Wednesday, 4 April 2012

SAHARA TENT..MARI MAKAN MAKANAN ARAB

Weekend hari tu,tekak rasa nak makan Nasi Arab.Sejak-sejak layan lagu Arab dua tiga hari ni,selera makan pun boleh terpengaruh sama.
Rasa mcm mengidam lah,kalau tak dapat kiranya mcm meleleh lah air liur baby.Memandangkan perut aku takde baby pon,air liur aku ajerlah yg meleleh...hehehehehe.
So,aku gugel lah restoran Nasi Arab kat Shah Alam ni...huhuhu,tak byk,balik-balik Zam Zam Cafe,D'Arab cafe dan Sahara Tent.Sumer dah pernah pegi...tapi tak kira.Nak jugakkk
Setelah berdiskusi dan bermusyawarrah laki bini, kami memilih ke Sahara Tent sebab lebih kena ngan tekak kami.

Golap plak eh,nasib baik nampak unta tuh.
Saja pilih tempat kat akuarium,barulah tiga org ni diam sket

Tapi,masih huru hara gak tempat ni dibuatnya

Adik dah mula protes

Dapat air,diam...


Chef Speciality

Makanan kat atas ni,highly recommended.Dia letak tajuk pun mcm kat atas tu.Memang sedap giler.Masakan terung yg rasanya masam dan berempah.Cicah ngan roti tu...mak aiii...berebut-rebut kami makan.Siap mintak tambah roti lagi.

Ni aku punya...chicken khabsa..org lain punya malas nak snap gamba


Alhamdulillah...kenyang...burpppppp
Sahara Tent yg kitorg pegi ni kat Plaza Masalam Seksyen 9,Shah Alam.Ada delivery service lagi.Pasni takyah lah aku nak pegi makan kat sini lagi sebab pening anak-anak aku asyiklah berlari-lari dalam restoran.Bukan apa,buatnya dorg langgar waiter tgh angkat makanan,tak ke haru.Buatnya dorg bwk air panas ke apa...eii,mintak simpang.Kalau rasa nak makan nasi Arab lagi,boleh call delivery dia ajer.Makanan pun sedap.
Huh,terngiang ngiang lagi rasa terung berempah tuh....Sedap betul...Sumpah tak tipu!!

1 comment:

  1. kebetulan saya baru jer upload semalam gambar2 masa makan kat Sahara Tent ngan famili di cawangan Shah Alam.
    Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan 100% hehe...takde topik lain..
    Kalu tak keberatan register la sebagai follower blog saya ok TQ TQ TQ bebanyak

    ReplyDelete