Friday 18 November 2011

Majlis Akikah Rafhanah

12hb Nov 2011 - Majlis Akikah /Potong jambul Rafhanah kat Rembau.Dah setahun dah anak ibu ni barulah terhegeh-hegeh nak wat kenduri dia.Siannnnn....sowwwy darling,ada masalah yg x dapek nak dielakkan.
Majlis sgt ringkas,jemput org2 kampung jer.Hari Jumaat pagi-pagi makcik-makcik dah dtg rewang dah tapi malangnya lakiku dan ibu mertuaku baru jer gi beli barang..hehehehe,so makcik-makcik tu potong jerlah  apa yg dapat.Sian diorg.
Yang bagusnya kalau kenduri kat kampung ni, semangat kejiranan tinggi, keje cepat siap walaupun riuh rendah hiruk pikuk jgn citerlah.Pening pala aku kalo diorg x jumpa barang..meriah kau.
Gambar kat bwh ni persiapan utk souvenier nak bagi tetamu.Aku dah trained dah anak-anak aku suh wat keje.Bkn main bersungguh lagi si Hakim n Amani.Amani readykan paper bag tu,Hakim isikan barang kat dalam tu.Sekali pandang cam Bangla keje kilang plak anak aku ni.Muahahahahaha.Bagus,anak soleh dan solehah......

Anak bujangku yg rajin
Aku tak taulah samada mmg kat Trg majlis nya ringkas or mmg family belah aku jer yg buat majlis ringkas-ringkas..Wallahualam la.Tapi kalau masa Amani dulu (buat kat Trg),kalo baby girl,yg dtg marhaban berzanji group pompuan ajer n ibu baby yg bwk baby dan hanya org-org marhaban sajer yg potong rambut baby tu.Kalo baby boy,bapaknye kene dukung n group marhaban pun lelaki sahaja.
Tapi kat sini, semua org termasuklah tetamu akan potong rambut baby tu.Jenuh kene tawaf keliling rumah sambil mendukung si tembam yg kus semangat...kebas lengan.Tapi seronok arrr, lepas cukur jambul,dapat duit...hihihihi...mata duitan sungguh omak eh...
Muka Rafhanah cuak nk kene tepung tawar...hahahahhaa
Tak banyak sgt nak citer...cuma ada berlaku tragedi kecik...kecik jer...aku baru jer lepas ke tepi khemah menuju ke belakang bila salah satu wayar yg bersambung ngan extension dlm rumah meletup dan 'terbatar' (pelat si Hakim).Nasib baik ada sorg tetamu cepat-cepat tutup suis utama.Fuhhhhh...berdebar aku tgk tetamu kat khemah lari jap tadi tuh.Lucky yg terbakar cumalah wayar tu ajer bukan langsir ke apa ker...kut tak haru.
Biasalah kalo dah kenduri,acara terakhir yg paling best ialah basuh pinggan dan periuk belanga.Yg ni pun kitorg gotong royong adik beradik settlekan termasuklah Amani.Tak caya? Ada bukti....


Rajin anak aku.Yg sebelah tu adik ipar aku merangkap omak angkat Amani
Penat mmg penat tapi bestlah jugak.Mcm hari raya punya meriah...Ma dan Abah pun dtg dr Trg,khusus utk kenduri ni.Terima kasih Abah,Ma...luv ya.
Huk,xder moodlah nk tulis panjang2.Tekak sakit nih... eh apa kena mengena,bukannya aku bersuara pun kan? Lagi plak kedua-dua puteriku tu plak demam nih.Sian Amani,dahlah ada concert Ahad ni sempene Graduation Day tadika dia tu.Harap-harap cepat sihat...
Tido arrr..penat membebel....kroih kroihhhhh

No comments:

Post a Comment