Saturday 29 March 2014

TAKYAH MAKAN UBAT HOSPITAL...TAPI.....

Assalamualaikum...

Hari ni gi menziarah org sakit.Bukanlah sakit terlantar...tapi dia ada komplikasi kencing manis.Kaki luka tak baik baik dh berbulan bulan lamanya.

Pergi hospital berulang alik cuci luka seminggu 3-4 kali.Baru nak baik luka yg sedia ada...tetiba ada luka baru.

Lepas tu...emaknya pun datang melawat.Bawak satu ubat tradisional.Aku pun tak pasti bende apa yg dia bawak.Nampak mcm kayu kayu kering jer di mata aku.Tapi..entahlah.

Emak pesakit:Kau cuba ni...rebus,pastu minum airnya..

Pesakit: Amenda ni mak? Berkesan ke? Saya ni berbulan bulan dah ke hospital.Satu ubat pun tak jalan...

Emak pesakit:Eh!Pakcik Mamat (bkn nama sebenar pasal aku tak ingat apa nama pakcik yg disebut tadi) makan ni jelah.Berbulan bulan takyah makan ubat hospital.Takde lah baik terus,tapi takde lah makan ubat hospital lagi...

Pesakit: Hidup lagi pakcik Mamat tu mak?

Emak pesakit: Taklah...dah meninggal....

Serentak dgn itu....aku terus tergolek gelak

Image:google








P/S: Sebenarnya..gelak tu dlm ati jer.Mampus kene lepuk ngan makcik tu kang.Dan sebenarnya lagi...pakcik mamat tu meninggal bkn sebab tak makan ubat hospital ataupun disebabkan ubat alternatif tu.Kencing manis tu asbab jer...dah memang ajal dh sampai,dia dh tua sgt dah masa tu.

Aku tau hal sebenar selepas puas gelak...kuang ajar tau.Aku tak tau naper...spontan jer.Maybe sbb ayat makcik tu..kelakar.

Ampun makcik...

No comments:

Post a Comment