Monday 21 November 2011

Amani : A journey begin....

Buat puteri kesayanganku....Syahirah Amani Binti Syahirrohhiv
Dah sampai masa ibu buat satu entry khas utk sayang ibu ni sempena dgn hari ulangtahun sayang yg ke 5 semalam.Bila dah besar nanti, boleh baca n gelakkan diri sendiri kayyyyy ( apa daaa ibu nih)
Lepas perkahwinan ibu dan daddy (weird combination panggilan ni kan?),hari-hari kami tunggu berita baik ttg kehadiran seorg cahayamata.
Bulan pertama...fail
Bulan kedua...fail lagi....huhuhuhu
Bulan ketiga....lantaklah...berserah saja..
Tapi....one day...ibu rasa tekak macam nak makan yg masam.Terliur-liur nak cari tomyam.Dah dapat...tetiba rasa cam lain macam.
Sebab period ibu ni x betul.."dia" dtg mmg x pernah ikut jadual.Tetiba baru teringat,mcm dah dua bulan tak period..
Terus teruja sesangattttttt....petang tu lepas keje ibu terus beli pregnancy test kit.
Balik rumah tak buat terus sbb nak tunggu pagi sbb instruction tu ada mention,utk dapat best result kena buat lepas bangun pagi ( first urine)
Bangun subuh-subuh....terus buat test.Dada berdegup-degup,berdebar tunggu garisan kat kit tu keluar.Harap-harap tak kecewa...ishhhh...lambat betul garisan ni keluar...
Tetiba...
Slow-slow...dari kabur...makin lama makin terang...
YESSSSSS!!!!!!!!!!!!! Dua garisannnn....ibu terus nangis masa tu jugakkkk...

Masih simpan...jgn risau..dah cuci dan suci..hihihihi
Terus ibu kejut daddy sampaikan berita gembira tu.Kesian  daddy,terpinga-pinga dia kena kejut..hehehehe
Malam tu,kami pergi jumpa doktor dan doktor sahkan kehamilan ibu,tapi xleh scan lagi sbb kecik sgt.Tak nampak pun.On the way balik rumah, ibu terus telefon semua org...Umi,Atuk,sedara mara terdekat,kawan-kawan rapat...excited tau nak dapat Amani....
Alhamdulillah...sepanjang kehamilan,ibu xde apa-apa masalah.Mual,loya n muntah-muntah pun xder.Cuma, menjelang petang jer,ibu jadi letih dan mengantuk.Baik anak ibu...
Setiap bulan buat checking, Doktor kata Amani sihat cuma agak kecil.Risau jugak.Ibu makan banyak-banyak nak bagi Amani besar sikit.Tapi lepas tu Doktor cakap x pyh risau,maybe memang Amani bersaiz kecil.
Tiap-tiap kali scan, ibu excited tgk sikecil ibu yg lasak sgt dlm perut ni....

3D image...Muka Amani 6 bulan dlm perut

Memandangkan hospital tu sebelah tempat kerja ibu, so menjelang hari bersalin,ibu x perlu ambil cuti awal.Lagipun sbb dah hujung tahun,cuti pun dah nak abih.Sampaikan last check up ibu, seminggu sebelum Amani lahir,itulah last cuti.Kalo pegi another check up,kena ambik unpaid leave dah.
Doktor Fairuz suruh ibu datang lagi 20th November 2006 utk check up.Masa tu pun mmg dah menanti hari jer.Memula dia suruh datang hari Jumaat,17th Nov tapi baru ibu ingat, 19th Nov tu baru nak attend Antenatal Class...haahahhahha....dah last minit baru nak pegi.Dr gelak sambil cakap " Takper,awak gi class dulu.Dah pandai,datang beranak,".Malam pulak ibu sempat attend wedding Aunty Sofia n Uncle Najib.

