Monday 10 March 2014

DAPUR KAT AMERIKA SELATAN?

Assalamualaikum...

Pagi yg cerah namun hati masih mendung mengenangkan nasib penumpang MH370 yg masih tidak kedengaran khabar beritanya.

Dimanakah kalian?

Semalam,aku duk melipat kain sambil bukak channel 501 Astro Awani utk dapatkan berita terkini psl MH370.

Still....tak ada apa apa petunjuk...

Selesai jer sidang media,aku bukak channel lain.Nonton Nat Geo Wild dgn Hakim.Bagi dia tgk binatang pulak.Asyik2 layan kartun.

Aku tukar ke versi alihbahasa ke bahasa melayu supaya dia faham.Kalau tak,sejuta kali dia tanya aku "org tu cakap apa ibu?"

Tajuk rencana tu "World's Creepiest Killers".Berkisah kpd binatang yg berbisa dan mampu membunuh.



Ada satu segmen,ditunjukkan lipan gergasi sambil narrator tu sebut "Anda tidak perlu risau ia berada di dapur anda kerana habitatnya di hutan Amerika Selatan..."

Dan,Hakim menyambung dengan confidentnya...

"Fuhhh...nasib baik dapur kita tak ada kat Amerika Selatan..kan ibu?"

Hakim oh hakim..ada ajer lah kau nak..tak mampu dh nak gelak dgn jenaka spontan dia.

Setidak2nya ungkapan jujur anak kecil ini meredakan sedikit ketegangan dan debaran dlm menanti berita misteri kehilangan pesawat ini.

Walau tiada siapa pun di antara penumpang itu yg mempunyai pertalian darah dgn aku namun aku masih berkongsi kesedihan itu.

Doa aku semoga segala usaha pencarian di permudahkanNya...Amin

#PrayFor MH370




2 comments:

  1. sama sama lah kita berdoa smga dipermudahkan misi mencari dan menyelamat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak mintak gitulah...harap sgt semuanya okey.Dah mcm tgh bermimpi ngeri..cuma tak tau bila nak terjaga..

      Delete