Sunday 27 January 2013

1926 HERITAGE HOTEL


Ni sebenarnya cerita lama tapi baru nak hapdate...bulan October tahun lepas baru lah nak cerita.Ini memang poyo...
Ni bukan cerita sgt lah,sekadar review,just for info...
Tahun 2012 aku banyak ikut laki aku outstation.Pulun bercuti sementara Amani belum masuk sekolah rendah.Dah sekolah,tak dapeklah nak memontengkan dia lagi..( ibu ibu sila JANGAN ikut perangai ni ya) hehehehehe.
Tidaklah bercuti sangat pun tapi laki aku lagi suka kalau aku ikut dia outstation sebab takyahlah dia susah payah cari spender sendiri dari dalam luggage...hihihihihi.Aku suka benor taruk baju kecik dia kat celah celah,mengagau org tua tu nak cari...kesiannnnn.
Kali ni kitorg ke Penang lagi.Dia meeting seminggu,dan katanya dia nak cari hotel yang dekat dengan ofis dia kat Penang ni.Kalau boleh gi meeting nak jalan kaki jer...( laaaa sangat)
Makanya dia jerlah yg survey location.Katanya ada satu hotel yg dekat..nama hotel tu

1926 HERITAGE HOTEL

Pergh...klasik bunyinya.Mesti hotel zaman kolonial.Apa salahnya kita try test...yer dok?
Laki aku survey hotel tapi biliknya dia suruh aku pilih.Pilihan biliknya memang banyak,macam macam jenis bilik ada.Memandangkan anak anak dah tiga,aku pilih bilik Superior Terrace Triple Room 1 Queen 1 Single.Yang lain lain semuanya samada 1 King ataupun 1 Queen.Ada bilik VIP,newly refurbish...lawa sketlah biliknya ada LCD TV bagai tapi katil lak kecik.Ada jugak bilik yg balkoninya terus ke pool.Agak-agak nak mandi kolam,bukak pintu bilik..hah,terjun.
Kitorg sampai ke area Georgetown dah malam,lebih kurang pukul 10.Masa nak check in,kami diberi kunci biasa.Takde E-card bagai yer.Aku tanyalah...ada dua key tak? Budak receptionist tu senyum jer...selamba tapir jer jawab...
" Nama pun Heritage kak...hihihihi"
Ya tak ya jugak...hehehehehehe.Receptionistnya sangat peramah.Malam malam buta pun sanggup lagi bersembang bagi info pasal jalan lah,hapalah...bagus.

For info,memang hotel ni sangat klasik...aku rasa cam duduk kat bangunan zaman jajahan British.Dahlah bilik kat hujung dunia.Takde lif yer sebab bangunan dua tingkat jer.Bellboy ada tapi takdelah bawak troli.Bantai angkut beg naik tangga.Kat tingkat dua,ada troli angkut barang.


Ni lah laluan nak menuju ke bilik

Jauh sangat nak berjalan sebab bilik dia banyak tapi sebab banguna dua tingkat jer so bangunannya memanjang.Dahlah lampu samar samar...ni kalau aku sorg2,mau lari pecut masuk bilik.



 Keadaan dalam bilik...biasa ajer.Aku risau gak sbb bilik ni mcm 2 tingkat plak,even anak tangga cuma 3,tapi risau kalau si kecik tu asyik nak main tangga jer.Belah bawah tu adalah meja solek yg panjang dan bilik air.Ruang untuk fridge ada tapi fridgenya hilang lak.Aku ada komplen pasal ni dan mintak tukar bilik tapi takde yg triple room(dah penuh).Kalau nak tukar yg lain boleh tapi malehlah aku.Keadaan bilik ni takdelah memuaskan sangat.Klasik kan...imagine ajerlah ko hidup zaman 1926.Tapi bilik sangat sejuk.Kalau start dari pagi aku switch off aircond,ia boleh kekal sejuk sampai berjam jam.Selesa sgt.


Bilik ayaq
Bilik air pun bentuk memanjang...no bath tub lah of course.Omputih zaman dulu mandi shower jer kut....


Ruang katil...memang muat muat katil jer
Yang ni tak sama cam website sebab ni bilik lama.Aku ni tah hapa lah nasib.Asal book hotel mesti tak dapat sama ngan kat dlm website.Selalu sgt dibagi bilik belum refurbish....


Swimming pool

Nasib baiklah ada swimming pool kut tak mati kutulah aku.Bosan giler kut duk dalam bilik.TV pun takde siaran ASTRO..yg ada channel biasa ajerlah.WIFI ada tapi kalau bilik dah kat hujung dunia...hmmm...hampehlah.Aku bwk broadband tapi takde mood gak nak online.Anak-anak pun tak tau nak buat aper kat dalam bilik.Nasib baik aku bawak kertas dan pensil kaler...korg contenglah.Jgn conteng dinding sudah...mampos aku.
Yang kelakar swimming pool ni...kat tepinya tu ada pagar rendah.Org lalu lalang boleh jer nak jenguk tgk ko berenang...so kalau malu,toksah berendam.Tapi dun worry,kat sini takde sapa nak kisah ko nak mandi.Diorg lalu jer,tak pandang pon.
Hampir seminggu kat sini,tiap-tiap kali dtg pool takde org.Memang pool tu beta yg ponyaaa...hahhahahahah

Time breakfast,aku pi ngan anak-anak jer sbb laki aku awal2 pagi dah kuar.Memang klasiklah,cafe kecik jer dan dipenuhi mat salleh yg dah bertongkat ajer.Mentang mentanglah heritage hotel,yg datang menginap pun semua yg dah retired....Yang muda-muda takde pun...huhuhuhuhu.Makanan standard biasa ajerlah...takkan nak expect 5 star kut tapi bagi aku dah kira okey dah tu.Bukan nak makan banyak...

Malam jer kitorg keluar.Tapi tak pergi jauhlah pasal laki aku kan penat kerja.Tapi ada satu malam tu kami pergi kat area Queensbay Mall..further up sket,ada tempat ikan bakar.Besar tempatnya..mengadap laut.Konsep open space gitu...bestlah suasananya tapi yg leceh bebudak ni sibuk nak main pasir pantai lak.Tension aku asyik ulang alik gi basuh tangan dorg jer.

Ni lah tempatnya
Malas nak snap gambar.Laparrrr....

Kalo untuk pelancong yg hanya nak menjadikan hotel sekadar tempat tidur pastu byk masa gi jenjalan redah Pulau Pinang, hotel ni kiranya not bad lah.Tapi kalau bercadang nak memerap kat bilik ataupun nak lepak kat hotel,sini takde apa-apa entertainment lain selain dari swimming pool.Ataupun kalau nak cari yg ciri luxury sket,carilah tempat lain.Hotelnya memang berkonsep lama dan boleh rasa suasana zaman kolonial tuh.
Tapi aku takde masalah walaupun agak boring (sbb aku bukan gi melancong)

Itu ajerlah review aku...sekian terima kasih.For further info boleh visit website dia:-

http://www.1926heritagehotel.com/


1 comment: