Sunday 15 January 2012

ANTARA BUDAYA DAN AGAMA

Ingat lagi kisah Sahar Gul,seorang gadis berusia 15 tahun dari Afghanistan yg didera oleh keluarga mertuanya kerana enggan dilacurkan.Kisah beliau menggemparkan dunia sehingga Presiden Hamid Karzai sendiri campur tangan.



Sadis kan....
Inilah nasib wanita wanita yg hidup di negara2 dimana budaya mereka telah kembali ke zaman jahiliah tetapi disalahanggap sebagai ajaran Islam.Menurut seorang penulis,Afghanistan ialah " A land where only boy's dream come true"
Setakat ni,aku telah baca 3 buku yg mengisahkan nasib wanita2 yg datang dari Yemen,Pakistan dan Afghanistan.Kesemuanya mengalami nasib yg sama.Didiskriminasi,dinafikan hak,didera dan direndahkan darjat hanya sebagai pemuas nafsu dan hamba abdi.Sedihnya, dari ketiga-tiga wanita ini,hanya seorang yang faham bahawa apa yg berlaku kepadanya adalah kerana BUDAYA,bukannya dari ajaran Islam,manakala dua lagi,survive tapi setelah melarikan diri ke UK,hilang kepercayaan kepada ajaran Islam dan menjalani cara hidup Barat yg kononnya lebih membela nasib wanita.
Aku memang recommend kalian kalian baca buku2 ini sebab melaluinya kita belajar budaya hidup org lain dan lebih memahami lebih mendalam apa yg sebenarnya berlaku pada dunia diluar sana.Walaupun mungkin terdapat unsur2 penambahan yg direka utk kesan lebih dramatik,tapi ia byk menginsafkan.



Nilah bukunya:-
1) Unbroken Spirit  by Ferzanna Riley - Mengisahkan seorang warga UK berketurunan Pakistan yg diperangkap oleh bapanya sendiri utk pulang ke Pakistan atas alasan utk bercuti.Setibanya di sana, barulah dia mendapati dirinya diaturkan utk satu perkahwinan. Ferzanna terkandas berbulan bulan di Pakistan sehinggalah akhirnya berjaya pulang semula ke UK.Ferzanna juga didera oleh bapanya sejak kecil.Tapi,endingnya tidak memuaskan.Ferzanna menyalahkan agama sebagai punca kelakuan bapanya.


2) A promise to Nadia - Zana dan Nadia adalah adik beradik warga UK berketurunan dari Yemen.Pada usia belasan tahun,kedua-duanya diperangkap untuk bercuti ke Yemen oleh bapanya tetapi sebenarnya dipaksa berkahwin.Setelah bertahun-tahun hidup dalam sengsara,Zana memutuskan utk meninggalkan bayi lelakinya dan bercerai tapi Nadia telah melahirkan anak perempuan dan terpaksa bertahan demi utk mempertahankan anaknya ( dlm budaya mereka,anak lelaki akan dijaga dgn baik,anak perempuan sebaliknya).Zana pulang ke UK,bersama ibunya (ibu bapanya bercerai slps kejadian itu) berjuang utk membawa pulang Nadia ke UK.Tetapi gagal.Spt kisah Ferzanna,Zana juga keliru antara budaya dan agama,lalu memilih cara hidup barat.


Antara ketiga-tiga buku,yg ni paling menarik.Ia berkisar ttg kisah hidup Maryam Khail.Beliau lahir dari keluarga yg berpengaruh di Afghanistan.Tidak seperti kebanyakan keluarga lain di sana,Maryam lebih bertuah kerana bapanya (pernah menjadi mangsa dera abang tirinya) seorang yg penyayang,lemah lembut dan open minded serta ibu yg berpendidikan tinggi.Pada zaman pendudukan Soviet,Maryam telah menunjukkan penentangan secara terbuka lantas mengancam nyawa keluarganya.Mereka melarikan diri ke US tapi hidup dalam komuniti Afghanistan.Walaupun telah menjalani cara hidup moden,sebagai ketua puak,ayahnya masih terikat dgn budaya puak lalu mengaturkan perkahwinan Maryam dgn seorg lelaki Afghanistan.Malangnya,lelaki tersebut rupa-rupanya seorg yg sadis dan brutal,telah mendera Maryam sepanjang tempoh perkahwinan.Maryam berjaya menuntut cerai tapi anak lelakinya telah dilarikan bekas suami ke Afghanistan.Maryam kemudian telah berkahwin dgn seorg lelaki Arab Saudi dan berjaya menemui semula anak lelakinya selepas 16 tahun tetapi malangnya anak yg terdidik dgn cara hidup yg menyaksikan wanita hanyalah sebagai objek mainan,menjadi sadis,kejam dan dingin terhadap ibunya sendiri.
Tapi Maryam faham bahawa apa yg berlaku adalah budaya masyarakatnya, bukan dari ajaran Islam itu sendiri.Buku ni menerangkan perbezaan antara keduanya,setidaknya mengelakkan kekeliruan dikalangan org barat yg menuduh Islam adalah punca diskriminasi terhadap wanita.

Wah,ayat aku,ilmiah sungguh....
Saje lah nak share....sebab kita kena faham,dalam dunia akhir zaman,masyarakat Islam telah kembali kepada kelakuan zaman jahiliah.Buku2 ni semua sebenarnya memberikan fakta2 yg lebih jelas tentang aplikasi Hukum Hudud,Qisas dan Takzir yg dimanipulasikan utk kepentingan sebelah pihak sehingga menimbulkan salah faham pada masyarakat bukan Islam.
Contohnya : - 
Nenek Maryam adalah seorg balu.Dia berada dlm pengaruh puak yg diketuai oleh anak tirinya.Dlm budaya mereka,seorg balu yg berkahwin lain akan hilang hak terhadap anak-anak.Anak2 akan kekal dlm puak manakala dia akan mengikut puak suaminya.Memandangkan beliau mempunyai 3 anak perempuan,beliau enggan menikah lain ( perkahwinan diatur oleh anak tirinya) dan perbuatannya itu menimbulkan kemarahan anak tirinya.Beliau sesenang hati menjatuhkan hukuman rejam namun berjaya dihalang oleh anak lelakinya (ayah Maryam).
Tengok,hanya sebab tak dgr cakap dia,suka suki dia nak rejam org.Babab bontot ajer sudahlah...
Sebab itulah org kafir memandang serong pada ajaran Islam.Ajaran Islam tu tak salah,yg salah ialah org Islam yg memanipulasikan ajaran agama utk kepentingan sendiri.
Mende mcm ni bukan jadi kat negara2 lain ajer,kat sini pun ada.Contohnya,bila bab poligami....wah,bila nak menikah lain,abih segala Surah,Hadis keluar.Memanglah cik abang,poligami tak salah.Ko tak adil tu yg salah,reti??? Bila Erma Fatima buat cerita Tahajjud Cinta,ramai yg marah kononnya memperlekehkan agama,tapi kita tak sedar,drama tu menayangkan realiti.
Jadi,Ustazah nak terangkan ye ye ye,hadirin hadirin sekalian...errr....sekian terima kasih....
Sorrylah,aku bukan ustazah yer,ilmu aku masih sgt cetek lagi.Cuma nak berkongsi cerita-cerita mcm ni supaya kita faham.....budaya dan cara hidup tidaklah melambangkan agama, tapi ajaran agama yg diaplikasikan dengan cara yg betul akan menjadi teras dalam budaya dan gaya hidup kita...
Sekian sajer tazkirah utk hari ini....haaaa...semputttt...

No comments:

Post a Comment