Wednesday 7 March 2012

BAHANA FB....JGN SALAHKAN FB TU,..SALAHKAN KELEKAAN SENDIRI

Mula-mula aku baca kisah adik Nur Nadirah Abdullah yang hilang kat Johor tu,aku amik keputusan taknak bersikap prejudis,judgemental terhadap maknya.
Tapi,bila aku baca paper hari ni,terus aku jadi judgeMENTAL!!!!
Aku harap wartawan ni tak mereka-reka lah cerita ni.Dosa woooo sbb boleh mengundang makian org...silalah baca seperti kat bawah dan diharap tidak terpengaruh dgn penilaian aku.Sila lah nilaikan sendiri yer...

‘Pulangkan Dirang’

Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


PASIR GUDANG: “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.
Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.

“Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.

“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung.

“Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,” katanya.

Katanya,pertanyaan itu bagaikan kejutan dan apabila melihat jam menunjukkan 11.40 pagi,dia bergegas ke kedai berkenaan serta kawasan sekitar mencari Dirang.

Nampaknya kes Adik Nurin tak jugak bagi iktibar bagi sesetengah masyarakat Malaysia ni.
Ni apa kes nih anak umur 5 tahun yang kelaparan ko gasak dia pegi beli mee segera sendiri then lepas tu ko  main facebook??? Nak kata miskin tak mampu simpan beras sebutir kat rumah nak masak,boleh facebook plak.Koman-koman nak main FB kena ada henfon dan internet connection kan? Oklah,kata lah anak kau memang nak makan sgt mee segera,pasal apa plak suruh dia pegi beli sendiri sedangkan kau tahu zaman sekarang sangat bahaya biarkan anak kecil berkeliaran???
Nak kata tak tahu perkembangan semasa pasal kes kes budak hilang, main FB pandai pulak..tak baca suratkhabar ker? Tak tgk berita ker? Aduss...
Aku memang marah sangat!! Tuduhlah kata aku tak sensitif ker,tak simpati ker...mula-mula aku simpati,sebab perkara macam ni boleh terjadi kat sesapa saje.Katakanlah anak hilang kat supermarket misalnya,aku tak marah sgt kat mak bapak sebab anak-anak ni mcm lipas kudung pergerakannya.Alpa sesaat...zup zap zup zap,hilang...tapi kes ni...dah lah anak disuruh pegi kedai sendiri lepas tu budak tu tak balik hampir sejam boleh dia tak sedar sebab leka sgt ngan FB.Kaum ibu mana yg tak marah??
Aku pernah sekali kena gelak dan kena tegur sebab aku pasangkan anak aku ngan tali keselamatan masa bawak diorg shopping.Masalahnya aku bukannya pakai tali rafia ke tali gantung org tu,aku beli yg jenis untuk budak-budak.Kata diorg,ikat budak mcm anjing jer.Ni aku marah nih...ada ke samakan anak aku ngan anjing plak.Aku buat mcm tu sebab taknak diorg hilang..ada reti ker? Bukannya aku pakai tali anjing pun,ini mmg aku beli kat kedai jual barangan bayi,direka khas untuk budak.Bende ni kalau takde guna,org tak reka.Itu yg aku kesal sgt.Bila kita buat camni,org kata kita extreme sgt.Tapi,nasib baik hari tu ada sorg chinese tanya aku kat mana aku beli benda alah tu,dia pun nak beli.Nasib baik ada gak yg sependapat ngan aku.Sejuk ati jap.Ekekekeke...

Ni lah rupanya,ada patung singa lagi...
Nak kata dia tak larat ke kedai sebab baru habis pantang,tak logik.Tolonglah,bukan dlm pantang ek,baru habis pantang.Kalau org keja,dah habis dah maternity leave,dah masuk keja dah.Lagipun,bukan anak sulung,anak ketiga dah.Aku bukan nak berlagak,sebab aku tahu keupayaan setiap org berlainan,tapi aku pernah duduk rumah flat takde lif jugak.Lepas dua hari bersalin,aku naik gak tangga tu sampai tingkat 5.Masa memboyot anak sulung dulu,tiap-tiap hari gak bergasak turun naik tangga tingkat 5.
Masa dalam pantang anak ketiga,kat kampung,boleh kata hari-hari aku keluar rumah ulang alik ke hospital,masih mampu kemas rumah sikit-sikit,aku mandikan,siapkan anak-anak aku sendiri tanpa bantuan sebab masa tu pun mak aku pun jaga anak adik aku,jadi aku kenalah faham keadaan dia.Itu dalam pantang.Lepas pantang,zup zap zup zap,aku dah ke mana hala dah.
Jadi,aku tak nampak apa alasannya emak budak nih tak pergi sendiri ke kedai? Okeylah,aku cuba letak situasi aku dalam situasi dia,maybe dia tak larat nak berangkut tiga-tiga anak ke kedai.Tapi,kalau dia boleh percaya anak umur 5 tahun ke kedai,takkan tak boleh tinggal sekejap anak yg dah besar kat umah....Hmmm.
Oklah,kadang-kadang kita kena gak letak diri kita dlm situasi dia.Maybe kita tak lalui apa yg dilalui so takleh lah nak marah sgt kan,tapi aku takleh terima betul tang dia leka berFB sampai tak sedar anak tak balik.Sungguh naluri keibuan aku takleh terima.
Oklah, reda sket marah aku...tengok gambar budak tu,tersentuh hati aku.Comel sungguh.Awaslah mak bapak,zaman skang,pedofilia bersepah.Budak-budak kecik mcm ni lah target dorg.
Tapi,yerlah,bising mcmmana pun,benda dah terjadi.Kita pegi tunjal dahi mak dia pon takder guna dah pun.Kita sama-sama ambik iktibar dan bersimpati dengan keluarga ni.Aku doakan budak ni selamat pulang .Ya Allah,peliharakanlah keselamatan anak kecil ini dan anak-anak kecil lain kat Malaysia ni.Amin.

4 comments:

  1. Aku pun ada terbaca gak kes ni kat FB..
    Pada pendapat aku, memang salah parents dia.
    Sengal! yang dia pi suh anak dia gi kedai sorang2 tu pasal apa? 5 tahun tu budak lagi kutttt...baya anak aku je.

    ReplyDelete
  2. Kesian kan? Budak apa dia tahu? Harap-harap boleh jumpa balik.

    ReplyDelete
  3. innalillah...adik dirang dijumpai mati rentung kat ladang kelapa sawit...kesian...mak dia mmg la hampeh sesgt.. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah...Ya Allah kesiannya.Hari ni br ada kesempatan bukak blog dan baca paper.Baru tau citer ni...Syurga tempatmu nak.Sedihnya ending dia mcm ni

      Delete