Thursday 22 March 2012

SATU MAID SATU KERJA..

Hari ni aku terbaca headline kat paper mana ntah,katanya Kerajaan Indonesia dah tarik balik tuntutan satu amah satu kerja.Hamboi,mementanglah kerajaan Malaysia amalkan konsep 1Malaysia,dan dan nak jugak applykan konsep satu satu.Yg plg bagus kalau konsep ni diapplykan oleh para suami,satu keluarga satu isteri.Ahakss...
Nak ulas pasal org gaji ni tak layak pasal aku mmg x pernah ada maid.Jadi masa org kecoh marah pasal tuntutan tu,aku tak amik port sgt.
Tapi,aku terbaca tadi pandangan seorang hamba Allah ttg isu nih.Yang menariknya,dia tak marah pasal tuntutan tu tapi dia marah kat org yg membantah ttg isu ni,which i believe yg membantah tu ialah para majikan.
Biasalah kan,dlm dunia ni akan sentiasa ada pencanggahan pendapat.Hukum agama pun ada yg berani sanggah inikan pulak pandangan manusia.Ada satu dua point dia yg aku rasa agak masuk akal dan buat aku angguk2 sendiri tapi ada jugak yg aku tak berapa setuju.
Macam yg dia kata,Kerajaan Indonesia buat tuntutan tu sebab nak protect rakyat dia yg dieksploitasi oleh majikan mereka.Aku rasa logiklah jugak.Baguslah kerajaan yg mcm tu,tapi adakah mereka ambil tahu masalah majikan pula? Mereka aware tak dgn masalah2 yg ditimbulkan oleh maid2 ni? Maid lari lah,ada penyakit,malas,kuat melawan,buat kerja tak pandai,etc.
Aku tak side belah sape2 sebab takde kepentingan pun pada aku.Aku tak penah ada maid.Tapi,utk bagi pandangan yg mengutuk majikan,seseorg tu patut berada dalam situasi yg sama.
Tak paham?
Okeylah,senang citer mcm nih.Kriteria hamba Allah ni adalah:-
Seorg lelaki,anak satu,isteri keje half day dan tak pernah amik maid.
Nampak apa point aku?Aku bukanlah nak condemn pandangan dia.This is free country,nak cakap,cakap ajer.Tapi apabila memberi pandangan dan melabelkan sesebuah keluarga yg amik maid sebagai loser,pemalas dan menyifatkan maid bukan satu keperluan tapi menunjukkan status kemewahan,aku rasa itu tidak adil.
Aku juga tak pernah ada maid,tapi aku tak pernah rasa org yg amik maid ni sebagai pemalas dan sebagainya.Mesti ada sebab kenapa seseorg tu kena hire maid.Macam kes aku,antara sebab aku tak amik maid:-
1) Rumah aku sgt "besar".Mana maid tu nak tido?
2) Jarak umah ngan opis 10 minit jln kaki okay?
3) Aku dapat jiran yg sgt dipercayai utk mengasuh anak-anak aku.
4) Disebabkan aku dpt blk awal dan rumah aku pun sekangkang lipas ajer,aku manage utk masak,kemas umah,basuh baju,lipat kain,siapkan anak-anak,etc bila balik keje.
Aku percaya,kalau ada kalangan org2 yg hire maid ni dpt peluang mcm yg aku dapat,mesti diorg takkan amik maid lagi.Am i right? Itupun,aku kadang-kadang rasa penat jugak.Sesekali ada jugak aku merungut.Dalam komen hamba Allah ini tadi,dia ada mention,kaum pompuan ni kalau asyik nak merungut,tak ikhlas namanya buat kerja rumah.Kalau dah namanya manusia,kalau tak merungut,tu bukan org,tu robot.Kita pun ada masa ada jugak rasa lelah,rasa penat,rasa stress.Kalau jenis dapat laki mcm dia yg rajin tolong ( i assumed) ,untunglah.Mcm kes aku,laki aku bukan tanak tolong,tapi dia keje jauh.Sampai umah pon dh lewat,lelah dgn traffic jam lagi.Jadi,aku kena handle kebanyakkan urusan rumahtangga.Penat tahu? 
Kalau kita ni tak boleh merungut, kau juga tak usahlah merungut gaji tak naik tapi harga barang naik.Redha ajerlah ngan majikan kau yg bagi gaji ciput,boleh?
