Saturday 12 January 2013

PERIHAL BUSY BODY

Salam..
Waaa,lama betul aku berhibernasi sampai perut pun dah maju ke depan,muahahahaha....
Sejak sejak anak dah masuk sekolah rendah,rasa cam tak cukup masa jer.Gelabah kan? Aku tgh cuba menyesuaikan diri dan tgh adjust jadual.Sbb Amani sekolah petang,Hakim plak pagi.Dah masuk minggu kedua ni aku rasa okey sket dah.
Memandangkan dah lama x membebel,rasanya aku nak bebel lah.Sapa tanak dengar baca,tutup telinga mata,hehehehehe.
Topik hari ni ialah busy body...
Alkisahnya,dalam newsfeed aku,sorg rakan FB meluahkan perasaan.Dia bengang sebab ada org sibuk bertanya pasal personal family matter kat anak dia.And for info,anak dia sebaya anak aku...
Geleng kepala aku ngan org2 mcm ni....agak agaklah kut nak menyibuk sekalipun.Ko nak prihatin ker or just nak busy body?
Macam kawan aku ckp,kalo pro,tanyalah kat tuan empunya badan sendiri,yg gi korek kat budak kecik buat hapa.Kut iye pun kalo family kawan aku tu ada masalah,tak boleh fikir ker yg pertanyaan2 macam tu boleh mengganggu emosi si anak?
Aku tak tahu pun apa masalah kawan aku ni dan aku tak bertanya pun.Bukan sebab tak prihatin,tapi sebab takut dia tak selesa org duk bertanya tanya ni.Unless dia yg bukak mulut nak bercerita,okey,takde masalah.Tapi,kalau dia duk meluah luah perasaan kat FB,kita tau lah dia ada masalah dan aku hanya mampu bagi moral support.Itupun xderlah seminit sekali pon dia hapdate status,biasa biasa sajalah.Sesekali,bila dah tak mampu dipendam,meletup lah jugakkan? Tapi la ni,life dia dah nampak okey.Alhamdulillah.
Sesekali,cubalah kita duduk dalam situasi org sama.Apa agaknya perasaan kita kalau kita ada masalah peribadi dan kita dpt tahu ada org duk korek2 dari org sekeliling kita.." Eh,pesal ngan Senah tu? Ada masalah kerrrr? Ko tahu tak apa citer?"
Kalau kita rasa prihatin,direct tanya pada yg empunya badan.Itu yg betul.Kalau korek2 cerita ni,mostly niat dia cuma nak busy body jer.
Aku dah lebih 6 tahun menetap kat kawasan perumahan ni dan sepanjang 6 tahun ni tak pernah sekali pun aku bersidai rumah jiran jiran.Tapi tak adalah sampai tak ambik tahu pasal jiran-jiran.Sesekali gi lah menjenguk jiran sebelah,hantar makanan ker,tanya khabar ker apa ker.Lagi plak,dah setahun lebih berhenti kerja,dunia aku cuma kat rumah ngan anak-anak.
Bukan aku ni suci sgt tak suka mengumpat kononnya,tapi sebab aku tahu kelemahan aku jugak.Takyah nak bohonglah kata tak pernah bergossip bagai.Maybe bersidai rumah jiran bukan bertujuan mengumpat sahaja tapi kalau dah selalu sgt,lama-lama ia akan membuka topik juga.Percayalah...aku dah kena.
Masa tu jiran sebelah aku a.k.a pengasuh anak-anak aku sakit.Yerlah,dah tua kan.Masa tu dia sakit teruk gak lah.Aku importlah mak mentua aku datang sementara aku cari pengasuh / nurseri.Mulanya aku decide nak hantar nurseri jer tapi mak mentua aku cakap dia dah bertanya sekeliling dan makcik belakang umah tu sanggup nak jaga.Dia suh jugak aku gi tanya.
Makanya aku laki bini pun pergilah.Bila bertanya tetiba makcik  tu ckp dia dh inform mak mentua aku yg dia mmg tak boleh jaga anak-anak aku.Alasannya,takut ntt bila pengasuh aku dah sihat,ntt pengasuh aku tak puas hati kat dia pulak sbb dah potong jalan.Aku dah agak confuse gak time ni,potong jalan mendenya kalau dah pengasuh aku sendiri pun dah cakap yg dia mmg dah tak mampu nak jaga anak aku lagi.Dan,lagi satu,apesal info dari mak mentua aku pun dah berbeza beza plak ni? Kejap sanggup jaga,kejap tak sanggup.Mana satu yg cakap betul ni?
Yang tu okey lagilah,aku boleh terima gaklah alasan dia tu.Takpelah,hantar jer anak kat nursery takde masalah asal takde jiran sesama jiran nak berperang plak kan? Alih alih,dia bukak cerita.." Makcik tu,sejak sejak anak bongsu dia kahwin,mcm mcm penyakit pelik kena kat dia...blahblahblahblah...dahla anak dia kawen dulu tu pon...blahblah..."
Aku terus angkat punggung mintak diri.Dah,aku datang nak bertanya kesanggupan dia jer bukan nak dengar dia bukak cerita bukan bukan pasal pengasuh aku tu.Sepanjang aku berjirankan makcik pengasuh tu,tak pernah sekali dia buat masalah ataupun menyusahkan aku.Kalaupun dia ada masalah personal,asal tak sangkut paut dengan aku,tak ada masalah.Lagi plak,dia pun mmg dah tua,sakit tu perkara biasa.Memang tiap-tiap bulan pun dia pergi hospital ambik ubat darah tinggi,kencing manis,so,apa kaitan dengan penyakit pelik plak ni? Tak tau cerita jgnlah buat spekulasi bukan bukan..
Berbalik kepada cerita kawan aku nih,maybe yg bertanya tu beranggapan kalau tanya budak kecik boleh dapat cerita sebenar sebab budak kecik kan jujur.Tapi,bagi aku...sangat tak bijak pemikiran mcm tu.Pertamanya,pemahaman kanak-kanak memang berbeza dengan org dewasa.Memang budak-budak tidak tahu menipu tapi cara dia menterjemahkan sesuatu situasi tidak sama apatah lagi kalau melibatkan perkara yg complicated.Point of view dia berbeza dengan cara org dewasa menangani sesuatu.
Keduanya, disebabkan terlalu jujur,adakalanya dia boleh "ter"bagi tahu sesuatu yg sepatutnya menjadi rahsia terutama kalau dalam melibatkan perihal rumahtangga.Tak semua benda ko boleh share dengan public.
Jadinya,kalau dah rasa terlampau prihatin sangat,pergilah tanya tuan empunya badan.Maybe pun tuan punya badan pun memang memerlukan moral support,siapa tahu.
Sekian sahaja lah bebelan aku di pagi Ahad nih.Hari ni aku nak bermalas-malasan jer.Ada sesapa nak kisah?






2 comments:

  1. ni perihal busy body gak ni..
    sgt stress kalo ade kwn jenis suke selidik ape yg kite ada, kite buat..
    btol2 stress..
    pastu jdkn topik perbualan ngan yg lain plok :eh die tu senang skrg ptt le die tu tanak kwn ngan kite..
    huh, letih melayan karenah sedemikian..

    sekian, sessi luahan.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu takdok kije namanya,hahahahaha.Larat nok gi selidik tuh...hihihihihi

      Delete