Thursday, 31 January 2013

GARA GARA BUDAK TELEMARKETING CALL PAKAI PRIVATE NUMBER MAKA BERLAKULAH ACCIDENT...

Lately ni aku banyak dapat call dari telemarketing yg mempromote ntah hapa-hapa.Kalau dari bank tu biasa lah,selalunya kalau dapat call pun memang dari bank yg aku ada akaun atau credit card.So,phone number memang dalam database dorg,aku takde lah kisah sgt.Kalau aku tak berminat dengan apa-apa promo dorg sekalipun,just ckp elok2 tak interested,dorg pun takde lah kisah sgt.
Yang aku hangin,ntah call dari mana-mana company yg aku tak pernah tahu pun ada wujud.Invite pergi seminar diorg lah,ajak invest lah,promote pakej itu lah,inilah.Selalunya,bila dapat call camni,aku cakap aku busy,suruh call balik ataupun aku cakap tak berminat.Ada yg reti bahasa,call sekali aku tak layan,takde lah diorg call lagi.
Ni ada plak yg spesies mendesak.Paling aku tak tahan,pakai plak private number.Kalau no tu familiar,senang aku takyah angkat.Bila pakai private no,serba salah gak nak angkat.Mana tahu ada kengkawan ke sedara mara ker yg call.
Sejak tiga empat hari ni,ada satu private number kerap call aku.Aku pernah angkat sekali,budak tu claim dia dari xxxxBank.Okehlah..ingatkan ada hal penting tapi rupanya nak promote something.Tapi pelik gak aku,selalunya kalau telemarketer dari bank ni kalau call aku mesti naik nombor office,ni hapa jadah plak pakai private no? Gasaklah...aku cakap masa tu aku tgh drive (sebenarnya tak berminat).Drive laaa sangat,elok terlentang atas katil.Muahahahahaha
Pastu,tak lama lepas tu,naik lagi private no.Kali ni,aku ignore jer.Melalak lah ko situ,malas nak layan.Aku dah fedup dah sebenarnya.As in,no fon aku ni dah tersebar merata rata dah.Pernah jugak dapat scam SMS yg kata sim card aku menang hadiah duit belas-belas ribu.Aku ignore jer sebab SMS tu pun kelakar jer.English + Bahasa Melayu dalam satu perenggan.Nampak no nipunya.
Eh,bila aku buat vodoh,dia call pulak dah.Slang indon plak tuh.Sebelum dia cakap panjang lebar,aku tanya dia,mana dapat no fon aku.Dia cakap,dia call dari Celcom.Haah,yerlah sangat...aku terus cakap,takpe,nanti saya call Celcom sendiri.Terus hang up....tuuuuuuuttttttt.
Aku call Celcom untuk inform pasal scam ni.Budak yg jawab call aku tu haram nak layan pun.Dia ckp pun acuh tak acuh jer ngan aku.Maybe aduan aku tu dia dah dapat berjuta juta kali,so,dia dah malas nak layan gamaknya.Suka hati ko lah nak....
Berbalik pada citer asal yg aku dah menyimpang tadi...pagi tadi private no tu call lagi.Aku ignore...banyak kali plak tu.Pedih hati aku.Ada sekali tu,ingatkan ada sapa call,dengan perut memboyot aku ni berlari lari dari dapur nak jawab,tengok2 private no lagi.Hangin sungguhlah...sabar ajerlah nokkk.
Tengahhari tu,aku gi amik Hakim kat sekolah.Cam biasa lah,buat double parking kat depan sekolah tu sementara tunggu cikgu bawakkan Hakim ke kereta.Kat depan aku,ada satu motor,dia baik duk parking ( tuannya entah ke mana) kat belakang satu kereta besar.Besar dan tinggi,apa nama kereta tu boleh plak tak terlintas kat kepala aku laa ni ha..Alphard kut.
Kebetulan masa tu,call tu masuk lagi.Aku dah panas dah ni...dah lah panas tghhari,panas hati lagi tak abih abih mengganggu.Aku angkat call tuh sambil mata tgk kat Alphard tu.Aku nampak 3 org budak sekolah masuk dlm keta tu tapi aku tak expect keta tu akan gerak sbb motor tu ada kat belakang dia.
Aku angkat call tu,dia kenalkan diri cakap dari xxxxbank tuh.Aku terus tanya pasal apa pakai private no tak pakai office no? Dia terus cakap.." Tapi puan jgn salah faham.Kami call tak mintak any personal info"...tanya lain jawab lain.Aku apalagi,terus bebel laaaa...aku cakap aku tak akan jawab private no.Kalau dia nak aku dengar apa yg dia nak promote,pakai no tel office.
"Tapi puan,kita punya sistem ni,hanya boleh call out,tapi call in tak boleh.Sebab tu keluar as private no,"
Apa? Tak boleh call korg balik? Abih tu kalau ada masalah mcmmana? pot pet pot pet pot pet...Mak Jemah mula membebel.
Tetiba,keta Alphard tu undur.Dia dah hentam motor tu tapi berhenti kejap.Aku jangka,driver tu dah sedar lah kut ada motor kat belakang.Memanglah tak akan nampak motor tu sbb keta tu kan besar dan tinggi tapi censor kan ada.Takkan tak bunyi.Keta buruk aku ni pun bising bunyi censor ting ting ting walhal objek lagi semeter.Inikan plak keta mahal,motor tu plak dia dah hentam pun.
Aku teruskan membebel...aku bajet nak hon keta Alphard tu bila aku nampak lagi sekali dia undur.Tak sempat buat apa...dummmmmm...hentam betul betul sampai terbalik motor tuh.Adusss....
Tiga budak sekolah tu keluar dari keta tapi drivernya tak keluar plak.Sorg pakcik datang angkat motor tu.Motor dia kut.Tapi aku tak nampak lah dia bebel ke apa.Dia tahu kut tu pun salah dia jugak.Tempat parking motor ada jer dekat situ,yg dia pergi parking belakang keta besar tu pasal apa.Bebudak tiga org tuh tolong dia kutip barang-barang yg jatuh berterabur.
Tetiba aku rasa bersalah tak sempat bagi warning kat keta tu sebab sibuk sgt nak membebel kat caller tu.Bukan apa,kesian gak tgk pakcik tuh.Aku tunggu jap,tgk everything okey.Motor tu tak pecah ke apa,keta pun tak kemik.Alhamdulillah,aku pun blah lah,hantar Amani plak ke sekolah.
Yerlah...walaupun aku taklah terlibat dalam insiden tuh,tapi depan mata aku kut.Kalaulah aku sempat hon bagi warning,takdelah motor tu kena hentam.Nasib baik langgar motor takde penunggang.Buatnya ada org melintas ker,lagi-lagi budak kecik ( kan situ area sekolah tadika),Nauzubillah.Pelik gak aku,driver tu tak pakai censor ke apa keta dia tuh? 
Rasa bersalah sangat,lagi lagi bila teringat muka pakcik tadi.Kesian sungguh aku...
Takper..aku nak transferkan rasa bersalah tu kat budak telemarketing tu jugak.Lain kali jgn pakai private no.Tgk,kan dah eksiden!!! ( tetiba!!Hehehehe...ada kena mengena tak?) 
Next time dia call lagi,aku citer kat dia insiden tadi..biar dia rasa bersalah...huh.

5 comments:

  1. betul tu budak telemarketing tu yang bersalah.....hehe

    ReplyDelete
  2. haah ibu, kalo ibu tak layan budak telemarketing tu, sure ibu sempat hon byk kali kat kete tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. QUANTUM BINARY SIGNALS

    Get professional trading signals delivered to your cell phone every day.

    Follow our signals today and gain up to 270% a day.

    ReplyDelete