Thursday 3 November 2011

SAYA IBU YANG EMOSIONAL - DICELAH-CELAH KEHIDUPAN

Hari Ahad, cam biasa ler..laki aku dah tau newspaper apa kene beli pagi-pagi Ahad.Hari Ahad kalo x beli paper sama lah cam ke hulu ke hilir x pakai spender.Lebih kurang mcm tuh lah perasaannya.Rasa cam x lengkap...
Laki aku selalu merungut sbb dialah mangsa kene gi kedai beli paper.Kat Shah Alam ni xper ah,kedai belakang umah.Buatnya balik Rembau,kene kuar pekan Chengkau cari paper.Balik Marang pon camtu,kene menapak pegi Bandar Marang.Dia merungut pon bukan sbb penat...aku tau dia sayang aku sgt-sgt...mengada-ngada mcm mana pun dia ikut jer kerenah aku.Cuma kata dia,aku ketagih Pancaindera,suka baca gossip katanya.
SALAH SAYANG.....
Dia x tau,column yg plg aku suka baca ialah "Dicelah-celah kehidupan" .Cerita pasal perihal rumahtangga,masyarakat sekeliling,sosial dan sebagainya.Aku baca ni sejak zaman anak dara lagi.Dari kolum tu aku byk belajar ttg kisah masyarakat yg berbagai ragam dan warna.Kadang-kadang boleh ternganga bila tahu ada gak spesies org mcm ni wujud kat dalam masyarakat kita ni.Tapi tu realiti...belajar dari pengalaman org lain.
Bukan tuh sebenarnya aku nak ulas...hari Ahad lepas,aku tertarik dgn satu cerita dlm ruangan DCCK tuh.Nak kata x setuju tidak jugaklah,maybe dia ada reason sendiri.Pendapat setiap org berbeza bukan? Cuma aku nak bagi pendapat aku ajerlah.Tajuknya " SERAH SAJA ANAK KEPADA SUAMI"
Dia petik begini ," Rasanya ramai wanita yang sanggup membodohkan diri apabila berlaku perceraian,sanggup tanggung anak-anak walaupun tak mampu.Tapi masih mengharapkan nafkah dari bekas suami.Bila bekas suami tak bagi nafkah mereka salahkan mahkamah syariah kerana tak mahu membantu,"
Hmmmmm..camner nak cakap yer...
Dia emosi kut..yerlah, hanya org yg melalui perceraian saja yg tahu peritnya kesan dari perceraian tersebut.Kena plak bekas suami jenis yg tak bertanggungjawab.Tapi kak, saya mintak, jgnlah ckp golongan ibu-ibu ni sebagai seorang yang membodohkan diri. Yer, mungkin akak bijak,taktik akak berjaya.Tapi akak kena faham jugak,situasi setiap org berbeza-beza.Saya x salahkan akak,tapi mungkin taktik tu menjadi buat akak tapi x menjadi utk org lain.Mengapa? Ini pandangan saya sebagai seorang ibu.
Pertama, akak melalui detik perceraian tatkala anak dah berusia 9-10 tahun.Dah besar jugakkan? Ada wanita yg lebih malang bila bercerai dengan anak masih kecil hatta ada yg masih dalam kandungan.Tergamakkah nak serah bayi kat org lain waima bapak sendiri hanya semata-mata kita tak mampu? Atau semata-mata sebab kita nak ajar bapak diorg jgn tau buat anak jer...tolong jaga sekali.Mmg betul kita lakukan demi semata utk masa depan anak tu sendiri tapi sampai hati ker kita? Okeylah,not fair nak bandingkan dgn org yg anak kecik kan,kita letaklah ada ibu-ibu yg punya anak sebaya ngan anak akak.Maybe akak boleh keringkan hati berpisah ngan anak-anak supaya masa depan mereka terbela tapi ada jugak jenis ibu yg x boleh berenggang langsung ngan anak-anak.What a selfish mother kan? Susah, nak bg anak makan pun x mampu ada hati nak bela jugak budak-budak tuh...tapi ni soal naluri keibuan, bukannya kebodohan.
