Monday 4 June 2012

KEMPEN KEBERSIHAN

Sepanjang duk sini,boleh kata hari-hari lepak kat pantai...almaklumlah,dah lama tak tgk laut.hehehehehe.Ada masa layan anak-anak main pasir..ada masa tetiba aku kat dalam laut...eh.Tetiba plak...
Tapi,satu jer yg spoil aku punya mood..
Tetengah cari port baik nak bentang tikar,tetiba aku nampak sesuatu...
Pampers budak...pampers yg dah pakai lah..elok jer terbentang kat tgh tgh alam.Hangin lah jugak..
Aku pun tak paham lah jenis-jenis org yg macam nih.Dia ingat apa? Kat pantai awam mcm ni,ko expect ada Pekerja Majlis datang kutip pampers anak ko masa tu jugak? Ko expect diorg berdiri mcm pelayan kedai mamak ready nak amik order? Buang jer pampers,zassss,terus ada org datang kutip sambil ucap time kasih...mcm tu? Kalau aku lah jadi pekerja tuh,aku tikam dah ngan kayu pencucuk sampah tu...takde sivik sangat.Dalam laut plak aku nampak plastik terapung.Tau tak plastik tu lah punca penyu banyak mati sebab ia sangka plastik tu obor-obor?
Aku teringat keluhan seorg cleaner kat R&R mana ntah,aku tak ingat.Masa tu aku tgh salin pampers anak.Dia masuk dan mengeluh tgk ada org letak pampers budak kat bawah sinki padahal sebelah tu ada jer tong sampah.Katanya," Akak ni bukan nak merungut apa dik,memang lah ni kerja akak pun.Tapi,perangai org ni,tak ada rasa tanggungjawab langsung,"
Aku cuma senyum tak kata apa.Apa yg dia cakap tu betul.Memang betul dia di bayar untuk bersihkan tempat tu,tapi kalau sampai tahap tong sampah pun dah tak kenal,memang melampau.
Kalau aku perhatikan,kalau nak compare dengan 10 tahun dulu,kualiti tandas awam kat Malaysia ni dah semakin baik.Kalau dulu,berhenti kat perhentian,aku sanggup tahan kencing,kena batu karang pun redha dari nak kencing pastu muntah darah mcm kene santau.Tapi,aku tak rasa ianya disebabkan mentaliti kita sebagai pengguna yg dah berubah,tapi sebab pihak pengurusan yg dah mampu upah pekerja bersihkan tandas 24jam tak berenti.Siyes cakap,kalau pekerja -pekerja ni tak ada,tahap tandas awam tetap macam tu jugak.Nak tgk contoh mudah,cari satu toilet yg well mantained mcm tandas R&R dan pergi tandas awam yg cuma ada sorg makcik tukang kutip duit cum cleaner,bandingkan.Tetaplah sama...
Aku bukanlah pembersih tahap mega dewa dewi sampai habuk sebijik pun allergic,tapi dah sampai masa kita ubah mentaliti yg mengatakan tempat awam tu bukan tanggungjawab kita.Tak usah tunggu pekerja-pekerja pembersihan nak buat segala-galanya untuk kita.Aku kengkadang menyampah bila ada org keluar ayat " Abih tu apa guna cleaner,bukannya tak bayar gaji.Itu mmg kerja diorg"
Ni bukan masalah dia dibayar gaji atau tak,tapi ni soal mentaliti dan sivik kita.Aku pernah sekali pergi berkelah kat air terjun...kat mana ntah,tapi kat Selangor lah.Nak cari port sikit punya seksa sebab sumer tempat penuh ngan sampah sarap.Nak makan pun loya.Last,dpt lah satu area atas batu.Elok abih mandi manda,tetiba hujan.Dengan lecak,mmg tak selesa langsung.Kitorg pun pergilah nak salin baju..memang terkejut aku bila tgk keadaan tempat salin baju tuh.Dengan lantai berlumut,siap ada sarang tebuan kat atas bumbung lagi,tisu bersepah.Aku rasa cam nak balik ngan baju basah tu jer.
Itu first and last aku pergi berkelah kat tempat air terjun tuh.Tak hairan lah kat tempat tu ada penyakit kencing tikus tersebar...jgn lah buat statement pelik,naper byk sgt kes penyakit kencing tikus kat kawasan air terjun.Pegi sendiri baru tahu.Masing-masing aku tgk tanpa rasa bersalah,lepas berkelah,main tinggal jer sampah dan sisa makanan basah serupa hutan lipur tu atuk dia yg punya.
Hari tu,masa kat highway,tgh baik punya pecut,tetiba...splattt,ntah mana dtg chewing gum melekat kat cermin depan keta.Hangin jer laki aku.Mana dtg plaknya chewing gum ni? Tak tahu lah kut kut burung zaman skang sambil terbang kunyah chewing gum ataupun dah bermutasi berak kuar chewing gum.
Jadi mari mulakan kempen menjaga kebersihan tempat awam... hehehehe.
Tipsnya mudah:-
1) Sebelum gi berkelah,make sure bawak plastik.Nak bagus lagi bawak plastik sampah sekali.Sisa makanan,buang dlm plastik berasingan.Pastu,kalau tak jumpa tong sampah,bungkus elok elok dlm suratkhabar,pastu masuk lagi dalam plastik supaya tak berbau.Pastu carilah tong sampah berhampiran
2) Kat R&R kalau kau kata tak jumpa tong sampah,sila jumpa Doktor mata.Kalau agak-agak tong sampah dah penuh,inform jer kat pekerja dia.Kalau malas,cari tong sampah lain,which is aku rasa bersepah banyaknyer.
3) Cubalah anggap tempat awam tu mcm rumah sendiri.Kau nak tido terguling terlentang mesti lah nak bersih kan? 
4) Dah tahu anak tu berpampers,tak reti-reti nak bawak plastik spare in case takde tong sampah kat area ko pegi tuh.
5) Kalau kat dlm keta,kumpulkan sampah dlm satu plastik khas.Ikut logiknya,takdelah kau nak kedarah nasi beriyani kat dlm keta kan,mestilah makanan kering cam jajan,kopok dan kacang jer kan.Dah penuh plastik,ikat ketat-ketat pastu jumpa tong sampah,buang.Simple.Bukan ikut sedap rasa buang ikut tingkap..
Banyak dah aku bebel..Langkah-langkah kat atas tu bukan saja-saja aku taruk.Memang tu yg aku buat pun.Sematkan dlm hati,kalau kita tak suka,org lain pun tak suka kalau kotor.Jgn nak harapkan ada org nak tolong buatkan semua untuk kita.Kita pun patut menyumbang sekali dalam usaha nak jadikan Malaysia ni bersih.Mungkin pada kita rasa biasa lah tandas kotor,pantai kotor,kawasan air terjun kotor,tapi pada pelancong asing? Kerajaan kemain kempen nak pelancong asing masuk,tapi kita tanak amik bahagian langsung.Sumer nak harapkan kerajaan buatkan,sediakan untuk kita.
Segalanya bermula dari kita..bukan susah sgt nak buat.Mungkin kita rasa kalau takat kita jer yg buat takde effect,takpe.Sekurang-kurangnya bila kita buat,anak kita akan copy perbuatan kita.Maybe jugak org-org sekeliling akan contohi kita.Effect maybe tak nampak sehari dua,maybe bertahun.
Apa-apapun..hanya kita yg kena berubah...

No comments:

Post a Comment