Wednesday 26 September 2012

SAPA DOKTOR NIH???

Hari tu aku ada citer yg aku ada bawak mak mentua aku jumpa gynae...actually dia ada masalah post menopause bleeding.Masa memula jumpa Doktor,dia kena buat blood test dulu utk confirmkan samada dia bleeding disebabkan simptom simptom menopause ataupun ada penyakit lain.Selain tu,Doktor bekalkan ubat untuk hentikan pendarahan.Sekiranya pendarahan tu stop,kira oklah.Otherwise,kena datang balik.

Then,last week,mak mentua aku cakap yg bleeding tu tak berhenti,so,aku bawak dia jumpa Doktor tu balik.Then,Doktor suggest untuk buat histeroskopi (ntah betul ke tak aku eja...lantakkk) dan D&C untuk kesan apa puncanya sebab mak mentua aku dah disahkan menopause ( result dari blood test ).Sepatutnya dia tak patut bleeding lagi dah.

Masa perjumpaan kedua tu,perut aku mcm dah ada rama-rama dalam juga duduk...sebab doktor dah start bercakap pasal kemungkinan2 yg tak sedap di dengar ( Nauzubillah).TAPI....sehinggalah prosedur di buat,sampel dalam rahim di ambil,baru Doktor boleh SAHkan punca masalah.Buat masa sekarang,Doktor kata dia tak boleh nak cakap apa apa sangat,dia cuma sebut segala macam possibilities supaya kami semua ready.Itu saja..

Apa relevannya perenggan di atas? Nanti aku cerita kat bawah,baru faham.
Prosedur akan di buat ESOK tengah hari.Sehingga result test dikeluarkan,tak boleh ada spekulasi sebab boleh mengganggu emosi mak mentua aku.So,aku cuma nasihatkan mak mentua aku supaya jangan terlampau fikirkan benda bukan bukan,dan berdoa takde apa2 yg serius ( walaupun aku sendiri dah resah gelisah).Aku nak dia bertenang ajer,takut keadaan dia makin teruk.

Petang tadi aku tertidur.Bila aku kuar bilik,aku nampak mak mentua aku sedang bercakap dengan sorg hamba Allah ni ( family jugak,aku buh nama A ajerlah) kat luar pagar.Aku pun buat tak tahu,pergi solat Asar.Lepas solat,anak aku datang mintak aiskrim.Mak mentua aku datang kat aku...
"Umi,tadi A cakap kat mak,mak kena barah..."
.........................
.........................
.........................
** Bunyi cengkerik**

** Mulut aku terlopong....


" Mana dia tau?"
" Dia cakap,dia dah pergi jumpa bomoh Pak S*****.Bomoh tu cakap memang confirmed mak kena barah.Pastu dia cakap,kalau doktor kata nak bedah,jangan.Sebab peluang nak selamat kalau bedah ni 50-50 ajer"
Dannnnng.....PITAM!!!

Aku tak tau nak cakap apa..silalah doktor pakar sakit puan seluruh negara berhenti kerja ajer yer pasal ada orang boleh diagnosis pesakit tanpa jumpa pun pesakit tu,tanpa buat apa-apa prosedur pun utk sahkan punca penyakit.
Aku tak condemn yer perubatan alternatif ni...tidak sama sekali.Kadang2 ada penyakit ni,dengan ubat sepital tak jalan tapi dengan izin Allah,rawatan alternatif ada yg berkesan.Benda tu ada kemungkinan berlaku dengan izin-Nya,InsyaAllah.

Tapi...
Aku sangat kesal dengan sikap A.Nampak mcm nak berlagak pandai sangat.Doktor sendiri pun takleh nak confirm apa masalah penyakit mak mentua aku ni.Diagnosis pun belum dimuktamadkan lagi,dia dah boleh siap siap confirmkan.Pastu siap pesan,kalau doktor nak bedah ( if didiagnosis with cancer / fibroid ) ,nak rawat,jangan sebab dia dah tau siap-siap % mak mentua aku akan survive hanya 50-50.
Kalau aku ada kat situ tadi,dah lama aku sembur bagi sound sedas.Kut ye pun,tunggulah result test tu keluar dulu.If ada cancer sekalipun,aku takkan halang kalau mak mentua aku nak buat rawatan alternatif,tapi dalam masa yg sama,kami akan ikhtiarkan perubatan moden juga.Lainlah kalau sebelum ni,doktor takleh nak kesan apa punca penyakit,then yes...100% kau nak buat rawatan alternatif pun,buatlah.

