Thursday 6 March 2014

HANEZ SURAYA DAN SUSU PEKAT

Assalamualaikum...

Tajuk tak beragak..saja jer nak menangguk di air yg keruh..hohohoho.

Dua tiga hari ni kan kecoh psl citer hanez suraya.Bukak fb..newsfeed byk err..taklah byk tp lebih byk dr biasa citer psl dia.Tu dia...

Malas nak tumpang sekaki menambah dosa mengutuk mengata dia sbb perjalanan hidup aku pun masih jauh.Tak kene kat diri sendiri kang..takut terkena kat anak2 plak.Nauzubillah.

Tapi..(nak jugak) kalau dh salah tu..ngaku salah dan mintak maaf cukuplah.Pastu settle diam diam..kan senang.Takdelah satu Malaysia ni serang kamu.Kalau dh jodoh ngan laki org apa nak buat.Tapi..berhemahlah sket.Okeh tu jer.

Okeh..nak citer bende lain sebenarnya.Hehehe.Hari tu aku makan kat Pak Hailam Kopitiam Tesco Shah Alam.Wow..panjangnya tajuk.Order beef noodle yg sedap kebabom tuh.Amani yg nak.Dia dh makan separuh pastu pass kat aku.Dlm masa yg sama,Fatih merengek nk kuar dr stroller.Bila aku angkat dia..aku betulkan bantal dan alas stroller tu.Terlupa plak aku yg Fatih ni dh pandai nak mengagau amik barang.Dlm masa beberapa saat jer...panggg!!dia tarik mangkuk mee tu dan sup tu tertumpah atas paha dia.

Menjerit dia!Dgn aku aku sekali...terus aku pegi sink,basuh kaki dia ngan seluar and stokin sekali basah lencun.Aku alirkan air lama lama dgn sorg pelayan kopitiam duk tolong aku sama.

Tak lama,ada sorg budak kitchen keluar bawak setin susu pekat."Kak..meh bubuh ni.Haritu ada anak cust mcm ni gak,saya bubuh ni..sejuk sket" katanya.

Pastu dia lumur lumur susu pekat tu kat paha Fatih.Terus diam si fatih.Aku dh gigil nak menangis sambil blame diri sendiri cuai sgt.Dan..syukurlah masa kejadian,kuah sup tu dah suam sikit.Taklah menggelegak panas cam memula sampai tu.Awal2 panas tu mmg aku bubuh jauh even dr Amani pun.Aku ingat,kalo dh panas camtu,mmg ke spital jugaklah jawabnya.

Dah mcm org jepun angguk angguk say thanks kat staff situ yg bertindak cepat.Fatih pun terus berenti nangis lepas kena lumur ngan susu tu.Pastu aku bayar terus balik.Tak jd shopping.Jadah lagi nak shopping,aku sendiri dah bau sup daging.

Alhamdulillah...bila blk aku mandikan fatih (bersemut plak anak aku kang ) check paha dia..okey.Takde kesan merah or melecet ke apa.Okey jer mcm takde apa berlaku.So takde lah sampai ke klinik.

Aku pun tak sure adakah disebabkan susu pekat tu or mmg sup tu dah suam ker yg buatkan paha fatih okey tapi sekurg2nya ia membantu.

Sebab semalam...aku goreng keropok.Pastu,aku pakai penapis besi utk angkat keropok panas tu sblm dimasukkan dlm bekas.Pastu..aku yg genius bijak laksana umpama Albert Einstein ni pegi parking bekas tu next to kuali panas.Of course la haba dr dapur tu diserap dek penapis tu.Pastu dlm kalut nk hidang kat laki..aku capai bende alah tu...

Zzzsssssssss.....uwaaaaaa....terus rasa nak menggelupur.Berkedut terus tapak tgn aku.Sakitnya takleh nak cerita.Aku terus alirkan air kat tapak tgn tu sambil menahan pedih.Bila kena air oklah kan..bila dh berenti alirkan air..dia punya berdenyut Allah sahaja yg tahu.


Pastu teringat lak kat petua budak kopitiam tu.Aku terus ambik susu pekat dlm peti,lumur kat tempat melecur tu.Perghhh..patutlah haritu Fatih berenti nangis serta merta.Memang nyaman jer rasa.Tambah plak amik dr peti.

Ni petua ni sekadar tambahan jer tau.Kalau melecur,apa apa hal pun alirkan air dulu kat tempat melecur.Kalau teruk terus bwk gi klinik or hospital takut ada jangkitan kuman.Boleh lah nak sapu susu pekat ni kalo kesan lecur tu tak teruk sampai nampak isi.Sbb walaupun tak teruk,sakitnya berdenyut denyut.Aku pernah terpercik air panas kat tangan masa kat uni dulu.Satu mlm xleh tidur sampai satu tahap aku rendam tgn dlm air sejuk.

Bila sapu susu pekat tu...kejap jer sakitnya pastu beransur kurang.Takdelah berdenyut.Dalam setengah jam dah okey.

Berkedut tapak tangan gua...

Hari ni dah tinggal jalur berkedut tu..huhuhuhuhu.Nasib baik tak menggelembung ke apa.

Apa apa hal pun..aku nak ucap terima kasih kat staff kopitiam tu (lupa nk tanya nama) sbb ajar petua ni.

Dah kedut camni..seterika boleh?

4 comments:

  1. serius baru tahu. thanks for the sharing
    hahaa.nak seterika pon boleh je..

    salam kenal :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak..terima kasih sudi singgah sini..
      Tulah..dpt petua ni pun dr budak2 remaja...tp mmg berkesan jugaklah

      Delete
  2. fuh... sempoi!

    salam kenal :-D

    ReplyDelete