Friday, 14 February 2014

TRIP TO KELANTAN DAN PULAU BANDING PERAK

Assalamualaikum...

Cuti raya cina hari tu kami ke Kelantan utk kenduri sambut menantu adik ipar aku.Sepatutnya up entry dia kahwin dulu tapi maleh tul nak pilih gambar yg berlambak tu.

Gambar yg nak dipilih of course lah gambar gue...pengantin dah tentu tentu cun..yg hakak ni kenalah pilih betul betul supaya kelihatan jelita di mata masyarakat....hohohohohoho.Jgn dilayan sgt...hoh.

Nasib baiklah adik ipar yg kahwin..kut tak maleh nak ke mana mana time CNY ni sbb pengalaman sblm ni...mmg jammed jalan kalau nak ke mana mana.

Kitorg bertolak pagi subuh hari Jumaat.Plan asal kul 4am kononnya nak gerak.Sekali...kul 4 aku sorg jer yg terkebil kebil bangun.Driver lena lagi.Last last..aku goreng bihun,keropok lekor dan karipap utk bekal.Gerak dua kereta dr Shah Alam.Lagi satu kereta gerak dr Rembau.Anak anak tak mandi..angkut jer masuk kereta.

Rupanya..nasib baik gerak subuh.Laki aku call kawan dia yg juga nk ke Kelantan,gerak kul 1am..jammed gile katanya.Rupanya ramai yg berpikiran mcm kitorg..

Alhamdulillah,perjalanan lancar sampailah kitorg berhenti singgah kat satu masjid.Bagus masjid ni,semua lengkap.Ada bilik air dan tempat makan sekali.Mmg tepat pilihan kami.Tapi area mana aku lupa plak...dekat dekat Gua Musang jugaklah rasanya.Anyone kenal masjid ni?


Lepas mandikan bebudak ni semua,makan siap siap baru gerak balik.Tapi pastu singgah lagi kat R&R Gua Musang..makan lagi.




Dalam perjalanan..aku paling suka pemandangan ni..cantik.Masa ni tak jammed lagi.Dah masuk Kuala Krai..Ya Ampun dia punya sesak.

Dahlah jammed..driver "termakan buah langsat"plak.Sudahnya pukul 5 ptg baru sampai ke destinasi.Area Tanah Merah.Penat gila..11 jam perjalanan.

Esoknya,majlis bersanding start kul 3 ptg sbb adik pengantin lelaki (adik ipar aku pengantin pompuan)pun menikah hari yg sama dan bersanding kul 12pm jd turn dia bersanding kul 3pm.Kiranya adik ipar aku sanding round kedua lah.

Pengantin....


Acara yg ditunggu tunggu...makannnnn



Lauknya sangat sedap.Lagi lagi gulai daging dan kambing tu.Biasanya aku lebih suka ayam...kali ni bolayan sama itu ayam...

Lepas makan kenduri..lagi dua kereta (makpak mentua dan adik adik ipar yg lain) terus gerak balik ke Rembau dan Shah Alam sbb masing masing xnak menempuh jammed hari Ahad.

Kami sekeluarga plak...singgah ke Pulau Banding..bercuti dua malam since Isnin tu kan hari Wilayah.Laki aku lah yg beria sgt nak dtg sini.Yg lain lain taknak ikut sbb masing masing kerja hari Isnin.

Aku suka bercuti tepi laut sbb aku lahir dan membesar kat kawasan yg ada pantai.Laki aku plak mmg suka kawasan hutan lipur dan tasik.Dah selalu sgt cuti tepi laut,kali ni ikut selera dia plak.

Kami singgah kat Banding Lakeside Inn.


Ni pintu depan dan kat reception area.Kat sini staff kebanyakkannya budak budak muda dan anak tempatan.Peramah dan rajin...tabik.


