Thursday 14 March 2013

HO CHI MINH CITY - CU CHI TUNNEL

Assalamualaikum...

Sambungan cerita dari SINI

Kami sampai ke Ho Chi Minh pun dalam lebih kurang pukul 9-10 PM waktu Vietnam dan perbezaaan masa cuma sejam dgn Malaysia.Aku sangatlah penat mcmlah berjalan kaki dari Malaysia,so,lepas check in aku dan family just berehat dalam bilik.Aku ngemas barang-barang sementara laki aku gi beli makan kat bawah ( depan hotel).

Adik-adik ipar aku dan kawan diorg stay kat floor 1 sementara kami kat atas sekali,jadi susah lah sket nak bertandang.Diorg plak,lepas check in,keluar merayap kat pasar malam yg sangat dekat dengan hotel.Very convenience lah untuk yg kaki shopping.

Esoknya,pagi-pagi buta dah turun sebab nak cari tour guide nak merayap.Kat sini,boleh ambik pakej tour guide dari hotel.Kiranya hotel ni agent diorg lah.Bayar jer kat hotel dan resit tu akan diserahkan terus kepada tourist guide yg dipilih.Harga dlm USD,mengagau nak convert ke VND sbb duit sumer dah ditukar ke VND,hahahahhaa...


Snap gambar jer..malas nak tulis harga pakej..muahahahaha

Untuk second day tu,kami amik tour ke Cu Chi Tunnel 1/2 day.Perjalanan nak ke sana pun ambik masa dalam 1-2 jam.Belasah ajelah walaupun agak risau bebudak ni sumer buat perangai bila boring.Abih tu,takkan nak merayap kat Ben Thanh Market jer kut.Tak melanconglah namanya.

PERJALANAN KE CU CHI TUNNEL

Sebaik saja kami bayar kat hotel,receptionist tu terus call travel agent tu.Ngam-ngam jer masa kami beli pakej tu sebab diorg dah get ready nak bertolak.
 
Kami beli bekal siap-siap kat kedai depan hotel tu,nasi lemak,karipap,popia dan air.Makanan kat situ sedap tau.Karipap dia besor penumbuk...sedap dan pueh hati den..
 
 

Tourist guide kami,muda dan comel..hahahahaha.Dan patutlah perjalanan ke sana makan masa berjam-jam,pakcik yg bawak bas tu sgt berdisiplin.Nak nangis rasanya tgk dia drive.Basikal pun boleh overtake dia..huhuhuhuhu.
 
 
Tempat persinggahan pertama...HANDICAPPED HANDICRAFTS



Apa-apa hal mesti mau posing dulu kat pintu masuk
 

Tempat ni kiranya mcm tempat utk org2 OKU buat kraftangan utk dijual.Memang barang yg dihasilkan sgt cantik dan halus buatannya.Layan ajer gambar yek...

Ni kat tempat penghasilan kraftangan

Bergambar dulu kat pintu masuk ruang pameran.Hakim kusyuk nengok brg.Menghayati seni sungguh



Antara lukisan yg dihasilkan.Ada yg dibuat menggunakan kerang dan kulit telur


Geram aku nengoknya.Cantik cantik...


Kusyuk anak beranak membelek,belinya idok...

Kalau nak diikutkan nafsu,memang nak membeli belah kat sini.Tapi,ntahlah..tak tau napa tak jadi beli.Mungkin sebab lepas ni nak travel lagi buatkan kitorg malas nak angkut barang.Lagipun,maybe tempat lain pun ada.Disebabkan tak beli apa-apa,tak dapeklah nak share range harga brg kat sini.
 
Singgah dalam setengah jam gitu..sapa nak shopping sila shopping,sapa nak ke tandas,silakan jugak sebab kalau nak buang air kat Cu Chi Tunnel jawabnya meletuplah pundi kencing menahan.Ntah kul baper nak sampai..hahahahaha.
 
Sepanjang kami berjalan kat sini,Alhamdulillah,kebanyakkan persinggahan yg kami pergi memang disediakan tandas yg ada paip.Jadi,tak susah buat pelancong muslim.Takdelah nak pakai tisu atau bekal air dlm botol.

