Saturday 26 November 2011

KISAH CINTA DAN FILEM HINDI

Pernah tgk citer hindi? Sape yg minat citer hindi mesti dh masak jalan citernya camne.Salah sorgnya tu aku lah.hehehehe.Tp hindi movie yg moden ni best sket kut sbb x merepek sgt dah citernya.
Tp bukan tu yg aku nak citer sbnrnya.Cuma nak relate kan impian percintaan setiap org ngan hindi movie.Naper mesti hindi movie plak?
Sbb kalau aku comparekan scene hindi movie ngan citer melayu or omputeh,aku rasa babak romantik citer hindi jauh lebih ekzejeret dan mengkhayalkan.Babak nyanyi2 lari bwh pokok,tukar2 baju lima nam kali,pastu tetiba ko comolot atas bangunan.Tak khayal gitu?
Bila dh terpengaruh,mesti ko harapkan kisah cinta ko seindah filem hindi.Hii,bahagianya.
Mcm akulah,time citer Mohabbatein tgh meletup tu,aku lum ada boyfriend.Huish,time tu punyelah jeles mak aih kat org yg berkapel,asik tertanya tanya pasal apa xde org nak kat aku nih?
Tak aku sedari,realitinya tak seindah babak filem hindi.huhuhuhu.Maksud aku,tak applicable utk sumer org.Bila dh ada boyfriend,baru aku sedar ttg realiti kehidupan.Masa tu nak gak rasanya aku saman pengeluar dan pengarah filem2 hindi sbb memberi harapan palsu pada aku.Tapi,bukan salah dorg.Dah ko yg bodoh tak tau nak fikir camne nak rencanakan jalan cerita kisah cinta ko sapa suruh?Dalam soal ni,xder sapa yg bersalah.Proses berkapel ni pun sebenarnya mematangkan aku dan menjadikan aku tau berfikir lelaki mana yg sesuai dibuat laki.Aku tak kata semua ex bf aku x guna,jahat ker,cuma diorg bukan lelaki yg sesuai utk jd pasangan.Maybe aku kene jumpa lelaki yg berkarekter begini2 supaya boleh suit dgn aku.
Sbb tulah,dlm proses memilih pasangan,x boleh terburu2 hanya kerana ko terpengaruh ngan citer hindi ataupun disbbkan kwn ko dah ada boyfriend.Sbb tu aku x ambil port sgt kalau ada kwn2 or sedara mara pompuan yg blm kawin.Aku bertanya pun sbb aku concern jer.Biasanya aku tanya sekali dua jer.Xderlah sampai dia rimas.Sbb aku faham,cari laki bukan semudah pilih ikan kat pasar.Berkenan masuk bakul,masuk kuali,masuk perut.
Untuk aku,Alhamdulillah,kegagalan masa lalu bukan menjadikan aku serik utk bercinta.Sbb niat aku,nak ada keluarga.Walaupun kisah cinta kami tidak seromantik cerita hindi ataupun Cinderella,tapi aku bersyukur,hidup kami bahagia.Dan,aku bersyukur juga dipertemukan jodoh dgn suami tercinta yg sgt bertanggungjawab.
Aku tak pernah salahkan ex2 aku dulu wp geram kadang2 tu biasalah.Sbb maybe kalau aku kahwin dgn dia pun,mungkin x bahagia misalnya.
Cuma,pengajaran ni maybe aku akan turunkan pada anak2 aku kelak.Kisah cinta semanis mimpi,mungkin hanya kekal dalam mimpi.Realitinya,pelajari dari pengalaman sdr dan berhati hati.Tak perlu dendam memakan diri,InsyaAllah,kebahagiaan yg dicari,akan mampu kita miliki.
Iskkkk,betul ke aku yg tulis entry ni? This is soooooo not me.
Biasalah,kadang2 aku masih terpengaruh ngan citer hindi.huhuhu

No comments:

Post a Comment