Thursday, 1 March 2012

ERYKAH ? ANAK SAPA LA TUH?

Konsert Erykah Badu dibatalkan..
Sapa Erykah Badu? Kain baldu aku tahulah,ekekeke..
Konsert dia dibatalkan atas alasan sensitiviti agama sebab The Star siar gambar dia memakai tattoo kalimah ALLAH ( Nauzubillahuminzalik)
Makanya ramailah selebriti Malaysia yg hapdate twitter sbb tak pueh ati.Bulih baca kat blog Beautifulnara..
Aku tak kisah pun pasal konsert artis2 luar ni.Ada ke takde ke,hidup aku camni gak.Hari2 antar anak sekolah,masak,kemas rumah,membuta..
Cuma yg aku tak faham dgn komen artis artis MELAYU ISLAM ni ialah:
"Takkan pasal tattoo pun nak kena batal konsert.Kalau macam tu,sapa ada tattoo takleh jadi artis dan pengacara kat Malaysia ni"
Ada jugak artis yg komen kononnya org melayu ni terlampau sensitif,tak open minded,kolot.Bende kecik katanya.
Dia org ni tak sensitif ke atau kurang membaca? 
Iman aku juga nipis,tapi bila org permain mainkan Kalimah Allah sesuka hati,aku juga sedih dan tersinggung.Kau nak pakai tattoo sampai tak kenal mana satu org mana satu peta,lantaklah.Lagi2 kalau bukan org Islam.Tapi,banyak2 bende yg kau boleh cacah kat tubuh,kenapa kalimah suci umat Islam?Adakah itu tanda hormat?Kalau dia jahil tak tahu,kita umat Islam kenapa nak sokong?Kita betulkanlah persepsi dia,biar dia faham.
Kalau Erykah itu tidak sengaja,tidak berniat ataupun foto itu diedit (maklumler,skang photoshop mcm2 leh buat,TAPI Erykah tak buat apa-apa penafian pun.Kalau artis Malaysia mesti dia ckp,tu superimpose.muahahahaha),maka tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menjelaskan padanya supaya dia faham.Tapi kalau dia sengaja dgn perbuatannya,maka ini pengajaran buatnya supaya dia tahu,walaupun Malaysia ni kalo letak sebelah sebelah ngan negara dia,macam gajah ngan tahi lalat,tapi maruah agama masih dijunjung.
Oklah,takyah tulis panjang-panjang.Artis2 tu bukan baca blog aku pooon...awww.Lagipun kat luar sana pun dah beribu org dah nasihat diorg.Harap2 mereka sedar kekhilafan mereka.
Jgn labelkan agama sebagai kolot...moden moden jugak...tapi bila mati, kau cari org surau jugak...

3 comments:

  1. Replies
    1. Ntah..tak tau anak sape ntah...:)

      Delete
  2. Do you need free Twitter Followers?
    Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete