Saturday 23 February 2013

AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON

Memandangkan hari tu dah bercerita alkisah reunion kat PD,aku teruskan saja ke sambungan ketiga pasal tempat kami menginap.Ni kan kenangan...huhuhuhuhu.

Tak banyak sgt menceceh,layan gambar sajalah...


Tempat buat coffee ada sinki terus,takyah masuk bilik ayaq..jakun sungguh lah aku nih kan..

Pesal apa banyak hotel aku pegi skang takde bath tub? Jimat air?

Katil pun besor...

Ada daybed,takyah mintak katil tambahan.Tapi takde selimut lah,terpaksalah aku tarik cadar dia utk selimutkan Amani.Tapi,rasa cam boss bila lepak sini sambil tgk pemandangan kat luar.

Masa aku nak book kat sini,Deluxe dan Premium dah fully booked sebab ada banyaaaaaaaak company buat event / conduct course kat sini.Wahhh...sangat hangat dipasaran gitu.Maybe sebab rate dia takler berapa nak mencengkam dikalbu kut.( lain lain alasan sila tanya company itu sendiri,muahahaha)

Aku book Executive Studio ( Vista Wing) pun baru RM339 nett,tapi aku pakai corporate rate lah.Tapi,idoklah byk sgt kurangnya.Dan,biliknya (bagi aku la) sangat cantik,view memang indah.Tu pun takde rezeki nak dapat bilik Straits Studio ( View Wing) yg mana bila aku tgk kat website dia,lagi cantik.So,agak berbaloi di situ..eh..iklan pulok.


Ni lah view dari tingkap bilik.Takde balkoni..tapi kira okeylah.Ada balkoni pun mesti aku tak bukak pintu,cuaklah bila ada anak kecik.

Kawasan sekitar hotel...

Gym..kami masuk saja-saja jer sementara kids centre dibukak,tapi sampai sudah tak bukak bukak

Tempat parking bot..org panggil apa ek,dermaga,limbungan,pelabuhan? sila pilih mana yg berkenaan...hehehehe.Dari bilik pun boleh nampak

Amani dan emaknya...

Keluar dari hotel nak gi cafe utk breakfast..nice view.

Swimming pool

Eh..dah masuk kolam kau nak?
Kawasan pool boleh tahan besar.Yang penting pemandangan cantik,cuma masa first day tu agak terganggu dengan bunyi hon bot.Ntah sapa punya bot duk memekak ntah.Tapi kat area pool ni lah letaknya kids centre,gym dan cafe.Kena jalan sket lah dari bangunan yg menempatkan bilik tu,tapi bukanlah jauh sgt.

Posing dulu sebelum makan

Tu dia..melantak.

Variasi makanan kira okeylah,rasa pun kira okeylah.Boleh tahan sedap.Aku ni,semua pun sedap.Ntah lah,aku pun tak reti sgt nak kategorikan mcmmana,tapi kiranya,puas hati lah.Tak azab sangat,tak mewah sgt.Wassatiyah gitu konsepnya...

Itu sajalah review saya...kiranya tak menyesal lah stay kat sini.Bilik besar,cantik dan luas,pemandangan cantik dan area hotel yg sungguh menarik.Sekian terima kasih.

Untuk lebih info...silalah tgk sini

4 comments:

  1. kalau tak cakap kat PD....scenery seyes nampak macam phukett..cantikk...penah tido kat Tiara Beach je..tu pon sebb murah..hehehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni cantik..tp sayangnya duk satu malam jer.Tiara tak pernah pegi lagi...lain kali boleh try.Hahaha,walhal dekat ajer ngan kampung mentua..saja jer nak tido sana.

      Delete