Saturday 26 November 2011

KISAH CINTA DAN FILEM HINDI

Pernah tgk citer hindi? Sape yg minat citer hindi mesti dh masak jalan citernya camne.Salah sorgnya tu aku lah.hehehehe.Tp hindi movie yg moden ni best sket kut sbb x merepek sgt dah citernya.
Tp bukan tu yg aku nak citer sbnrnya.Cuma nak relate kan impian percintaan setiap org ngan hindi movie.Naper mesti hindi movie plak?
Sbb kalau aku comparekan scene hindi movie ngan citer melayu or omputeh,aku rasa babak romantik citer hindi jauh lebih ekzejeret dan mengkhayalkan.Babak nyanyi2 lari bwh pokok,tukar2 baju lima nam kali,pastu tetiba ko comolot atas bangunan.Tak khayal gitu?
Bila dh terpengaruh,mesti ko harapkan kisah cinta ko seindah filem hindi.Hii,bahagianya.
Mcm akulah,time citer Mohabbatein tgh meletup tu,aku lum ada boyfriend.Huish,time tu punyelah jeles mak aih kat org yg berkapel,asik tertanya tanya pasal apa xde org nak kat aku nih?
Tak aku sedari,realitinya tak seindah babak filem hindi.huhuhuhu.Maksud aku,tak applicable utk sumer org.Bila dh ada boyfriend,baru aku sedar ttg realiti kehidupan.Masa tu nak gak rasanya aku saman pengeluar dan pengarah filem2 hindi sbb memberi harapan palsu pada aku.Tapi,bukan salah dorg.Dah ko yg bodoh tak tau nak fikir camne nak rencanakan jalan cerita kisah cinta ko sapa suruh?Dalam soal ni,xder sapa yg bersalah.Proses berkapel ni pun sebenarnya mematangkan aku dan menjadikan aku tau berfikir lelaki mana yg sesuai dibuat laki.Aku tak kata semua ex bf aku x guna,jahat ker,cuma diorg bukan lelaki yg sesuai utk jd pasangan.Maybe aku kene jumpa lelaki yg berkarekter begini2 supaya boleh suit dgn aku.
Sbb tulah,dlm proses memilih pasangan,x boleh terburu2 hanya kerana ko terpengaruh ngan citer hindi ataupun disbbkan kwn ko dah ada boyfriend.Sbb tu aku x ambil port sgt kalau ada kwn2 or sedara mara pompuan yg blm kawin.Aku bertanya pun sbb aku concern jer.Biasanya aku tanya sekali dua jer.Xderlah sampai dia rimas.Sbb aku faham,cari laki bukan semudah pilih ikan kat pasar.Berkenan masuk bakul,masuk kuali,masuk perut.
Untuk aku,Alhamdulillah,kegagalan masa lalu bukan menjadikan aku serik utk bercinta.Sbb niat aku,nak ada keluarga.Walaupun kisah cinta kami tidak seromantik cerita hindi ataupun Cinderella,tapi aku bersyukur,hidup kami bahagia.Dan,aku bersyukur juga dipertemukan jodoh dgn suami tercinta yg sgt bertanggungjawab.
Aku tak pernah salahkan ex2 aku dulu wp geram kadang2 tu biasalah.Sbb maybe kalau aku kahwin dgn dia pun,mungkin x bahagia misalnya.
Cuma,pengajaran ni maybe aku akan turunkan pada anak2 aku kelak.Kisah cinta semanis mimpi,mungkin hanya kekal dalam mimpi.Realitinya,pelajari dari pengalaman sdr dan berhati hati.Tak perlu dendam memakan diri,InsyaAllah,kebahagiaan yg dicari,akan mampu kita miliki.
Iskkkk,betul ke aku yg tulis entry ni? This is soooooo not me.
Biasalah,kadang2 aku masih terpengaruh ngan citer hindi.huhuhu

Thursday 24 November 2011

AKHIRNYEEEE AKU BUAT JUGAKKK

Dah lama set reminder..
Tapi x buat2 jugak..
Pemalas nk mampus..
Hey,unta padang pasir pun takde malas mcm ente laa..
Akhirnya..
Xleh jadi ni,rimas aku tgk reminder kat handphone tuh..
Gagahkan diri bwk anak anak..
Meredah tesco extra,seb baik adik ipar ikut sekali..
Tak sampai 10 minit kat pos office Tesco Shah Alam..
TADAAAAAAAA..
Dah siap dah,
lesen memanduku yg baru aku renew selepas expired bulan April aritu..
Kuikuikuikui..
Renew sampai tahun 2015..huh xyah pening lagi utk 3 tahun nih..
Aku memang pemandu berhemah..

Monday 21 November 2011

MALAYSIA VS INDONESIA -FINAL BOLA SUKAN SEA (part 2)

Naper aku boleh terjebak ni?
Naper?naper?
Semua ni salah laki aku.
Dia yg nak sgt layan bola ni
pastu dah separuh jalan,dia hilang ntah kemana.
Tinggal la aku,adik ipar aku n anak anak aku layan bola ni sampai abih
Dah alang alang kan..
Seb baik menang..pingat emas yeay yeay
Hasilnya pagi ni..
Aku terlajak bangun kul 8.30 am..
Bonus satu lagi..
Sakit tekak..
Huhuhuhuhu

MALAYSIA VS INDONESIA -FINAL BOLA SUKAN SEA (part 1)

Final bolasepak Malaysia vs Indonesia..
Sukan SEA Jakarta
Aku nk tgk Masterchef sebenarnya..
Tp laki aku nak tgk bola..
Redha ajerlah,x baik derhaka kat laki..
Memula frust sbb Indonesia gol dulu..
Sekali masa Malaysia gol aku tgh nyusukan sikecik..
"GOAL!!!!!!"Haaa kau,kuar suara jantan aku.
Terkebil kebil sikecik tuh tgk aku.
Adik ipar aku dr awal duk jerit jerit..
Lepas tu nyanyi nyanyi.."Harimau!!!Aumm aumm!!"
Anak aku jadi penyanyi latar..
Sekali sikecik aku,cute jer bunyinya..
AUMMMMM!!!!!!
OH,masih seri,masa tambahan plak
Sakit jantung aku tunggu
Jap gi sambung balik.huhuhuhu

Amani : A journey begin....

Buat puteri kesayanganku....Syahirah Amani Binti Syahirrohhiv
Dah sampai masa ibu buat satu entry khas utk sayang ibu ni sempena dgn hari ulangtahun sayang yg ke 5 semalam.Bila dah besar nanti, boleh baca n gelakkan diri sendiri kayyyyy ( apa daaa ibu nih)
Lepas perkahwinan ibu dan daddy (weird combination panggilan ni kan?),hari-hari kami tunggu berita baik ttg kehadiran seorg cahayamata.
Bulan pertama...fail
Bulan kedua...fail lagi....huhuhuhu
Bulan ketiga....lantaklah...berserah saja..
Tapi....one day...ibu rasa tekak macam nak makan yg masam.Terliur-liur nak cari tomyam.Dah dapat...tetiba rasa cam lain macam.
Sebab period ibu ni x betul.."dia" dtg mmg x pernah ikut jadual.Tetiba baru teringat,mcm dah dua bulan tak period..
Terus teruja sesangattttttt....petang tu lepas keje ibu terus beli pregnancy test kit.
Balik rumah tak buat terus sbb nak tunggu pagi sbb instruction tu ada mention,utk dapat best result kena buat lepas bangun pagi ( first urine)
Bangun subuh-subuh....terus buat test.Dada berdegup-degup,berdebar tunggu garisan kat kit tu keluar.Harap-harap tak kecewa...ishhhh...lambat betul garisan ni keluar...
Tetiba...
Slow-slow...dari kabur...makin lama makin terang...
YESSSSSS!!!!!!!!!!!!! Dua garisannnn....ibu terus nangis masa tu jugakkkk...