Malam sebelum Amani lahir

20th November 2006 ,Isnin - Doktor jangka ibu dah boleh bersalin tapi xder apa-apa tanda.Tapi ibu dah prepare semua barang,just in case.Daddy pun dah amik cuti.Kebetulan,atuk ngan umi pun nak datang dr Trg.
Pukul 8.30am - ibu sempat pergi ofis dulu hantar fail sbb ada internal auditor dtg.Keje kene siap dulu before cuti bersalin.Sempat salam-salam ngan auditor dulu.Hahahaha...pastu terkedek kedek jalan pegi hospital.Dua tiga langkah jer dari ofis.
Pukul 9.00am - Dr Fairuz check bukaan jalan.Pastu selamba jer " Okeylah Umi, hari ni umi beranak jer lah yer..." sambil senyum.Haaa??? Ibu terpinga-pinga."Tapi saya x rasa sakit pun,ketuban pun x pecah" jawab ibu."Takper,kita induce.Bukaan dah 2cm ni.Ibu terus setuju jer.Seram sejuk tapi excited sgt.
Pukul 10am - Lepas Dr masukkan ubat utk buang air dan pecahkan ketuban,ibu terus disorong ke labour room.Kat labour room,nurse masukkan ubat utk rangsang contraction.
Bermula perjalanan Amani utk ke dunia ni sayang....
2.00 pm - Nurse kejap-kejap masuk tanya ibu dah sakit ker belum.Memang rasa sakit mcm period pain tp ibu rasa mcm boleh tahan jer.Sbb dah biasa kut.
4.00 pm - Nurse tanya lagi..tapi ibu x rasa sakit sgt lagi.Dia suruh ibu amik injection tahan sakit.Memula ibu taknak sbb x sakit.Tapi dia kata,sbb ibu tahan sakit tu, bukaan jalan x terbuka.Dia check baru 5cm jer dari tadi.Ibu setuju.Lepas dia inject, tak lama lepas tu baru rasa kaki tu seram sejuk jer.Perut rasa memulas-mulas.
4.30 pm - Umi n Atuk baru sampai and were allowed to the labour room.Umi pegang kaki n dia kata ibu dah nak bersalin ni.Dia sempat suapkan air zam zam n kurma sebelum keluar.Nurse check jalan,dah 8cm sedangkan sblm inject,dr pagi asyik 5cm jer.Kalau tahu, dr awal suruh dia inject.Dia terus call Doktor.
5.15pm - Dr jenguk dlm labour room sambil senyum , " Umi, nak beranak dah?" tanyanya.Ibu senyum sambil angguk..." Eh..org tanya dia nak bersalin,sempat senyum" seloroh Doktor.Ibu dah nervous dah..tambah pulak ngan perut memulas-mulas cam nak buang air tapi x dapat.Seksa tahuuu....huhuhuhu.Selepas position ibu dibetulkan, proses meneran bermula.Memula dlm labour room tu ada Doktor,sorg bidan dan sorg nurse.Tetiba,bila time nak meneran, masuk sorg nurse...khusus utk jadi pom pom girl...hahahahahahha...
Tak ingat baper kali teran,tapi Alhamdulillah, x lama.Sempat dengar Dr gunting ker apa ker tapi x rasa sakit apa dah sbb sakit kat perut lagi hebat.
5.30pm - Amani selamat lahir ke dunia...Alhamdulillah...masa Doktor letak Amani atas perut ibu tak dapat nak digambarkan perasaannya.Ya Allah, inikah anak yg ku kandung selama 9 bulan ? Rasa mcm x percaya.
Tak lama lepas tu, ibu dah dibersihkan, Amani pun dah dibersihkan..Atuk ngan Umi dibenarkan masuk utk menjenguk kita.Atuk n Daddy jenguk dan azankan Amani.Lepas tu ibu disorong masuk ke wad.Masa tu ibu call ke ofis bgtau berita gembira ni.Diorg semua terkejut.Pagi tadi elok jer berjalan ke hulu ke hilir bawak fail, cergas jer bergerak,alih-alih petang dah bersalin.
Sayang,
Rasa sakit berjuang utk lahirkan sayang ke dunia ni hilang begitu saja lepas menatap wajah comel sayang ibu ni.Rasa bersyukur sangat sayang semuanya selamat.

Tgh dipakai baju..nurse sempat cakap, "Pandai bukak mata bila daddy nak amik gambar"



Dah comel dahhhh
Alhamdulillah...to be continued dear.....

No comments:

Post a Comment