Ini bilik standard.Tak dapat lake view room sbb hotel dah penuh.Masa booking ni pun,tinggal dua bilik ajer.Tapi kira okey jugaklah..not bad.

Kitorg sampai pun dah nak maghrib jadi xde apa apa nk dibuat.Makan malam pun makan bekal lauk kenduri tuan rumah bagi.Lepas makan terus tido.

Esoknya,lepas breakfast,laki aku pergi kat receptionist.Rupanya dia booking bot round Tasik Temenggor.Asalnya sbb kami satu family jer jd caj satu bot RM 280.Pastu masa nak naik,ada tambah lagi 2 org tourist jd kami bayar RM200 jer.

Jeti tempat kitorg naik boat.





Sempat posing walaupun bot tengah bergerak laju...muka muka gembira dapat naik bot..hehehhee..


Si Fatih ni yg paling gembira...seronok sgt air terpercik kat muka dia.

Aku selalu confused panggil tasik ni Tasik Banding walhal namanya Tasik Temenggor.Yg Banding tu ialah pulau yg terletak kat tasik ni.Round lebih kurang sejam keliling tasik ajer.Tak sampai kut sbb mcm kejap jer aku rasa.Tak stop mana mana perhentian pun.Yg best ialah anginnya sejuk.Menggigil anak anak aku.



Ada jugak pulau kat sini yg ada chalet.Ni salah satu yg kitorg lintas...Pulau Tali Kail.Tu diaaa..terang lagi bersuluh suh ko mancing kat sini..

Dalam kul 11 selesai,ada ke anak anak ajak mandi kolam.Panas lip lip pun ta kde hirau..aiyyoooo.Laki aku plak melayan...lantaklah kome.


Kat sini kolam bukak sampai malam.Malam cantik woo ada lampu kat tepi kolam.Siap ada tempat utk buat BBQ.Tapi bila siang..cenggini ajelah rupanya.Bila duk nengok tasik ni...aman jer.Bestnya kalo dpt bilik ngadap tasik.

Selesai mandi,masing masing dh lapar.Aku malas dh nak keluar so makan kat hotel ajer ler.Sampai kat restoran,masing masing letih dan ngantuk.Mulalah buat perangai.


Pic ni aku snap dari dalam restoran.Masa breakfast td ramai gila org tak dan aku nak duduk tepi balkoni.Time lunch ntah mana pegi sumer org kami jer satu family makan kat sini.Masya Allah..Subhanallah...indah sungguh pemandangan.Patutlah laki aku beria ajak datang kat sini.Tenang,sunyi,damai dan boleh hilangkan stress...

Dah lunch,blk semayang dan terus membuta satu family sampai petang.Pastu mandi kolam lagi.Haishh...

Petang tu cari dinner kat luar.Makan kat hotel boleh pengsan tgk harga.Nescafe ajer dah RM9 lebih.Harga makanan munasabah jugaklah pasal sedap.Makan mee goreng jer pun tapi sedap...

Makan kat jeti awam apa
ntah namanya.Dekat situ jugak..

Malam mmg takde apa aktiviti.Nak gi mana jer pun..jadi laki aku dan anak anak main gusti.Malas nak bubuh gambar sbb ganas sgt...lantak korglah.Aku plak tak sudah sudah lapar.Jap buat air,jap makan roti,jap makan buah...


Budak budak yg baru selesai main gusti ngan daddy.Yg sorg dah tewas awal..ahaks.

Esoknya lepas breakfast,laki aku bwk anak anak gi mandi kolam sementara aku kemas brg.Pukul 11 check out.Saja check out awal sbb takut lambat sampai.

Dan seperti yg dijangka...seperti musim musim perayaan yg biasa...jammed sampai KL...huhuhuhu.Takpelah...yg penting happy:)


2 comments:

  1. Bestnya.......cuti2 hilangkan stress keja semua. Anak2 pun semua happy jak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Yg seronok bila tgk anak anak happy

      Delete