Keduanya, kena nasib baik bapaknya boleh terima anak-anak walaupun berat hati...tapi buatnya si mak tiri tu sakit hati, dia anggap akak ni sengaja nak membalas dendam, dilepas kemarahan pada budak-budak tu mcmmana? Its a risk kan?
Ibu-ibu ni sumer bodoh menyalahkan mahkamah syariah bila x dpt nafkah? Habis tuh apa guna ada mahkamah syariah? Mmg fungsinya adalah utk membantu golongan ibu-ibu tunggal ni kan? Kalau mahkamah syariah x dpt membantu mmg patut dipersalahkan lah, ni soal hak.Bila bapa-bapa ni enggan bertanggungjawab, bukan ker fungsi mahkamah syariah utk memastikan mereka-mereka ini bertanggungjawab pada zuriat sendiri.Adakah dgn memperjuangkan hak itu satu kebodohan?
Okeylah, maybe cara akak berjaya, si suami akhirnya sedar diri.I'm proud of it.Keberanian akak demi masa depan anak-anak wajar dipuji tapi buatnya...maaf cakap, hantar anak elok ajer, balik pada kita badan dah berbirat, apa perasaannya? Sebab itu ada ibu sanggup membodohkan diri walaupun sedar diri x mampu, berusaha utk membesarkan anak.Itu namanya ikhtiar.
Akak jugak kena faham, bila dah x mampu, sesekali mereka akan merintih,meraung,menangis,merungut.Sebabnya mereka manusia biasa.Hati mereka walau mcmmana kental sekalipun akan terhiris juga bila tgk nasib zuriat sendiri terumbang ambing.Sudah tentu ada masa mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hati.Bukanlah semata-mata nak menyalahkan mahkamah syariah,bekas suami ataupun takdir, tapi sbb mereka perlu luahkan perasaan tak puas hati itu.Itu sahaja.
Yer...sy faham apa yg akak lalui dan bersimpati.Saya x kata akak kejam,sanggup berpisah ngan anak-anak utk mengajar bekas suami agar bertanggungjawab.Itu cara akak,ikhtiar akak.Lagipun akak lakukan utk kebaikan anak-anak jugak selain memberi inspirasi pada wanita lain agar tidak mudah dipijak kepala.Tapi mungkin ada yg enggan mengambil risiko.Alhamdulillah anak-anak akak faham.Mereka faham kerana akhirnya ayah mereka sedar diri.Bayangkan kalau sebaliknya.Agak-agak apa yg mereka buat? Salahkan akak?
Hanya saya pinta, jgn gunakan ayat membodohkan diri.Sama dgn akak, apa yg mereka buat bukan utk membodohkan diri tapi utk membesarkan zuriat mereka sendiri.Salahkah?Salahkah mereka mahu zuriat didepan mata? Saya bercakap hanya kerana saya seorg ibu..
Soal lelaki yg tak bertanggungjawab ni...malas nak cakap.Biarlah mereka ni.Jgn nanti bila dah berkerepot baru heboh nak cari anak-anak yg ditinggalkan dulu.Bila anak-anak enggan terima, jgn pula heboh sana sini meraih simpati dgn menuduh anak-anak itu tak mengenang budi,anak derhaka,si tanggang.Apa pulak jasa ko selain dari " kalo x disebabkan aku,korg xder kat dunia ni".Anak-anak tu agaknya kalo diberi pilihan, dr dpt ayah mcm ko baik aku x lahir.Betul tak?Tapi,lahirnya hamba Allah kat dunia ni bukan atas kehendak seseorg tapi kehendak Allah.Jagalah amanah Allah itu sebaik-baiknya.Bukan nak suruh anak tuh derhaka,Nauzubillah..cuma peringatan.Jgn salahkan anak bila dah tua x berdaya mereka membuang kita.Itu ajer.
Emo pulak aku ni haihh...yerlah bende-bende mcm ni bukannya x berlaku depan mata, sbb tu aku jadi emosi.Jadi kepada ibu-ibu,kuatkan semangat.Wanita nampak jer lemah tapi tangan yg menghayun buaian masih mampu menghayun penumbuk.Awas yaaaaa...
Emosi dan rasional...fikir-fikirkan...sekian time kasih...
Haaaahhhhh....semputttttt!!!!!!

No comments:

Post a Comment