapak kau berjaya menghalang perkahwinan kau,lepas tu ditakdirkan kau membujang sampai ke tua.Nescaya org tua itu jugak yg akan dipersalahkan.
 
Senang bukan? Meletakkan kesalahan di bahu org lain atas pilihan yg di buat sendiri.Begitu juga kalau kita buat keputusan kerana di dorong oleh nasihat org tertentu.Lepas tu,hasilnya tak seperti yg kita harapkan,adakah kita akan cenderung menyalahkan org yg bagi nasihat tadi ataupun diri sendiri?
 
Org yg bagi nasihat itu juga bukan nujum.Dia juga tak tahu apa yg bakal berlaku pada masa depan.Biasanya dia akan bagi pandangan berdasarkan pengalaman.Tapi,pengalaman itu tak semestinya reflect pada semua situasi.
 
Jadi,aku mesti latih diri sendiri untuk redha andainya aku salah buat keputusan.Tapi,mohon juga yg sekeliling aku juga tidak menghentam andai aku salah buat pertimbangan.Sebab aku bukan nujum.Kadang kadang aku buat trial and error jugak.Bagi aku masa utk perbetulkan keadaan tanpa perlu aku salahkan org lain.Begitu juga dgn kau.Andai kau salah buat pilihan,sila salahkan diri sendiri dan cuba betulkan keadaan.Bukan tuding jari merata...
 
Tak pasal pasal makan penampar nanti :)
 
Wassalam

No comments:

Post a Comment