Masih simpan...jgn risau..dah cuci dan suci..hihihihi
Terus ibu kejut daddy sampaikan berita gembira tu.Kesian  daddy,terpinga-pinga dia kena kejut..hehehehe
Malam tu,kami pergi jumpa doktor dan doktor sahkan kehamilan ibu,tapi xleh scan lagi sbb kecik sgt.Tak nampak pun.On the way balik rumah, ibu terus telefon semua org...Umi,Atuk,sedara mara terdekat,kawan-kawan rapat...excited tau nak dapat Amani....
Alhamdulillah...sepanjang kehamilan,ibu xde apa-apa masalah.Mual,loya n muntah-muntah pun xder.Cuma, menjelang petang jer,ibu jadi letih dan mengantuk.Baik anak ibu...
Setiap bulan buat checking, Doktor kata Amani sihat cuma agak kecil.Risau jugak.Ibu makan banyak-banyak nak bagi Amani besar sikit.Tapi lepas tu Doktor cakap x pyh risau,maybe memang Amani bersaiz kecil.
Tiap-tiap kali scan, ibu excited tgk sikecil ibu yg lasak sgt dlm perut ni....

3D image...Muka Amani 6 bulan dlm perut

Memandangkan hospital tu sebelah tempat kerja ibu, so menjelang hari bersalin,ibu x perlu ambil cuti awal.Lagipun sbb dah hujung tahun,cuti pun dah nak abih.Sampaikan last check up ibu, seminggu sebelum Amani lahir,itulah last cuti.Kalo pegi another check up,kena ambik unpaid leave dah.
Doktor Fairuz suruh ibu datang lagi 20th November 2006 utk check up.Masa tu pun mmg dah menanti hari jer.Memula dia suruh datang hari Jumaat,17th Nov tapi baru ibu ingat, 19th Nov tu baru nak attend Antenatal Class...haahahhahha....dah last minit baru nak pegi.Dr gelak sambil cakap " Takper,awak gi class dulu.Dah pandai,datang beranak,".Malam pulak ibu sempat attend wedding Aunty Sofia n Uncle Najib.

Malam sebelum Amani lahir

20th November 2006 ,Isnin - Doktor jangka ibu dah boleh bersalin tapi xder apa-apa tanda.Tapi ibu dah prepare semua barang,just in case.Daddy pun dah amik cuti.Kebetulan,atuk ngan umi pun nak datang dr Trg.
Pukul 8.30am - ibu sempat pergi ofis dulu hantar fail sbb ada internal auditor dtg.Keje kene siap dulu before cuti bersalin.Sempat salam-salam ngan auditor dulu.Hahahaha...pastu terkedek kedek jalan pegi hospital.Dua tiga langkah jer dari ofis.
Pukul 9.00am - Dr Fairuz check bukaan jalan.Pastu selamba jer " Okeylah Umi, hari ni umi beranak jer lah yer..." sambil senyum.Haaa??? Ibu terpinga-pinga."Tapi saya x rasa sakit pun,ketuban pun x pecah" jawab ibu."Takper,kita induce.Bukaan dah 2cm ni.Ibu terus setuju jer.Seram sejuk tapi excited sgt.
Pukul 10am - Lepas Dr masukkan ubat utk buang air dan pecahkan ketuban,ibu terus disorong ke labour room.Kat labour room,nurse masukkan ubat utk rangsang contraction.
Bermula perjalanan Amani utk ke dunia ni sayang....
2.00 pm - Nurse kejap-kejap masuk tanya ibu dah sakit ker belum.Memang rasa sakit mcm period pain tp ibu rasa mcm boleh tahan jer.Sbb dah biasa kut.
4.00 pm - Nurse tanya lagi..tapi ibu x rasa sakit sgt lagi.Dia suruh ibu amik injection tahan sakit.Memula ibu taknak sbb x sakit.Tapi dia kata,sbb ibu tahan sakit tu, bukaan jalan x terbuka.Dia check baru 5cm jer dari tadi.Ibu setuju.Lepas dia inject, tak lama lepas tu baru rasa kaki tu seram sejuk jer.Perut rasa memulas-mulas.
4.30 pm - Umi n Atuk baru sampai and were allowed to the labour room.Umi pegang kaki n dia kata ibu dah nak bersalin ni.Dia sempat suapkan air zam zam n kurma sebelum keluar.Nurse check jalan,dah 8cm sedangkan sblm inject,dr pagi asyik 5cm jer.Kalau tahu, dr awal suruh dia inject.Dia terus call Doktor.
5.15pm - Dr jenguk dlm labour room sambil senyum , " Umi, nak beranak dah?" tanyanya.Ibu senyum sambil angguk..." Eh..org tanya dia nak bersalin,sempat senyum" seloroh Doktor.Ibu dah nervous dah..tambah pulak ngan perut memulas-mulas cam nak buang air tapi x dapat.Seksa tahuuu....huhuhuhu.Selepas position ibu dibetulkan, proses meneran bermula.Memula dlm labour room tu ada Doktor,sorg bidan dan sorg nurse.Tetiba,bila time nak meneran, masuk sorg nurse...khusus utk jadi pom pom girl...hahahahahahha...
Tak ingat baper kali teran,tapi Alhamdulillah, x lama.Sempat dengar Dr gunting ker apa ker tapi x rasa sakit apa dah sbb sakit kat perut lagi hebat.
5.30pm - Amani selamat lahir ke dunia...Alhamdulillah...masa Doktor letak Amani atas perut ibu tak dapat nak digambarkan perasaannya.Ya Allah, inikah anak yg ku kandung selama 9 bulan ? Rasa mcm x percaya.
Tak lama lepas tu, ibu dah dibersihkan, Amani pun dah dibersihkan..Atuk ngan Umi dibenarkan masuk utk menjenguk kita.Atuk n Daddy jenguk dan azankan Amani.Lepas tu ibu disorong masuk ke wad.Masa tu ibu call ke ofis bgtau berita gembira ni.Diorg semua terkejut.Pagi tadi elok jer berjalan ke hulu ke hilir bawak fail, cergas jer bergerak,alih-alih petang dah bersalin.
Sayang,
Rasa sakit berjuang utk lahirkan sayang ke dunia ni hilang begitu saja lepas menatap wajah comel sayang ibu ni.Rasa bersyukur sangat sayang semuanya selamat.

Tgh dipakai baju..nurse sempat cakap, "Pandai bukak mata bila daddy nak amik gambar"



Dah comel dahhhh
Alhamdulillah...to be continued dear.....

Sunday 20 November 2011

Penangan cinta

Ada member aku ni,lelaki..
La ni hari hari duk mengeluh pasal putus cinta..
Dlm fb la opkos..
Takkan nak dtg bertandang kat umah aku plak kan..
Mcm joyah joyah la sgt.
Memula aku x kisah sgt,baca baca camtu ajerlah..
Biasalah,apa salahnya nak luahkan perasaan kecewa..
Let it out bro (hehehe),simpan simpan kang meroyan..
Tapi bila dah masuk 3 hari,
Aku rasa lain mcm plak.
Hari hari status jiwang,kadang2 merintih pasal kesetiaan la,kebahagiaan la..
Sampai kadang2 aku rasa cam nk tanya dia lak..
Lu apahal? haaa gitewww,euwww
Dari asyik mengeluh naper semua gf2 x lekat ngan dia..
Baik dia muhasabah diri..
Pompuan2 itu yg kejam ker?
Or ada yg x kene ngan diri sendiri?
Pikir pikirkan..
Dari duk mengeluh,apa salahku apa salahku?
Check betul betul..
Ntah ntah ko mmg betul betul bersalah..

