Tuesday 12 March 2013

PERKEMBANGAN TERKINI DI LAHAD DATU

Assalamualaikum...
 
Pagi ni dengar berita kat radio.Seorang lagi askar kita gugur kat Lahad Datu.
 
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al-Fatihah buat arwah...semoga rohnya diterima di antara para Syuhada dan dicucuri rahmat Allah.
 
Aku berharap sangat keadaan ni cepat cepat berakhir..sedih pulak tengok penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah angkara pengganas2 ni semua.
 
Dalam keadaan yg macam ni,syukurlah ramai yg prihatin dengan nasib rakyat dan pasukan keselamatan kita.Sama-sama bantu sekadar yg termampu walaupun dengan menghulurkan derma sesen dua.
 
Tapi,ada jugak yg segelintir...huh,tak tahulah nak kata apa.Sepatutnya dalam keadaan mcm ni,seluruh rakyat Malaysia,tak kiralah apa bangsa,agama dan kefahaman politik,kena bersatu.Ni tidak,terutamanya yg fanatik politik.Tak kiralah dari puak pemerintah atau pembangkang.Masa ni lah jugak,isu ni dijadikan modal politik.

Yang sini menuding jari ke sana,yang sana menuding jari ke sini.Tak faham betul aku....
 
Kat lama sosial..FB,Twitter...
Kat portal berita online,suratkhabar...
Kat kedai kopi....
 
Masing-masing duk berhujah,berperang ideologi...ini konspirasi siapa...
Masing-masing kemukakan teori...Oh si polan ini dalangnya...
Saling kutuk mengutuk,memaki hamun,mencarut sesama sendiri...
 
Pastu berdemonstrasi..membantah rakyat sendiri...Tepuk dahi!!!
Kalau berdemo depan kedutaan Filipina misalnya,aku rasa logiklah jugak ( walaupun Kerajaan Filipina tak sokong pengganas sulu nih,tapi rakyat diorg pun berdemo depan Kedutaan kita apa,walhal yg menyerang tu rakyat mereka)...tu barulah namanya patriotik.
 
Lepas tu kalian buat apa????
Dapat apa???
Penat? Letih? Dosa?

Masing-masing balik rumah,tidur atas tilam empuk,selesa berselimut,pastu bangun ber pong pang pong pang lagi....perang mulut,perang jari,perang otak.
 
Buat pemimpin-pemimpin politik yg asyik duk berperang mulut menuding jari sesama sendiri....tak bolehkah take a break sekejap.Tau lah dah nak pilihanraya.Masing-masing nak jadi hero,berlumba-lumba muncul kat suratkhabar masing-masing mengata lawan masing-masing.Walhal kita bernaung dalam satu negara yg sama..
 
Macammanalah orang luar tak bolos masuk ke negara kita kalau mcm inilah sikap pemimpin politik kita? 24 jam asyik bergaduh...masa ni boleh tak buat "gencatan senjata" sekejap.Bersatu padu walaupun untuk seketika.Dah sudah halau diorg semua...hah,bergustilah balik.Ada aku kesahnya pun?
 
Janganlah semuanya nak diserah ke bahu anggota keselamatan kita semata-mata.Cuba duduk sejenak dan bayangkan keadaan diorg kat sana.Memang benar,itu tugas mereka,tapi tak salah kita menginsafi diri,di saat kita nyenyak tidur atas tilam empuk,mereka mungkin tak tidur,sentiasa berkawal,berjaga,kalau tidur pun beralas tanah saja.Makan seadanya..berpisah dgn keluarga.
Bayangkan keluarga mereka pula.Lenakah mereka menanti perkhabaran yg tersayang di perbatasan?
 
Cubalah fikir,rakyat kita sendiri,penduduk setempat,terpaksa meninggalkan rumah sendiri.Duduk di penempatan sementara.Melupakan kerja untuk mencari sesuap nasi buat anak isteri.

Cerita politik kadang-kadang buat aku mual dan menyampah.Tapi kena ambik tahu juga sebab ianya melibatkan masa depan ,bukan sahaja diri aku,malah generasi akan datang.Tapi,sikap tak matang sesetengah fanatik politik sangat meloyakan.
 
Aku tak perlu berlagak alim atau apa saja,tapi ramai tahu...kalau tak mampu mengirim dana atau menyumbang tenaga sekalipun...sekurang-kurangnya bentanglah sejadah,panjatkan doa pada Ilahi agar keamanan dan kedaulatan Sabah dapat dikembalikan.
 
Amin...
 
P/S : Maaflah emosi pulak...huhuhuhuhu....
 



3 comments:

  1. Al fatihah utk prajurit kita...
    utk yg gila politik tu cukup2lah...hormat sikit ahli keluarga yg terkorban tu...

    ReplyDelete
  2. Do you need free Facebook Followers?
    Did you know you can get these ON AUTOPILOT AND ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete