Monday 16 September 2013

TRIP TO CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum...

Selamat hari Malaysia...best sungguh bersantai santai ngan family.Walaupun aku tak kerja,tapi hari kerja pun serupa mcm kerja jugak.Bila cuti mcm ni,lega aku bila laki aku ada kat umah.Bolehlah gua suruh dia babysit budak sementara nak buat keje lain.

Dah lama tak post cerita pasal jenjalan.Udah tak gi jenjalan,camne nak post..iye dok? Tahun ni tak baper gi jln-jln sebab Amani dah start sekolah.

Lepas pantang hari tu kami ke Cameron Highland.Sebab...sepanjang hidup aku,aku tak pernah jejak CH lagi.Owhhh...sadis sungguh luahan perasaan aku.Makanya,selama beberapa tahun kebelakangan ni,aku duk "menyanyi" kat telinga laki aku.."Ayg tak pernah pergi Cameron lagi..".Sadis sungguh,selepas beberapa tahun,barulah ada kesempatan nak pergi.Takpelah,Alhamdulillah.

Kata laki aku,trip ni khas utk aku.Sayang sungguh abg kat ayang yer...gigih org tua tu menapak ke HQ  utk book banglo peranginan TNB.Sebab,mmg susah nak dapat.Itupun ada kekosongan hari Jumaat ajer.Weekend jgn mimpilah.Org yg book weekend tu mau dah booking tahun lepas gamaknya.

Eh,takyah citer pjg pasal tu...moh zasss kita ke Cameron Highland..

Percutian kali ni taklah seindah mana sebab dua hari sebelum tu,aku ngan Amani tak sihat.Dua dua kena cirit birit.Nasib baik hari nak bertolak kami dah sihat.Tapi.....

Disebabkan laki aku drift masa nak naik CH tu,elok sampai atas,Hakim muntah.Dan,berlarutan dari pagi hingga malam.Sampaikan malam tu kami terpaksa cari klinik.Huhuhuhuhuhu.Yg tu aku dh citer kat SINI

Meh tgk banglo TNB.Sangat awesome dengan harga sewa yg sangat murah.Jimat giler ooo....



Banglo ni besar dan memanjang bentuknya.
 
Ruang tamu ada dua dan ruang makan.Pintu kat ruang makan tu adalah untuk ke dapur.
 
Masuk jer ke pintu utama,belah kiri utk ke bilik,belah kanan utk ke ruang tamu dan dapur.Bilik air pun ada tub.
 
 
Ada tiga bilik.Bilik utama siap ada baby cot.Alhamdulillah,tak pening nak pikir mana nak letak baby
 
 
Pemandangan kat belakang..MasyaAllah,sgt mendamaikan jiwa.

Ada playground.Hakim dlm sakit sakit pun ttp nak main,tapi kejap jer mampu bertahan

Baby yg sejuk sangat.Berbalut berapa lapis ntah.Hakim tidur kepenatan

Hari pertama sampai,kami tak ke mana-mana pun sebab Hakim tak berhenti muntah.Makan pun tapau jer.Nasib baik kat banglo ni pinggan mangkuk semua disediakan.Nasiblah nak,main lah kat playground belakang umah ajer.

Malam tu kami ke klinik sebab Hakim dah lembik.Nangis aku tgk dia.Dia selera nak makan,tapi,apa yg masuk walaupun air masak,mesti keluar balik.Tak ingat nama klinik,tapi pembantu klinik nya sangat baik dan peramah.Laki aku yg bawak dia jumpa doktor.Aku dan Kak Teh ( adik ipar aku) merayau kat kawasan sekitar cari baju Hakim sebab dh byk baju dia kena muntah.

Lepas tu,kami gi makan steamboat.Memang sesuai sejuk sejuk cenggini makan steamboat.Malangnya,dlm kekalutan,lupa nama restoran.Tapi,tempatnya mudah di cari,dekat ajer ngan area tengah tengah Tanah Rata,bersebelahan dgn satu kedai cenderamata.


Hakim yang tak sihat...kesian
Nasib baik masa kami makan ni,Hakim tidur.Jadi,tak adalah adegan yg tak diingini.Kalau tak,penat jugak kut nak berlari bawak dia gi toilet.Plus,tetengah org ramai ni,mau kena jeling kang.Baby pun elok lena,jadi kami makan dengan tenang.

Tetiba aku mintak minum teh...wah,ini ajaib.

Ianya bukan buffet steamboat,jadi kami mintak utk 4 org dewasa ( kanak-kanak free).Sekali...tu dia,banyak gila portion nya.Kalau tau byk cenggitu,baik mintak utk 2 org ajer.Cuba kami gagahi...tak mampu.Alhamdulillah,sedap sgt.

Esoknya,Hakim dah okey.Syukur...jadi..masa utk jalan jalan....

Memula pergi ladang teh.Aku ckp kat laki aku,aku nak gi tempat ladang teh yg cantik.Tak agak-agak punya permintaan.Adik ipar aku ckp,ladang teh Boh Sg Palas tu cantik.Tapi,kalaulah aku tahu jalan nak ke sana bersimpang siur,curam dan menakutkan...tobat aku tak mintak pegi situ.Huhuhuhuhu.

Tapi,berbaloi jugaklah bila sampai situ.Cuma parking problem sketlah.Maklumlah,weekend..memang ramai org.Nak masuk cafe pun bercinta...








MasyaAllah,view yg sangat cantik.Rasa takmo balik lah....Nyaman,hijau...indahnya ciptaan Ilahi.

Pastu,dlm tengahhari,meredah cari kebun strawberi tapi malangnya,bukan musim kah? Sumer takde yg boleh dipetik.Tapi yg jual kat cafe dlm kebun tu adalah pulak.Yang kat pokok ajer takde...huhuhuhu.Sian anak-anak,nak sgt petik strawberi.Takde rezeki nak,lain tahun lah kita datang lagi yer.

Makan strawberi cicah cekelet..sedap

Tengah makan baru perasan,bumbung cafe adalah pokok anggur.MasyaAllah...teruja plak :)

Lepas settle semua,check out,bertolak balik ke Shah Alam.Satu malam ajer cukuplah.Dah memenuhi sumer hajat aku.Alhamdulillah.Sebelum balik,singgah beli sayur dan jagung sket.Sampai bawah,turn laki aku lak kena "cherry berry".Dugaan sungguh.Nasib baik adik ipar ikut sekali.Sampai RnR Tapah,dia bawak kereta sampai ke Shah Alam.
 
Walaupun gitu,aku tetap happy...bercuti masih lagi aktiviti yg menyeronokkan buat aku.Panjang umur gi jalan jalan lagi....

1 comment: