Thursday 27 December 2012

ORIENTASI DARJAH SATU

Hari ni orientasi Darjah 1...untuk Amani.
Macam biasalah,emak yg menggelabah.Dahlah laki aku takleh cuti,terpaksa la mintak tolong adik ipar aku temankan gi sekolah.Nasib baik dia free hari ni.Kut tak,mana nak dengar taklimat lagi,nak gi amik buku teks lagi,nak layan Rafhanah membebel lagi,dengan Hakim yg kebosanan lagi...
Acara mcm biasa,dengar taklimat sampai kebas bontot..tapi stay jugaklah sebab byk penerangan penting yg aku kena amik tau.Si Rafhanah dah start membebel lepas sejam kat dalam dewan,so aku mintak adik ipar aku bawak si Rafhanah dan Hakim keluar jalan-jalan dulu kat Plaza Masalam.Kang aku dah nak siap baru aku suh datang balik.
Sementara cikgu cikgu bawak murid2 masuk kelas untuk ujian saringan ( blm start sekolah dah ada test...stress aku memikirnyeee),mak bapak kena tunggu untuk taklimat pasal KSSR,LINUS dan JQAF selama 2 jam.Lepas sejam,dewan tinggal 3/4 ajer.Mana taknya,mana yg bawak anak kecik terpaksa keluar awal sbb baby dah meragam,seb baik aku punya kat dlm perut lagi,hehehehehehe.
Dah habis sesi taklimat,kena gi kelas ambik buku teks plak.Kebetulan Amani dah siap test dia,tak tunggu lama terus balik.Cikgu pun dah well prepared...zasss zasss...settle.Bagus!!
Terlupa plak amik gambar anak aku...tunggu 2nd January ni ajerlah.So far nampak dia okey jer.Most  of the pupils pun rilek jer,cuma ada sorg dua ajer yg nangis.Dahlah anak aku sorang jer cam otai,org lain dtg semua dah siap bawak beg sekolah,Amani melenggang bawak pencil case je,tu pun sbb ada test.Kut tak,lagilah melenggang..hahahahhaha.Teruk noo la ibunye...
Hai lah anak...dah besar dah rupanyaaaaa......




Thursday 20 December 2012

RESULT PERIKSA DAN STRESS

Result PMR dah kuar....
As usual lah..kat suratkhabar dan TV,ada tunjuk bebudak PMR yg lulus cemerlang 8A,9A melonjak lonjak riang gembira sambil menayang slip result.
Tahniah untuk semua yg berjaya dgn cemerlang!!
Yang kurang bernasib baik,its okay...it's not the end of the world pun...SPM ada lagi.
Since anak aku pun belum lagi sekolah,aku tak ambik pusing sgt pun ttg exam exam ni sumer.Bila result keluar pun aku tak tau.Bila dah kecoh kat media barulah...oh,result dah keluar.Aku tau sepupu2 aku dpt result pun melalui FB.
Aku adalah antara generasi terawal yg menduduki PMR.Sblm tu org panggil SRP.Walau apa namanya sekalipun,ianya masih sama.Masih lagi bagi tekanan kepada student2 dan tidak terkecuali mak bapak.
Sejujurnya..aku tidak suka sama sekali sistem peperiksaan ni.Lagipun,sapa yg suka? Hahahaha.Gurau jer,aku tau ramai jer yg suka.Aku telah lalui fasa fasa stress ni bertahun dulu.Baik dari UPSR sampailah dah habis U,stress tu makin bertambah.
Tapi,like it or not,apa lagi mechanism yg kita ada utk menentukan tempat di IPTA ataupun utk mendapatkan kerja?Kita nak jadi org pun kene bersaing dengan jutaan sperma utk mendapatkan tempat dlm sel telur mak kita.Jadi,apalah sgt exam ni semua...
Dulu,aku melalui stress ini sebagai seorang pelajar dan anak.Stress utk jadi yg terbaik di mata mak ayah.Semuanya utk apa? Demi utk makbapak kita supaya mereka jadi terbaik pada kacamata masyarakat.Dan,aku faham apa yg mereka rasa.Aku tak pernah salahkan diorg pun.
Mak ayah aku tidaklah pernah memaksa aku gila gila sgt utk dpt result cemerlang dlm exam.Masa sekolah rendah,memang ya,aku pernah kena pukul sebab dpt no 6 dlm kelas.Darjah 4 jer pun...
Tapi,makin lama,tekanan diorg makin longgar.Aku pergi tuisyen pun sebab aku yg nak pergi,bukan sebab diorg yg paksa aku pergi.
Tapi,bila aku dah makin besar,aku makin faham tekanan yg dilalui oleh mak bapak aku bila tiba time major exam ni.Mak bapak mana yg tak mahu tgk anaknya berjaya kan? Dan,yg paling stress ialah bila time keluar result,maka berdering-deringlah telefon kat rumah tu.Sumernya dari sedara mara yg call nak tanya result.La ni dah advance sket,msg jer kat FB.
Kalau dapat result bagus,okeylah..semangat sket nak menjawab pada sedara mara yg bertanya.Kalau result tak bagus? Walaupun takde yg condemn pun result kita tapi still kita rasa rendah diri,apatah lagi kalau yg bertanya itu pun ada anak yg sebaya kita dan anaknya dapat result lagi bagus.Itu kalau ko dpt yg tak condemn org.Cubalah kena pada yg keluar ayat cenggini.." Owh,dapat 6A jer...Samad dapat 8A.Dah apply dah MRSM,dapatlah kut.Kalau 6A ni payahlah sket,ramai sgt org dpt 8A skang ni.."
Dan,masa masa mcm gini,mana-mana mak bapak yg anaknya dpt result kurang bagus akan keluar ayat
" Oh,dia takdelah membaca buku sgt.Tuisyen pun tak pergi,kira okeylah result dia tu.."
Tak rasa kesian ker?
Aku tak salahkan society kalau mereka bersikap demikian.Memang kita kena akur dlm hidup kita ni,kalau kita tak belajar utk bersaing,maka kita akan ketinggalan.
Kalau kita tak dapat result cemerlang dlm exam,mana hala tuju kita nanti? Nak masuk IPTA result kena gempak.Tak dpt tempat kat IPTA,okey lagi,bersepah IPTS,tapi mampukah kita? Memang betul ada disediakan pinjaman tapi kalau kita diberi pilihan utk kos yg lebih rendah,napa tak ambil peluang tu?
Zaman stress aku sebagai pelajar dah berakhir.Tapi stress aku sebagai parents baru nak bermula.Amani baru jer masuk tadika dah ada yg bertanya.." Amani dapat no berapa? Anak I dulu always dpt no 1.."
Aku mcm...erkkkk..what the.....
Nasib baik tadika Amani takde plak sistem nombor nombor ni.Diorg cuma bagitau markah yg Amani dpt jer dan progress dia.Takde plak inform aku Amani dpt no berapa dlm kelas.
Sekarang aku masih tak dapat rasa urgency utk aku paksa Amani belajar teruk teruk.Tapi,in future aku tak tahu lagi.Kalau ikutkan aku,aku tanak pun hantar dia gi sekolah sbb aku taknak dia lalui stress yg pernah aku lalui.Tapi,bolehkah aku ambil alih tanggungjawab utk bagi pendidikan secara exclusive pada dia? Aku mengaku aku tak boleh.Aku masih kena rely pada sistem pendidikan yg disediakan oleh kerajaan.Dan aku tahu aku tak sebagus guru guru bertauliah dlm ilmu mengajar.Tak semua org mampu jadi guru.
Cara terbaik buat masa skang ialah dengan ignore segala stress yg tak berkenaan.Aku akan cuba guide Amani utk cemerlang tapi akan cuba tidak bagi pressure kpd dia.Kalau boleh,aku nak dia belajar sebab dia sukakannya,bukan sebab dia rasa terpaksa.
Dulu,aku benci subjek Sains sbb terlampau byk fakta yg kena aku hafal.Semuanya sbb nak pass exam.Maybe tu salah aku lah,belajar menghafal fakta semata tapi aku tak faham apa yg aku belajar.Habis jer exam,maka hilanglah semua fakta dlm kepala.
La ni,dah tua,tetiba minat pulak dgn fakta sains.Mula byk membaca tentang sains dan sejarah.Baru skang aku mula faham kenapa jadi begitu atau begini.Baru aku tahu,Sains ialah sesuatu yg menyeronokkan.
Memang seronok rasanya dapat naik pentas terima hadiah atau sijil kecemerlangan,tapi bila usia aku makin meningkat,aku rasa kepuasan itu datang seiring dengan tekanan bila berjaya mengalahkan org lain.Tekanan utk sentiasa berada di puncak.Sebabnya,walau cuma jatuh setakuk sahaja,pedihnya berganda.Compare dgn org lain yg dpt result sederhana,aku tgk diorg enjoy saja sampai akhir.Hujung hujung dpt masuk U jugak,malah ada yg terus sampai ke luar negara.
Perkara yg aku buat sekarang ni ialah utk tidak memberi tekanan pada anak org lain dulu.Kalau ada sedara mara yg amik exam,aku cuma tanya dpt berapa? Pastu,diam ajerlah.Takyah nak bagi komentar lain plak.Kalau excel,ucap tahniah,kalau tak ckp "cuba lagi".Sekurang-kurangnya diorg dah hilang satu stress di antara beratus yg lain.Mulakan sekarang,mulakan dengan satu...
Aku tak boleh salahkan sesiapa.Soal org nak compare result anak kita,aku anggap itu perkara yg tak dpt dielakkan.Bende tu dh mmg terjadi dlm masyarakat sejak bertahun dulu.Terpulang skang bagaimana aku nak handle nanti.Yang penting,aku nak anak-anak aku enjoy dengan alam persekolahan mereka nanti.Itu saja.Dan,memanglah besar harapan aku agar diorg berjaya tapi kalau boleh,aku tanak mereka rasa terbeban utk menjadi yg terbaik.Aku nak mereka jadi terbaik,tapi without stress.
Soalnya sekarang....HOW??