Sudahnya,satu hari suntuk mak mentua aku duk termenung kat sofa tak gerak gerak...dah macam patung.Pastu tanak makan.Dahlah tu,laki aku ada ckp yg mak dia ni mudah sket percaya ckp bomoh dari doktor.Mampus...buatnya dia tanak gi spital esok? Bayangkan apa perasaan aku? Aku ni yg ke hulu ke hilir bawak jumpa gynae,discuss dengan gynae tentang prosedur dan possibilities,arrangekan masa secepat mungkin utk buat test....aku pun xleh lena tido tau mikirkan apa yg doktor cakap,inikan pulak mak mentua aku yg dah "didiagnosis" kena cancer!!

Marah pun ada bila dia cakap jgn bedah.Aku terus cakap ngan mak mentua aku...
" Dia jgn nak merepek.Doktor sendiri pun takleh cakap apa apa.Tunggu apa kata doktor dulu.Kalau confirm sekalipun mak kena cancer,kami akan ikhtiarkan ubatkan mak,tapi kena dengan advice doktor jugak.Tapi,kalau mak nak jumpa bomoh ke apa,saya tak kisah,asal sesuai dan kena dengan cara,"
Muktamad!!

Aku tak kisah,namapun rawatan alternatif.Kita tawakkal cuba segala jalan yg ada.Tapi,boleh tak jangan buat org tua tu susah hati? Kau sendiri sebagai family takde terpikir nak bawak dia jumpa doktor,alih alih datang buat pandai kat sini,memang aku rasa nak bagi penampar ajer.Tapi,sabar ajerlah....

Aku pujuk mak mentua aku...aku tak nak dia susah hati,hilang selera makan sebelum sampai waktunya.If benar sekalipun , kami akan cari jalan utk ubatkan dia.Seperti kata doktor,dia takleh ckp yg baik baik saja,dia kena gak ckp kemungkinan yg tak sedap didengar tu sbb tanak bg harapan menggunung.Tapi,dia takdelah down kan org tua tu ke tahap yg teruk.

Dan,apa kes plak ko nak halang hak org tua tu utk mendapatkan rawatan hospital? Abih tu,kalau cancer takleh dirawat dengan perubatan moden,watpe kerajaan buat hospital? Yg kau plak,apsal masa bini beranak kau bawak dia gi spital.Bawaklah jumpa Pak S***** kau tu!Aku takde lah marah sgt kalau dia offer nak buat rawatan tradisional selain dari rawatan moden,boleh...namapun ikhtiar,tapi jgnlah memandai mandai sgt.Mak mentua aku BELUM didiagnosis dengan apa apa penyakitlah.Maybe gangguan hormon,maybe radang,fibroid etc.

Apa aku boleh cakap kat mak metua aku ialah..." Bila doktor dah confirm,kita akan fikirkan dan bincang dengan doktor,apa rawatan yg sesuai,mak jgn susah hati skang,Kita doakan yg baik baik"

Aku sedih ni tau...kepada yg membaca,doakan yg baik baik saja yer...




6 comments:

  1. ummi, biras aku memula kena gitu jugok tp itulah duk dgr kate org konon ade yg dengki, merata berubat kg.. hospital tolak tepi tp biler dh stage 4 brlah percaya itu kanser & bw hospital. its too late lah..
    apepun, ajal maut ditangan Allah..
    InsyaAllah, tade ape2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dia kate buatan org,maybe aku ignore jer.Ni,pandai plop tu kata kanser.Maybe ada kut pesakit dia hok kebetulan simptom gini & Dr confirmed cancer.Jd,dia pun buatlah tunjuk pandai kut.Masalahnya,kita tamboh susohkan hati org tua tu,dia mari sesuka ati confident jer buat org tu x senang duduk.Xlah x bagi buat rawatan (if sungguhlah ada,Nauzubillah).
      Hopefully xdop mende lah.Susoh hati ni.

      Delete
  2. Mcm tahu jer siapa cipan mulut celupar tu.Takde hati perut langsung.

    Apapun,pujuk la mak tu.Bagi semangat kat dia.Kesian kat mak (walau aku bkn ank mak pun aku dpt rasa perasaan dia mcm mana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm,lepas tu dia blk lsg x muncul2 doh tanya kabor ke apa.Lepas tgn gitu jer.Geram tol la aku.

      Delete
  3. sabar yer umi...minta dgn Allah..insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully nieyza.Dua minggu baru kuar result ni.Hari2 termenung jer dia.Aku ni dh le x pandai sgt nak pujuk,aduss.

      Delete