Wednesday 18 January 2012

Tak tahu nak cakap ...eh..nak tulis apa

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.
Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.
Bagaimanapun, ‘drama’ tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

itu, katanya, hukuman berat perlu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan.

atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.

Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya. Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.

Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.

Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.

Sumber : Harian Metro Online 18/01/2012

******************************************************************************
Aku sangat marah...Ya..sebagai ibu kepada 2 anak perempuan...aku sgt marahhh....

Kes kes macam ni memang berlambak-lambak...aku tak tau lah apa nak jadi....

Pertamanya :-
Yang paling durjana sekali,yang pelaku tu dah tua ok...umur mcm dia ni patutnya dah fikir pasal mati,tapi dia still duk pikir pasal nafsu.Perbuatan tu plak dh lama,since budak tu 6 tahun...adusss...sebak aku...sebaya ngan anak sulung aku masa memula dia kena rogol....xleh imagine aku.

Keduanya:-
Mak dia tahu pasal kejadian tu tapi di diamkan ajer...kenapa???? Oklah,aku cuba utk positif,maybe laki dia ugut nak bunuh dia ke apa ke tapi still...ko boleh dapatkan bantuan.Setahu aku,seorang yg bernama ibu akan buat apa saja utk lindungi anak dia.
Tapi,kalau si ibu tu memang sengaja diamkan sebab dia sayangkan laki dia or takut jadi janda....memang durjana lah!!

Ketiga :-
Mintak ringankan hukuman ? Atas alasan dah tua dan sakit ? What?!!!!
Masa buat takde plak ko pikir bila-bila masa ko boleh "padam" disebabkan penyakit jantung ko tuh.Alih-alih kat dalam penjara tau plak berpenyakit....
Takat alasan menjimatkan masa mahkamah?? Lagi nonsense...kalau ko tak buat,lagi jimat masa mahkamah...

Keempat :-
Scene drama si "bapak" cium kaki....patutnya budak tuh bg penyepak ajer...rasakan...
Si emak plak...baru lah sedih taknak berpisah??? Abih tu,ko biar masa depan budak tu gelap,tak sedih???
Ke ko sedih sebab baru menyesal...kalaulah dulu dia sendiri wat report polis,at least si anak still ngan dia...la ni,laki dah masuk dalam,anak pun dah kena ambik.
Buat apa ko menangis di sini,pergi kau main muzik di sana...eh,dialog ibu mentuaku la plak...

Emo emo....oh maafkan aku sebab terlalu judgemental....org tu maybe dah benar2 insaf...
Maybe aku tak tahu apa situasi sebenarnya yg berlaku lalu terkeluar ayat2 kemarahan tersebut.Tapi...aku ulas dari sudut pandangan aku sebagai pembaca.Luluh hati aku...kesian budak tuh...hancur punah masa depan dia.Speechless la dgn benda-benda macam ni.
Aku cuma berharap dia cepat pulih dari trauma dan masa depan dia cerah.Poor girl...aku doakan dia selalu.
To the parents...bertaubat nasuha lah...dan aku harap keinsafan tu bukan sementara.Allah itu Maha Adil dan Maha Pengampun juga...
Ya Allah, Kau lindungilah zuriat keturunanku dari perkara-perkara sebegini.Ampunkan lah dosa-dosa hambaMu ini...Amin.

No comments:

Post a Comment