Friday 18 November 2011

Tragedi buang bayi

Hari ni ada lagi berita org buang bayi..
Semalam pun ada..
Duamalam,tigamalam,patmalam lepas pun ada..
Isu ni dah byk kali diperkatakan,dibahas,dibincang..
Sampai pening kepala menteri..
Kadang2 aku hairan..
Senang sgt ke diorg ni beranak main buang buang ni?
Kalo tinggalkan kat depan surau,dpn umah org,masih boleh ampun lg.Yerlah,diorg xnk ada org lain tahu yg diorg lahirkan anak luar nikah tp masih ada perikemanusiaan lg la bila tinggalkan dgn harapan ada org lain jumpa dan bela budak tu.
Yang aku pelik ni yg main buang buang cam sampah.
Tu budak tu woiiii..manusia,ada nyawa,boleh nangis,boleh gerak.
Bukan anak patung..
Tak boleh nak cakap lantaklahhh...bukan masalah aku...x boleh...sgt tak sensitif...
Aku ada anak...bukan nak doa..(mintak simpang..Ya Allah, jauhi anak-anakku dari gejala negatif ini) tapi perkara ini boleh terjadi kat sapa-sapa pun.Nak salahkan parents 100% pun x adil.Kengkadang tu bukannya x dibagi didikan agama, control mcm hape dah...tapi tulah...nafsu mmg x kenal sesaper.
Sebenarnya dlm kes gadis termengandung ni, sokongan parents tu penting.Bukan maksud aku mak bapak yg suruh "Wehhh...pegilah berzina, dah ngandung karang jgn lupa blk umah" Bukan tu maksud aku...
Oklah, aku citer...wah mcm penglipurlara asyik nak citer jer.Yer true story...sbb true story lah aku berani luahkan pendapat.
Ada sorang budak pompuan kat kg aku,boleh tahanlah lawa.Aku mmg kenal sangat sangatlah dia..mmg selalu bertandang ke umah pun.Satu hari,sepupu aku citer yg dia dah pregnant.Sepupu aku tahu mende tu sbb arwah makcik akulah yg jadi org tengah utk sampaikan berita tu kat parents budak pompuan tu.Masa tu budak pompuan (ala panjanglah nak sebut budak pompuan,kasi nama sket...A lah,cam artis gitewww) ni form 5 x silap aku.
Walaupun mak dia pengsan terima berita tu tapi aku salute dorg sbb x buang si A ni dr keluarga.Memula, diorg jaga si A sampai bersalin.Dah selamat bersalin, dorg carik jantan yg bertanggungjawab buntingkan anak dorg ni.Jantan ni mulanya xnak ngaku tu baby dia walaupon muka baby tu sebijik mcm muka dia,xyah susah2 buat DNA test pun.At last nikah jugaklah tapi dr hari pertama dorg nikah..x pernah duk sebumbung.Lepas beberapa bulan, diorg bercerai.Si A pi KL cari keje nak sara anak dan baby tu mak dia bela.Dah besar dah pun budak tu...elok jer jadinya.Tak lama lepas tu si A kahwin lagi...pastu aku x tau lah apa citer lagi.Happily ever after ke apa ker...
Tapi, sekurang-kurangnya kat sini...yerlah...yg salah tetap salah...tapi tindakan parents yg sanggup lagi terima anak dan cucu tu mengekang satu lagi tragedi iaitu buang bayi.Si A dapat mulakan hidup baru n nasib baby dia terbela.
Okeyla...satu point saja cukup...nak banyak-banyak gi tanya Dr Fadzillah Kamsah...sekian time kasih

Majlis Akikah Rafhanah

12hb Nov 2011 - Majlis Akikah /Potong jambul Rafhanah kat Rembau.Dah setahun dah anak ibu ni barulah terhegeh-hegeh nak wat kenduri dia.Siannnnn....sowwwy darling,ada masalah yg x dapek nak dielakkan.
Majlis sgt ringkas,jemput org2 kampung jer.Hari Jumaat pagi-pagi makcik-makcik dah dtg rewang dah tapi malangnya lakiku dan ibu mertuaku baru jer gi beli barang..hehehehe,so makcik-makcik tu potong jerlah  apa yg dapat.Sian diorg.
Yang bagusnya kalau kenduri kat kampung ni, semangat kejiranan tinggi, keje cepat siap walaupun riuh rendah hiruk pikuk jgn citerlah.Pening pala aku kalo diorg x jumpa barang..meriah kau.
Gambar kat bwh ni persiapan utk souvenier nak bagi tetamu.Aku dah trained dah anak-anak aku suh wat keje.Bkn main bersungguh lagi si Hakim n Amani.Amani readykan paper bag tu,Hakim isikan barang kat dalam tu.Sekali pandang cam Bangla keje kilang plak anak aku ni.Muahahahahaha.Bagus,anak soleh dan solehah......

Anak bujangku yg rajin
Aku tak taulah samada mmg kat Trg majlis nya ringkas or mmg family belah aku jer yg buat majlis ringkas-ringkas..Wallahualam la.Tapi kalau masa Amani dulu (buat kat Trg),kalo baby girl,yg dtg marhaban berzanji group pompuan ajer n ibu baby yg bwk baby dan hanya org-org marhaban sajer yg potong rambut baby tu.Kalo baby boy,bapaknye kene dukung n group marhaban pun lelaki sahaja.
Tapi kat sini, semua org termasuklah tetamu akan potong rambut baby tu.Jenuh kene tawaf keliling rumah sambil mendukung si tembam yg kus semangat...kebas lengan.Tapi seronok arrr, lepas cukur jambul,dapat duit...hihihihi...mata duitan sungguh omak eh...
Muka Rafhanah cuak nk kene tepung tawar...hahahahhaa
Tak banyak sgt nak citer...cuma ada berlaku tragedi kecik...kecik jer...aku baru jer lepas ke tepi khemah menuju ke belakang bila salah satu wayar yg bersambung ngan extension dlm rumah meletup dan 'terbatar' (pelat si Hakim).Nasib baik ada sorg tetamu cepat-cepat tutup suis utama.Fuhhhhh...berdebar aku tgk tetamu kat khemah lari jap tadi tuh.Lucky yg terbakar cumalah wayar tu ajer bukan langsir ke apa ker...kut tak haru.
Biasalah kalo dah kenduri,acara terakhir yg paling best ialah basuh pinggan dan periuk belanga.Yg ni pun kitorg gotong royong adik beradik settlekan termasuklah Amani.Tak caya? Ada bukti....


Rajin anak aku.Yg sebelah tu adik ipar aku merangkap omak angkat Amani
Penat mmg penat tapi bestlah jugak.Mcm hari raya punya meriah...Ma dan Abah pun dtg dr Trg,khusus utk kenduri ni.Terima kasih Abah,Ma...luv ya.
Huk,xder moodlah nk tulis panjang2.Tekak sakit nih... eh apa kena mengena,bukannya aku bersuara pun kan? Lagi plak kedua-dua puteriku tu plak demam nih.Sian Amani,dahlah ada concert Ahad ni sempene Graduation Day tadika dia tu.Harap-harap cepat sihat...
Tido arrr..penat membebel....kroih kroihhhhh

Thursday 17 November 2011

Nak tgk wayang

Dah lama tak tgk wayang.Teringin gak rasanya nak gi tgk wayang tapi x sampai hati nak tinggalkan sikecik.Adik adik ipar aku okey jer nak jadi babysitter bebudak ni dgn syarat kene bg pampasan.Duit tekanan jiwa,kata diorg.Hahahahaha
Tapi,org cam aku ni tak guna pun dibawa ke panggung wayang.
Sbb aku akan tertidur selepas 10 minit.
Dan hanya terjaga kat pertengahan cerita.
lepas tu lost jalan citer.
pastu sambung tidur..
Padahal bukan tgk citer romantik.
Citer action pong pang kebabom pun aku lena gak.
Haritu aku tgk Avatar 3D lg syok aku tido.
Sebab ada spek..
Huh,layan Astro First ajelah.
Baru syok tido terbongkang..

