Saturday 2 March 2013

KEJADIAN DI LAHAD DATU

Kejadian di Lahad Datu betul betul mendukacitakan rakyat Malaysia,lebih lebih lagi negara kehilangan dua orang perwira,Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud.Al-Fatihah...

Sebak hati aku menatap wajah keluarga kedua-dua arwah.Alangkan kita dah sedih,entah bagaimana perasaan ahli keluarga arwah,semoga mereka tabah dengan dugaan ini.InsyaAllah,pemergian arwah bagi aku adalah syahid dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Dan,untuk penduduk Sabah,tiada apa dapat aku titipkan selain doa agar keamanan dapat dikembalikan seperti sediakala.Semoga tiada lagi nyawa yg melayang.

Aku harap sangat,mana-mana pihak berkenaan,cukup-cukuplah mempolitikkan isu ini dengan menuding jari dan berbalah-balah sesama sendiri.Sekarang bukan masa yg sesuai untuk menyalahkan sesiapa.Kadang-kadang semak kepala baca newsfeed FB dengan pelbagai versi cerita yg belum tentu lagi kesahihannya.

Kita doakan sahaja semoga anggota keselamatan yg bertugas di sana dilindungi Allah dari segala marabahaya,begitu juga dengan keselamatan penduduk sekitar khususnya.

Cerita sebenar serta motif pencerobohan juga masih samar-samar bagi aku,jadi baik takyah buat apa-apa spekulasi.

Sahabat blogger aku juga ada up cerita ini dan dia anak jati Sabah.Boleh baca entry Mia di sini.


2 comments:

  1. Itulah ramai yg cakap sebab kes tanah tu tp cerita tu dah lama tp br skg dorang nak tuntut.....apa yg kami harapkan kes ni x berlanjutan dan dpt diselesaikan dgn cepat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat fb,mcm2 versi cerita.Ada yg ckp Sultan Sulu yg arahkan pencerobohan ni bkn Sultan Sulu sebenar lah,apa lah.Pening.

      Delete