Saturday, 15 March 2014

PERKEMBANGAN TERBARU MH370.SEMOGA ADA HARAPAN BARU

Assalamualaikum...

Hari ni dah genap seminggu kehilangan pesawat MH370.Masih tiada khabar,masih misteri.

Hari ini juga dlm sidang media khas,PM umumkan pesawat telah mengubah haluan dari laluan asal ke Beijing menuju ke barat semenanjung...atau mungkin merentas Lautan Hindi dan bermacam lagi kemungkinan.

Rumah juruterbang juga telah diperiksa petang tadi (itu aku rasa prosedur biasalah,polis kena check semua tp blm apa apa dh ada admin page kat fb yg tuduh pilot tu prime suspect hanya semata dia buat simulator penerbangan kat rumah.Haishhh,lebih pandai dari polis.Sgt tak sensitif.) dan siasatan telah memasuki fasa baru dgn fokus siasatan kini bertumpu kepada kru dan penumpang.Seperti yg selalu ditegaskan...jgn speculate apa apa dulu.Serahkan pada pihak berkuasa.

Apa apa sahaja kemungkinan dan spekulasi...yg lebih penting dlm doa kami adalah kesemua mereka ditemui.Itu sahaja.

Sungguh bertambah bingung dengan perkembangan kes ini.Bagaimanapun,jgn pernah berputus asa utk berdoa pada Allah yg Maha Berkuasa kerana hanya DIA sahajalah yg akan merungkai misteri ini.

Jesteru,pihak berkuasa Vietnam telah menamatkan operasi mencari setelah disahkan pesawat telah mengubah haluan dan misi pencarian di Laut China Selatan juga dihentikan.

KLIK SINI
KLIK SINI
untuk berita lanjut.

Terima kasih Kerajaan Vietnam yg bersama sama berganding bahu dlm operasi mencari dan menyelamat ini.

Rakyat Malaysia...teruskan berdoa.Moga moga kita mendapat perkhabaran yg baik.Amin.

#Pray4MH370

4 comments:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Masih mengharap agar ada keajaiban yang berlaku......

    ReplyDelete