Tuesday 15 November 2011

Belanja Dapur

Semalam gi Tesco,beli brg dapur sket..
Barang x sampai setengah troli pun..
Bila gi bayar...hukhukhuk..RM300.
Tetiba aku wonder..
Aku duk Tokyo ker?
Ke London?
Seoul?
Tak..Shah Alam..
Mengeluh?Sikitlaaa..aku pun manusia biasa.
Rakyat marhaen..
Skang jgn kata Tesco,kedai runcit belakang umah aku ni lg la cekik darah.Brg dia kalo nak comparekan ngan Tesco or Giant,dia mesti mahal sket dlm beberapa puluh sen.
Sbb tu aku gi kedai dia kalo dlm kecemasan jer..
Perbelanjaan kene berhemah..
Sebab perjalanan hidup anak2 aku masih panjang.
Aku kene fikirkan future dorg dr skang.
Hisssskkkk..kalo aku kaya ntt,aku nak beli Tesco tuh.
Hukhukhukhuk..AMINNN

Report Card Vs Duit


Ada sorang member FB mengeluh.Dia ni cikgu. Aku petik sket kata-kata dia ,"pening pala tgok ramai tul parents dtg amik duit bantuan khas rm100....klu amik report kad x mcm ni plak....."
Ha hah...jgn duk kata kawan aku tu nak bantai mak bapak yg tak sabar-sabar nak amik duit tu.Sapa yg taknak duit free weh.Zuhud giler la org tu.Ataupun org itu ialah org kaya yg duit not RM100 tu dia buat lap hingus jer.
Point dia bila time amik report card anak-anak..berapa ramai parents yg muncul?
Memanglah duit tu penting,tapi report card anak-anak tak pentingkah?
Okeylah,think positif, katakanlah parents tu bukan org senang,kalau kata dia cuti mau gak terbang duit gaji ( in case yg bergaji hari la...contohnyer lahh),tapi kalo amik duit,cover lah duit gaji utk hari tu.
Tapi...dalam setahun, baper kali jer pun kene amik report card...kan? kan?
Okeylah...think positif lagi...kita pun kadang-kadang tak faham, setiap org ada masalah dia sendiri.Kita x salahkan sumer parents yg tak amik report card tu.Ada yg memang betul-betul bermasalah.
Tapi seperti yg dikomen dlm status kawan aku tu (oleh kawan-kawannya yg juga cikgu)..hari ni PM umum bantuan khas tu,esoknya bertalu-talu parents call sekolah tanya bila boleh dtg amik duit tu.
Tapi,time amik report card...buat derkkk jer masing-masing.Bila anak pandai, itu genetik.Bila anak tak pandai,cikgu yg tak pandai mengajar.Bila anak baik,sebab kita pandai didik,kalau anak nakal,cikgu yg tak pandai kawal.Bila cikgu denda, cikgu kene tumbuk,bila cikgu buat tak endah,kata cikgu pilih kasih.Pendek kata, semuanya salah cikgu.
Ayat atas tu bukan aku yg cakap.Aku bukan cikgu,aku surirumah ajer...yg tu mmg luahan hati para guru.Yerlah,ramai kut sedara mara,kwn-kwn dan jiran tetangga aku cikgu cikgi nih.
Kasihanilah org-org yg mendidik anak-anak kita ni..kalau aku, cakap terus terang, x mampu aku nak jadi cikgu sbb aku bengis dan panas baran.Kang terbang anak org kuar tingkap kalo aku jd cikgu.Sbb tu aku kagum ngan cikgu-cikgu ni.Bagi aku, diorg penyabar.Cikgu-cikgu aku dulu sumernya penyabar.
Berbalik pada duit nih..tak salah kalo aku ckp kebanyakan kita kalau bab duit ni tindakan akan jadi cepat dan diluar norma kebiasaan kita.Naper aku cakap camtu...ni fakta.
Masa zaman Pak Lah dulu, dia pernah bagi rebat utk setiap kenderaan yg memperbaharui cukai jalan.Remember? Masa tu aku keje bank dan mmg biasalah kalo customer dtg renew road tax ngan kitorg.Kalo hari biasa, nak dapat satu kes pun payah.
Tapi, bila kuar jer berita pasal rebat tu..tu diaaaa...berpusu pusu dtg renew road tax.Takper lagi, siap ada yg call kitorg tanya prosedur nak tuntut rebat tu...lagi haru...sampai dah xleh beza JPJ ngan bank lagi dah..
Ada sorg customer ni lagilah...ni kuar dr mulut dia sendiri...Dia ada satu keta lama,keta tu dia bagi mak bapak / adik beradik pakai.Sbb kete tu pakai kat kampung jer,bertahun dia tak renew road tax.Bila ada rebat ni, gigih dtg bank nak bayar duit road tax ni.Bila dah lama keta takde cukai jalan,sepatutnya keta tu kene antar PUSPAKOM..gigih lagi tanya ada cara senang tak takyah antar kete gi wat inspection.Aku mampu tepuk dahi sendiri jer...tepuk dahi dia kang kene saman plak.Yang dia tahu, dia nak duit tu ajer...
Entahlah, nak ulas panjang lebar pun tak layak lah aku kut.Tapi, berbalik pada persoalan di atas, kita bukan nak salahkan sesiapa kalau dah mmg kita mata duitan.Cuba cakap kat aku,kalo org hulur duit RM10 ngan selai daun sirih,mana kita nak capai dulu.Jgn nak cakap amik daun sirih...sbb aku pun xkan pandang daun tu.
Tapi,report card anak pun penting gak.Sekurang-kurangnya amik tahu lah gred anak tu.Kalo dia bagus Alhamdulillah, kalau dia tak bagus,kita ikhtiar...(peringatan utk sendiri gak ni)
Okeylah, bulan depan nak amik report card Amani.Kalo dia x pandai jugak...aku bababbb bontot dia kuat kuat...kuikuikuikui....


Ni rupe aku kalo jd Cikgu....(gambar mtk kat pakcik google)


Ni student aku yg stresssssss


CAKAP SIANG PANDANG PANDANG,CAKAP MALAM KROH KROH

Dua tiga ari ni duk heboh org citer pasal Chef Riz,anak Chef Wan yg dikatakan menipu fasal profile dia dlm website MasterChef Malaysia.
Kepoh aku nilah..hahaha.Aku x minat pun kritik Chef ni.Dia pun dah mengaku salah,tutup buku ajerlah kan? Sokong pun tidak walaupun bagi aku bende ni tak perlu kecoh2.Yerlah,menipu ni dah sah sah lah salah dan berdosa kan? Dan maafkanlah kekhilafan dia,lg afdal.Kutuk kutuk dia pun apa kita dapat?
Cuma ini pengajaran buat diri sendiri dan kita sumer,berhati hati dgn apa yg kita duk gebang.Berlaku jujur lebih baik walaupun dimata org kita x hebat tapi kalo kantoi lg teruk (uiks,nasihat org mcm la x penah auta.hehehehe...aderlah sket sket,tak serius).Tambah lagi dizaman siber ni bila maklumat dihujung jari.Aku x kata zaman dulu kita boleh menipu tapi lambat sketlah org nak bongkar pembohongan kita tu.
Misalnya ko kelentong org kg yg ko penah pegi Zimbabwe sbb tempat tu sebelah Singapore jer,maybe dorg percaya sampailah anak dorg belajar Geografi bgtau dorg yg Zimbabwe tu sebenarnya kat benua Afrika.Itupun kalo anak dorg tak ponteng kelas.heh.
Tapi zaman internet ni,kuar jer auta,x sampai 5 minit org dh google/email.Kelepak kelepuk 10 minit kendian,tadaaaa,bukan takat sekampung,satu dunia tau ko kelentong.
Tapi yg aku kagum tu ialah semangat si dak wartawan tuh membongkar kelentongan Chef Riz tu.Gigih dia mengemail restoran Babbo tu yer.Dia ni masa sekolah agaknya kalau cikgu bagi soalan "huraikan sistem reproduktif katak" mesti dan dan tu jugak dia cari katak utk dibedah dan mencari mana letaknya ovari katak itu.Eh,katak ada ovari tak?Ntah,mana aku tau,aku ni kan bangang sains.Lagi2 biologi.Nanti karang2 jer aku google.Hahahahahaha.Cam harem.
Benar seperti kata Chef Wan,kalau kita berbakat dan popular,org akan berusaha cari kesalahan kita.
Nasib baik aku tak berbakat.
Tak popular
Aku nak kaya ajer...
Kuikuikui,aman sejahtera idup ai...

