Sunday, 25 December 2011

HAKIM KU SAYANG

Anak kedua aku,si Hakim...sangat istimewa orangnya.Sebab sejak dari keluar dari perut sampailah sekarang,seminit pun dia xleh berenggang dari aku.
Amani agak berdikari sikit.Umur setahun pun dia rilek ajer ikut Atuk ngan Umi dia pergi bercuti kat Langkawi.Maybe sebab jarak umur antara dia ngan Hakim agak rapat,so dia pandai bawak diri.Poor Amani.
Kalau Amani masa kecik sgt tak meragam,Hakim sebaliknya.Masa aku dlm tempoh berpantang lahirkan Amani, aku sgt rilek.Manjang dia membuta jer,so aku pun manjang jer membuta jugak.
Tapi, si Hakim...aiyooo..the minute dia kuar dari perut aku,memanjang dia melalak cam Ahmad Albab.
Tgk..kuar2 jer cebik...

Masa Hakim umur 4 hari, dia dapat demam kuning.Kena admit dlm wad.Masuk hari ke 3, Doktor cakap dia kena demam plak.Disebabkan umur dia baru seminggu,dia kena tahan lagi seminggu utk observation dan kene bagi antibiotik.Dlm masa yang sama,Amani pulak kena demam panas dan juga kene tahan dlm wad jugak.Tapi dugaannya, hospital tempat Hakim dah xder bed kosong, so kitorg kene bwk dia ke hospital lain yg agak jauh dari rumah.Aku plak kene berulang alik setiap hari sbb xder bilik kosong plus hospital tu dekat jer ngan rumah.Tiap2 kali aku datang,dia melalak...tiap2 kali aku jenguk..dia melalak.Memula aku ingat dia lapar,x cukup susu,so aku susukan dia lama-lama.Tapi,mcm tu jugak.
Disebabkan dia paling lama kene tahan dlm wad, ada sorg nurse kat situ dh jadikan dia 'anak angkat'.Maybe sebab dia dh biasa ngan peel dak Hakim ni,satu hari tu,aku dh mati akal nak pujuk,dia pun dtg cempung cempung pastu urut2 belakang sampailah Hakim diam.Kata dia, si Hakim merajuk.Bila dia merajuk, dia xnak susu,bila dia taknak susu,dia lapar,bila dia lapar,dia mengamuk,bila dia mengamuk,aku meroyan...
Masa dlm pantang,lagilah mencabar.Dia tidur paling lama pun setengah jam, pastu melalak2 berjam jam.Nasib baiklah masa tu kat rumah mak aku, adik ipar aku yg baru lepas pantang bawak 2 org adik dia duk sekali.Diorglah yg byk tolong layan Amani sbb 24jam aku kena layan Hakim.Punyalah kuat dia melalak sampaikan org kampung balik masjid pun boleh dengar.Masa tu aku lsg xleh tido malam.Baru nak letak kepala, dia bangun melalak.Kadang2 aku tido atas kerusi goyang kat ruang tamu.Aku x gilir2 ngan mak aku sbb taknak susahkan dia,tapi kalo sampai tiap2 mlm xleh tido,mak aku tolong gak.Bila pagi2 pukul 7 jer, baru aku tido sbb masa tu mak aku dh bgn so dia tolong jaga plak.
Masa tu mak aku dah suggest suruh tukar nama dia jadi "Ahmad Albab"
Bila dia dah besar sket,perangai cembeng dia tu x gak kurang2 sampai aku risau nak hantar kat rumah pengasuh.Tapi bila kat pengasuh, dia diam plak...heran aku.Last2 pengasuh  Hakim A.K.A jiran aku suggest kitorg bawak dia jumpa imam.Husband aku pegilah jumpa imam dan dia bagi sebotol air.Suruh minum dan lap badan dia.Alhamdulillah, walaupun masih agak manja, tapi perangai melalak tak tentu pasal tu dah kurang.
Tapi, dia lah anak ibu sejati.Tak boleh berenggang langsung.Sampaikan aku nak gi jamban seminit pon dia melalak lalak ketuk pintu tu.Tido nak dipeluk2 sentiasa..

Umur setahun,masih lagi kuat melalak
Bila dia dah pandai bercakap,dialah penghibur sbb bila dia bercakap jer, semua org gelak sbb ayat2 dia sgt bernas dan kelakar.Tapi perangai anak omak tu tetaplah melekat sampai kene ejek ngan makcik2 dia.Kalau Amani,aku x keberatan sgt nak lepaskan dia jalan2 ngan makcik2 dia sbb dia pandai bwk diri.Hakim tidak...nak ke mana2 mesti ada ibu.Hatta,skang walau pun umur dia dah nak masuk 4,aku try latih dia tido sendiri (masih kat bilik sama tapi tilam lain) dia tetap panjat tilam aku nak tido sekali.Dapat peluk kaki aku pun jadilah.
Bila aku dah lahirkan Rafhanah, dia dah agak ok sket.Sangat ceria,cergas dan cerdik.Dia pun dah pandai berdikari sket tapi yg kelakarnya, dia mesti nak kena nampak aku 24 jam baru tenang hati dia.Misalnya kalau dia tgh main ngan kakak dia kat ruang tamu,dengan makcik2 and daddy dia pun tgh terlentang tengok TV,aku masuk bilik jap nak tidokan si kecik, tak sampai 5 minit,dia pon ikut sekali masuk bilik.Dia akan duduk jer tepi aku main sorg2 pun xper,janji ada ibu.
Hakim...betapa dia sangat istimewa.Oh,itu tak bermakna aku lebihkan dia.Sayang aku pada anak2 sama rata.Semuanya istimewa bagi aku.Sapa yg nakal tetap kena babab bontot,sapa yg baik tetap kene puji.Cuma kali ni entry ni khusus utk Hakim plak.Haritu dh buat entry utk Amani.
Walaupun masa dalam pantang dulu,aku hampir2 meroyan dek lalakan dia..tapi skang,aku rindu sgt momen2 tu.Walaupun aku bebel2 dia taknak berenggang dr aku,dlm hati aku tetap nak dia melekat ngan aku sampai mati.Aku sedar,bila sampai masa dia jadi anak teruna nanti,aku kenelah bg kelonggaran.Takkan lah dating pun nak bwk mak...huhuhu..tapi aku nak tanya gak dia ntt, boleh x aku nak ikut? huhuhu
Aku harap masa berjalan lambat lambat...
Aku nak dia kat depan mata aku 24 jam...
Aku harap dia tido melingkar kat kaki aku selama-lamanya...
Aku harap dia tak lupa aku kelak..
Hakim sayang...ibu saaaaayang Hakim sangat sangat....

Dh besar encem boy ibu....


3 comments:

  1. Dan moment paling scary adalah dgn meletakkan hakim atas tangga sama taraf dgn selipar.Hahahah!Itulah sape suruh melalak non stop,tak pasal2 omak eh meroyan sekejap.Wakakaka!

    ReplyDelete
  2. Fuh,ibarat kata mata dah gelap masa tu.Nasib baik ada daddy situ.hehehe.cian encem.giler ahhh.

    ReplyDelete
  3. Looking for the Ultimate Dating Site? Create an account to find your perfect match.

    ReplyDelete