Dia rasa maid bukan satu keperluan,dan pendapat dia disanggah oleh org lain.Terus mengamuk dan memaki.Kenapa ya? Aku tak nampak,kenapa dia perlu marah bila ada org berpandangan mcm tu.Ada sesetengah org memang memerlukan maid atas beberapa faktor,bukan suka suka hati ajer.Maybe sbb dia tak pernah ada maid,dia tak tahu, betapa peningnya majikan dgn kerenah maid yg bermacam ragam tapi terpaksa ambik jugak.Sebabnya? Salah satunya sebab kos.Katakan skang amik maid gaji RM600,anak 4.Kalau hantar anak ke nursery plg murah pun RM200 katakan.Anak 4 dah berapa? Dah RM800. Baik amik maid,bukan takat jaga anak,siap boleh bantu kita wat kerja rumah.Ada jugak org yg komen menyokong hamba Allah ni,bila dibangkitkan soal kos ni dia boleh cakap," kos jaga anak pun berkira,".Bagi aku,ini bukan berkira.Dengan RM200 yg dijimatkan,kita boleh menabung,misalnya dengan amik insurans utk anak ke,beli mainan dia ke,pergi bercuti ker? Untuk org duit berkepuk memang tak kisah,tapi kalau org kebanyakan mcm kita,RM200 tu besar nilainya.
Dia jugak bagi point,kenapa mak kita dulu boleh ajer jaga anak 7-8 org takde maid pun.Tak merungut pun? Encik,kalaulah boleh kita lalui apa yg mak kita lalui dulu,takde der kes budak kecik mati kena bunuh.Mak aku dulu pun keja gak,dia bukak restoran,memang takde maid.Tapi,mak aku hantar adik kecik aku kat pengasuh.Zaman dulu bersepah org keje jadi pengasuh.Zaman skang? Macam aku yg tadika masa tu,tadika depan umah ajer.Balik sekolah,aku lunch kat restoran (kelassss kau Maria),pastu merayau satu kampung.Masa tu takde hal,sebab jiran tetangga pun boleh dipercayai.Kes culik pun jarang kedengaran.Zaman skang? Cubalah ko biar anak kau kat luar pagar 5 minit? Ada berani? Tak usah compare zaman dulu dengan zaman skang.Kalau ajaran mak kita masih boleh dipraktikkan pada zaman skang,anak-anak dara skang takkan pakat2 lari dari rumah.Zaman dah berubah honey...
Panjang plak aku bebel.Bukan apa,sebagai pompuan,aku amat terasa walaupun aku tak termasuk dlm kategori org yg dia kutuk.Aku pernah ada karier,aku tahu beban tanggungjawab seorg isteri dan ibu yg bekerjaya.Sudahlah penat di pejabat,balik kena uruskan rumahtangga.Pastu jgn plak merungut kalau bini dah rupa tak semenggah,stress manjang.Org lelaki yg berpandangan mcm dia ni,aku percaya,dia pun mestilah nak wife dia sentiasa tip top.Kau nak wife kau sentiasa ada tenaga layan kau,tapi berkira sangat nak upah maid?
Laki aku pernah offer utk amik maid sebab kadang-kadang aku stress ( masa keja la),tapi aku tolak sebab faktor-faktor kat atas.Tak berbaloi.Tapi,bagi org lain,ianya berbaloi.
Nak tahu kenapa org ramai membantah ngan tuntutan tu? Kawan aku pernah cakap,dia tak perlukan expert,hanya nak pembantu.Maybe kerajaan Indonesia rasa gaji RM450 - RM600 tu terlalu murah,tapi kualiti kerja diorg adakah berbaloi dengan gaji yg dituntut.Tu blm termasuk makan minum,tempat tinggal,handphone lagi.Kalau gaji RM700 buat keje cikai pastu byk tgk sinetron,baik tak payah.Lagi plak,kalau nak mintak naik gaji,gaji majikan mcmmana plak? Boleh tak bg reason mintak naik gaji sebab kos nak amik maid dah bertambah.Mau kena maki...
Isu mcm ni perlu ada persefahaman antara dua-dua pihak.Belah sana nak gaji berbaloi,belah sini nak hasil kerja yg berbaloi.Win win situation.
Pastu,nak bagi pandangan tu boleh,tapi adatlah,mana ada org nak setuju ngan kita sepanjang masa.Kalau ada org nak sanggah tu,tak usahlah nak memaki hamun hanya semata kita tak terlibat dlm situasi tu.Majikan yg betul-betul pemalas dan ada maid hanya kerana status tu memang ada,tapi tak usahlah melibatkan semua.Kadang-kadang perlu gak kita rasa simpati pada keadaan org lain dan rasa bersyukur kerana kita tak terlibat dalam dilema yg sama.
Hah,ada bangkangan? Tanak setuju ngan aku takper,aku faham,aku tak kisah ( sambil genggam penumbuk) Hehehehe...mengata dulang paku serpih....cabutttttt.....

No comments:

Post a Comment