Tuesday 6 March 2012

APA KAU SIBUK SANGAT?

Tadi masa bergolek golek atas katil dengan baby,aku pun bukaklah blog hiburan kat tablet aku.Sambil2 tidurkan anak,baca gossip...wallaweh....indahnyer dunia...ekekekekekke.
Terbaca lah kisah kes mahkamah Jimmy Shanley dan isterinya.Aku taknak ulas pasal perihal rumahtangga dia nih,tapi aku tertarik ngan komen-komen orang kat kisah diorg nih.
Wah...sorang-sorang,mengalahkan kaunselor rumahtangga lah lagaknya.Ada yg salahkan suami,ada yg salahkan isteri,ada yg bajet ustaz keluar hadis bagai,eh,ada pulak yg melalut buat andaian sendiri kononnya si laki gila seks lah,kaki pukul la,si isteri dua alam lah,kuang ajar lah,hapa lah.
Enough...enough!!! Hehehehe..dalam hati je.Tak koser lah aku nak tinggalkan komen kat situ plak.Biarkan mereka melalut kat situ,janji tak kacau aku makan nasik sudah.
Tapi,pada pendapat aku,rata-rata yg bercakap tu tak pernah pun melalui alam rumahtangga ni,tapi kemain judge pasangan nih macam-macam.
Meh kawin meh baru kau tau susah ke senang ke...
Orang2 ni ingat ,berumahtangga ni as simple as main kahwin-kahwin masa kecik kut.Ataupun bagi diorang,kahwin ni ialah kau dapat bersama ngan org yg kau cinta,ada anak and happily ever after...
Bagi aku,hal rumahtangga org,toksah lah nak berdebat sangat.Salah si suami ke isteri ker,takyah lah gelupur sangat nak judge org tuh.Bukannya masa diorg gaduh tu diorg ajak korang tengok live kat TV pun.
Bagi aku,alam perkahwinan ni complicated dan misteri.Aku tak dapat ramal sampai bila sesuatu perkahwinan itu kekal tapi sentiasa berdoa berkekalan hendaknya.Tapi tak boleh mendabik dada jaja kat orang bahawa kami sangat bahagia dan tak sabar2 nak nasihat org lain yg bermasalah.Sebabnya dalam perkahwinan ada pasang surutnya.
Ada org dah bermasalah dari awal,ada org dah nak sampai hujung nyawa pun boleh bercerai,ada org langsung tak pernah gaduh,ada org yg sehidup semati,ada juga yg kena gantung tak bertali...macam-macam ragam sebenarnya dan tak boleh lah kut nak tuduh org ni salah,org ni tak betul.
Bila kahwin,ianya memerlukan kerjasama dua pihak,bila hanya satu pihak saja yg bertanggungjawab atau baik,tak menjamin pun rumahtangga tu boleh kekal.Ada suami yg baik dan sabar,isteri pulak buat hal,ada jugak isteri yg taat,suami pula yg bermasalah.Ada juga dua-dua baik,tapi tak serasi.
Dugaan dan ujian juga boleh datang tanpa dijangka.Mcm kes suami main kayu tiga misalnya,org terus tuduh si isteri yg tak pandai jaga laki,atau si suami mata keranjang,atau pompuan gatal miang yg goda laki org.Kat situ aje dah ada tiga kemungkinan.Tapi sebagai org luar,dapat ker kita cari jawapan yg sebenar?
Melainkan si polan bercerita ngan kau,okeylah.Dengar cerita dan tahu situasi,then bolehlah kau judge diorg.Macam kes Jimmy tadi,ada jugak yg komen...hah,eloklah duk buka pekung dan jaja keburukan rumahtangga sendiri.Eh,tak silap aku,ni kes mahkamah.Dia nak cerita sebab hakim nak tahu,barulah senang dia nak judge dan bagi penyelesaian.Dua -dua pihak akan ada versi masing-masing.Yang salah ialah orang yg menyampaikan bulat-bulat apa yg diperkatakan dalam mahkamah.Sapa yg buka aib sapa? 
Nak baca,baca lah...pastu amik iktibar.Takyah kecoh-kecoh der...rumahtangga org.Tunggu dah berumahtangga nanti,baru kau tau susah ke senang nak kekalkan kebahagiaan.Banyak2 doa ajer semoga tak terjadi kat kita,sebab perkahwinan ni pun,its a matter of luck juga.Setiap org ada bahagian masing-masing.Bukan sebab dia ni jahat,dia tu salah maka rumahtangga boleh berantakan.
Eh, emo pulak aku nih.Lapar gamaknya.Makan nasik dulu ah...awas,org lapar pun kadangkala boleh mendatangkan perang rumahtangga juga tau...ekekekekeke.

2 comments:

  1. Itulah..kata orang..nak jadi artis ni senang..tapi nak jaga privacy, personal life ka watever its not that easy..ada je sumber2 kak nam tu semua..kau sorok lah sampai ke lubang cacing sekalipun... seboleh2nye orang akan korek sampai ke lubang cacing...kadang2 kesian kat diorang ni.. kadang2 kes cerai pun masuk paper.. ish ish ish *geleng kepala*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian..Kim Kardashian yg jaja citer dia sdr kat TV pun tau nak sorok berita cerai dia..tapi tu lah,kdg mcm x setuju wartawan dibenarkan ikut prosiding kes mcm ni,tp yerlah,kita pun maybe kena faham,tu keje dorg.Abih camno?

      Delete