Monday 11 February 2013

SHOW OFF DAN PERASAAN MELUAT

Kadang kadang aku baca jugak org merungut pasal org2 yg show off...dalam FB ke,dlm blog ker..ataupun di dunia nyata.Waktu tu aku setuju dan diri aku sendiri pun rasa meluat.Beria ia menyokong dan mengumpat.

................................

Show off yg aku maksudkan ialah contohnya:-

- Menayang barangan berjenama..tak kiralah handbag ke,kasut ker,baju,barang kemas ker...hatta barang-barang bayi seperti stroller ker,apa ker.
-Menayang rumah baru..masa tu cam terpikir..." Hek elleh...tu pun nak tunjuk.."
-Menayang tempat bercuti..lagi lagi yg jenis 24jam check in kat FB.Kita kata dia jakun..kat airport pun nak check in bagai.
- Menceritakan kehebatan diri sendiri ataupun memuji anak sendiri bijak,pandai dan comel.

Macam-macam lagi lah....
Sampai satu tahap,aku melihat org2 yg beria mengutuk berjemaah dengan aku tu pun buat benda yg sama.Lagi teruk...eh eh..aku pun sama??? Damnnn!!!

Tapi,aku tak rasa aku berniat nak show off...aku cuma nak berkongsi jer kegembiraan aku dengan org lain.Ataupun,nak berkongsi info,mana tau org lain nak juge...

Jadi,kesimpulannya di sini...naperlah nak susah payah kumpul dosa mengata org? Nanti kat "sana" susah payah plak nak cari dia nak mintak ampun,silap silap kena korban pahala.Kalau tak mengata kan bagus.. dosa tak dapat,pahala ( kalau ada) boleh simpan sendiri..huhuhuhuhu.

Kadang-kadang,kita sendiri pun kena ubah persepsi.Maybe dia tak berniat nak show off.Maybe,itu sahaja lah harta yg dia ada...atau...itu sajalah tempat yg dia mampu pergi...atau..itu sahajalah benda yg mampu menggembirakan dia.Macam kita juga,kita rasa bahagia,rasa happy ada sesuatu,jadi kita nak berkongsi satu dunia sebab itu sahaja yg kita mampu.Sedih kan? Jadi,biarkanlah...

Kalau dia memang jenis yg show off,memang suka nak menunjuk nunjuk...aku tgklah juga.Kalau dia show off sengsorang tapi haram tak bagi mudarat kat aku,lantak kau lah.Kalau niat ko nak riak,ko yg berdosa.Aku tak dapat apa-apa.
Tapi kalau jenis yg show off dan menyusahkan aku...ataupun memperli kekurangan aku....hah,mendapatlah dia.Aku kan laser...hohohohoho.

Tapi,skang ni,kalaupun rasa meluat especially kat FB,aku ignore ajerlah.Scroll down newsfeed tu,apa susah sgt.Kalau jenis melampau sangat sampai penuh newsfeed aku dia saja nak menghapdate apa brg yg dia ada,aku pergi kat setting,untick jer kat "show in newsfeed"...settle masalah.

Rasa meluat adalah lumrah...ko takleh halang org nak rasa meluat kat ko.Dalam masa yg sama,org juga takleh nak halang keinginan nak show off tu.Ada aku kisah ko nak meluat...

Aku hanya bercakap dalam konteks aku sendiri ya...lain org lain pendapat.Ada org beranggapan,perbuatan show off tu patut dihentikan,kita patut tegur ( ataupun kutuk? sindir? perli) supaya empunya badan menghentikan perbuatan tu.Tujuannya,supaya org lain tak dapat dosa mengumpat dia.Bagi aku,terpulanglah kat korang.Itu tanggungjawab sosial jugak sebenarnya.

Tapi...dengan syarat,ko pun jgnlah buat benda yg sama....

Jadi,aku tak tertakluk dalam golongan org yg layak nak menasihati sebab kadang2 aku sedar jugak aku buat benda yg sama.Bayangkan,double dah dosa kau di situ...tak pasal pasal jer.

Kritik org memang best...sebab diri sendiri tak rasa pun tgh buat silap.Tapi,cari masa ajerlah,duk bermonolog sorg2 masa siang ikan tuh," Nih aku meluat meluat nih...agak-agak org meluat tak ngan aku?"

Orang nak meluat ngan aku,lantaklah.Pandailah ko cari aku nak mintak maaf nanti.Tapi,aku malas nak cari ko nanti,jadi,aku buat bodo ajerlah.Meluat tu tetap meluat,tapi simpan sajalah dalam hati.Pastu,biarkan saja ia berlalu...lenyap di bawa angin...ecewaahhhhh...ayat novel.Hati tak sakit,kepala tak pening.Buat apa nak susahkan kepala pikir hal org,hal aku pun byk tak settle lagi.Lagi-lagi kalau org tu taklah menyusahkan aku pun sebenarnya.( Yg menyusahkan belakang kira).

Ah,tak perlu panjang lebar sangat...takut esok lusa aku kembali mengutuk.Org mcm aku bukan lama sgt nak istiqamah...hehehehehehe.Doa sajalah pada Allah jgn dibolak balikkan hati aku nih...Amin.

 

 
 


4 comments:

  1. Taknak komen lebih.Just nk cakap entry ni ada perenggan.Wahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengong,hahahaha.Baru kuor sepital online doh,gi tido nung..kehkehkeh

      Delete
  2. Setuju bab yang ingin berkongsi kegembiraan tu....tapi kalau dah hari2 dia nak bagitahu beli apa, pakai bag apa, baju fesyen apa, melancong ke mana...tu kes lain dah.....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,biasalah mia.Org2 mcm ni,kalo kat depan kita,sengih jer.Puji jgn,kutuk pun jgn.Kalo kat FB lg senang,hide jer dia punya status.Aman FB aku,kahkahkah.Sbb kita bkn maksum sgt nak elak rasa meluat tu.Ujung2 ntt,kita akan terkutuk dia juga.Kan?Biasa gak berdpn dgn org2 mcm ni,gelora kat hati Tuhan sj yg tau.Tapi,cubalah ignore,lama2 dia cari org lain utk show off.Rasa meluat tu tetap ada Mia,kita xleh deny pun perasaan tuh..biasalah,huhuhuhu.

      Delete