P/S : Ni gara gara pengaruh cerita "3 Idiots"....hehehehehehe

Tuesday 18 December 2012

NALURI SI IBU

Setiap ibu kat dunia ni ada satu naluri yg org lain tak dapat rasa terhadap anak-anaknya..well,at least,naluri itu timbul lebih cepat dari org lain.
Naluri utk mengetahui ada sesuatu yg tak kena dengan anak-anak.
Org lain tgk mcm normal jer,tapi bagi seorg ibu,dia tahu ada sesuatu yg tak kena.Walaupun,dia tak dapat meneka apa masalahnya tapi dia tahu dia kan menghadapi sesuatu.
Sebab itu,kebanyakkan ibu lebih bersedia...
Macam serius pulak isi penulisan aku nih...
Since dua minggu lepas,kami sekeluarga banyak travel sempena cuti sekolah.Almaklumlah,tahun depan Amani dah nak start masuk darjah 1,tak dapeklah nak sesuka hati pergi bercuti dan memontengkan anak-anak dari sekolah lagi dah,hehehehe.Kantoi...kalau tgk rekod kedatangan Amani kat preschool dia,mmg dapat sijil worst attendance of the year lah pendek kata.
Sebenarnya,yg bercuti tu aku dan anak-anak ajerlah.Laki aku tak..dia kena keje.Kui kui kui...
Memula ikut laki aku kursus kat Temerloh seminggu.Pastu,aku balik Terengganu plak seminggu.Baru jer sampai kat Shah Alam dua hari,kami kat Melaka pulak.Laki aku ada meeting kat sini plak 3 hari.
Masa kat Temerloh,time pack barang,aku terlupa nak bawak termometer dan standby ubat demam utk anak-anak.Sebelum ni,aku wajib bawak bende tu ke mana-mana just in case.Alhamdulillah,anak-anak sihat.
So,masa aku pack barang barang nak ke Melaka,aku still tak teringat lagi nak bawak dua benda tu.
Pastu,aku perhatikan Rafhanah sejak pagi hari Selasa tu dia macam moody.Kebetulan petang tu aku ada check up.Masa bawak dia,dia nampak okey plak.Berlari dan membebel sana-sini mcm biasa.
Ntah napa,hati aku start rasa risau walaupun dia nampak ok.
Aku rasa badan dia,okey...takde sign nak demam ke apa.Balik rumah tu dia tido.Bangun petang jer dia moody tapi nak main jugak.Aku check suhu badan dia,normal.Check satu badan kut kut ada luka ke apa..nampak ok.
Tapi,aku tetap rasa risau.
Malamnya,lepas dinner,kami bertolak ke Melaka.Elok masa laki aku dah angkat barang-barang,aku tergerak hati nak amik termometer dan ubat demam.Sambar cepat cepat,masukkan dalam beg sandang,vroom ke Melaka.Singgah Rembau dulu sekejap.
Sesampainya kat hotel,Rafhanah aktif mcm biasa.Siap main atas troli riang gembira ajer.Kitorg sampai pun dah pukul 10 mlm,so,masuk jer bilik aku terus tukarkan baju dorg jer.Tak mandikan pun sbb sebelum keluar aku dah mandikan siap-siap.Elok nak tido,dlm pukul 12am,aku tgk Rafhanah dah start tido menonggeng..
Not a good sign....
Aku ckp ngan laki aku.."Rafhanah ni tak sihat ni bang..."
Laki aku ckp takde apa-apa lah.Dia kata Rafhanah nampak okay jer.
Malam tu,aku plak tak dapat tido.Sekejap-sekejap aku check suhu badan dia.Normal...
Tapi,dia pun mcm tak lena.Pusing kanan pusing kiri serba tak kena.Aku rasa badan dia...normal.Tak panas ke apa ker.
Dalam pukul 3am,aku terjaga lagi.Rasa badan dia,agak suam..
Terus capai termometer tepi katil.Check suhu..
Sah dia demam!!
Adohai..risau aku.Dahlah sepanjang hari keesokkannya laki aku kena gi meeting.Takkanlah dah sampai sini dia nak ponteng meeting plak.
Nasib baik aku dah standby ubat demam.Bagi dia makan ubat dan tidokan dia balik.
Alhamdulillah,dlm setengah jam,badan dia dah sejuk balik dan dia lena sampai kul 8.30am.Takde nak menggelupur sana sini lagi.
Masa breakfast tadi pun dia okey.Pukul 11.30,barulah suhu badan dia naik balik,tapi takla panas sgt.Bagi dia ubat lagi sekali.Alhamdulillah,dia tido dan bangun dengan ceria.
Hai adik...harapnya tak melaratlah demam yer sayang.Risau gak aku ni...
Tapi sekarang,hati aku dah agak tenang.Harapnya naluri aku tepat...dia tak apa-apa.Aku taklah kata instinct aku ni betul belaka,cuma berharap.
InsyaAllah....

Thursday 13 December 2012

CERITA HANTU YANG SANGAT SERAM!!!

