Friday 4 November 2011

PETUGAS KAUNTER LHDN YG BAIK....

Aku agak kelam kelibut sket hari ni.Husband aku amik cuti sbb semata-mata nak meneman aku buat byk urusan ari ni.Silapnya dia cuti Jumaat.Tau tak byk pejabat kerajaan dan certain bank tutup due to Friday prayer...dah agak buang masa.
Aku nak gi antar borang Ujrah PTPTN hari ni.Sebelum tu nak kena gi LHDN dulu utk urusan duti setem plak.Dahlah lepas subuh aku tido balik,tau tau dah terlajak pukul 9.30am.Sambil menyumpah seranah diri sdr sambil terkocoh-kocoh siapkan bebudak tiga org nih.Sambil-sambil masukkan kain baju dlm washing machine dan kemas mainan yg bersepah-sepah.Sarapan? Lain tahun...dah lambat nih weiii...
Sampai kat simpang nak masuk Plaza Perangsang,laki aku dah sound dia lapar...aduss..aku faham sgt..So,aku suruh dia bawak Hakim n Amani pegi minum dulu, aku bawak sikecik tembam ni pergi pejabat LHDN.Terkengkang-kengkang aku menapak dgn sebelah tgn bawak fail,sebelah lagi mencempung budak tembam nih.Masuk-masuk jer ofis LHDN,cari kerusi kosong,duduk,keluarkan agreement UJRAH then baru aku sedar pen aku yg kat dlm bag tertinggal plak...Damnnnnnn.....
Terkocoh-kocoh aku pegi kat kaunter amik no,budak kaunter tu hulur aku satu borang.Then aku isikan borang tu depan dia.Pastu dia tgk aku terkial kial isi borang dgn sebelah tgn dukung baby baru dia sedar aku dtg sorg-sorg.Terus dia cakap," Akak duk kat meja sana jap yer,sekejap lg saya tolong," Terus dia angkut fail dan borang aku duk kat satu meja kosong.Pastu pesan kat aku dah sudah kang pegi balik kat meja dia.Aku xderlah expect apa sgt lg,maybe dia nak tolong bawakkan borg tu sbb kaunter duti setem tu nun kat hujung.Itu pun aku dah berterima kasih sgt dah..
Alih-alih bila dah sampai kat tempat duti setem tuh, dia bawak borang aku beserta agreement terus ke kaunter dan cakap ngan budak kaunter suruh settlekan aku punya dulu sbb aku bawak budak kecik.Wahhhh....ni servis yg sangat baguss.....akak terharu...sobs sobs...
Tak sampai sepuluh minit...settle...Excellent service..well done...
Naper aku rasa dia punya servis sgt bagus.Ya, aku pernah berkerja dlm service industry dan personally aku rasa budak ni buat beyond their expected services like talk politely,smile etc.
Apa-apapun, terima kasih dik.Even akak agak bangang x amik nama ko dan komen dlm website LHDN...hehehe
Kalau akak dah kaya akak bayar cukai kay...la ni akak x kijer..duit dapur pon nan hado sgt....kuikuikuikui.....
Jgn marah arrrr

No comments:

Post a Comment