Thursday, 24 May 2012

Badan kurus dan sihat

Lately ni ramai org dah menegur aku makin kurus..
Eh,patut bangga lah kan..hehehehe.Sebab rata rata kaum hawa memang nak jadi kurus.Sapa tak bangga bila kita dah beranak tiga tapi body mantain anak dara.Heh,tapi lupakan ayat riak aku.
Sebenarnya aku dah naik cuak dan takut..
Losing weight without trying bukanlah satu petanda yg baik untuk kesihatan.Dan,dlm kes aku,aku cuba pujuk hati dgn mengatakan punca kurus ni sebab aku busy ngan anak anak sampai jadual makan aku tak teratur.Dan memang pun,aku memang kurang makan bila aku letih.Ada gak member aku sound,jadi surirumah pun sibuk ker? Duk rumah pun banyak keje ke? Bukan ke ko duk umah byk rilek?
Aku tanak sound balik ataupun nak jadi defensif.Terpulang pada penilaian masing masing.Kalau dia rasa kerja jadi surirumah lebih banyak rilek,itu maybe terjadi dalam kes dia kut.Jadi,dia applykan dlm semua kehidupan org lain.Terpulanglah,aku tak kecik ati pun.
Berbalik pada topik utama,dengan tabiat makan aku yg tak teratur sebenarnya lebih byk mengundang masalah kesihatan.Ya,org nampak aku mantain body tapi org tak tau aku lebih byk berdepan dgn masalah keletihan.Badan aku rasa penat dan asyik nak terbaring jer.Tapi,aku still buat kerja rumah walaupun lepas tu kejap kejap aku break utk baring.Kadang kadang 15 minit,kadang kadang 30 minit,ada jugak berjam jam.Hahahahaha.
Lepas tu aku asyik sakit kepala dan sakit perut.Tapi,Alhamdulillah,sejak aku berhenti kerja,maknanya dah lebih lapan bulan aku tak sakit perut.Kalau tak,tiap tiap bulan perut aku meragam.Sakit kepala pulak masih ada at least sebulan sekali.selalunya bila aku nak period la.
Bibir pecah,kulit kering,rambut gugur.Masalah masalah tu ada walau x nampak ketara.
Aku tahu puncanya tapi aku tak tahu nape susah sgt nak ubah tabiat pemakanan.Asal aku letih jer,aku hilang selera makan.Kadang kadang skip breakfast,kadang2 lunch.Dinner jer aku tak pernah tinggal.Ada sesekali jer selera makan membuak buak,tapi biasanya sekejap ajer.Dan aku layan selera makan aku dgn cara yg salah,misalnya dgn mengketadarah maggi.Walhal benda benda ni buat aku makin letih sebenarnya.
Ada org mantain badan atau kurus tapi dgn saluran yg betul.Misalnya dgn makan makanan berkhasiat,minum banyak air,bersenam dan sbgainya.Sebab tu diorg kurus tapi bertenaga.Macam aku,apa guna kurus keding kalau energy pun takde.Lemah sgt.
Jadi,aku dah start susun jadual pemakanan aku skang.Breakfast adalah wajib sekarang.Lunch still terbabas lagi dan haritu aku gi jumpa doktor jugak.Doktor advice aku suh minum banyak air suam which is benda yg plg susah aku nak buat.Minum jer pun,tapi mcm problem besar sgt buat aku.Then dia bagi vitamin.Kata nurse tu,InsyaAllah,kalau mkn vitamin tuh maybe boleh tambah selera makan.Dan doktor jugak nasihatkan aku byk minum susu.
Aku nak tgk apa progressnya nanti.Skang tak nampak hasil lagi,baru dua hari jer kut.Aku bukanlah nak jadi gemuk,tapi biarlah aku rasa sihat dan bertenaga.Itu ajer pun.
Memang aku selalu dengar,pompuan ni makhluk yg pelik.Gemuk taknak,kurus pun tak suka.Ada aja yg tak kena,tak bersyukur.Aku pun tak tahu nak ckp mcmmana,dah nama manusia,mmglah ada ajer yg tak puas hati kan.Samada jadi berisi atau kurus,yg penting ialah sihat.Dulu dulu mmg aku tak peduli sgt ttg kesihatan,skang aku sedar dah sikit sikit betapa pentingnya jaga kesihatan,jaga makan,jaga badan.Dan,aku akan berusaha ke arah itu.
Doa doakan lah semoga aku kekal sihat.

11 comments:

  1. aminnn

    tapi memang la letih sebenarnya jadi fully housewife. orang yang tak tau, tak tau la kan? tetambah anak kecik ni.

    Rai pun sama gak, bibir kering, rambut gugur makan skip2. pastu letih ya rabbi. kekadang tu lepas maghrib bagi bambam tidoq, sekali dengan mak dia terlena ternganga-nganga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih tlg doakan.Sesame kita berdoa kita sihat selalu supaya mantain jd supermom.tulah,susah jugak nak ubah habit skip makan ni.bila effect dh ketara,baru susah hati.
      Setuju ngan rai,bila ada anak kecik "anak didahulukan,makan diskipkan"hehehehe,pinjam ek ayat nih.

      Delete
  2. Tak faham kenapa ramai yg anggap housewife ni kerja rilek je.Hihihi!Superbusy lagi penat dari kerja makan gaji.

    Apapun kamu mmg kurang zat.Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petikan citer Alibaba bujang lapok
      ketua penyamun:Dia sakit apa Doktor?
      Doktor:Ini penyakit kurang vitamin C tuan.
      Pesakit tu sama simptom cam aku.hahahaha.P Ramlee genius!

      Delete
  3. Replies
    1. Dah malam,baru free nak menyinggah:)

      Delete
  4. Umi, bestnya skim exercise jaga anak2..duduk office asyik mengyah depan laptop x gerak2..anak2 adlah yg terbaik buat mama kuruss kan...cayunk umi..no 4 nnt confirm badan ko ala2 kim kadarshan..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerlah nieyza,ms keje kat workstation wajib ada nescafe segelas x penah putus,kdg2 aku tibai bwk makanan,hehehehe.tp susah hati gak aku bdn x bermaya jer..
      Kim Kardashian tgk aku skang pun mesti dia nanges,hahahahha

      Delete
  5. Aku yg x housewife ni pun terkejar2 sbb sesorg..azam slalu xd...umi, aku nk rekomen kat ko shaklee alfalfa..bkn aku jual pun tp aku ambk vit ni...alhamdulillah selain tlg tmbh susu, aku dh x cm dulu melepek letih...kira frankly speaking, aku blk keje, masak, lyn ank2 n insyaAllah larat layan hasben n esoknya bgn pagi x keletihan.....klu nk cb ko leh contact kwn aku yg intro basic h tu..plus...x mahal pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeh gak..ntt aku balik Shah Alam jumpa ko,kite citer

      Delete
  6. With bistroMD you can rest assured that not only will you get tasty meals, but that every entree and each in bistroMD's weight loss programs will be balanced to bistroMD's specific nutritional platform to help promote an healthy diet.

    STEP 1 - Choose one of the weight loss plans for 5 to 7 days of entrees.
    STEP 2 - See your menu in advance and pick the meals you would like for each day and week.
    STEP 3 - Order your weight loss plan online.
    STEP 4 - Your meals are delivered to your doorstep.

    ORDER NOW - delivered to your home.

    ReplyDelete