Dalam bas.Tengoklah anak aku,sampai menguap punya boring...seb baik tak ngamuk

 
Masa sampai kat sana,hujan turun renyai-renyai.Jadi,kira okeylah cuaca hari tu,taklah hujan lebat dan tak panas.Aku risau jugak kalau cuaca panas,nanti bebudak ni meragam plak.

Adik tgh berlakon baca risalah,walhal terbalik..kihkihkih...
Sebelum di bawa melawat ke terowong dan tapak askar,kami diberi taklimat dan menonton video dulu mengenai peperangan Vietnam - Amerika atau lebih tepatnya North Vietnam ( Communist/ Viet Cong Army) VS South Vietnam ( Anti Communist Goverment supported by US ) yg bermula dlm tahun 1955 - 1975.Secara ringkasnya,Tentera Amerika mengundur diri dlm thn 1973 dan Saigon City ( Ho Chi Minh City - sempena nama pemimpin komunis ) jatuh ke tgn askar komunis dlm tahun 1975.Wallah weh...mcm ahli sejarah plak.Itu yg sempat dengar sbb lepas tu aku duk lari-lari kejar anak-anak...
 
Dasyat gak askar diorg nih,bulih kalahkan US dan kat sinilah rahsia strategi perang diorg ditunjukkan.

 
 

Budak pakai baju hijau tu lah tourist guide kami.Hakim pegang door trap.

Perangkap..seram nengoknya.

Gambar kat atas tu adalah perangkap2 yg dibuat oleh askar diorg...ngeri aku imagine.Kalau jatuh dlm trap nih...Nauzubillah.Ada jugak door trap.

Ni lah terowongnya...kecik giler
Bila tgk terowong tu,mcm xleh imagine ada manusia boleh lolos kat dalam tuh.Memang kecik yg amat.Anak aku muat lah kut.Kalau aku masuk,alamatnya sangkut kat perut.Itupun,menurut tourist guide kami,sesetengah terowong dah diperbesarkan sedikit untuk membolehkan pelancong Barat muat ke dalamnya.Terowong asal laaaaaagi kecik.Tu pasallah diorg boleh menang kut,Askar Amerika mana muat masuk dalam ni.


Posing kat keta kebal..suka si Hakim .Dahlah pakai seluar askar dah..Amani kemain ngan baju hujan

Jauh jugaklah kami di bawa berjalan melawat kawasan.Ada khemah askar,tempat diorg masak dan sebagainya.

Posing ngan patung gerila...ntah kaki sapa plak lah yg menghalang pemandangan tuh

Kak Cik sedang jadi model...tempat simpanan peluru

Kak Cik lagi...nak masuk ke dapur gerila


Lepas tu singgah jap kat kawasan jual cenderahati / padang sasar untuk sesapa yg nak tunjuk skil nak menembak.Tak minat so tak tanya harga lah.Laki aku sempat beli keychain peluru satu.
 
Tempat ni sangat menarik untuk sesiapa yg minat sejarah lah.Rasanya untuk family yg ada anak kecik tak sesuai sgt kut ( dlm situasi aku lahhh ) sebab budak kecik mana faham sgt pasal peninggalan sejarah,plus kawasannya agak luas.Diorg penat sgt.Nasib baik cuaca mendung,agak selesa sket lah nak jalan.
 
Pastu,gerak balik ke Ho Chi Minh City....sampai petang gitu.Terus gi makan.Kat satu restoran halal yg berdekatan dengan hotel.Almaklumlah,bekal dari pagi,manalah cukup kan.Tapi,tak ambik gambar plak.Makanan boleh tahan sedap tapi boleh tahan MAHAL.....air milo pun kalau di convert harga dalam RM 8 segelas.Dah lah gelas kecik,aku sedut sekali dah habis....
 
Malam tu,kami merayap ke pasar malam lah pulak...nanti sambung lagi...



4 comments:

  1. Ngeri tengo perangkap tu semua......
    Kaki tu nak jugak interprem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha,ntah kaki mat salleh mana lah tuh.

      Delete
    2. Sy dan kwn2 nk ke sana 22 Mei ni. Moga baik2 je urusan kat sna nnti. :)

      Delete
    3. Sorry lambat reply sbb dh lama x jenguk blog sdr.heheheeh..Selamat bercuti yer dan jgn lupa update..yelah haritu gi kejap jer,x byk sgt yg boleh dikongsi:)

      Delete