Wednesday 9 November 2011

TERSENTAP LA PULAKKKK

Lepas ambik Amani kat sekolah td,aku singgah Giant nak beli sikit brg nak masak.Tgh kelam kabut ngan budak budak bertiga ni,tetiba ada seseorg sapa aku.Laa,Akak S (bukan nama sebenar,kasi dramatik sket) rupanya.Mmg kenal sesangat,tidaklah pernah sebantal tp hatibudi tu sgtlah kenal luar dan dalam.Chess cam artis plak,kenal hatibudi bagai.
Beramah mesra lebih kurang,aku gi tempat sayur.Dah amik seketul dua sayur,aku mencongak congak depan sayur tu memikirkan apa mende lagi aku nak beli.Tiba2
"weh,apa duk menung depan sayur tu?"Aku toleh,Akak S lagi.Aku sengih
"Tgh pikir nak beli apa lagi?"Selamba katak la aku jawab.
"Org pikir menu dulu baru beli.."dia sound lalu berlalu pegi.Aku terkesima kejap.Apakahhhh??
Aku x taulah aku tgh PMS ke apa tapi tetiba aku rasa sentap plak.Tetiba emo dan sensitif.Perubahan hormonkah?Selalunya hormon aku akan berubah bila pregnant.Pregnant lagikaahhhh?Hahahahahaha
Org lain maybe rasa teguran akak tu mcm biasa jer,tp utk aku yg kenal sgt pe'el dia tu aku rasa cam nak gelak guling2 pun ada gak.Dari dulu sampai skang,cara dia menegur tu sumpah aku cakap,kalau dia jadi motivator,mesti ramai yg bunuh diri dari naik semangat.
Naper aku cakap camtu.Org lain mesti fikir apa yg akak tu tegur betullah.Org kalau nak shopping brg dapur biasanya sediakan list amende nak beli dan dah tau menu apa nak masak.Fine,apa yg dia cakap tu betullah.Aku x nafikan,tp pendekatan tu boleh sopan sikit tak?
I mean,ko siasatlah dulu before sembur, like tanya aku ke pesal nk fikir plak.Aku maybe bukan mcm dia yg boleh pi Giant hari2.Aku ni even nak ke kedai belakang umah pun fikir 5-6 kali.Kalau x penting sgt maybe aku x pegi sebab aku kena berangkut 4 beranak.Ngan si kecik tu aku kena dukung,lg nak control dua org lagi yg lari ke sana sini.Sbb tu aku gi beli barang kering sebulan sekali wat stok byk2,brg basah seminggu 2 or 3 kali jer.Thats why aku kene fikir,selain dr menu aku kene fikir jugak sayur mana yg tahan lama,tahan sekejap jer or tak tahan lsg.
Memang dari sejak dulu lagi aku mmg kurang berkenan ngan cara dia menegur kesalahan org. Dia suka menyindir dan mengeluarkan ayat-ayat yg pedas berbisa.Kadang2 org yg ditegur boleh terpinga-pinga sbb tak tau apa salahnya tetiba kena sindir.
Itu takpe lagi,yg plg aku tak tahan, kalau dia sound kesalahan org and dia sendiri x buat mende tu aku leh hormat lagi.Tapi dia pun dua kali lima jugak.Hari ni dia tegur dan dgn bangga ckp kat semua org yg dia xkan buat bende2 tu sumer.Alih alih esok lusa aku tgk dia buat gak mende yg sama.Hampehhh...
Insiden hari ni kira tak teruk mana sbb dah jarang jumpa,kalau tak dulu aku kene lagi dasyat.Sindir aku mcm aku ni org yg x bermoral.Cara aku berpakaian,bermekap dan berkomunikasi sumer dia nak kritik.Kadang-kadang aku fikir besar rahmatnya aku duk kat umah jer skang.Kurang sket dosa aku marah-marah kat dia.La ni tambah dosa lagi....haihhhhh...
Akak,nak menegur boleh tapi kalau boleh biarlah mendatangkan keinsafan,ni tidak,mendatangkan kemarahan ada lah.Aku bukan nak cakap la, benda kalau x jadi kat diri sendiri aku pun malas nak komen, sesetengah org kadang-kadang mempunyai niat yg baik,konon nak menegur ke arah kebaikan tapi tak tahu menggunakan pendekatan sewajarnya.Kutuk,perli,marah tak akan membuatkan org yg kene tegur tu insaf malah akan lebih memberontak.Memanglah kita benci ngan perbuatannya tapi jgnlah dizahirkan dgn ucapan-ucapan yg akhirnya menggambarkan diri sendiri tak jauh beza pun dgn org yg melakukan kesalahan tuh.
Macam zaman aku sekolah dulu.Aku sgt salute dgn Cikgu Add Math aku,Cikgu Siti Zabedah nama dia.Garang sampai aku nak terkencing tiap-tiap kali subjek tuh (bila mengajar sahaja).Tapi sebenarnya dia sangaaaaat baik.Dia ni bertudung labuh dan alim lah.Bila dia nak tegur sesuatu yg berlaku diluar kelas ,misalnya kelakuan kita dia x marah-marah.Pendekatan dia adalah dgn bercerita.Dari bercerita dia ajak join usrah.Pastu bila kita dah manja-manja mesra,dibawaknya join kursus motivasi.Hati kita dibelai-belai setiap hari sehingga lembut dan mahu menerima teguran.
Masa aku kat U dulu pun camtu.Lecturer ni nama dia Dr Fauziah.Pun bertudung labuh dan alim.Dan mcmmana kita tengok zahirnya macam tu lah lahiriahnya.Tenang dan baik.Dan dia menunjukkan setiap contoh dari apa yg dia perkatakan.
Akak tu...malaslah nak citer.Hari ni perli aku pakai kebaya, esok-esok dia pakai skirt ketat....hoh!!
Ah,tak payahlah nak membebel panjang-panjang.Aku pun bukan baik sangat.Aku sentap ngan dia pun sbb dulu banyak kali aku kena mental torture ngan dia so aku sgt sensitif dengan apa ajer yg keluar dr mulut dia.Paranoid dan trauma kut...kehkehkehekeh....trauma laaa sangatttt....normal jer aku rasa.Cesss...
Maafkan saya Kak,saya emo lah...
Saya kan panas baran....redho ajerlah yerrrr....

Monday 7 November 2011

SEKSUALITI MERDEKA a.k.a SEKS BEBAS???

Mata aku terbeliak tengok berita TV3 dan beberapa suratkhabar sepertimana Rafhanah terbeliak tgk aku makan aiskrim depan dia...
"Perhimpunan Seks Bebas" ?????? Apekahhhhhh?????
Aku kan kepochi,mana boleh berita panas cenggini  leh terlepas...sapa pulak yg nak anjurkan perhimpunan seks bebas secara terbuka dan terang-terangan gini? Apa jadi ngan Malaysia tanah airku?
Hahahahahaha...tajuk cam hareeeemmmm...
Cakaplah perhimpunan Seksualiti Merdeka....
Aku tak perlu nak komen ttg perhimpunan tuh sbb aku rasa biarlah orang yg arif mengulas mengenainya.Aku duk diam-diam sudah...Marina Mahathir pun dah mengamuk tuh...
Huishhh....tajuk panazzzzzz....dan mengelirukan
Jgnlah main-mainkan saya...saya naif orangnya...hahahahahhahahha

PTPTN DIHENTIKAN 2013??

Aku baca paper tadi pasal PTPTN yg dicadangkan akan dihentikan menjelang 2013.Eh,biar betol??? Kes naya nih...pesal apa?
Baca punya baca...oh baru di peringkat cadangan rupanya.Dan,yg agak melegakan, Pak Menteri sendiri x berapa setuju...oh kisahnyerrr....
Mengenai cadangan PTPTN tu,personally ( ni pendapat akulah,xder kene mengene ngan org lain) aku rasa ada baik ada buruknya.
Benda buruknya ialah:-
Cadangan nak hentikan tu terlalu awal,2013 tu dua tahun dr sekarang.Tempoh tu terlalu singkat utk mak bapak budak cari alternatif lain.Betul,sebagai mak bapak yg bertanggungjawab,kita x bolehlah bergantung harap pada bantuan kerajaan selama-lamanya tapi sekali sekala kita pun kene prihatin pada masalah sesetengah org.Tanyalah mana-mana mak bapak kat dunia ni pon,semua nak anak-anak berjaya dlm pelajaran tp kekangan kewangan selalunya membantutkan hasrat dorg.Impian setiap ibubapa kalo boleh nak tanggung sdr anak belajar U tapi kalo hari-hari nak makan pun duit cukup2 jer mcmmana? Mcmmana nak menabung kalo tiap kali ada jer benda yg urgent yg memerlukan duit segera.Zaman skang bukan mcm dulu, nak makan padan cari kayu api kat hutan,nak beras tanam sdr,ulam boleh dpt tepi rumah,agak-agak nak mkn daging berburu kat hutan...zaman skang sumernya duitttt...
Yg keduanya,dr laporan akhbar dan berita, punca nak hentikan pinjaman tu adalah sbb kekurangan dana dan kos pentadbiran yg tinggi ( dlm bahasa halusnya,peminjam dahulu xnak bayar hutang).Yang ni betul-betul buat org ramai marah kat peminjam-peminjam yg susah sgt nak bayar hutang.Aku bukannya x pernah berhadapan ngan org yg liat nak bayar hutang PTPTN ni.Aku x kisah kalo dia x keje lagi,hidup susah ke apa.Maybe kita boleh faham kalo dia ada masalah sdr yg menyebabkan dia xleh byr hutang.Ini tidak,keta beli sampai 2,rumah banglo,tiap-tiap tahun bercuti tp tang nak byr PTPTN dia boleh jwb mmg sengaja dia xnak byr sbb padanya kerajaan mmg wajib bagi pendidikan percuma kat dia.Itu hak dia katanya.Aku malas nak berhujah ntt kang kecik ati plak.Kalo ko nak pendidikan percuma,apply lah biasiswa.Agreement yg ko sign dgn PTPTN ialah pinjaman dan hutang wajib dibayar.Tak pasal-pasal disebabkan ko, org lain yg terjejas.Cuba fikirkan kalo pinjaman ni dihapuskan,kene plak anak ko sdr nak sambung belajar mcmmana?
Seriously aku rasa kalo PTPTN ambik langkah drastik camni, imej kerajaaan akan terjejas.Sbbnya org akan pertikai, dahlah xde pendidikan percuma dilevel U melainkan segelintir pelajar jer (yg dpt scholarship), pinjaman pon xder? Mana dana kerajaan? Dah habis ker duit perbendaharaan negara sampaikan nak tanggung rakyat belajar pon x mampu?
Tapi,kita pandanglah dr sudut positif.Kalau pihak PTPTN kata dia nak stop pada tahun 2023,aku rasa ok sket kut.Sbb ini akan mendidik mak bapak untuk start menabung dana pendidikan anak-anak.Tapi aku rasa jgnlah dihentikan terus tapi maybe boleh dihadkan pada golongan-golongan yg kurang berkemampuan.Dgn cara ni peluang setiap rakyat utk mendapat pendidikan tinggi tidak terjejas.
Jadi, pada ibubapa era millenium ni (termasuklah diri sdr)mari kita sama-sama menabung demi utk masa depan anak-anak kita.Aku dah merasa peritnya berhutang utk belajar ni jd aku xnak anak-anak aku pun melalui benda yg sama.Tension aku, dah tua-tua pon nak tanggung hutang belajar lagi.
Pada yg liat nak bayar PTPTN tu,pada mana-mana yg mampu tp sengaja xnak bayar tu,tolonglah prihatin pada generasi seterusnya.Disebabkan korang, peluang diorg tipis malah maybe tertutup utk melangkah ke menara gading.Pada yg x mampu tu, aku pon faham,setiap org ada masalah sdr.
Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat saya utk hari ini.Motif berceramah?? Entahlah...maybe prihatin sket sbb ramai org kat keliling aku ni anak-anak dorg bersusun tunggu giliran nak masuk U dan menyuarakan rasa gelisah dgn kos pengajian anak-anak.Ialah, walau nampak saja dorg mcm keje bagus,gaji besar, tapi maklum saja, zaman skang..pegi pasar kalo bawak RM50 setengah bakul pun x penuh.Gaji besar tapi setakat boleh beli rumah dan kereta utk keselesaan sekeluarga.Itu ajer...
Tapi, aku xnak takat mengeluh,ambil tindakan segera...
Aikkk,tadi mcm nak abih dah, membebel jugak lagi...haihhh....selamat malam
Malam ni tido lena-lena,InsyaAllah esok ada berita baik.Mcm jugak kes cukai prepaid tu...jgn risau...zzzzzzz

Sunday 6 November 2011

Bedtime stories

Aku sambut raya korban kat Rembau tahun ni.Petang semalam baru kitorg gerak dr Shah Alam.X.rushing sgt sbb xder apa-apa persiapan pun.Just sblm sampai umah tu singgah jap kat family store Zeemart Rembau tu shopping brg utk buat BBQ ptg esok.
Malam tu tido awal sket.Anak2 agak excited xmo tido so utk buat diorg tido,laki aku pun buat sesi bercerita.Bedtime stories la kononnya.Dia citer pasal zaman kanak kanak dia.Anak2 aku sumer excited sbb laki aku citerlah pasal gajah lah rimau lah hapalah.Aku kat sebelah tgh menyusukan si kecik ala2 lalok gak dgr citer dia.
Tgh aku duk mamai2 tetiba aku dgr Amani bersuara,"Daddy,citerlah daddy.Lepas tu apa jadi?"
Hampeh!Bukan bebudak tu yg tido,yg tukang bercerita tu yg lelap dulu.
Apa apa jerlah bang.Ada gak bahan aku nak gelak pagi esok.hahaahahha

Friday 4 November 2011

PETUGAS KAUNTER LHDN YG BAIK....

Aku agak kelam kelibut sket hari ni.Husband aku amik cuti sbb semata-mata nak meneman aku buat byk urusan ari ni.Silapnya dia cuti Jumaat.Tau tak byk pejabat kerajaan dan certain bank tutup due to Friday prayer...dah agak buang masa.
Aku nak gi antar borang Ujrah PTPTN hari ni.Sebelum tu nak kena gi LHDN dulu utk urusan duti setem plak.Dahlah lepas subuh aku tido balik,tau tau dah terlajak pukul 9.30am.Sambil menyumpah seranah diri sdr sambil terkocoh-kocoh siapkan bebudak tiga org nih.Sambil-sambil masukkan kain baju dlm washing machine dan kemas mainan yg bersepah-sepah.Sarapan? Lain tahun...dah lambat nih weiii...
Sampai kat simpang nak masuk Plaza Perangsang,laki aku dah sound dia lapar...aduss..aku faham sgt..So,aku suruh dia bawak Hakim n Amani pegi minum dulu, aku bawak sikecik tembam ni pergi pejabat LHDN.Terkengkang-kengkang aku menapak dgn sebelah tgn bawak fail,sebelah lagi mencempung budak tembam nih.Masuk-masuk jer ofis LHDN,cari kerusi kosong,duduk,keluarkan agreement UJRAH then baru aku sedar pen aku yg kat dlm bag tertinggal plak...Damnnnnnn.....
Terkocoh-kocoh aku pegi kat kaunter amik no,budak kaunter tu hulur aku satu borang.Then aku isikan borang tu depan dia.Pastu dia tgk aku terkial kial isi borang dgn sebelah tgn dukung baby baru dia sedar aku dtg sorg-sorg.Terus dia cakap," Akak duk kat meja sana jap yer,sekejap lg saya tolong," Terus dia angkut fail dan borang aku duk kat satu meja kosong.Pastu pesan kat aku dah sudah kang pegi balik kat meja dia.Aku xderlah expect apa sgt lg,maybe dia nak tolong bawakkan borg tu sbb kaunter duti setem tu nun kat hujung.Itu pun aku dah berterima kasih sgt dah..
Alih-alih bila dah sampai kat tempat duti setem tuh, dia bawak borang aku beserta agreement terus ke kaunter dan cakap ngan budak kaunter suruh settlekan aku punya dulu sbb aku bawak budak kecik.Wahhhh....ni servis yg sangat baguss.....akak terharu...sobs sobs...
Tak sampai sepuluh minit...settle...Excellent service..well done...
Naper aku rasa dia punya servis sgt bagus.Ya, aku pernah berkerja dlm service industry dan personally aku rasa budak ni buat beyond their expected services like talk politely,smile etc.
Apa-apapun, terima kasih dik.Even akak agak bangang x amik nama ko dan komen dlm website LHDN...hehehe
Kalau akak dah kaya akak bayar cukai kay...la ni akak x kijer..duit dapur pon nan hado sgt....kuikuikuikui.....
Jgn marah arrrr

Thursday 3 November 2011

SAYA IBU YANG EMOSIONAL - DICELAH-CELAH KEHIDUPAN

Hari Ahad, cam biasa ler..laki aku dah tau newspaper apa kene beli pagi-pagi Ahad.Hari Ahad kalo x beli paper sama lah cam ke hulu ke hilir x pakai spender.Lebih kurang mcm tuh lah perasaannya.Rasa cam x lengkap...
Laki aku selalu merungut sbb dialah mangsa kene gi kedai beli paper.Kat Shah Alam ni xper ah,kedai belakang umah.Buatnya balik Rembau,kene kuar pekan Chengkau cari paper.Balik Marang pon camtu,kene menapak pegi Bandar Marang.Dia merungut pon bukan sbb penat...aku tau dia sayang aku sgt-sgt...mengada-ngada mcm mana pun dia ikut jer kerenah aku.Cuma kata dia,aku ketagih Pancaindera,suka baca gossip katanya.
SALAH SAYANG.....
Dia x tau,column yg plg aku suka baca ialah "Dicelah-celah kehidupan" .Cerita pasal perihal rumahtangga,masyarakat sekeliling,sosial dan sebagainya.Aku baca ni sejak zaman anak dara lagi.Dari kolum tu aku byk belajar ttg kisah masyarakat yg berbagai ragam dan warna.Kadang-kadang boleh ternganga bila tahu ada gak spesies org mcm ni wujud kat dalam masyarakat kita ni.Tapi tu realiti...belajar dari pengalaman org lain.
Bukan tuh sebenarnya aku nak ulas...hari Ahad lepas,aku tertarik dgn satu cerita dlm ruangan DCCK tuh.Nak kata x setuju tidak jugaklah,maybe dia ada reason sendiri.Pendapat setiap org berbeza bukan? Cuma aku nak bagi pendapat aku ajerlah.Tajuknya " SERAH SAJA ANAK KEPADA SUAMI"
Dia petik begini ," Rasanya ramai wanita yang sanggup membodohkan diri apabila berlaku perceraian,sanggup tanggung anak-anak walaupun tak mampu.Tapi masih mengharapkan nafkah dari bekas suami.Bila bekas suami tak bagi nafkah mereka salahkan mahkamah syariah kerana tak mahu membantu,"
Hmmmmm..camner nak cakap yer...
Dia emosi kut..yerlah, hanya org yg melalui perceraian saja yg tahu peritnya kesan dari perceraian tersebut.Kena plak bekas suami jenis yg tak bertanggungjawab.Tapi kak, saya mintak, jgnlah ckp golongan ibu-ibu ni sebagai seorang yang membodohkan diri. Yer, mungkin akak bijak,taktik akak berjaya.Tapi akak kena faham jugak,situasi setiap org berbeza-beza.Saya x salahkan akak,tapi mungkin taktik tu menjadi buat akak tapi x menjadi utk org lain.Mengapa? Ini pandangan saya sebagai seorang ibu.
Pertama, akak melalui detik perceraian tatkala anak dah berusia 9-10 tahun.Dah besar jugakkan? Ada wanita yg lebih malang bila bercerai dengan anak masih kecil hatta ada yg masih dalam kandungan.Tergamakkah nak serah bayi kat org lain waima bapak sendiri hanya semata-mata kita tak mampu? Atau semata-mata sebab kita nak ajar bapak diorg jgn tau buat anak jer...tolong jaga sekali.Mmg betul kita lakukan demi semata utk masa depan anak tu sendiri tapi sampai hati ker kita? Okeylah,not fair nak bandingkan dgn org yg anak kecik kan,kita letaklah ada ibu-ibu yg punya anak sebaya ngan anak akak.Maybe akak boleh keringkan hati berpisah ngan anak-anak supaya masa depan mereka terbela tapi ada jugak jenis ibu yg x boleh berenggang langsung ngan anak-anak.What a selfish mother kan? Susah, nak bg anak makan pun x mampu ada hati nak bela jugak budak-budak tuh...tapi ni soal naluri keibuan, bukannya kebodohan.
Keduanya, kena nasib baik bapaknya boleh terima anak-anak walaupun berat hati...tapi buatnya si mak tiri tu sakit hati, dia anggap akak ni sengaja nak membalas dendam, dilepas kemarahan pada budak-budak tu mcmmana? Its a risk kan?
Ibu-ibu ni sumer bodoh menyalahkan mahkamah syariah bila x dpt nafkah? Habis tuh apa guna ada mahkamah syariah? Mmg fungsinya adalah utk membantu golongan ibu-ibu tunggal ni kan? Kalau mahkamah syariah x dpt membantu mmg patut dipersalahkan lah, ni soal hak.Bila bapa-bapa ni enggan bertanggungjawab, bukan ker fungsi mahkamah syariah utk memastikan mereka-mereka ini bertanggungjawab pada zuriat sendiri.Adakah dgn memperjuangkan hak itu satu kebodohan?
Okeylah, maybe cara akak berjaya, si suami akhirnya sedar diri.I'm proud of it.Keberanian akak demi masa depan anak-anak wajar dipuji tapi buatnya...maaf cakap, hantar anak elok ajer, balik pada kita badan dah berbirat, apa perasaannya? Sebab itu ada ibu sanggup membodohkan diri walaupun sedar diri x mampu, berusaha utk membesarkan anak.Itu namanya ikhtiar.
Akak jugak kena faham, bila dah x mampu, sesekali mereka akan merintih,meraung,menangis,merungut.Sebabnya mereka manusia biasa.Hati mereka walau mcmmana kental sekalipun akan terhiris juga bila tgk nasib zuriat sendiri terumbang ambing.Sudah tentu ada masa mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hati.Bukanlah semata-mata nak menyalahkan mahkamah syariah,bekas suami ataupun takdir, tapi sbb mereka perlu luahkan perasaan tak puas hati itu.Itu sahaja.
Yer...sy faham apa yg akak lalui dan bersimpati.Saya x kata akak kejam,sanggup berpisah ngan anak-anak utk mengajar bekas suami agar bertanggungjawab.Itu cara akak,ikhtiar akak.Lagipun akak lakukan utk kebaikan anak-anak jugak selain memberi inspirasi pada wanita lain agar tidak mudah dipijak kepala.Tapi mungkin ada yg enggan mengambil risiko.Alhamdulillah anak-anak akak faham.Mereka faham kerana akhirnya ayah mereka sedar diri.Bayangkan kalau sebaliknya.Agak-agak apa yg mereka buat? Salahkan akak?
Hanya saya pinta, jgn gunakan ayat membodohkan diri.Sama dgn akak, apa yg mereka buat bukan utk membodohkan diri tapi utk membesarkan zuriat mereka sendiri.Salahkah?Salahkah mereka mahu zuriat didepan mata? Saya bercakap hanya kerana saya seorg ibu..
Soal lelaki yg tak bertanggungjawab ni...malas nak cakap.Biarlah mereka ni.Jgn nanti bila dah berkerepot baru heboh nak cari anak-anak yg ditinggalkan dulu.Bila anak-anak enggan terima, jgn pula heboh sana sini meraih simpati dgn menuduh anak-anak itu tak mengenang budi,anak derhaka,si tanggang.Apa pulak jasa ko selain dari " kalo x disebabkan aku,korg xder kat dunia ni".Anak-anak tu agaknya kalo diberi pilihan, dr dpt ayah mcm ko baik aku x lahir.Betul tak?Tapi,lahirnya hamba Allah kat dunia ni bukan atas kehendak seseorg tapi kehendak Allah.Jagalah amanah Allah itu sebaik-baiknya.Bukan nak suruh anak tuh derhaka,Nauzubillah..cuma peringatan.Jgn salahkan anak bila dah tua x berdaya mereka membuang kita.Itu ajer.
Emo pulak aku ni haihh...yerlah bende-bende mcm ni bukannya x berlaku depan mata, sbb tu aku jadi emosi.Jadi kepada ibu-ibu,kuatkan semangat.Wanita nampak jer lemah tapi tangan yg menghayun buaian masih mampu menghayun penumbuk.Awas yaaaaa...
Emosi dan rasional...fikir-fikirkan...sekian time kasih...
Haaaahhhhh....semputttttt!!!!!!

