Tuesday, 18 September 2012

MARI CABUT GIGI DIA....

Amani dah hilang satu gigi susu...hak alo...nak gap hapdate.Yerlah,utk gigi first jer...takkan setiap gigi susu yg tercabut nak hapdate kut..kuikuikui...
Satu hari tu,Amani cakap ngan aku,gigi dia rasa cam longgar.Aku check lah,rupa-rupanya,gigi kekal dia dah tumbuh,tapi belah belakang gigi susu yg longgar tu.So,dah macam gigi berlapis plak.Aku cuba goyang-goyang,tapi tak berani plak nak cabut.Hapa da punya mak.
So,Rabu lepas aku bawak dia gi dentist.Bukan mengada-ngada nak cabut gigi susu pun bawak gi dentist segala,tapi nak biasakan dia dengan dentist supaya tak trauma cam aku ni ha.Aku nak dia tau,cabut gigi tu tak mengerikan pun...huhuhuhu.
Bawak dia ke klinik yang aku biasa pergi tu..Klinik Sharina,Seksyen 9.Dekat-dekat area McDonalds Seksyen 9 tuh.


Sebelum cabut..lintang pukang susunan gigi dibuatnya...

Masa sampai tu,takde patient lain yang menunggu.Cuma ada sorang kat bilik doktor.Jadi,anak aku sudah bikin ini klinik macam bapak dia punya.Perit tekak aku nak melarang,last last aku biarkan jer.Sambil pantau,sambil borak ngan nurse.Staff kat sini sumer peramah peramah.Bagus,i loike.


Seronok ye nak...tunggu lah jap lagi..hehehehehe
Takyah lah kut nak citer kronologi gigi dia kena cabut.Sonang jer aku tgk doktor tu cabut.Yerlah,gigi susu,dah longgar,kecik plak tu...buh kejap jer kapas tu,darah dah berenti.Yang paling best,bila nurse tu cakap , " Hari ni akak bagi dia makan bende2 sejuk,mcm aiskrim ker..." Huh,dengar jer ayat tu,terbeliak mata bebudak tu sumer,termasuklah yg tak cabut gigi.

Mulut tersumbat kapas...

Gigi siap request bawak balik sbb gigi tu elok lagi.Amani nak bawak balik ke rumah nenek,nak tanam kat kampung katanya.Suka atilah nak oi...jam jam tu jugak ajak aku balik kampung.
Hehehehe,macam macam.



2 comments: