Monday 18 February 2013

INSIDEN BAYI DILAMBUNG AMAH

Skang tgh hangat dengan video bayi yg kena lambung dengan amah kat Kuantan.Hari tu ada kwn FB upload video rakaman CCTV tuh,aku tgk separuh jalan jer sebab tak sampai hati.
Gila!!!
Org gila pun tak sampai hati nak lambung baby mcm tuh.Tak pernah terpikir kat otak aku nih ada org yg sekejam itu.Dan,tak dapat aku bayangkan betapa traumanya mak bapak baby tuh bila tgk zuriat mereka yang sekecil tu dibuat org mcm anak patung.Alangkan kita main timang-timang baby pun bahaya,inikan plak sengaja dilambung lambung.
Dapat kat aku,tak sempat sampai kat polis dah kut,lunyai amah tu aku "lambung"...
Tapi apapun,biar pihak berkuasa yg settlekan dan aku harap dia dapat pembalasan setimpal.Doa aku kepada baby tu semoga dia kembali sihat.Dan semoga family baby tu bertabah dengan ujian seberat ni.
Ramai yg komen kat video tu tapi aku tertarik pada 3 komen :- ( diolah kpd ayat sendiri laa)

1) Diharap ibu bayi tu berhenti kerja dan jaga sendiri anaknya.Jgn lepaskan tanggungjawab kepada pengasuh atau amah.

Bagi aku,cadangan tu sangat bagus.Aku faham org yg komen ni bukanlah nk menyalahkan mak budak ni,hanya bg cadangan,tapi ayat lepaskan tanggungjawab tu bagi aku mcm harsh sket.Kadang-kadang sesetengah wanita bukan saja-saja suka sgt bekerja dan sanggup tinggalkan anak-anak dalam jagaan org lain.Malah,kalau boleh,setiap ibu nak jaga sendiri anak mereka,nak tgk mereka membesar depan mata.Tapi,sesetengah ibu ada alasan sendiri kenapa mereka perlu bekerja.Kita tak duduk dalam kedudukan mereka,jadi tak usahlah kita judge dia.

2) Lain kali check latar belakang amah tu betul2 sebelum ambil mereka bekerja.Kan dah dapat yg mental!

Aku tak pernah ambik amah,jadi aku tak tau apa prosedurnya.Tapi,bukan ker tu semua sepatutnya diuruskan ejen.Bayar ribu riban,kita plak nak buat kerja nak check segala.Kalau mcm tu,takyahlah lantik ejen,perabih duit jer.Lagi satu,mana nak tahu amah tu mental ke tidak.Kadang-kadang org mental ni nampak normal,tau tau esok dia bunuh org.

3) Cadangan untuk menubuhkan day care kat tempat kerja ( ini ada org suggest kat page PM )

Cadangan yg sangat bagus sebenarnya.Aku pernah tgk dalam satu episod drama Desperate Housewives di mana Lynette Scavo pernah cadangkan daycare utk anak-anak staff ditubuhkan kat ofis dia.Dengan cara tu,baru lah senang hati emak-emak yg bekerja ni sebab kadang-kadang boleh gi jenguk anak jap,tapi jgnlah sampai menjejaskan kerja plak.Mana yg breastfeed tu lagilah senang.Lunch hour bolehlah gi BF baby jap.Aku yakin,kalau cadangan ni jadi realiti,kaum wanita boleh jadi lebih produktif kat tempat kerja.Aku faham banyak kekangan yg menyebabkan ia masih tak dapat dilaksanakan,tapi aku berharap sgt suatu masa nanti,ia akan jadi realiti.Hope Kerajaan dapat consider cadangan tu.

Dalam hal mcm ni,memang ibu -ibu bekerjaya selalu dalam dilema.Antara kerjaya dan family.Semoga jalan mereka dipermudahkan.InsyaAllah.

Dan aku harap kejadian kejadian mcm ni tak akan berulang lagi.Trauma....sangat trauma....





4 comments:

  1. Aku lah tu salah seorang ibu bekerjaya....ikut hati memang nak jaga anak jak tapi apakan daya kan...anak aku 3 orang tu dari kecik jaga kat nursery.....memang tak percaya langsung dengan orang gaji ni...alhamdulillah setakat ni semua anak2 aku baik2 jak....terima kasih banyak2 kat cikgu2 yang jaga anak aku kat nursery tu... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,faham sgt dilema ibu2 bekerja ni.Pernah laluinya juga,anak2 duk nursery dan pengasuh.Alhamdulillah,yg dua org tu dpt pengasuh yg baik sgt.Tp yg kecik plak dia x dpt jaga sbb faktor umur.Mmg tawakkal jer hantar nursery sbb takmo amik maid.Mcm2 dgr cerita,tp depend jugaklah kan.Ada gak dpt yg okey tp tetap x berani amik risiko.

      Delete
  2. bangsat punye amah tu....dia lambung bayi tu dh mcm roti canai dah...aku rasa nk hentak je muka amah tu pakai batang besi sampai pecah muka dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan mmg geram tgk perbuatan dia,tp Alhamdulillah,cepat dpt pembalasannya.Semoga dia bertaubat kat "dalam"sana.

      Delete