CUTI CUTI MALAYSIA - MELAKA

Jalan-jalan ke Melaka...
Ni kan diary, kenelah post kat sini supaya dah tua-tua sok...anak cucu bulih tgk.Bubuh dlm wasiat username n password...perghhhh...hehehehehehe
Last week kawan laki aku menikah so dia suggest kami gi tido sana terus.Sambil gi kenduri sambil jenjalan.Yahooooo...aku mmg suka melancong.Pantang laki ajak, on ajer.Pendek kata kalo dia kata dia yg nak kawin pun xder hal janji jalan jalan ( errr...yer ker?)
Aku mmg suka pegi Melaka,tak tau lah naper...suke kot tgk tempat-tempat bersejarah.Rasanya sejak kahwin dah 4 kali pegi melancong ke sana.Tak jemu-jemu. Sebenarnya pun, aku ni mmg suka jalan-jalan jd x kisahlah gi mana pun, sumer aku suka.


Posing dulu sebelum gerak

Muka dua org budak yg excited nak jejalan.Sempat makan bahulu
Kenduri kat Jasin.Kitorg smpi around 3pm..makan-makan...lauk gulai daging dia sgt sedappp.Alhamdulillah.Dah kenyang,jumpa pengantin,salam bapak pengantin...gerak pi hotel.Badan dah melekit,penat..si kecik pon dah meragam.

Holiday Inn Melaka.Cantik kan?
Sampai sini dah kul 5pm..rimasnya badan Tuhan jer yg tau.Tapi penat tu ilang bila hotel staff tu sambut dengan penuh kasih syg kesopanan.Elle..standard hotel haruslah sopan kan? Tapi yg ni extra sket...pasal aku penah experience pi hotel tercangak-cangak kat lobi.Staff yg ada kat kaunter jer.Pastu tunggu trolley nak angkut brg mkn berjam.Layanan mmglah sopan tapi bila agak lembab haruslah hangin gak satu badan.Haa..ni nak citer..dah check in,laki aku angkutlah barang, baru nak masuk lobi hellboy bell boy dah offerkan trolley.Pantas dan cekap.Zup zap zup zap...dah sampai  bilik.Apa yg extra kan? Biasalah hotel staff camtukan? Haaa....sbb yg menyambut tu sumernya cute cute....muahahahahaha...(gelak mak ayam) ada sorg tu ala-ala muka kacukan.Ensem-ensem org Melaka nih....eh...cam bunyi mak ikan lak aku ni haiii...
Abg,ampunkan ayang...xder niat pape..gurau jer...



Masuk-masuk jer si kecik ni terus wat kije


Aku suka snap gambar interior design hotel dan kumpulkan.Mana tau, dah kaya sok, leh wat bilik sebijik cam bilik hotel.Berangan x salah kan? Meh aku tlg promote bilik nih,mana tau Holiday Inn bayar aku kang..ni bilik standard jer nih, belum suite lagi.Agak cantiklah (untuk akulah)...aku suker...


Berangan nak bilik air camni..sobs





Lepak sampai pengsan....lepas Maghrib,hubby terchenta kata dia nak bawak aku naik River Cruise...oh..you're so sweeeeeetttt Darling.....

Hahaha...excited anak anakku n bapaknya sekali
Gaya favourite si kecik...
Beratur panjang org...perghhhh...nak pitam aku.Mulanya nak jer aku suruh laki aku cancel beli tiket tapi tgk2 dia dh nak sampai giliran dah...redah ajerlah.Tapi nasib baik tunggu x lama..bot banyak giler kot.Kejap jer...next......next....haaaa gituuuu...

Sblm balik,posing dulu...aku bukan apa snap gambar ni..nampak kat blkg...tu Hotel Casa Del Rio...perrrggghhh...cantik gilerr...aku ushar gak kat internet, tgk harga aku pengsan lima nam kali.Beranganlah utk org kebanyakan cam aku nih...huhuhuhu...xper...len kali.
Perut dah berkeroncong tapi anak-anak nak naik beca plak.Layan ajerlah, kesian kat dorg....

Kan aku dah cakap, kat Melaka ni ramai budak cute-cute.Yg bwk beca pun budak lg...kesian aku tgk dia kayuh cam semput nak bwk aku anak beranak..
Dah enjoy...makan lah pulak...Husband aku suggest makan ikan bakar...so dia GPS ikan bakar...tet tet...Jom melantak kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung...Tempatnya besar,layan diri pandai-pandai ko lah...makanan jgn citerlah...tgklah kat gambar tuh...sebanyak tu abih kitorg sental ( dua dewasa dua kanak-kanak satu bayi) bayangkan....


Udang bakar,ikan 3 rasa,Ketam lada hitam,sotong goreng tepung,nasi lemak,kangkung belacan n tauhu bakar

Banyak giler tuh nak makan...nafsu nafsu...tapi Alhamdulillah, x membazir...sedaaaaaappppp...
Dah kenyang...balik membuta...kroih kroihhhhh
Bgn jer si kecik ni jahanamkan jam hotel

Muka ngantuk
Bgn pagi pagi turun breakfast...dah kenyang naik bilik aku kelentong kat anak-anak suruh mandi kat bath tub jer...malas lah nak ke swimming pool.Kalau duk 2 mlm xperlah gak...ni nak packing barang lagi...malas aihhhh....
Kol 12,gerak nak balik.Ingatnyer nak gi shopping, elok masuk parking shopping centre, Amani n Hakim dh membuta kat dlm keta.Adoiii yai, aku malas ler kalau budak dua org ni dah ngantuk,jgn la dikejutkan.Spoil mood shopping ntt so kitorg decide terus balik umah jer.Husband aku janji shopping kat "Tumah (rumah) lion" jer (panggilan si Hakim utk Sunway Pyramid).
Dah..sekian saje rancangan cuti-cuti Malaysia aku....semalam di Melaka.......
Chewwwwahhhhh.....