Sunday 29 July 2012

PENGANTIN MUDA - YANA & SYAFIQ

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kecoh ngan penyebaran video pengantin muda Syafiq dan Yana...haaa...isu dah basi kan.Aku memang selalu ketinggalan ketapi.Kut bullet train bolehlah dimaafkan lagi kalau tertinggal...udah laju yer dok? Tapi kalau ketapi pakai wap tu gak yg aku tertinggal...hmmmmmmm...( aku nak citer pasal apa sebenarnya?)
Banyaklah komen yg aku baca.Termasuklah komen-komen dalam radio ( masuk radio tuuuuu) sampaikan wartawan pun sibuk nak interview mak bapak budak tuh.
Hmmmm...
Yang komen positif...okeylah.Yang komen negatif dengan isu " Nanti nak kasi anak org makan apa?", "Sekolah tak abih lagi dah nak kawin", " Kalau dah ada baby ntt camne?"," Dah paham tanggungjawab ke?,ingat kawen ni mcm main masak-masak?"
Hmmmmm....
Mcm ni ajerlah makcik makcik,pakcik pakcik...
Aku pernah terbaca satu artikel mengenai amalan terbalik org melayu...dan maaf cakap....ini adalah salah satu contoh.
Bebudak tu menikah kan? Menghalalkan apa yg haram...salah ke?
Kita lebih hairan dan kecoh ngan sepasang pengantin yg so called " kanak-kanak"...tapi kita baca berita sepintas lalu ajer pasal budak pompuan sebaya Yana tu lahirkan anak luar nikah.
Apa kita nak kecoh sgt dengan mengatakan gadis itu tak ready secara mental dan fizikal sedangkan kita pernah terbaca kisah budak pompuan darjah 6 dah pandai lari ikut boyfriend?
Aku tak kata yg aku pun maybe akan kahwinkan anak dlm usia muda mcm tu.Sebagai parent,dah jadi impian kita utk lihat anak kita berjaya dlm pelajaran dan kerjaya kelak.Tapi,terlalu awal utk kita judge pasangan tersebut.Sebabnya:-
1) Sapa kata bila dah kawen,diorg takleh abihkan study? Memang perjalanan masih jauh dan kemungkinan akan tercicir masih ada.Tapi,instead of kita kutuk2,apa salahnya bagi moral support kat diorg.Ada dikalangan kita sendiri,dah beranak pinak malah ada yg dah bercucu,masih success bila further study kan? 
2) Hal ni akan jadi lain kalau diorg kawen lari...tapi,kalau ditengok majlisnya,meriah nak mampus sampai kecik ati aku tau...sob sob sob...Maknanya,parents diorg dah sepakat restu.Dan,kita sebagai masyarakat,apa salahnya bagi support.Free jer pun takyah bayar.Takde pun diorg kuar paper mintak derma nak tanggung pasangan tuh.Kalau kuar mcm tu,aku pun kutuk sbb sampai nak menyusahkan org lain.
3) Nak bagi anak org makan apa? Kalau ada baby mcmmana? Terlupakah kita,siapa yg bagi kita rezeki? Bukan ke Allah dah kata,rezeki setiap bayi yg lahir tu sudah ditentukan? Bukan kata kita boleh duk goyang kaki jer tunggu rezeki dari langit,tapi maybe family ni dah ada plan utk mereka sementara mereka boleh berdikari sendiri.Lagipun,dengan melakukan sesuatu yg diredhai Allah,InsyaAllah,ada jalannya.
4) Tanggungjawab? Dengan sebuah perkahwinan yg direstui,InsyaAllah,family mampu membimbing.
Jadi,apa isunya? Kenapa kita nak fikirkan kemungkinan kemungkinan di masa hadapan? Tak salah nak prihatin,tapi dengan mengkritik,apa yg kita nak sebenarnya? Kita nak pasangan ni bercerai? Atau, kita nak menghalang lebih ramai pasangan "kanak-kanak" berkahwin? Kita boleh halang lebih ramai kanak-kanak dari berkahwin,dengan syarat kita berjaya mengekang masalah sosial penzinaan dan kes buang bayi yg berleluasa skang nih.Harus diingat,statistik menunjukkan ramai remaja sebaya Yana ni yg hamil anak luar nikah.
5) Kawen awal ntt cepat cerai sbb tak matang....Astaga...naper nak harapkan diorg bercerai? Soal takde jodoh ni,dah tua bangka super matang pun boleh bercerai.
6) Perkahwinan sepatutnya menjadikan satu pasangan itu lebih dihormati.Jadi,kita kutuk pun takde guna.Sebaiknya,dengan berkat Ramadhan,apa salahnya kita doakan pasangan ini kekal bahagia ke akhir hayat,hidup cemerlang,terbilang,gemilang...tak gitu?
Sekian sahaja ulasan saya tentang isu terkini lagi sensasi ini....doakan yg baik baik saja yer....untuk kita jugak nanti.InsyaAllah...
P/S : Point di atas adalah pandangan aku sahaja.Kalau berbeza pandangan,tak ada salahnya..cuma melahirkan pendapat masing masing.

5 comments:

  1. betul2 point2 kt atas nie..kawin awal lah best hehehehe....hepi je muka tiap2 bangun pagi hahaha..

    ReplyDelete
  2. dah bercerai kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap yg bercerai tu namanya Fazira kut..bukan yg ni.Kalau Yana-Syafiq ni,Wallahualam..

      Delete
  3. A'ah yg bercerai tu pasangan 19 dan 12 tahun masa kahwin tu... kita doakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete