Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Besok 16 Mei,Hari Guru.. Kalau masa sekolah,Hari Guru lah yg paling best.Masa ni ada byk program yg sekolah aturkan.Takde kelas,tapi ada persembahan lah hapa lah.Masa ni lah nak tgk cikgu cikgi bawak hadiah berbondong bondong.Budak2,hadiahnya apa lah sgt kan tapi aku yakin cikgu cikgu sgt hargainya. Cikgu, Aku dedicate khas entry ni untuk sumer cikgu cikgu aku dari aku tadika hinggalah habis universiti.Aku tak reti nak bersajak sajak..tapi tanpa cikgu,siapalah saya.Terima kasih cikgu.Jasa cikgu menunjuk ajar saya takkan dapat saya balas.Semoga Allah memberkati hidup cikgu cikgu semua. Aku harap anak anak aku kelak hormati cikgu cikgu diorang dan semoga cikgu cikgu diorg akan nanti akan selalu doakan kejayaan mereka. Kepada kaum keluarga dan rakan rakan yg bergelar guru,Selamat Hari Guru..dan terima kasih kerana memilih profesion yg mulia ini.Anda sumer adalah yg terbaik. Sebenarnya,esok juga adalah hari lahir seseorg yg amat istimewa bagi aku.Bertuah sungguh beliau bila birthdaynya satu sekolah sambut.hehehehehe.Tapi tak wish kat dia lah,kesian. Happy birthday.Moga hidup abang juga diberkati sepertimana guru guru ini. Sekali lagi,Selamat Hari Guru..

No comments:

Post a Comment