Monday 7 November 2011

PTPTN DIHENTIKAN 2013??

Aku baca paper tadi pasal PTPTN yg dicadangkan akan dihentikan menjelang 2013.Eh,biar betol??? Kes naya nih...pesal apa?
Baca punya baca...oh baru di peringkat cadangan rupanya.Dan,yg agak melegakan, Pak Menteri sendiri x berapa setuju...oh kisahnyerrr....
Mengenai cadangan PTPTN tu,personally ( ni pendapat akulah,xder kene mengene ngan org lain) aku rasa ada baik ada buruknya.
Benda buruknya ialah:-
Cadangan nak hentikan tu terlalu awal,2013 tu dua tahun dr sekarang.Tempoh tu terlalu singkat utk mak bapak budak cari alternatif lain.Betul,sebagai mak bapak yg bertanggungjawab,kita x bolehlah bergantung harap pada bantuan kerajaan selama-lamanya tapi sekali sekala kita pun kene prihatin pada masalah sesetengah org.Tanyalah mana-mana mak bapak kat dunia ni pon,semua nak anak-anak berjaya dlm pelajaran tp kekangan kewangan selalunya membantutkan hasrat dorg.Impian setiap ibubapa kalo boleh nak tanggung sdr anak belajar U tapi kalo hari-hari nak makan pun duit cukup2 jer mcmmana? Mcmmana nak menabung kalo tiap kali ada jer benda yg urgent yg memerlukan duit segera.Zaman skang bukan mcm dulu, nak makan padan cari kayu api kat hutan,nak beras tanam sdr,ulam boleh dpt tepi rumah,agak-agak nak mkn daging berburu kat hutan...zaman skang sumernya duitttt...
Yg keduanya,dr laporan akhbar dan berita, punca nak hentikan pinjaman tu adalah sbb kekurangan dana dan kos pentadbiran yg tinggi ( dlm bahasa halusnya,peminjam dahulu xnak bayar hutang).Yang ni betul-betul buat org ramai marah kat peminjam-peminjam yg susah sgt nak bayar hutang.Aku bukannya x pernah berhadapan ngan org yg liat nak bayar hutang PTPTN ni.Aku x kisah kalo dia x keje lagi,hidup susah ke apa.Maybe kita boleh faham kalo dia ada masalah sdr yg menyebabkan dia xleh byr hutang.Ini tidak,keta beli sampai 2,rumah banglo,tiap-tiap tahun bercuti tp tang nak byr PTPTN dia boleh jwb mmg sengaja dia xnak byr sbb padanya kerajaan mmg wajib bagi pendidikan percuma kat dia.Itu hak dia katanya.Aku malas nak berhujah ntt kang kecik ati plak.Kalo ko nak pendidikan percuma,apply lah biasiswa.Agreement yg ko sign dgn PTPTN ialah pinjaman dan hutang wajib dibayar.Tak pasal-pasal disebabkan ko, org lain yg terjejas.Cuba fikirkan kalo pinjaman ni dihapuskan,kene plak anak ko sdr nak sambung belajar mcmmana?
Seriously aku rasa kalo PTPTN ambik langkah drastik camni, imej kerajaaan akan terjejas.Sbbnya org akan pertikai, dahlah xde pendidikan percuma dilevel U melainkan segelintir pelajar jer (yg dpt scholarship), pinjaman pon xder? Mana dana kerajaan? Dah habis ker duit perbendaharaan negara sampaikan nak tanggung rakyat belajar pon x mampu?
Tapi,kita pandanglah dr sudut positif.Kalau pihak PTPTN kata dia nak stop pada tahun 2023,aku rasa ok sket kut.Sbb ini akan mendidik mak bapak untuk start menabung dana pendidikan anak-anak.Tapi aku rasa jgnlah dihentikan terus tapi maybe boleh dihadkan pada golongan-golongan yg kurang berkemampuan.Dgn cara ni peluang setiap rakyat utk mendapat pendidikan tinggi tidak terjejas.
Jadi, pada ibubapa era millenium ni (termasuklah diri sdr)mari kita sama-sama menabung demi utk masa depan anak-anak kita.Aku dah merasa peritnya berhutang utk belajar ni jd aku xnak anak-anak aku pun melalui benda yg sama.Tension aku, dah tua-tua pon nak tanggung hutang belajar lagi.
Pada yg liat nak bayar PTPTN tu,pada mana-mana yg mampu tp sengaja xnak bayar tu,tolonglah prihatin pada generasi seterusnya.Disebabkan korang, peluang diorg tipis malah maybe tertutup utk melangkah ke menara gading.Pada yg x mampu tu, aku pon faham,setiap org ada masalah sdr.
Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat saya utk hari ini.Motif berceramah?? Entahlah...maybe prihatin sket sbb ramai org kat keliling aku ni anak-anak dorg bersusun tunggu giliran nak masuk U dan menyuarakan rasa gelisah dgn kos pengajian anak-anak.Ialah, walau nampak saja dorg mcm keje bagus,gaji besar, tapi maklum saja, zaman skang..pegi pasar kalo bawak RM50 setengah bakul pun x penuh.Gaji besar tapi setakat boleh beli rumah dan kereta utk keselesaan sekeluarga.Itu ajer...
Tapi, aku xnak takat mengeluh,ambil tindakan segera...
Aikkk,tadi mcm nak abih dah, membebel jugak lagi...haihhh....selamat malam
Malam ni tido lena-lena,InsyaAllah esok ada berita baik.Mcm jugak kes cukai prepaid tu...jgn risau...zzzzzzz

No comments:

Post a Comment