Thursday 19 April 2012

PUTUS TUNANG? TOLONG PIKIR BANYAK KALI...

Aku ni kan,suka sangat ulas apa yg aku baca dlm suratkhabar.Tulah,tanak plak jadi pengulas berita dulu.Dah jadi Joyah ni barulah sibuk sgt nak jadi pengulas.Saja gatal mulut..eh tangan nak menaip gelagat gelagat manusia yang bermacam ragam.Ada pelik,ada kelakar...
Mcm biasa yer tuan puan,intronya bermula begini.Haritu aku baca headline kat Metro,"Tuntutan Putus Tunang Termahal Di Malaysia," hehehehe..headlinenya aku reka sendiri sbb sumpah tak ingat apa headline sebenar,tapi lebih kurang macam tu lah.
Haikkk??? Aku ingatkan,cerai jer boleh tuntut menuntut nih...tunang pon boleh?? Kalau aku tau dulu,dah lama dah buat kerja -kerja mcm ni,lepas bertunang ajer buat perangai sampai tunang fedup,pastu bila dia putuskan tunang,aku saman!!! Hohohoho...makcik kayo...Tapi...ada ker yg nak bertunang ngan aku?? Ngaaaa...ko ingat ko hot sangat cam Zahida Rafik...opss!!
Alkisahnya,memula pihak pompuan saman si lelaki RM 400K dengan alasan lelaki ni yg mintak putus tunang,pastu,pihak lelaki plak buat tuntutan balas RM900K.Mak ai,kalau menang lah kan,dah boleh buat beli rumah sebijik.Yang pompuan tu bolehlah dapat rumah teres dua tingkat area Shah Alam ni,yang lelaki plak boleh kut dapat Semi-D...eh,apa aku melalut pasal hartanah plak nih? 
Aku ni idakler arif pasal hukum hakam ni,tapi dalam agama ada ker mende-mende ni sumer? Tapi,kalau takde,takkan bukan main bergaya lagi diorg punya peguam Syarie tu siap ngan confident lagi cakap," Kalau tuntutan ini berjaya,ini merupakan tuntutan termahal dalam kes putus tunang dalam sejarah di Malaysia..." 
Dah tu,agak-agak boleh lah yer masuk " Malaysia Book Of Record" ek? Buku rekod tu setahu aku memang suka rekodkan yg terpanjang,termahal,terpendek,tertinggi,terendah dan bermacam jenis "ter" lagilah.Apalagi,dah menang sok,daftar cepat kat sana tau.Kau ingat senang nak masuk rekod?Ekekekeke..
Tapi..takperlah.Ada lah tu sebab kenapa diorg failkan saman macam ni.Maybe berlaku sesuatu yg membabitkan maruah kut.Aku yg tak tahu apa ni,tolong diam boleh..bising jer ko nak bebel kan? Kalau zaman dulu,org putus tunang,kita kata takde jodoh.Zaman skang,see u in court...
Ni buat aku rimas perut ngan trend-trend terkini yg pelik-pelik.Lagi dua tiga tahun tak pelik lah kut sebab lumrah kat Malaysia ni,kalau dah start satu trend,jap lagi berjangkit jangkitlah tuh.
Nanti,kalau anak aku dah gatal merenyam nak kahwin,aku tak bagi tunang-tunang dah...bahaya.Baru tunang jer,kalau putus boleh bangkrap tujuh keturunan.Nikah jer terus,senang.Dan,aku doakan jodoh berpanjangan ke akhir hayat.Amin.
Aku harap pasangan tadi boleh berdamai secara baik. Takmo lah gaduh gaduh cenggini na? 
Sekian terima kasih....
 

2 comments:

  1. Memang if putus tunang, pihak yang teraniaya boleh buat tuntutan ganti rugi. Tapi dengan syarat dapat buktikan bahawa pertunangan tersebut diputuskan tanpa sebab yang sah. Boleh rujuk dalam Seksyen 15, ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003. Rasionalnya, pertunangan adalah satu janji untuk berkahwin yang diikat. Kalau kerbau dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji. itu yang sy fhm dan tahulah. Selebihnya, Wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke?thanks for the info.yerlah,law ni luas kan skop dia.so,pengajarannya setiap apa yg kita buat kene fikirlah pihak lain,maruah dia.anywayn.thanks yer.gud info for future reference

      Delete