Sunday 29 April 2012

Solat dan Ibadah

Sentimen and judgemental.Kalau dah tak suka,apa pun tak boleh. Hmmm,aku sedih sebenarnya. Sesama Islam,kalau mengutuk fasal perlakuan buruk orang lain,boleh di terima.Siapa suka perlakuan buruk,biadap dan tak bertamadun kan?Tapi,kalau sampai soal ibadat orang lain pun kita pertikaikan,hanya kerana orang itu tak sehaluan dengan kita,itu menyedihkan.
Misalnya,artis pergi umrah..kita kata dia riak.Propa bila sendu saja.
Orang sembahyang atas jalan atau ruang terbuka macam kat padang atau stadium..kita kata dia nak tunjuk alim depan org ramai.Walhal mungkin masjid jauh ker,apa ker? Cubalah bersangka baik sementelah kita tak kenal dan tak berada dalam situasi itu. Aku pernah sekali keluar dari Sunway Pyramid ternampak dua org pak arab tgh sembahyang kat tepi bangunan Sunway Lagoon walhal kat dalam mall tu ada jer surau.Tapi,aku tak rasa plak meluat dan rasa diorg nak menunjuk nunjuk.Maybe dia tak tau ada surau ker or dia malas nak masuk dalam ker. Soal ibadat ni,kita serahkan saja kepada Allah Yang Maha Mengetahui.Soal dia riak atau tidak,terpulang pada Allah untuk menerimanya atau menurunkan balasan.Kecuali dia duk meratib mcm org gila kat tgh jalan,wajiblah cari ambulan angkut gi sepital. Selagi ibadatnya di tempat yg bersih,tak kena najis,sempurna wuduk dan bersuci,tutup aurat...yg di "dalam" serahkan saja pada yg Maha Kuasa.Kerana solatnya itu untuk Allah,bukan utk menyembah manusia. Hanya kerana kita tak suka dia tak bermakna ibadatnya tak sempurna.Entah entah kita yang mempertikaikan amal ibadat org ni tak diterima solatnya.Nauzubillah.
Sekeping gambar yang kita tgk,takde pengetahuan mengenainya,jangan dibincangkan,maybe mengundang fitnah.Selalunya,dalam satu gambar ada berjuta definisi dan selalunya kita nampak apa yang kita NAK nampak.Kalau baik kita nak,baiklah jadinya...kalau buruk,buruklah jadinya.
Eh,apasal entry ni jadi entry keugamaan plak ni? Takperlah,renungan diri sendiri gak.Mana tau,aku ni manusia yg mudah lupa....
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment