Friday 25 October 2013

KEGILAAN APAKAH INI?

Assalamualaikum...
 
Dalam tempoh minggu ini sahaja, terjadi 3 kes jenayah yg menggemparkan Malaysia.First,seorg remaja perempuan yg berumur 15 tahun dibunuh dan mayatnya dimasukkan ke dlm beg pakaian sebelum di buang.
 
 
Lepas tu kes rompak dan bunuh pekerja Ambank...
 
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.
 
Kredit : Sinar Harian
 
Selang sehari,berlaku plak kejadian amuk yg mengorbankan 2 nyawa dan 2 lagi cedera parah
 
 
Aku tak tahu nak cakap apa...apakah kegilaan ni semua? Apa yg dah jadi?
 
Macam kes Allahyarhamah Norazita,aku paling rasa terkesan.Sebagai seorg yg pernah terlibat dlm industri perbankan,aku sgt terasa.Apa lagi yg boleh diharapkan kalau seorang pengawal keselamatan yg sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan staff  bertindak sedemikian rupa?
 
Dunia makin hampir ke penghujung.Kerana duit,manusia yg diharapkan menjaga keselamatan tergamak membunuh satu nyawa yg langsung tidak mampu melawan.Arwah hanyalah seorg wanita yg lemah.
 
Kita mungkin terlepas pandang...ada lagi pihak yg juga menderita.Rakan sekerja arwah yg juga saksi kejadian.Aku tak dapat bayangkan trauma yg mereka lalui.Semoga mereka tabah.
 
Buat keluarga arwah yg ditinggalkan..hanya doa yg mampu aku titipkan buat kalian.Semoga kalian tabah menghadapinya.Harap ada keadilan buat kalian.
 
Semoga roh Allahyarhamah Norazita dicucuri rahmatNya..Amin.

No comments:

Post a Comment