Semalam aku duk melepak ngan adik dan adik ipar aku.Dah tetengah malam pun masih lagi nak mengketedarah.Borak - borak tu adalah aktiviti sampingan sahaja.Menambahkan selulit adalah agenda utama.Oh,lupa plak nak ckp.Aku kat umah parents aku ni ngan anak-anak.Biasalah,cuti sekolah.
Topik perbualan adalah sangat ilmiah sekali.Citer hantu...
Macam macamlah citer seram yg kitorg ketengahkan yg mana kalau di filemkan atau didramakan akan mampu menandingi kutipan filem Ombak Rindu ataupun mengalahkan rating drama Adam & Hawa.
Ada kisah anak sedara aku kena usiklah...anak sedara nampak "sesuatu" lah..dan mcm mcm lagi.
Yang best bila adik aku ungkit balik kisah yg pernah berlaku masa memula kitorg pindah kat rumah di Marang ni ( rumah parents gua la..) 
Masa tu aku form 3,Fiey tu dlm darjah 5 dan masa tu adik bongsu aku baru umur dua tahun camtu lah.Masa memula pindah dulu,setiap bilik kat rumah ni belum ada pintu lagi.Tutup ngan langsir ajer.
Malam kejadian,ada dua org sepupu aku datang bermalam kat rumah kami ni.Semua pakat tidur kat bilik aku..hohoho,mampuslah mengaku bilik aku.Yerlah,masa tu anak pompuan kongsi satu bilik.Aku,Fiey dan Adik Nurul  tido atas katil manakala dua org sepupu aku,Nurul jugak namanya dan Nabila tido atas toto kat bawah.
Si Fiey ni ada habit suka letak bantal atas muka.Ntah hape hape punya tebiat ntah.Tetengah malam tu dia terjaga sbb bantal dia jatuh.Sblm tu dia kata ada dgr bunyi mcm "Ktak..ktak..ktak.."
Dia perasan bantal tu dh jatuh kat bawah,tempat sepupu kitorg tido.Baru nak capai bantal tetiba dia nampak Nurul tu bangun.Si Fiey ni peratikanlah dlm samar samar mcm si Nurul ni tgh mamai jer.Tetiba si Nurul ni merangkak rangkak keluar menuju ke pintu...
Si Fiey ni dah pelik..."Apsal plak budak Nurul ni? Kut iye pun nak kencing takkanlah sampai merangkak rangkak keluarnya.Tapi,malas nak layan punya pasal dia meneruskan agenda asal dia iaitu ambik bantal.
Elok dia toleh ke bawah...dia nampak si Nurul tu masih kat tempat tidur dia.Masih tidur lagi!
Untuk kepastian,dia kira balik berapa org yg kat bawah tu.Masih lagi dua org!!!
Abih tu sapa plak yg merangkak keluar tadi????
Masa ni dia dah biru rasanya..agak akulah kan...(pepandai jer).Terus dia kejutkan aku dgn alasan adik kecik aku demam.Cilanat betul..nak jugak membabitkan aku dalam citer ngeri dia.Aku bangun check badan adik,elok jer..sejuk jer.Masa ni dia amik kesempatan hulur tangan ke bawah amik bantal tuh.
Kitorg tido cam biasa jelah malam tu.Dia aje lah yg terkancing gigi malam tu kut.
Esok barulah dia citer kat sumer org.Tapi kira oklah dia tak jerit ke,nangis ke hapa malam tu kan.Kira tough jugaklah.
Kitorg tak sure sgt lah mmg mistik ke apa kejadian malam tu or hanyalah ilusi optik semata.Maklumlah,rumah baru kan.Biarlah misteri.....
So,semalam,lepas duk borak-borak tu, masing-masing dah masuk tido.Aku tido dlm bilik yg sama dgn kejadian berbelas tahun dulu tu.Anak aku dua org tido kat bawah sementara aku dan si kecik tido atas katil.Aku bukak jer lampu tido pasal anak-anak aku takut gelap.
Tetiba.....
Aku terjaga sbb mcm dgr org ketuk pintu.Memula aku dah nak bangun dah nak bukak pintu.Tapi..siapa plak nak ketuk pintu malam-malam buta cenggini.Aku decide utk tunggu kalau-kalau ada lagi bunyi ketukan tu.
Takde....
Lama gaklah aku tunggu tapi dah tak dengar apa-apa.Aku pun cuba lelapkan mata....
Tetiba...
Si kecik yg tgh lena menangis dan menjerit mcm ketakutan.Cepat cepat aku peluk dia.Tepuk punya tepuk,dia tidur balik.Alamak ai..aku dah saspen nih.Adakah entiti tujuh belas tahun lepas tu tahu kitorg ngumpat dia semalam,makanya ia dtg nak mengacau?
Aku cuba lelapkan mata lagi bila aku dgr "gedegang!!!"
Aku bingkas bangun.Hish...apa ni? Jgnlah mengacau camni...Aku peluk si kecik,jenguk dua org kat bawah tu.Lena jer dua org tu.Aku betul-betulkan kedudukan diorg yg lintang pukang tu pastu sambung tido.
Gedegang!!!!! Lagi sekali.Aku bingkas lagi sekali.Baru jer nak bangun nak menuju ke pintu tetiba aku nampak....
Gedegang!!!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Rupanya Si Amani yg tido lasak tu hentam pintu almari ngan kaki dia.....
Adohaiiii...lomah lutut omak ko ni haaaaaaa.....
Hampeh sungguh diriku ini.Tu lah,paranoid sgt....anak hentam pintu pon aku bulih saspen.Ntah hapa hapa jer...last last tak dapat tido sampai Subuh.
Sekian sahaja cerita mistik aku utk kali ini...kehkehkehekeh


Friday 7 December 2012

ALKISAH TILAM MAHAL

Dalam nak melayan mata yg tak mau tido ni,aku mulalah berfikir,berangan dan mengimbau kenangan kenangan lalu...erkkk,apsal aku rasa bahasa aku ni sgt berciri novel...haktuih!
Dalam byk2 kenangan,teringat plak kisah pasal tilam...Ingat jer pun dah buat aku senyum sorg2.Nasib baik dlm gelap,kut tak mesti laki aku ingat dia berbinikan org tak betul...hehehehehe.
Masa tu kat Penang.Aku kan parasit selalu menumpang kasih kat rumah Maksu aku.Jadi,byk aktiviti dia aku join,termasuklah sorg sepupu aku ni.Kak Yu nama dia.
Satu hari tu,maksu aku nak cari tilam baru.Maka bermulalah misi mencari tilam sekitar Penang.Seingat aku masa tu dah malam kut.Kitorg sampai satu kedai.Cakap ngan salesgirl ke salesman( ntah aku pun tak berapa nak hengat sangat) kata nak cari tilam.Dia pun bawaklah kitorg pergi kat tilam section.(Agak kepelikan ayat aku nih)
Sekali dia tunjuk kat satu katil...
"Haaa....mari mari duduk atas ini tilam.Byk selesa wooo..."
Wahhhh...aku tgk tilam tu mewah gila.Nampak lembut,selesa mcm teddy bear.Apa lagi,dah org suruh duk,duduk ler.Eh...dah duduk,rasa cam dalam syorgaaa...baring plak aih.
Rasa cam tanak bangun pun ada.Gila punya syok tilam tu.Pendek kata sekali ko dah baring atas tilam tu,mati atas katil tu  pon takpe.Masing-masing kemain test tilam tu sambil mulut memuji muji...
Sekali,paksu or maksu aku pun tanyalah harga tilam tu...
Salesperson tu pun tunjuklah price tagnya.Masa tu....
Bukan takat mata aku ajer terjojol...boleh dapat buasir time time tu jugak!!!
RM16,000 +++
Tapi...
Maksu aku ngan muka lagak Paris Hilton selamba jer jawab...
" Oh...the price quite reasonable larrr...okey laaa"
Aku ngan sepupu aku dah saling pandang memandang....
Takdo kojo nak beli tilam harga berbelas ribu??
Pastu...buat buat tgk tilam lain.Harga rata rata belas belas ribu.Yg kitorg tanya tu adalah yg paling murah hokkey.RM20K pun ada...
Pastu..." Okey,thanks for showing us the bed...kami survey survey dulu.Later kita mesti mau datang balik.Tilam tu mmg best...blablablabla"
Pastu,memasing duk mencubit sesama sendiri...
"Blah woi blah..."
Masuk jer dalam kereta,macam org gila kitorg gelak!!!
" Reasonable laaa sangat!!!!"
" Muka confident jer ckp reasonable...."
"Beli tilam KING KOIL sudahhhh..."
Sepanjang perjalanan kitorg gelak ajer.Gelak bukan apa,mengenangkan muka memasing control diri dari terkejut tatkala melihatkan harganya.Kononnya dah boleh agak dah harganya mcm tu.Siap boleh cover ngan kata harganya reasonable,affordable...etc....
Reasonable abah kau...hahahahahahahahhaa
Tapi ni citer 10 tahun dulu...la ni,maksu aku lebih dari mampu nak beli tilam tu...
Aku?
Baca ayat second last tu...REASONABLE ABAH KO!!!!
 

Wednesday 5 December 2012

IKAN PATIN TEMPOYAK

Dah 3 hari kat Temerloh...
Nasiblah kalau ikut laki pergi kursus,kenalah duk terperap dalam bilik.Sampai biol aku dibuatnya tak tahu nak buat apa.Tgk TV,layan bebudak ni,tido,makan.Tu ajerlah aktiviti hari hari.
Nak jenjalan,nak gi mana? Bukan ada keta ke apa nak merayap.
Takpe,redha ajerlah.Seronok gak sebenarnya,cuma nak menunggu laki balik tu rasa cam seksa sket,hehehehhe.Dia dah balik,apa lagi..keluar lah,jalan jalan cari makan.
Hari pertama,pergi warung order makanan biasa ajer.Yerlah,kitorg redah jer mana kedai makan yg ternampak sbb laki aku penat.
Hari kedua,yakni semalam..dia balik awal sket.Ajak aku gi makan durian...yahooo.
Ingatkan kami satu family jer,rupa-rupanya sekali ngan group kursus dia.Terus aku makan seulas dua jer.Aku ni pemalu rupanya...hehehehehe.Aku tak kisah sgt kalau dlm group tu ada bini bini diorg sekali,bolehlah aku berkawan ngan diorg.Ni sumer lelaki,segan aku aih nak berebut rebut durian tu ngan dorg.Mana yg bawak family tu dah keluar sendiri ngan family masing-masing.
Hari ni barulah jumpa ngan salah sorg wife kawan laki aku.So,petang ni dah janji nak gi bwk anak-anak mandi kat pool.Lega sket ada kawan ajak borak..hehehehhe
Hari ni aku nak ajak laki aku cari durian lagi.Nak pulun puas puas...
Kat Pahang ni yg glamer ikan patin kan? Semalam elok dah kitorg pergi kat restoran yg hidangkan ikan patin tempoyak ( dia masak panas panas..),tetapi bila sampai sana,masing-masing kenyang plak sebab sebelum tu kitorg beli sate kat pasar malam kat tempat jual durian tu,jadinya order char kuew teow saja.Sedap jugak!!
Masa kat restoran tu,jumpa lagi ngan kwn laki aku dan family dia.Diorg order ikan patin tu lah,tapi katanya pedas.Aduss...aku dah lah tak suka pedas.
Tapi takpe...aku mesti mau rasa jugak....
Pedas pun pedaslah...yg penting mesti mau rasa jugak ....

Sunday 2 December 2012

DRAMA MELAYU

Aku kat Temerloh.Nemankan laki pegi kursus seminggu.Pastu stress bila kene memerap kat bilik ngan 3 org budak yg tak duk diam ni,hehehehehe.
Jadi,aktiviti apa lagi...nengok drama kat TV ajerlah.Cerita korporat melayu...
Kadang kadang aku musykil ngan drama drama kat Malaysia ni.Asal citer korporat jer mesti jalan citer sama.Aku faham dlm drama kene byk konflik tapi jenis konflik sama jer.Perebutan kuasa,komplot jahat,sebut perkataan projek dan tender juta juta tapi fail HR pun boss kene uruskan sendiri ( takde HR dept ker?),famili sendiri berebut harta,siap ada adegan angkat angkat kening tanda ada rancangan jahat dlm kepala hotak,nama company wajib Holding Holding ajer...Sdn Bhd tak mainlah hokkey...
Realitinya hidup org kaya korporat memang mcm tu ker?Tak boleh ker dia org hidup "happily ever after"?
Maybe betullah kut,bila byk reta ni,byk ajer kerenah org sekeliling.
Tapi,dalam beribu drama,sama jer jalan citer.Watak jer tukar.Bosan tahu...
Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas, kenalah aku jadi kaya dulu...
Pastu bila cerita cinta plak...wajib ada org ketiga.Even kalau hero menyampah gila ngan dgn pompuan yg cuba goda dia,tak pernah pompuan tu putus asa.Mesti nak goda habis habisan,sanggup tebalkan muka kena reject.Takpun,ada watak hero belajar luar negara,bila balik bwk awek urban habis,maka laralah jiwa awek kat kampung yg setia menanti berjuta juta tahun...
Ahhhh...tipikal..
Aku tau memang ada jalan citer mcm tu di alam nyata,tapi napa nak diulang dlm beribu ribu drama.Dari aku kecik sampai anak nak masuk 4 dah ni...
Heh,pasni matilah aku...
Mesti org suh aku tulis sendiri skrip drama,dah terer sgt mengkritik...kehkehekehekeh
Tapi apapun..aku tetap nak jadi org kaya...biarpon byk konflik..kehkehekehekehe
Matilah ko berangan....hehehehehe